CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13714|Reply: 79

Buku baru dipasaran: Kayangan, Lost In KL, Pasca Manusia

[Copy link]
Post time 19-2-2008 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Tak pasti samada ini tempat yang sesuai, jadi Mods kalau rasa tak sesuai, ubah atau padamlah mengikut rasa hati.

Pertama: Koleksi cerpen Kasut Biru Rubina oleh Sufian Abas (yakni aku)



"Your malaikat story broke my heart"
Dina Zaman, bestselling author of I am Muslim

Seorang wanita bangun dari tidur tanpa tubuh.Seorang budak lelaki cuba meniti keperitan alam kedewasaan bila haiwanmini mula keluar dari tubuhnya. Apa yang akan anda lakukan jika malaikatterlupa membawa unikon untuk harijadi anak perempuan anda? Dan apakahsemua kasut jahat, atau hanya yang biru saja?

Watak2 dalam Kasut Biru Rubina mahu hidup dalam kehidupan biasa.Tapi yang luar biasa berlaku. Pendek, mengejutkan dan penuh penipuanyang hanya boleh lahir dari akal seorang penipu surat berantai Nigeria,cerpen Sufian Abas adalah snapsyot yang menerangkan keanehan dalamdunia yang wujud dalam mimpi ngeri kita.

Kasut Biru Rubina adalah sebuah himpunan cerpenpop berbahasa Melayu. Diilhamkan dari konsep sastera pakaibuang(disposable literature) yang dipelopori penulis Yahudi kelahiranVienna, Hermann Broch, ia diharap dapat menghiburkan pembaca dalambeberapa waktu mereka terperangkap di latar urban ini (misalnya ketikadi dalam elarti, tatkala menunggu awek/balak, sewaktu menanti azansebelum berbuka atau menunaikan solat dsb). Selepas dibaca ia bolehlahdibuang atau lebih afdal lagi didermakan kepada mereka yang dahagakanbahan bacaan tapi tak mahu terjerumus dalam pembacaan remeh sepertimembaca tanda jalan, kotak konflek, notis dari jawatankuasa kampung,majalah mangga, atau surat pemberhentian kerja.
Harga: RM15, 96 m/s (termasuk pascakata oleh editor Komikoo, En Roy)

Sudah dipasaran.

Untuk maklumat lebih lanjut ke sini

Kedua: Koleksi cerpen Aweks KL (oleh ramai-ramai penulis termasuk moderator Seribulan)



Antologi cerpen oleh wanita (dan makhluk yang merasa diri mereka wanita). Kelewatan selama 2 tahun, dan akhirnya setelah payah bertungkus lumus, akan diterbitkan juga pada tahun 2008 selepas masihi.

Akan Datang Mac.2008

Untuk maklumat lebih lanjut ke sini
[size=130%]



[ Last edited by  seribulan at 27-1-2009 01:43 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2008 06:12 PM | Show all posts
marquez , kau sufian abas ke?
leh la order kat kau je.
tapi lom gaji lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2008 06:36 PM | Show all posts
Boleh. Tapi aku cuma ada 100 saja boleh dijual (edisi terhad). Sila ke blog aku untuk maklumat lanjut.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 10:04 PM | Show all posts

Reply #1 marquez's post

cerpen saya ini khas untuk teman saya kerana idea
tercetus selepas pertama kali memukul-mukul bola tenis
bersama dia...balik dapat idea terus hantar pada editor...
percubaan pertama saya menulis dalam Bahasa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 10:05 PM | Show all posts

Reply #2 neeziee's post

beli jangan tak beli, adik
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 10:55 PM | Show all posts
amboi cik seri bakat terpendam gitu.. bagilah preview dia sikit..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2008 07:15 AM | Show all posts

Reply #6 limau_nipis's post

aci ke? tunggu buku aje lerr...kang marah publisher dier...
without consent...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 08:06 AM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 19-2-2008 10:05 PM
beli jangan tak beli, adik


kak bulan hadiahkan kat aku le..

gaji masuk 26hb...alahai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2008 10:16 AM | Show all posts

Reply #8 neeziee's post

SETUJU!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 12:00 PM | Show all posts

Dari Berita Harian (sisipan I-Kon)

Kebangkitan penulis 'underground'
Oleh Fairuz Zaidan
[email protected]

Cerpen pendek kreatif sebagai tarikan kepada ulat buku

KEBIASAANNYA sesuatu yang dianggap 'underground' atau secara tersembunyi memang payah untuk dikenali apatah lagi memasang angan-angan menjadi popular. Istilah underground sering disogok kepada mereka yang cenderung menyebarkan idealogi serta elemen karya khusus untuk kelompok individu sealiran.

Maka, tidak hairan kelompok seniman jalanan sebegini kurang mendapat perhatian disebabkan kurangnya promosi dan medium untuk menyebarkan aliran seni untuk disampaikan. Sebaliknya penggiat seni yang lebih jelas objektif hala tuju dalam karyanya mudah untuk diterima umum.

Kaitan penerimaan umum terhadap sesuatu karya itu begitu subjektif. Tidak kiralah medium yang disampaikan dalam bentuk muzik, penulisan mahupun pementasan yang jelas merungkai kepada tahap pemikiran dan penerimaan seseorang dalam menilai makna tersirat dan tersurat.

Sebagaimana penciptaan sesebuah lagu, bagaikan tidak sempurna sesuatu genre muzik itu jika tidak digandingkan secara sempurna dengan liriknya. Bahasa yang dipilih bagi melengkapi bait lirik lagu juga memainkan peranan dalam membentuk alirannya tersendiri. Jika kena pada gaya dan lenggoknya, sesuatu muzik itu secara sendirinya diterima dan seterusnya menjadi siulan ramai 'pemujanya'.

Begitu jugalah halnya karya dalam bentuk penulisan novel dan cerpen yang realitinya mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri. Jangan tidak tahu, di sebalik kemeriahan penerbitan buku di pasaran tempatan, terdapat ruang kecil mewakili kelompok penulis angkatan baru.


Penulis angkatan baru ini boleh diumpamakan seperti penggiat seni underground lain di mana hasil karya tulisan mereka dalam bentuk novel mahupun cerita pendek (cerpen) seakan 'lubuk' yang masih belum diteroka sekali gus menjadikan karya penulisan seniman berbakat ini kurang dikenali di pasaran komersiol.

Jika berkunjung ke toko buku berhampiran juga, agak mustahil untuk mendapatkan bahan bacaan mewakili kelompok seniman berbakat sedemikian memandangkan karya mereka yang lahir daripada isi hati secara terang mengekspresi suatu pandangan tanpa sempadan.

Selain menyogokkan bahasa mudah difahami, penulisan novel dan cerpen oleh penggiat seni itu begitu lantang melahirkan cetusan rasa mengikut acuan dan kehendak dipilih tanpa prejudis.

Walaupun secara realitinya kalau diselak inti pati cetusan kreatif bahan bacaan yang disampaikan seniman aliran underground sebegini sebenarnya begitu jujur disampaikan, bebas bermain kata-kata, selain menampilkan bahasa mudah difahami. Sungguh!


Sayangnya, bentuk penulisan novel dan cerpen kreatif sedemikian jarang-jarang kelihatan di pasaran buku tempatan. Toko buku walaupun menyokong penerbitan buku tempatan tetap berhati-hati mengedarkan setiap buku bagi mengelak sebarang penyebaran idealogi terlarang.

Sebab itu kalau kita lihat di kebanyakan rak buku yang memuatkan hasil penerbitan tempatan lebih cenderung dipenuhi dengan novel-novel cinta yang tebalnya sehingga 500 muka surat. Isi kandungan untuk kebanyakan novel komersiol begini pula tidak lari mengagungkan janji manis cinta yang penuh fantasi. Betulkah begitu?

Mengapakah cerpen hasil karya penulis angkatan baru sukar untuk ditembusi di kedai buku tempatan? Adakah penerbitan mahupun toko buku takut untuk memasarkan hasil karya penulis kreatif berkenaan?

"Bukan mudah untuk mendapatkan publisiti untuk tujuan promosi hasil karya daripada penulis seperti kami ini. Walaupun ramai sebenarnya penulis baru berbakat tetapi mereka tiada peluang dan tidak tahu medium sepatutnya untuk mengembangkan bakat dalam bentuk penulisan," akui penulis cerpen berbakat, Sufian Abas.

PENDEK kata semua dilakukan mengikut acuan sendiri. Daripada jalan cerita, perkembangan watak, tajuk buku, pemilihan reka bentuk kulit muka depan cerpen hinggalah kepada sumber modal bagi menerbitkan sesebuah cerpen fiksyen.

Begitulah senario dilalui kebanyakan penulis cerpen aliran kontemporari yang melakukan hampir kesemuanya termasuklah pemasaran selepas buku berjaya diterbitkan. Nampak seakan payah kerana terpaksa melakukan hampir kesemua kerja rumit tetapi itu semua dilakukan dengan bersebab.

Seperti juga penulis cerpen Sufian Abas, 36, yang tidak terkecuali melakukan semua kerja-kerja teknikal termasuklah mencari modal sendiri, melakukan kerja penyuntingan sehinggalah idea untuk kulit muka depan cerpen yang akhirnya memberi kepuasan tersendiri buatnya.

Berbanding kebanyakan penulis novel komersiol di pasaran yang sememangnya mudah mendapat peruntukan dari segi suntikan modal dan medium untuk menerbitkan hasil karya mereka, tetapi realitinya hasil kerja mereka masih lagi terbatas oleh garis panduan dan kemahuan syarikat penerbitan.

Mengulas lanjut senario itu, Sufian berpendapat yang penulis novel komersiol tidak bebas sepenuhnya dalam menzahirkan seratus peratus kehendaknya terutama dari segi pemilihan reka bentuk kulit muka novel.

"Sebab itu, kebanyakan penulis cerpen kreatif yang semakin berkembang ini tidak kisah untuk membelanjakan sendiri wang termasuk mencari modal sendiri semata-mata bagi memastikan hasil karya mereka benar-benar menepati cita rasa yang sepatutnya.

"Malah, ada juga cerpen yang menghimpunkan ramai penulis dengan hasil karya masing-masing di mana dalam satu-satu buku itu menghimpunkan banyak cerita pendek mengikut gaya penulisan berbeza," kata Sufian yang ditemui di sebuah toko buku, Silverfishbook di Bangsar Kuala Lumpur.

Beliau yang tampil dengan karya terbarunya, Kasut Biru Rubina berupa himpunan cerpen pendek untuk bahan bacaan santai adalah antara penulis cerpen angkatan baru yang memperjuangkan genre penulisan tersendiri dan bebas mengikut kata hati, pendapat dan kreativiti.

Karya fiksyen bebas dan kontemporari itu ternyata merancakkan lagi perkembangan penulisan di negara ini. Kehadiran ramai muka baru dan tidak kurang juga yang sinonim dalam penulisan cerpen kreatif berpaksikan objektif yang sama - menyemai minat membaca!

Antara nama gah mewakili kelompok penulis angkatan baru dalam bidang penulisan cerpen termasuklah Ruhayat X, Saharil Senin, Jerome Kugan, Tok Rimau, Sinaga Naga, Mat Jan, Dianadinari, Fadz dan Nazri M Annuar (Vovin).

Malah sesetengah penulis ini juga kalau terkenal dalam penghasilan skrip drama dan filem sebagaimana Ruhayat X sendiri yang terbabit sebagai penulis dan lakon layar bagi drama Sadiq & Co, Gol & Gincu dan filem Histeria serta menjadi penerbit bagi projek buku Wilayah Kutu, Projek Elarti dan yang bakal menyusul, Aweks KL.

Bercerita lanjut pembabitannya dalam bidang itu, Sufian berkata dia memulakan bidang penulisan cerpen kreatif pada 2001 dengan karya antologi Silverfish New Writing 1 yang diedit oleh Amir Muhammad. Sufian jelas tidak puas bermain ayat dalam penulisan berbahasa Inggeris dan bertindak beralih ke penulisan cerpen bahasa Melayu.

Buktinya hasil karyanya diterbitkan di dalam naskhah pinggiran seperti Wilayah Kutu dan Projek Elarti (sebuah majalah sosio-sastera santai).

"Bagaimanapun, penulisan ini bukanlah kerjaya sepenuh masa yang saya lakukan kerana sejak dulu lagi saya terbabit dalam kerja-kerja penterjemahan.

"Apa yang membuatkan saya teruja untuk berkarya dalam penulisan adalah selepas melihat sendiri teman-teman seangkatan dengan hasil karya masing-masing," akui Sufian yang meminati hasil karya penulis antarabangsa. Jorge Luis Borges dan Jose Saramago yang berbangsa Portugis.

Dalam pada itu, Sufian masih mengharapkan penulis seangkatannya yang memperjuangkan idealogi dan penulisan cerpen kreatif mendapat lebih banyak ruang dan peluang untuk menterjemah hasil karya di pasaran tempatan. Peluang sedemikian, bukan saja membantu merancakkan lagi industri penerbitan buku dan bahan bacaan, malah membantu menyemai tabiat suka membaca.

Kasut Biru Rubina: Koleksi Fiksyen Pop Untuk Jiwa2 Hadhari

MENGHIMPUNKAN sebanyak 37 cerpen pendek, Kasut Biru Rubina adalah sebuah himpunan cerpen pop berbahasa Melayu. Diilhamkan dari konsep sastera pakai buang (disposable literature) yang dipelopori penulis kelahiran Vienna, Hermann Broch, buku itu diharapkan mampu menghiburkan pembaca yang inginkan kelainan dari segi isi kandungan.

Antara judul cerita pendek yang dimuatkan di dalam cerpen itu adalah Telefon, Malam Ini Malaikat Tidur, Melah & Jusuh, Ohh! Jimi, Jaafar Mahu Menari, Melah Masuk Ooniversiti, Berlumpur Dalam Blues, 3 Elarti Ke Kelana Jaya, Tak Nak! dan Kasut Biru Rubina.

Judul Buku: Kasut Biru Rubina (Koleksi Fiksyen Pop Untuk Jiwa2 Hadhari)

Harga: RM15

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 01:14 PM | Show all posts

Reply neeziee's and limau post

baik tulis teruih sini jerr...korang print and bind...

komen dari thread Book Log http://forum3.cari.com.my/viewth ... age%3D1&page=75

baru habis baca kasut biru rubina dari sufian abas, koleksi fiksyen pop untuk jiwa-jiwa hadhari vol 1.. buku ni nipis je, baca sekejap dah habis.. ceritanya pendek dan padat, memang tak boring baca.. expect the unexpected   my favourites are nenek oh nenek & mari menulis novel..   

for more info visit http://sufianabas.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2008 05:59 PM | Show all posts
Sempena ada moderator cari dalam buku Aweks KL, pihak penerbit (khabarnya) bersetuju bagi diskaun istimewa untuk pembeli2 dari golongan warga cari.com...

[ Last edited by  marquez at 20-2-2008 06:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 06:29 PM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 19-2-2008 10:04 PM
cerpen saya ini khas untuk teman saya kerana idea
tercetus selepas pertama kali memukul-mukul bola tenis
bersama dia...balik dapat idea terus hantar pada editor...
percubaan pertama saya menul ...



tahniah ! tahniah ! wah lepas ni cik seribulan buatla pulak novel... kami gerenti beli
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 06:29 PM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 19-2-2008 10:55 PM
amboi cik seri bakat terpendam gitu.. bagilah preview dia sikit..



cik limau bile lagi nak nulis
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 08:24 PM | Show all posts
buat aku tak sabar tunggu hari gaji.
akan aku paksa kawan2 beli sama

atau ada siapa-siapa mahu sponsor aku?

seribulan...misalnya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 09:20 AM | Show all posts

Reply #4 seribulan's post

wah wah wah!
go seribulan go!
ini kena bagi edisi terhad kat forum cari

moderator 'reading' board dpt free boleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2008 01:06 PM | Show all posts
  fuhyooo....semua nak free...post kat sini ajerr lerr...cerpen tu

tuh ataih tu penerbit dah baik ati kasik diskaun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2008 06:46 PM | Show all posts
Gua sudah bincang dengan publisher, dan 1 (ya satu) buku percuma akan diberi pada mereka yang sanggup buat ulasan (sekurang-kurangnya 500 perkataan) AWEKS KL untuk forum cari.

[sesiapa yang ada blog dan mahu buat ulasan sila pm gua jika inginkan naskhah promosi)
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 11:54 PM | Show all posts
wa tahniah momod seribulan
sygnya gua x dpt nk beli sbb xdak jual kat kedai buku sini
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 09:44 AM | Show all posts

Reply #18 marquez's post

nak buat ulasan kena baca buku tu dulu
nampaknya kena beli satu buku dulu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.082535 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list