CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2060|Reply: 17

Dosa mengumpat

[Copy link]
Post time 27-1-2008 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Dosa Umpat Kekal Jika Tak Diampun Mangsa :

     MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

             Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, " Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).

             Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.

             Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

             Sabda Rasulullah s.a.w : "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

            Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah bermaksud : " Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

            Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

           Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2008 03:26 PM | Show all posts
Patut msuk dlm CI!!!Bia org2 kat sana iNSAF!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 03:26 PM | Show all posts
astagafirullahalazim
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 03:29 PM | Show all posts
gosip tu dlm kategori mengumpat ker????
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 03:38 PM | Show all posts
Apa hukumnya mengumpat pemimpin yang zalim?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2008 04:19 PM | Show all posts
wallahua'lam, nabi cuma kata jangan kamu kata perkara yg membuatkan saudara kamu benci dan sakit hati bila dia mendengarnya. Tidak pula dia kata kecuali untuk orang-orang yg zalim.
Umpatan biasanya perkara yg benar dan fitnah pula perkara yg dibuat2. Keduanya adalah berdosa.
wallahua'lam.

manalah tahu suatu masa nnt, dia insaf dan bertaubat, Allah membuka pintu hati sesiapa yg dikehendakinya.
Umar dulunya seorang yg agak zalim, tetapi selepas bertaubat dia menjadi seorang yg amat zuhud.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2008 05:41 PM | Show all posts
Haram seseorang Muslim itu mengumpat(menceritakan aib atau keburukan)sesama Muslim.Sesungguhnya dosa mengumpat atau menceritakan aib seseorang itu balasannya lebih berat daripada dosa berzina.
Nabi s.a.w. bersabda,maksudnya;"Berjaga-jagalah kamu daripada mengumpat(jangan melakukan)kerana(dosa)lebih dari berzina.Sahabat bertanya:"Bagaimana boleh terjadi demikian?"Nabi s.a.w. menerangkan,"Sesungguhnya orang yang berzina itu apabila dia bertaubat,maka Allah mengampuni dosanya tetapi orang yang mengumpat itu kalau ia bertaubat Allah tidak akan ampuni dosanya selagi tidak dimaafkan oleh orang yang diumpatkan itu.(Riwayat al-BAihaqi,at-Tabrani,Abu Syeikh dan Ibnu Abi Dunya.)
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 07:23 PM | Show all posts
insaf aku membacanya...
dosa satu hal...pahala amalan kiter diberikan pada org yg kite umpat... masyaallah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2008 07:24 PM | Show all posts
macamane plak org yg tak mengumpat..tapi dok dgr join same?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 07:27 PM | Show all posts
Mengumpat tu bukan mengate blkg ke?
Kt CI tu, klu org yg kena kutuk nk bce pn xde siapa
nk marah. kira tak mengumpat lah ye?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 07:28 PM | Show all posts

Reply #5 juwaini's post

Tu bukan mengumpat Juw. Tu membincangkan sikap pemimpin.
Ingin menegur kesilapan pemimpin.sbb kita syg :kiss:  pemimpin,
tu yg terur.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 01:26 AM | Show all posts

Reply #11 shachihata33's post

ada orang gosip pemimpin yang zalim.  tu kira membincangkan sikap pemimpin jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 05:36 PM | Show all posts
Yang tau kita mengumpat , memfitnah , mengeji atau mengadu-domba , hanya allah sahaja
Tunggu sahaja masa kita bertemu allah nanti , tak payah nak buat spekulasi, buang masa je
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 05:45 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 27-1-2008 03:38 PM
Apa hukumnya mengumpat pemimpin yang zalim?


Assalamualaikum juwaini,

Yg pernah teman dengar n belajor pasal mengumpat nie, pung ada bbrp kategori nyer.

Sekiranya perbuatan yg jahat/kemungkaran/maksiat tersebut di lakukan secara TERANG TERANGAN, maka di benarkan 'mengumpat'.
Dgn niat utk menghebahkan kpd oghang ghamai agar mengambil sikap waspada or berhati hati.

Seperti dier tu seorg pencuri, penipu, penjahat, perompak, pecah amanah or penjudi or peminum arak or penjudi bla bla bla.
Takkan kiter nak tengok anak or sedara mara kiter BERKAHWIN dgn oghang sedemikian???

TETAPI kita tidak di benarkan menceritakan kisah buruk seseorg itu SEKIRAnya dier sendiri menyembunyikan nya!!!!
Seperti membeli arak secara diam diam dan di bungkus rapi dan minum kat ghumah or tempat tertutup tanpa pengetahuan oghang lain.

Kepada yg mengamalkan KEMUNGKARAN/MAKSIAT secara terang terangan or terbuka, diri sendiri sudah membuka AIB nyer.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 4-2-2008 05:45 PM


Assalamualaikum juwaini,

Yg pernah teman dengar n belajor pasal mengumpat nie, pung ada bbrp kategori nyer.



Sekiranya perbuatan yg jahat/kemungkaran/maksiat tersebut di lakukan secara TERANG TERANGAN, maka di benarkan 'mengumpat'.
..


Siapa yang benarkan tu , manusia juga kan , tapi mungkin status dia korang sanjung , maka korang menganggapnya betul:re:
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 08:21 PM | Show all posts

Reply #12 ibnur's post

kalau gosip da lain kisah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2008 04:47 PM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 4-2-2008 05:56 PM


Siapa yang benarkan tu , manusia juga kan , tapi mungkin status dia korang sanjung , maka korang menganggapnya betul:re:


Miker pi laaa bukak Kitab yg ada di pasaran kalau nak tahu dgn lebey details.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 07:22 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 27-1-2008 14:38
Apa hukumnya mengumpat pemimpin yang zalim?


sabda Nabi saw :
"Jika kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruh kamu mengerjakan solat, berzakat dan berjihad, maka haram ke atas kamu memaki mereka dan halal bagi kamu mengikut mereka" (Riwayat Al-Tabrani dan Abu Daud)

Fudhail bin Iyadh berkata : "Kalaulah aku punya doa yang mustajab (maqbul), nescaya aku gunakan buat (kebaikan) sultan, kerana kita diperintahkan untuk mendoakan kebaikan buat mereka. Kita tidak diperintah untuk mendoakan keburukan buat mereka sekalipun mereka zalim dan bertindak sesuka hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.069029 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list