CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cimiau

Apa sebenarnya Ilmu LADUNNI...

 Close [Copy link]
Post time 29-2-2008 12:25 PM | Show all posts
Yg sebenarnya org2 sufi lah yg mengamalkan ajaran al Quran dan hadis dgn sebenarnya. Mereka mengosongkan hati dan fikiran daripada selain Allah Taala kerana tidak mau mensyirikkan Allah dgn sesuatu yg lain. Lidah dan hati mereka tidak putus2 berzikir kpd Allah taala. Amalan zikir mereka yg utama ialah Laa ilaahaillalah. Bagaimana kita harus menjauhkan org2 seperti ini? Kalau mrk lakukan semua ini semata2 mahukan syurga, itu menunjukkan ketidak ikhlasan hati mereka. Syurga itu makhluk Allah jua. Rabiah Al-Adawiyah pula memohon kepada Allah supaya menyedekahkan semua pahala amalnya kpd org lain kerana keikhlasannya dalam beramal kpd Allah..

Itulah sekadar yang saya tahu tentang amalan org2 tarekat yang benar. Bagi yg tak mampu lakukan semua ini, pencarian kepada ilmu dan berusaha mencari rezeki adalah lebih utama seperti kita semua.

In: lari dari dunia juga bermakna mengeluarkan dunia dari hati walaupun mereka terlibat dgn dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2008 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by Bruxelle at 29-2-2008 12:25 PM
Yg sebenarnya org2 sufi lah yg mengamalkan ajaran al Quran dan hadisdgn sebenarnya. Mereka mengosongkan hati dan fikiran daripada selainAllah Taala kerana tidak mau mensyirikkan Allah dgn sesuatu yg lain.Lidah dan hati mereka tidak putus2 berzikir kpd Allah taala. Amalanzikir mereka yg utama ialah Laa ilaahaillalah. Bagaimana kita harusmenjauhkan org2 seperti ini? Kalau mrk lakukan semua ini semata2mahukan syurga, itu menunjukkan ketidak ikhlasan hati mereka. Syurgaitu makhluk Allah jua. Rabiah Al-Adawiyah pula memohon kepada Allahsupaya menyedekahkan semua pahala amalnya kpd org lain keranakeikhlasannya dalam beramal kpd Allah..

Itulah sekadar yang saya tahu tentang amalan org2 tarekat yang benar.Bagi yg tak mampu lakukan semua ini, pencarian kepada ilmu dan berusahamencari rezeki adalah lebih utama seperti kita semua.

In: lari dari dunia juga bermakna mengeluarkan dunia dari hati walaupun mereka terlibat dgn dunia.


Orang2 Islam yang mengamalkan al Quran dan Hadis seharusnya dipanggil Muslim sahaja.  Bila keterlaluan dan berlebih lebihan memelihara hati dan rohani lalu meninggalkan bahagian dunia kamu pun juga bertentangan dengan sunnah, kita juga diperintah bertanggung jawab atas keluarga dan menjaga hubungan sesama manusia, tidak ada halangan mencari harta di atas dunia asal dengan cara halal dan dibelanjakan pada jalan Allah.  Dalam Quran kita diperintah supaya beramal dan berusaha menuju akhirat untuk mendapat tempat dalam syurga yang dijanjikan oleh Allah, puluhan ayat2 Quran ada menyebut perkara ini mengapa diengkari oleh golongan tareqat?  Pahala dan dosa adalah urusan dan tanggungjawab dan usaha diri sendiri, orang lain tidak akan memikul dosa orang lain dan akan dapat pahala atas usaha orang lain melainkan apa yang diusahakan sendiri.  Ikhlas dalam hal ugama tidak mencukupi kalau tidak mengikut jalan syariat.

Sekarang saya pula menyeru kepada kamu supaya meninggalkan jalan tareqat kamu dan kembali kepada ajaran syariat yang sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 04:36 PM | Show all posts
Zaman sekarang zaman Dakwah, zaman sufi dah berlalu, lagipun banyak ajaran sesat, ibarat musang berbulu ayam, memang ada tarekat sufi yng benar tetapi kebanyakan mursyidnya pula tak sampai maqam wali, jadi muridnya tak dapat tarbiah yg cukup, Dalam usaha dakwah cara nabi adalah complete set, semua dah terangkum samada sufi, tarekat, tasawwur, mujahadah, jihad dan lain-lain, nafsu memang tak suka dakwah cara nabi, jumpa orang face to face, syaitan juga tak suka. Bermakna dakwah cara nabi tidak satu arah dengan nafsu dan syaitan, tetapi serasi dengan Hadist, Al-Quran, Sirah nabawi dan kisah2 sahabat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 04:57 PM | Show all posts
Jika kita buat perbandingan, seorang ayah yang ingin anaknya menjadi seorang doktor, sejak kecillagi dia diasuh kearah menjadi seorang doktor, seperti alat2 permainan, melawat ke hospital2, ini adalah untuk pendedahan awal, bila besar sikit ayahnya suka belikan buku2 perubatan untuk bacaan anaknya, lepas tu masukkan dia ke universiti dalam bidang kedoktoran.

Begitulah kita Umat nabi Muhammad saw, dakwah adalah amanah atau tugas yang dipikulkan atas umat ini, kerana nabi dah tak akan ada lagi selepas nabi SAW, dan kalau kita lihat sejarah, Nabi SAW menjalankan usaha dakwah dan dibantu oleh para sahabat, tidak seperti nabi2 sebelum, hanya Rasul sahaja yg berdakwah, umatnya tidak dilibatkan dalam tugas dakwah, jadi kita perlu sedar kita umat dakwah bukan umat abib(yang hanya beribadah, tidak berdakwah). Quran yang diturunkan juga penuh dengan ayat2 dakwah, ini adalah pelajaran dan panduan untuk umat ini buat usaha dakwah, Tak payahlah kita tengok jauh, kita baca sahaja surah Wal Asr(Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, KECUALI orang yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan sabar). 4 sifat ini perlu ada kalau nak jadi orang beruntung, 1. Beriman 2. Beramal Soleh 3. Berpesan2 atas perkara yg benar 4. Sabar dalam ujian dakwah perpesan2(istiqomah).

Jadi apa kita tunggu lagi ambil bahagian...sudah terang lagi bersuluh, nyata hadirnya seperti matahari. Kenapa kita selalu nak pilih jalan yng susah dan tidak jelas, dan meninggalkan jalan yang jelas, bukankan kita tahu bahawa Nabi Dan Para Sahabat adalah pengamal agama yang terbaik?, sehingga banyak pujian dan pengiktirafan dari Allah swt untuk mereka, jika kita ikut jalan mereka, ini adalah yg terbaik.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.(Ali-Imran:104)

[ Last edited by  kuman at 29-2-2008 05:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 06:09 PM | Show all posts

Reply #64 kuman's post

Right..tapi kalau nak berdakwah mesti tunjukkan contoh yang baik juga. I lihat ada kumpulan2 dakwah yang berpakaian tak senonoh berserban jubah selekeh & tidor di masjid2 pulak. This is not a good example.
Masa sekarang ialah untuk pembangunan dan mengejar kehidupan yang selesa dan bukannya nak kembali ke zaman unta dulu.
Another example yg ditunjukkan kumpulan2 tariqat....sesat dan banyak pulak buat bidaah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 08:29 PM | Show all posts
salam

apa tunggu lagi!!!

Jadi apa kita tunggu lagi ambil bahagian...sudah terang lagi bersuluh, nyata hadirnya seperti matahari. Kenapa kita selalu nak pilih jalan yng susah dan tidak jelas, dan meninggalkan jalan yang jelas, bukankan kita tahu bahawa Nabi Dan Para Sahabat adalah pengamal agama yang terbaik?, sehingga banyak pujian dan pengiktirafan dari Allah swt untuk mereka, jika kita ikut jalan mereka, ini adalah yg terbaik.

tak mampu yeop oooiiiii
berat tanggungan tuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2008 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by BikerLady at 29-2-2008 06:09 PM
Right..tapi kalau nak berdakwah mesti tunjukkan contoh yang baik juga. I lihat ada kumpulan2 dakwah yang berpakaian tak senonoh berserban jubah selekeh & tidor di masjid2 pulak. This is not a goo ...

apa yang bide'ah yang sesatnya beleh bagi tau???

[ Last edited by  anak_pejuang at 1-3-2008 08:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 01:21 AM | Show all posts

Reply #1 cimiau's post

rasanya Laduni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 11:44 AM | Show all posts
salam

ada sorang hamba kat kuantan
masa dia naik kereta dan kehabisan minyak
lalu dia sumbat lalang dlm tangki minyak
kereta pun boleh jalan
itu laduni ke???

kat kelantan
ada sorang GILA
gamaknya kerna GiLAnya
maka org kampung BAKAR dia dlm lubang
tapi keesokan dan seterusnya
masih terdengar suaranya:
ALLAH MUHAMMAD SELAMAT!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 12:21 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 1-3-2008 11:44 AM
salam

ada sorang hamba kat kuantan
masa dia naik kereta dan kehabisan minyak
lalu dia sumbat lalang dlm tangki minyak
kereta pun boleh jalan
itu laduni ke???

kat kelantan
ada sorang GI ...


Banyak dengar cerita macam ni, keramat besar wali wali...
Pegi dua buah kereta dari melaka ke KL janji sampai dulu tunggu di tol sg. besi, satu kereta ni tu guru yang duduk, sampai tengah jalan kereta yang guru ni naik habis minyak so dia pi ambik air kat tepi bendang tu isi dalam tank terus boleh jalan.  Kereta yang satu lagi sampai tol sg. besi tengok2 kereta guru dah 20 minit sampai dulu...

Ini macam minyak naik harga banyak mana pun tak ada hal punya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 01:25 PM | Show all posts

Reply #71 kupia's post

Boleh jadi juga.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 03:46 PM | Show all posts

Antara 2 ekstrem:

1. Terlebih percaya ilmu Ladunni walhal sebenarnya bukan
2. Terlebih nafi ilmu Ladunni sebab suka kaitkan dengan ajaran sesat

ALLAH MAHA MENGETAHUI
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 1-3-2008 12:21 PM


Banyak dengar cerita macam ni, keramat besar wali wali...
Pegi dua buah kereta dari melaka ke KL janji sampai dulu tunggu di tol sg. besi, satu kereta ni tu guru yang duduk, sampai t ...


Hahahaha....stories like this pernah juga dengar berlaku pada tok2 guru PAS di Kelantan dulu. Kononnya tak payah isi minyak motor tapi boleh jalan berbatu-batu.
Inilah masalahnya apabila terlalu memuja tok2 guru. Tok guru bini 3 pun kira keramah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 06:10 PM | Show all posts

Reply #54 ikhwanindo's post

Samakah Nabi dengan manusia biasa? Nabi saja belajar dengan Jibril, beliau mengulang membaca Al Quran di hadapan jibril dan menghafalnya. Dan Jibril mengajarkan kepada beliau perihal Islam ini hingga sempurna. Tapi Allah yang membuat semuanya menjadi mungkin. Pada awalnya dibelahlah dada Muhammad, lalu dipisahkan darah yang jelek dan yang bagus, lalu hati beliau dicuci dengan air zam zam dan salju. Setelah itu dijahit kembali. Karena itu hat beliau yang suci dengan mudahnya mendapatkan pengajaran Jibril. Jika Nabi saja harus belajar, mungkinkah ada orang setelah beliau yang meng klaim lebih ajaib dari beliau? Lebih hebat dari beliau? Beliau terkena batu di perang uhud dan pecah gigi gerahamnya dan terluka, lalu ada orang-orang pada zaman sekarang ini klaim tidak mati bila ditembak, atau tidak terluka jika di potong dengan knife, ini ilmu syaithon dan syaithon yang melindunginya. Ini tidak bisa disebut karomah. Nabipun melakukan keajaiban sperti keluar air dari ujung jarinya, etc tidak bisa sesuka hati bisa mengulanginya. Tapi itu pertolongan Allah kepada kaum muslimin melalui tangan beliau yang mulia.  


Benar mas, Rasul saw merasai kesakitan berjuang, bukan nikmat beribadah, bersuluk dengan Tuhan, bersembunyi dari manusia mengasingkan diri tanpa menghirau masyarakat setempat...

Beliau saw membawa syariat yang di dalamnya serentak bersama, feqah, tauhid, iman, takwa, akhlak..etc.. dengan jalan singkatnya ia syumul..
kenapa perlu pengasingan antara syariat dan sufi..? di mana hilangnya ajaran Rasul saw sehingga memerlukan penambahan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 06:19 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 1-3-2008 03:46 PM
1. Terlebih percaya ilmu Ladunni walhal sebenarnya bukan
2. Terlebih nafi ilmu Ladunni sebab suka kaitkan dengan ajaran sesat

ALLAH MAHA MENGETAHUI


satu lagi... kerana terlalu ekstrim, anak2 murid membawa cerita dari mulut ke mulut pasal kehebatan guru mereka yg mmg tak masuk akal, namun yang mendengar tidak berani membantah sebab ini adalah ilmu ladunni yg terus dari Tuhan... mereka akan menguatkan hujjah dengan berkata ''kun fayakun''

syariat datang ia bertepatan dengan akal, kerana syariat tidak boleh lari dari akal manusia... Allah menurunkannya bersama logik pemikiran manusia, bukan di luar logikal...krn yg mengamalkan syariat itu adalah manusia sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 07:06 PM | Show all posts

Reply #63 kupia's post

Skrg ni mmg bukan zaman tarekat, tetapi ia mmg pernah wujud suatu ketika dahulu. Sekarang ni ramai org bertarekat dan bekerja sekaligus. Engineer ada, pensyarah UIA pun ada, walaupun mrk nampak biasa saja kerana mengenakan jubah dan berjanggut.

In: apa bezanya org yg lari dari dunia dan org yg mengejar dunia secara berlebih2an dan suka menonjol2kan diri? kenapa suka dicela golongan yg pertama dan dibiarkan golongan yg kedua tu?

[ Last edited by  Bruxelle at 1-3-2008 07:17 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 07:15 PM | Show all posts

Reply #77 Bruxelle's post

Tarekat tu ok ape..at least tak memuja yang lain sudahlah...kalau kita tgk pada amalan2 tarekat, doa-doanya banyak berbentuk meminta Tuhan...tak pernah lak aku get through benda di mana ayat doa itu meminta pertolongan dari selain daripada Tuhan.Macam sebelum ni, kupia pernah marah dengan aku pasal Ilmu Empat Malaikat tuh...aku dah baca dah..sebenarnya ia satu pujian kepada Tuhan...tak ada pun meminta pertolongan Empat Malaikat tersebut....ismi bikhafi contohnya, ia adalah doa...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 07:48 PM | Show all posts

Reply #77 Bruxelle's post

setuju sangat dengan pendapat awak bruxelle kenapa kita cela golongan yg pertama dan biarkan golongan kedua?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 09:37 PM | Show all posts
bagaimana dgn sufisme dalam agama2 lain?

boleh katakan semua agama ada unsur atau pendekatan sufisme ni.... spirituality, kabbala etc etc.

latihan2 rohani mereka pun dikatakan mempunyai effect/dampak yg sama seperti pengamal sufi islam...

tarekat bukanlah eksklusif islam.

bagaimana kalau saya katakan bahawa latihan rohani, walau dalam apa bentuk sekalipun, walau dalam apa agama sekalipun, natijah dan hasilnya adalah sama.....

sama gak takda bezanya jika kita amalkan latihan jasmani, tak kira cara, tak kira agama...  natijah dan hasilnya adalah sama....

jika kira kaji sikit gautama buddha misalnya, yg dianggap mendapat enlightenment, pencerahan... hasil drp latihan2 rohaninya... zuhud... sebenarnya telah mencapai ittihad.. pengalaman kerohanian paling tinggi. setuju?

bagaimana pula dgn amalan kawwali, nyanyian2 yg memuji Tuhan dgn muzik tertentu... juga dianggap sebagai suatu cara dan amalan sufi gak... naufat fateh ali khan tokoh tersohor kawwali yg terkenal dgn nyanyian allahu allahu pun dianggap sebagai pengamal sufi.

saya terfikir gak kalaulah kita berzikir siang malam dengan sebutan katalah... ayah pin ayah pin ayah pin... hehe... besar kemungkinan kita capai pengalaman rohani sama ngan org2 yg berzikir mengingat Allah...

setuju?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 1-3-2008 09:37 PM
bagaimana dgn sufisme dalam agama2 lain?

boleh katakan semua agama ada unsur atau pendekatan sufisme ni.... spirituality, kabbala etc etc.

latihan2 rohani mereka pun dikatakan mempunyai effect/dampak yg sama seperti pengamal sufi islam...

tarekat bukanlah eksklusif islam.

bagaimana kalau saya katakan bahawa latihan rohani, walau dalam apabentuk sekalipun, walau dalam apa agama sekalipun, natijah dan hasilnyaadalah sama.....

sama gak takda bezanya jika kita amalkan latihan jasmani, tak kira cara, tak kira agama...  natijah dan hasilnya adalah sama....

jika kira kaji sikit gautama buddha misalnya, yg dianggap mendapatenlightenment, pencerahan... hasil drp latihan2 rohaninya... zuhud...sebenarnya telah mencapai ittihad.. pengalaman kerohanian palingtinggi. setuju?

bagaimana pula dgn amalan kawwali, nyanyian2 yg memuji Tuhan dgn muziktertentu... juga dianggap sebagai suatu cara dan amalan sufi gak...naufat fateh ali khan tokoh tersohor kawwali yg terkenal dgn nyanyianallahu allahu pun dianggap sebagai pengamal sufi.

saya terfikir gak kalaulah kita berzikir siang malam dengan sebutankatalah... ayah pin ayah pin ayah pin... hehe... besar kemungkinan kitacapai pengalaman rohani sama ngan org2 yg berzikir mengingat Allah...

setuju?  


Sangat bersetuju....   

Ok, ada satu dokumentri yang aku tengok dalam astro channel natgeo tak berapa lama dulu berkenaan amalan bertapa ugama budha.  Ada satu orang budak muda umur dalam 15+ tahun berugama budha telah menjalanai amalan bertapa di bawah sebatang pokok besar dalam kampong dia, (di Nepal kalau tak silap), ada banir di pangkal pokok ni ada macam tempat boleh duduk berlindung dari hujan dan panas, tapi tak terlindung dari udara.  Dalam 15 kaki keliling pokok ni dipagar dengan pagar kawat duri, orang lain tak dibenarkan masuk ganggu budak ni kecuali satu orang abang dia yang dibenarkan.   Jadi budak ni bertapa dengan cara duduk bersila di bawah banir pokok tu dengan tidak makan satu apa makanan pun dan tidak minum setitik air pun.  Tempoh bertapa dia kalau tak silap lebih dari setahun (dalam 15-16 bulan).  Dia duduk bersila bawah banir pokok tu dengan tidak bangun dan bergerak selama tempoh bertapa tu.  Dia juga tidak bercakap selama tempoh bertapa tu kecuali memberi signal pada abang dia yang tiap tiap hari datang tengok dia dari dekat. Crew dan camera natgeo dibenarkan mengambil video budak yang tengah bertapa tu selama 1 minggu (24/7) berterusan non stop.  Melalui gambar camera natgeo dalam masa seminggu tu budak ni sekali sekali kelihatan menggigil kesejukan, sekali sekali menitis peluh dari muka dan pipi dia serta masih kekal duduk bersila dengan mata terpejam.  Memang dia tak makan dan tak minum sepanjang gambar video dia dirakam.  

Bagaimana budak ini boleh hidup tanpa makan dan minum tanpa pergerakan bebas yang lain selam 16 bulan?  Apa yang terjadi selpasa budak ni 16 bulan bertapa?

Mengikut maklumat dalam film dokumentri tu budak hilang begitu sahaja bila satu pagi didapati dia dah tak ada lagi di bawah pokok tu.  

Ada persamaan kisah ini dengan konsep amalan orang2 sufi.  Tak kan ugama budha boleh jadi wali!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.072920 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list