View: 18909|Reply: 46
|
'SASTERA KONTEMPORARI'
[Copy link]
|
|
Cadangan menukarkan komponen sastera BM supaya lebih kontemporari
di mana pengarang seperti Norhayati Berahim, Ahadiat Akashah antaranya
akan digunakan karya mereka untuk dipelajari mencetuskan pelbagai kontroversi...
A. Samad Said tidak mahu lagi menggunakan gelaran Sasterawan Negara beliau...
ibubapa yang merasakan karya-karya baru ini akan membawa negativiti kepada
pelajar-pelajar? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana dari segi keindahan atau laras bahasa sasteranya?
Bukankah Ahadiat menyelitkan bahasa yang tersendiri remaja...
Tidakkah perlu pelajar-pelajar didedahkan dengan karya-karya
klasik dll di sekolah kerana mereka akan mendapatkan karya-
karya kontemporari ini di luar...dan tidak akan membaca karya
-karya yg sarat begini...mungkin apa perlu adalah satu
slot dalam pengajaran sastera itu khas untuk apresiasi sastera
kontemporari...mungkin...
[ Last edited by seribulan at 28-1-2008 03:11 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dewasa ini, hasil karya penulisan terbahagi kepada 2 iaitu karya sastera tulen yang mana penulisnya terdiri daripada mereka yang memperjuangkan bahasa-bahasa sastera tulen dan kebanyakan mereka mendapat pendidikan atau bimbingan formal dari badan-badan seperti Gapena, DBP dan sebagainya.
manakala 1 lagi karya dikenali sebagai "hit novel", novel kontemporari dan sebagainya tapi saya lebih suka menggelarnya sebagai penulisan kreatif.
banyak pihak terutamanya di kalangan penulis yang sentiasa tidak berpuas hati dengan fenomena ini. yang mana dari golongan mainstream aka penulis sastera tulen, kurang berpuas hati terutamanya sekarang bila mana pihak kementeraian berura-ura untuk menukar karya-karya sastera kepada penulisan moden dan kreatif seperti penulisan sharifah abu saleem dan sebagainya. ini kerana cikgu yang mengajar pun tak ada semangat nak mengajar kerana jalan cerita yang tak catchy & pelajar pun tak berminat nak membaca. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sastera kontemporari? mungkin boleh dikatakan penulis fiksyen kontemporari
perlu dibezakan sastera tulen atau kontemporari
kalau hendak menarik minat pelajar, apa salahnya mencuba karya-karya yang lebih kontemporari.
bagi akula, karya kontemporari, walaupun kebanyakan orang nampak remeh, tetapi menarik kepada pelajar sebab banyak isu dekat di hati dan boleh relate kepada kehidupan seharian.
sokong supaya dipecahkan.. tetapi karya kontemporari yang harus dibaca oleh pelajar, perlu mempunyai penyusunan bahasa dan arus cerita yang agak bagus seperti mutu penulis-penulis daripada Minggu Penulis Remaja DBP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 limau_nipis's post
betul tu kan cik limau, memang kekadang masa sekolah dulu mahu tersangap sangap, terlelap aje baca teks sastera... cubalah tukar sesekali angin tu pada buku mcm kak samsiah md noor ke tu... bulan berbicara ke.. mcm buku ram.. bagaikan puteri ke... buku epilog cinta lily haslina ke... buku nyanyian tanjung sepi kak noor suraya ke... bagi minah buku ni memang mantap plotnya.. masih ada komersil nye, bahasa penulis pun debomb ... cantik indah bahasanya..
bukannya kita nak kata penulis mcm sasterawan ke, mcm angktn dbp tu tak baguih tapi tak salah kita bertukar angin kan...
kat karya karya komersil kan ada jugak nilai positif... bukan nye kosong aje
ni cuma minah punya 2 cents |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
an article I read...
Novel popular Ahadiat Akashah akan jadi teks sekolah, tiada karya Sasterawan Negara
www.saifullahzulkifli.blogspot.com
Assalamualaikum...
Rakyat berasa kecewa keatas apa yang telah berlaku
kepada sastera Malysia. Karya polular telah diangkat
setingginya menggantikan karya sastera.
Karya-karya sastera yang mengangkat nilai ilmu dan
kebudayaan dikalangan masyarakat malaysia, jika
dibanding dengan karya polular yang hanya mementingkan
nilai exotik dan belaian jiwa yang hanya membawa
kelalaian dalam masyarakat.
Fenomena yang berlaku seperti ini adalah manifestasi
budaya santai dan hedonistik yang melular di dalam
masyarakat. Karya-karya popular yang kebanyakkan hanya
mementingkan keuntungan komersiol tidak seharusnya
menjadi bacaan dalam silibus kesusteraan dalam
pembelajaran di sekolah.
Sebelum ini Majalah-majalah seperti Dewan Budaya, dan
Tunas Cipta telah ditutup penerbitannya, tetapi pada
hari ini masyarakat Malaysia telah dizalimi sekali
lagi dengan penggunaan buku teks KOMSAS dikalangan
penulis karya popular.
Sebelum ini, bunyi-bunyi daripada bangunan tinggi DBP
telah mendengarkan dendangan bahawa Johan Jaafar telah
banyak memainkan peranan dalam perkara ini. tapi itu
mungkin kata-kata umum yang belum dipastikan
keshahihannya.
A.Samad Said juga dengan nada yang kecewa menyatakan
bahawa beliau telah menjadi antan sasterawan negara
kerana terlampau kecewa diatas apa yang telah berlaku.
A.samad Said telah meluahkan kekecewan tersebut
sewaktu perasmian Perasmian Daerah Samad di Galeri
Petronas.
Saya selaku mahasiswa ingin menyeru kepada
sahabat-sahabat yang lain untuk mengambil berat dalam
isu ini. Ini melibatkan survival bahasa melayu sebagai
bahasa ilmu. " BAHASA JIWA BANGSA" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 mardhiah12's post
maap cakaplah... kenapa jadi begini.. tok sah le salahkan pembaca.. dah segala menda perlahan dan lembab sangat kat 'sana' tu.. promosi tak ada... buku terbiar dlm stor... kita pun rasenya tak tahu kan.. apa buku baru orang kat sana tu... bukannya kita tak nak beli.. bukannya kita tak mau membaca karya berat, tapi dah buat buku mcm syok sendiri.. lagi satu hal kekadang terfikir sendiri kenapa agaknya penulis karya berat selalu rasa karya mereka bagus sangat.. kenapa pandang mual pada karya yg laris di pasaran... kenapa pandang karya org mcm tak berilmu... kata org kalau nak berdakwah.. biarlah cara yg org semua boleh paham... bukan ke itu lagi bagus... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 minahleter's post
minah, mar copy paste article jer
bukannya membangkang tindakan kerajaan...
cuma mar rasa masyarakat kita ni, masih ketandusan budaya membaca (bukan termasuk golongan kita kat sini tau)
rata2 masyarakat kita suka membaca benda ringan, macam majalah, novel santai dan sebagainya..
dan tak ramai yang membaca buku2 tulisan penulis yang menang anugerah pelbagai....dlm masyarakat kita, kurang sikit dari segi membaca untuk ilmu pengetahuan..mar pun admit jatuh dlm golongan ni. susah nak ambil buku2 belajar, buku2 fakta untuk dibaca.
tapi mar suka baca semua, dua2 pihak. dari AA, zuraidah othman, dulu, waktu sekolah, diselang seli dgn a samad said, hizairi othman, siti hajar, faisal tehrani dan sasterawan lain, sebabnya waktu sekolah dulu, diWAJIBkan baca dewan siswa, in fact, kena melanggan dewan siswa masa tu. jadi berupaya buka mata mar dan appreciate karya org2 macam ni.
dan mar akui, golongan sasterawan negara ni, agak sukar mencari pembaca yang ramai, kecuali clique2 tertentu sahaja, kerana persepsi kita bahawa karya mereka BERAT untuk ditelaah. padahal, kalau org2 macam dia hidup di negara macam US, atau european countries, berkemungkinan besar akan dihargai. malahan disiplin seperti literature & philosoposical thinking, sudah pun dimajukan di negara mereka bertahun2 lagi...nak dibandingkan dgn di malaysia, kalau ambil sarjana muda dalam persuratan bahasa melayu, org dah pandang lekeh (dengan persepsi susah org mcm ni nak dpt kerja)
bagi mar, apa salahnya standard BM masa sekolah tu agak tinggi, kerana nanti waktu bekerja pun kita hanya byk guna bahasa santai dari bahasa formal yang dipelajari.
just my two cents opinion
[ Last edited by mardhiah12 at 30-1-2008 12:54 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
keputusan terkini...
sokong cadangan tersebut 2 (28.57%)
sokong tapi cadang pengarang lain 2 (28.57%)
tidak sokong 0 (0.00%)
atas pagar 1 (14.29%)
pendapat lain 2 (28.57%)
mengarut 0 (0.00%) |
|
|
|
|
|
|
|
article for thought
Naqdu: Komsas untuk kepentingan siapa?
Bersama Salbiah Ani
SEJAK beberapa minggu ini, isu teks Komponan Sastera Dalam Bahasa Melayu (Komsas) mendapat perhatian semula, khususnya apabila Berita Harian membocorkan tiada sebuah pun karya Sasterawan Negara (SN) tersenarai sebagai antara buku yang dicadangkan untuk teks baru Komsas.
Laporan di halaman sembilan, 12 Januari lalu turut mendedahkan puisi, cerpen, novel dan drama, penerima Anugerah Penulisan Sea, pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), hadiah sastera peringkat negeri dan swasta baik bertema Islam atau kemerdekaan, menerima nasib serupa.
Berita Harian diberitahu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mengambil tindakan itu kerana karya kelompok terbabit yang menjadi teks dikatakan sukar difahami pelajar, memaksanya menilai semula pendekatan sekarang.
Lalu, jalan keluar bagi menyelesaikan perkara terbabit ialah memilih karya yang mendapat perhatian pelajar khususnya pengarang popular seperti Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.
Pemilihan karya sebagai suatu teks memberi suatu kepuasan yang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata oleh mana-mana pengarang sekiranya karya mereka dipilih, selain seolah-olah pengorbanan masing-masing dalam dunia sastera tanah air terasa berbalas.
Seperti diketahui, satu sebab mengapa pemilihan teks untuk Komsas dan Kesusasteraan Melayu kerap dilanda kontroversi kerana pengarang yang karya mereka dipilih sebagai teks, akan menerima pulangan lumayan.
Rezeki 憈erpijak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masalah begini boleh berlaku kerana mentaliti orang-orang kita juga. derang tak boleh nak baca karya yang berat. even tak mahu nak berfikir. semuanya nak cerita yang happy ending. and that's why ada syarikat penerbitan yang mewajibkan penulisan novel untuk membuat happy ending. mereka dah menyekat kreativiti penulis.
macam juga filem. cuba kita lihat hasil karya shumi di awal kemunculannya dahulu sebelum pontianak. zaman sara, mimpi moon. masa aku tengok mimpi moon, dalam panggung tu kosong je. sebab masyarakat kita tak mahu menonton filem yang memerlukan mereka berfikir. itu sebabnya filem-filem murahan seperti filem razak mohaideen tu boleh box office. walaupun ramai yang kata filem dia tak berkualiti, tapi masih ramai yang memenuhkan panggung.
berapa kerat sebenarnya masyarakat kita yang nak baca buku sastera melayu tulen. even aku sendiri pun tak sanggup nak baca. tapi aku tidak meminggirkan terus. at least aku baca yang kategori pertengahan.
cuba kita tengok karya shamsiah mohd noor tajuk sejernih lazuardi. walaupun dia penulis yang mempunyai nama, tapi tak semua penulisannya mendapat tempat di hati peminat. sebab karya tersebut jauh lari dari kisah cinta. tapi aku suka karya tersebut. banyak pengetahuan yang dapat diperolehi daripadanya.
begitu juga dengan karya norzailina nordin bertajuk arjuna hati. novel tersebut memang payah masyarakat nak baca especially remaja kerana mengutarakan kisah sejarah & kurang kisah cinta.
masyarakat kita ni lebih suka perkara-perkara yang menkhayalkan, menyeronokkan. even aku sendiri pun tak lari daripada perkara tersebut. tapi kita kena balance kan. tak kan selamanya nak berada dalam dunia khayalan & asyik mahsyuk je.
oleh kerana ada permintaan, maka tak hairanlah bila penulis asyik buat novel berkisar perkara yang sama je dalam setiap novelnya. dari novel pertama sampai novel kelima, asyik stereotype je. ramai yang suka, tapi ramai juga yang tak suka. tapi nak buat macam mana dah permintaan tu ada penerbit dah tentu suka bila mana jualan mereka meningkat. tapi sampai bila penulis tersebut nak buat kisah-kisah khayalan. watak hero mestilah yang hensem, berpelajaran tinggi atau berkerjaya bagus. kemudian percintaan yang ditentang. balik-balik macam tu jugak kisahnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 shidaaziz's post
shida, i agree with you.
sekarang ni mmg trend org membaca di merata2 tempat, tapi masih lagi novel2 santai, novel2 cinta
kalau tengok library penulis yang selalu menang award, rasa kurangnya ilmu di dada
dulu pernah suratkhabar tunjuk library allahyarham othman puteh, masa tu utusan interview hizairi othman
mar yg baca suratkhabar tu segan tgk, gambar library dia org yg besar tu..tambah lagi bila artikel tersebut turut quote kata2 hizairi othman tentang buku kegemarannya. mmg mostly from profilic writers yg reside di luar negara. mar rasa sebab tu hizairi othman dan arwah ayahnya mampu menghasilkan buku yang menggunakan kosa kata yang teratur.
bila nak dibanding buku tu dgn buku yg golongan kita baca, aduhai....
paling senang satu jer, berapa ramai yang sudah baca 'To Kill a Mockingbird?" tulisan Harper Lee, walhal novel tersebut dinobatkan sebagai novel terbaik sepanjang zaman? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 shidaaziz's post
sebab tu ku tulis gini masa mengutarakan pendapat
sokong supaya dipecahkan.. tetapi karya kontemporari yang harus dibaca oleh pelajar, perlu mempunyai penyusunan bahasa dan arus cerita yang agak bagus seperti mutu penulis-penulis daripada Minggu Penulis Remaja DBP |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by limau_nipis at 31-1-2008 02:01 PM
sebab tu ku tulis gini masa mengutarakan pendapat
sokong supaya dipecahkan.. tetapi karya kontemporari yang harus dibaca oleh pelajar, perlu mempunyai penyusunan bahasa dan arus cerita yang ag ...
kak limau, ekceli karya DBP yang pernah shida baca, banyak yang bagus-bagus. tapi mungkin sebab cara kerja DBP tu yang mana maish lagi cara kerja orang gomen, maka derang tak dapat nak marketkan secara meluas. even cover novel pun tak catchy. ingat lagi masa sekolah dulu, zaman tu mana ada lagi alaf ni. Shida suka beli novel DBP. sebab novel dia banyak berunsurkan kekeluargaan, pendidikan dan sebagainya. novel DBP tak banyak menyelitkan kisah-kisah cinta. itu sebab remaja sekarang ni tak mo baca novel-novel DBP. sebab novel tu tak de nilai komersiol.
shida teringat satu karya DBP. shida baca novel tersebut tahun 1990. novel tersebut mengajak kita mengembara ke luar negara. kisah satu keluarga yang mana mereka mengikut bapa yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. shida tak berpa ingat cerita tu. tapi jalan cerita memang menarik. tak perlu ada kisah2 18sx atau cinta-cinta khayalan. kalau tak silap tahun 2000-2005, novel tersebut telah dijadikan sebagai satu teks untuk tingkatan 3 atau 4 kalau tak silap, sebab adik shida ada novel tersebut.
shida tak kisah kalau novel kontemporari/popular nak dijadikan teks sekolah. tapi jalan cerita biar le berpada-pada. jangan asyik berkhayal je. biar logik. terutama dari segi fakta. fakta dimaksudkan bukan semestinya tarikh-tarikh sejarah sahaja. sebagai contoh yang shida dah baca novel penulis terkenal sebelum ini, tahun 1992-1994 seorang doktor di kawasan utara tanah air dah menggunakan handphone. zaman tersebut memang dah muncul handphone. tapi bukan trend & masa itu yang paling popular adalah pager. kalau watak tersebut di KL lain cerita jugak. tapi macam tak masuk akal le. so, please be alert dengan benda-benda kecil macam ni. jangan main redah je nak tulis ikut suka.
same goes to SMS. SMS bermula tahun 1998/1999. itu pun ke rangkaian yang sama. bukan antara rangkaian. antara rangkaian bermula tahun 2001. jadi kalau ada yang buat novel flashback, dan kemudian tak alert dengan situasi di zaman tersebut, habis le. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak kisah siapa penulis. tapi penulisan biar masuk akal. jangan asyik watak yang bagus-bagus je. sebab dalam realiti kehidupan, tak ada yang sempurna. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak setuju.
ok memang betul, karya hit novel atau kontemporari atau pop ni lebih mudah memikat hati remaja. tapi IMHO, selain dari mengetahui jalan cerita yang betul, takde benda lain yang boleh kita pelajari dari buku macam ni.
kalau karya sastera berat, selain dari bagusnya jalan cerita, kengkadang ada diselitkan nilai falsafah, ditambah dengan vocabulary, susun kata yang indah dan cantik.
entahlah. aku kecewa la kalau kerajaan memilih bacaan ringan untuk student. aku rasa lebih baik kalau rasa karya sastera sebenar tu berat, fokus pada satu buku je untuk dipelajari. takpun lebih baik kalau kerajaan meringankan koleksi sastera berat ni supaya senang difahami oleh pelajar-pelajar.
kalau nak jugak, aku nak dan sokong kalau karya semacam Faisal Tehrani yang dijadikan rujukan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
senang citer kan.. kalo diorang ni boleh seimbangkan novel yg heavy metal karya geng dbp dgn karya yg agak fofular ni.. minah rasa baru lega sikit bebudak yg selalu ngadu tersengguk sengguk baca karya komsas tu... tapi rasa luar biasa jugakkan kalau legenda budak setan terpilih... sebab di antara karya fofular masih ada byk lagi karya bermutu mcm arjuna hati by norzailina norden, mcm kuusir lara ini.. penuh maksud perjuangan anak muda, by aminah moktar... bulan berbisik tu pun citer pasal ketabahan dan kefahaman yg mendalam mengenai islam apabila berumahtangga dan mcm shida kata samsiah md noor byk karya yg mengesankan lagi penuh nilai positif. mcm epilog cinta by lily haslina, perincian dia tentang suasana perang jepun, zmn darrurat amat real.. byk nilai yg boleh dikutip.karya norzailina nordin mcm zuriat etc semuanya kisah benar dan penuh elemen ilmu.. jadi bagi minah ni semua subjektif.. tepuk dada tanya selera.. cuma ada segelintir golongan sasterawan yang rasa karya mereka karya agung ala ala mahakarya memang payah nak terima apa lagi nak baca karya popular, tu yg timbul pertelingkahan dan rasa curiga pada karya org sehingga sampai bila bila dianggap karya popular ni mcm sampah atau kuman dalam dunia sastera.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|