View: 2629|Reply: 4
|
sesapa dah guna smart alert kat keta ?
[Copy link]
|
|
smlm kan pelancaran smart alert tu.. ada sesapa ke yg dah guna smart alert ni boley citer sikit tak? aku tak tau lagi nak beli ke tak; mahal ke? mmg boleh cegah kemalangan ke?? banyak sgt aksesori naik fenin aku. kalu kereta canggih sumer tak pe la ni jazz aje .. aku baru aje hangus few hundreds sbb tukar timing belt keta aku yg tetiba aje fuċk up last week cissssssss :@ |
|
|
|
|
|
|
|
smart alert ni main funtion dia utk cegah curi kan..?
agaknya yg ni la kot Hubby aku install kat keta dia RM4K... hangin jer aku dengar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Smart Alert alat elak mengantuk
Oleh DALIZA ARIFFIN
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pemandu, terutama pemandu bas ekspres dan lori yang memandu bagi perjalanan jarak jauh, mudah berasa mengantuk dan terdedah kepada risiko kemalangan, tetapi kini sebuah syarikat Smart Synergy Ventures (Smart Synergy) telah memperkena alat Smart Alert yang boleh mengelakkan pemandu terbabit tertidur ketika mereka memandu.
Mengikut statistik antara tahun 2003 hingga 2007, seramai 31,283 orang terlibat dalam kemalangan maut dan Ops Sikap ke-16 yang berakhir semalam seramai 164 orang maut sejak operasi itu dilancarkan pada 31 Januari lalu sempena Tahun Baru Cina.
Alat tersebut yang disangkutkan di telinga akan mengeluarkan bunyi beep atau bergetar sekiranya kepala pemakainya hilang keseimbangan akibat mengantuk atau keletihan yang amat sangat.
Produk yang berbentuk alat set Bluetooth itu juga boleh memberi manfaat kepada golongan lain termasuk pekerja pengendali atau operator mesin, pengawas peralatan elektrik jana kuasa, sistem telekomunikasi, pasukan keselamatan termasuk polis dan tentera serta pelajar yang sedang mengulang kaji pelajaran.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Smart Synergy, Muhd. Taufik Ghazali, produk tersebut juga boleh dijadikan sebagai cenderahati oleh syarikat insurans dan takaful kepada pelanggan yang memperbaharui insurans kenderaan mereka.
''Dengan memberi hadiah cenderahati Smart Alert ini, ia akan membantu pelanggan syarikat insurans dan takaful daripada terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya dan sekali gus dapat mengurangkan tuntutan insurans daripada mangsa yang terlibat dalam kemalangan dan seklai gus dapat meningkatkan keuntungan syarikat dalam jangka panjang,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Smart Alert yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Tengku Datuk Seri Azlan Sultan Abu Bakar, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Smart Synergy, Aznain Abdullah.
Aznain menjelaskan bahawa, syarikat mengunjurkan jualan Smart Alert menjelang akhir tahun ini mencecah sehingga 500,000 unit.
Katanya, produk tersebut mampu dimiliki semua orang kerana harganya yang murah antara RM30 hingga RM20 seunit.
Menurutnya, syarikat telah melantik enam ejen bagi mengedarkan peralatan tersebut di seluruh negara.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... at&pg=ko_03.htm |
|
|
|
|
|
|
| |
|