CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4693|Reply: 39

hati2 naik teksi

[Copy link]
Post time 6-2-2008 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Pengalaman ngeri dalam teksiPADA hari Isnin, 28 Januari lalu, selepas tamat persekolahan sesi pagi (pukul 1.05 tengah hari) di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur, saya seorang guru, telah menunggu teksi di stesen bas berhampiran Kompleks Sungai Mas, Jalan Ipoh.
Setelah menahan beberapa buah teksi akhirnya sebuah teksi berhenti. Teksi itu adalah merupakan model kereta Proton Saga yang lama dan berwarna merah serta putih.
Teksi yang dipandu oleh seorang pemuda (berumur lingkungan 30-40 tahun) dan berpakaian baju kemeja berwarna putih dan berlengan pendek memandang saya untuk mengetahui destinasi yang ingin saya tuju.
Saya menyatakan bahawa ingin pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Jalan Yacob Latif, Cheras. Pemandu teksi tersebut menyatakan boleh, lalu saya terus menaiki teksi tersebut.
Saya dapati bahawa keadaan dalam teksi tersebut sudah lama terbiar dan tidak diuruskan dengan baik. Pemandu itu kemudian menyatakan bahawa dia ingin mengisi gas/minyak kereta sebelum pergi ke HUKM.
Dia juga menyatakan bahawa tidak akan menjalankan meter (jenis lama dan terletak di atas dash board) sehingga selesai mengisi minyak/gas.
Saya lihat bahawa meter tangki minyak kereta itu adalah berada dalam kuantiti yang sedikit. Dia terus mengambil Jalan Kuching yang menghala ke Batu Caves sejurus keluar dari bulatan kecil Jalan Ipoh.
Sebelum sampai ke bulatan besar yang berhampiran Gua Batu Caves, pemandu itu mengambil jalan kecil bersebelahan jalan besar yang menghala ke arah bulatan besar di atas. Jalan kecil itu menghala ke pintu pagar sebuah kuil kecil yang berhampiran dengan bulatan besar itu.
Saya bertanya kepada pemandu teksi tersebut berhubung jalan kecil yang diambilnya itu. Dia berkata dia ingin meminta duit dari kuil tersebut.
Setelah sampai ke pintu pagar kuil yang tertutup itu, pemandu teksi itu pun memberhentikan teksinya. Dia terus mengambil sebilah pisau bersaiz sederhana yang berwarna perak dari tepi pintu pemandu dan terus meletakkannya tepi leher saya.
Dia mengugut saya memberikan wang RM50 kepadanya. Saya dengan rasa terkejut terus mengeluarkan dompet dan menyerahkan sekeping duit kertas RM50 kepadanya.
Dia meminta lagi wang tambahan namun saya menyatakan bahawa dalam dompet hanya tinggal RM1. Saya memarahinya dan menyatakan perkataan 慻ila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2008 11:08 AM | Show all posts

Reply #1 rambutan's post

ok noted and gud info sharingg...

btw, aku naik teksi gi KLIA jerrr...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:08 AM | Show all posts
laaa... truknye....
mnakut kan... kita pn mst kna bwak psau gk... utk kslmatan dri..:@
be careful la pnmpang2 teksi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:09 AM | Show all posts
  takutnya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:10 AM | Show all posts
takutnya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:11 AM | Show all posts
rambutan laki ker?..... seb baek.................................... nape tak sepak telor dia?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2008 11:13 AM | Show all posts
sebab tu haku cuma naik teksi yg aku panggil terus dari sykt teksi ajer...takut kes ceggini arr
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:13 AM | Show all posts

Reply #3 maneez_leo's post

tak payah bwk pisau, nti kita pla msk lokap sbb bwa senjata tajam... bli ja paper spray, time org jahat nak kacau ke apa ke, sembur je kat mata org tu, gerenti kiok skejap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2008 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by bubpallo at 6-2-2008 11:11 AM
rambutan laki ker?..... seb baek.................................... nape tak sepak telor dia?..


tuh bukan kisah haku ler... ahmad dr batu caves yg tulih lam paper utusan

lagipon letak pisau kat leher mana ada masa nak pikir sepak telur bagai....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:18 AM | Show all posts

Reply #8 thorgard's post

ko bawak ciliboh jer dlm handbag...
ada emergency... kasi sapu itu cili di muke org jahat iteww.. kawtim!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:19 AM | Show all posts
last monday g terengganu.. dari airport nak ke bukit payong... 30 ringgit diorg cas.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:20 AM | Show all posts
aku tak suka naik teksi :@ mostly driver tk jujor, suka menipu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:20 AM | Show all posts
bahaya juga naik teksi ni kalau sorang2 jgnlah naik kalau driver dia didahi dia ada tulis 'mencurigakan'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2008 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by True-X at 6-2-2008 11:19 AM
last monday g terengganu.. dari airport nak ke bukit payong... 30 ringgit diorg cas.....


aku pon baru balik dr kt... sib baik member jemput kat airport, kl;u tak mesti kena semelih gak... tp bukan kat situ kaunter teksi dah siap ker..... yg tuh pon rega teksi sapu gak ker... siulan
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:24 AM | Show all posts

Reply #14 rambutan's post

aku amik teksi kat airport laa tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:26 AM | Show all posts
aku baru je pg tadi naik teksi...

uncle cina....siap pesan kat aku turun kat kwsan rmi org..kul 6.30pg mana la ada org sgt...then laju plak tu bwk..dlm 7mnit gitu jer aku da smpi kt jln duta..peghh..last2 tu siap wish aku gong xi fa cai...aku pun wish gak...tu pun nasb baik jer aku tak mintak angpau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2008 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by True-X at 6-2-2008 11:19 AM
last monday g terengganu.. dari airport nak ke bukit payong... 30 ringgit diorg cas.....


dah tu baper sepatutnyer?... rm10 kee??..
buat aduan ke LPKP.. kan ada sms + tol pree bagai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2008 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by True-X at 6-2-2008 11:24 AM
aku amik teksi kat airport laa tuh....


itulah pes time haku gi kt sbb kena outstation.... klu takde member mau haku pon kena semelih hidup2..... tahun melawat terengganu pon cam nih gak ker?

pengajaran dri kisah teksi terengganu nih ialah..... berkawanlah dgn orang terengganu... semiga anda tak kena tipu..

ataupon pepatah org tua2 mengatakan...

berkawan biar seribu
berkasih biar satu
berkawin biar empat...
yg belen2 tuh boleh buat spare part..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:30 AM | Show all posts
moralnye berhati2 slalu bile nk nik teksi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:30 AM | Show all posts
ish takutnyer..
sblm naik taxi tu rajin2la peratikan plat no taxi tu..
senang kalu ader pe2...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.429094 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list