View: 16463|Reply: 22
|
Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak
[Copy link]
|
|
Pejuang kemajuan Bahasa Melayu diusir ke EnglandOleh Mohd Azis Ngah
[email protected]
DATUK Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak.
Inggeris singkirkan Abdul Rahman Andak yang berjaya lahirkan ramai bijak pandai Melayu kerana bimbang pengaruhnya berkembang
JOHOR memang terkenal sebagai negeri yang melahirkan ramai golongan bijak pandai dan pejuang bangsa. Bahkan hasil titik peluh mereka diguna pakai masyarakat seluruh negara hingga ke hari ini.
Seorang daripada tokoh besar kelahiran Johor ialah Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak, seorang berpendidikan Inggeris dan dianggap sebagai antara pembesar negeri yang sangat pintar hinggakan wujud usaha menyingkirkannya dari bumi sendiri.
Abdul Rahman Andak adalah anak kepada Haji Andak Jamak manakala adiknya pula Tan Sri Taib Andak.
Beliau adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England pada 1870 sebelum memulakan kerjayanya dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Disebabkan mempunyai pendidikan Inggeris, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai Inggeris dan pedagang asing di Johor.
PAPAN tanda Jalan Abdul Rahman Andak di Johor Bahru.
Tugas utama yang dilakukan oleh Abdul Rahman ialah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak Inggeris. Tugas yang dilakukan sememangnya berat dan beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang.
Disebabkan keadaan itu, Inggeris tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor. Beliau menjalankan tugasnya dengan baik sehingga ada di kalangan pegawai Inggeris yang tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.
Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah, Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan Inggeris pada 1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris.
Pada 1888, Abdul Rahman Andak bersama putera Abdullah Munsyi, Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi membuka lembaran baru memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu dengan mengasaskan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) di Johor Bahru.
Walaupun berpendidikan Inggeris, beliau mewujudkan kesedaran untuk memperjuangkan kemajuan bahasa Melayu secara berkumpulan melalui PBMPB.
Tujuannya untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu.
Usaha yang utama organisasi ini (PBMPB) ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti setiausaha, pejabat dan kerja raya.
Pendekatan yang diamalkan Abdul Rahman termasuk usaha melahirkan ramai bijak pandai Melayu melalui pendidikan menyebabkan wujud 'taktik kotor' untuk menyingkirkannya bagi mengelakkan pengaruhnya berkembang.
Inggeris mendapati selagi ada Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim dipengaruhi untuk menamatkan perkhidmatan beliau dan 'disemadikan' di England pada 1909.
Gabenor Anderson bertindak menyingkir Abdul Rahman dengan persetujuan Sultan Ibrahim dan mencadangkan Abdul Rahman dibayar pencen 1000 pounds sterling setahun. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor pada 1909 dan menguasai Johor mulai 1914.
Situasi itu menyebabkan Abdul Rahman membawa diri ke London dan meninggal dunia di sana, namun jasanya tetap dikenang sebagai seorang daripada tokoh yang membawa pembaharuan dalam pendidikan khususnya perjuangan bahasa Melayu.
Walaupun tidak membabitkan sebarang penentangan atau tumpah darah dalam memperjuangkan bangsa, Abdul Rahman tetap dikenang dalam usahanya mengasaskan PBMPB.
Antara 1935 hingga 1947, PBMPB menghasilkan 34 buku, 16 daripadanya mengenai bahasa yang meliputi perkamusan, tatabahasa, ejaan dan daftar kata, manakala 18 lagi mengenai sejarah, kebudayaan dan laporan.
Dalam bidang peristilahan pula, PBMPB memainkan fungsi besar mencipta beberapa istilah baru seperti pesuruhjaya, warta, jurucakap, jadual waktu dan timbalan.
Abdul Rahman dianggap sebagai pemimpin pertubuhan terkenal dalam memberi nafas kepada organisasi itu. Namun begitu pertubuhan itu tidak kekal dan pada 1904 usaha dibuat untuk menghidupkannya kembali.
Organisasi itu semakin tidak bermaya sehinggalah pada 1934, baginda Sultan Johor bersetuju memberi bantuan RM2,000. Nama Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Diraja (PBMPB). Gelaran 'Diraja' dianugerah oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar pada 14 April 1935.
Sumbangan awal Abdul Rahman itu diakui banyak memberi kesan dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga membawa kepada penubuhan Balai Pustaka pada Jun 1956 sebelum ditukar nama kepada Dewan Bahawa Pustaka (DBP) pada September 1956. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BIODATA: Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak
Lahir 1850
Menetap di London dan berkahwin dengan Gustel Reis.
Mendapat tiga anak lelaki iaitu Henry, Mansour dan Walter.
Meninggal dunia pada 10 September 1930 di London dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Woking, London.
FAKTA: Matlamat PBMPB
Memelihara, melengkap dan memodenkan Bahasa Melayu.
Memelihara tulisan Jawi.
Membaku ejaan dan perkataan.
Ceramah dan penyelidikan.
Menerbitkan Jurnal Peredar.
Mengadakan perpustakaan.
Mencipta perkataan baru. |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah aku dulu kat jalan abdul rahman andak ni la ..
mak aii .. nama anak dia takde bunyik melayu .. |
|
|
|
|
|
|
|
Kubur bekas timbalan MB Johor terbiar
Oleh Mohd Zin Ali
[email protected]
JOHOR BAHRU: Kubur bekas Timbalan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak yang terpaksa hidup dalam buangan di England kini dikatakan dalam keadaan terbiar dan tidak diurus dengan baik.
Cicit Abdul Rahman, Kerry Micheal Berger dari Amerika Syarikat, berkata beliau kesal kerana kubur moyangnya di Surrey, England yang meninggal dunia di negara itu pada 1930 tidak dipelihara dengan baik sedangkan Abdul Rahman adalah seorang penasihat Sultan yang bijaksana dan berwawasan.
"Sewajarnya sumbangan Abdul Rahman diiktiraf dan saya akan mencari jalan untuk memperbetulkan yang salah," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa keturunan Abdul Rahman di Istana Besar di sini, Isnin lalu.
Selain Kerry Micheal Berger, hadir sama dalam pertemuan keturunan Abdul Rahman itu ialah Zarina Ahmad, Azlin Mahmud, Kamariah Abdul Kadir, Abu Bakar Ahmad, Ibrahim M Taib, Jamaluddin Jamil dan Leslie Ralph Berger.
Pertemuan yang diseliakan Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli adalah anjuran keturunan Abdul Rahman Andak sendiri selepas rencana mengenai Abdul Rahman disiarkan dalam akhbar New Straits Times, baru-baru ini.
Sebelum ini, sejarah British mencatatkan Abdul Rahman dipecat daripada jawatan Timbalan Menteri Besar Johor pada 1909 kerana dikatakan menderhaka kepada Sultan Ibrahim.
Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata, Abdul Rahman yang juga Setiausaha Kerajaan negeri yang terbilang dan pertama di Johor sebenarnya adalah mangsa permainan politik Inggeris yang cuba membuang pengaruh tokoh berkenaan yang mampu mengurangkan campur tangan Inggeris di negeri ini.
Abdul Rahim yang sudah menjalankan pelbagai kajian dan menulis beberapa buku untuk membersihkan nama Abdul Rahman sejak beberapa tahun lalu berkata, kerajaan Inggeris kemudian berjaya mencari jalan mempengaruhi Sultan Ibrahim untuk memaksa Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar.
"Beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di London bagaimanapun dibayar pencen tahunan sebanyak 1,000 pound," katanya.
Kini, Abdul Rahim tidak sendirian dalam mencari kebenaran apabila keturunan Abdul Rahman turut berusaha memperbetulkan rekod sejarah mengenai lelaki yang pernah menyumbang kepada pembentukan perlembagaan dan pentadbiran Johor.
Sementara itu, Kamariah berkata, beliau sudah lama menyedari Abdul Rahman sebenarnya tidak sejahat yang digambarkan kerajaan Inggeris.
"Kami tahu bahawa dia sudah melakukan yang terbaik untuk melindungi Johor daripada pengaruh Inggeris. Beliau mempunyai sumbangan besar kepada negeri ini," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
nama sekolah aku Sekolah Menengah Dato Sri Amar Diraja, Muar.
tapi DAto' bukan Datuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Adik arwah lagi popular daa....rmi "bntng ternama" yg lahir kt felda itew... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 Syd's post
SYD.....
bagus ek info nie..... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm kerek je ambik gambo camtu
seriusly, nama sekolah dato kat muor tu ambik dr nama dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
8# muor76
thanks for the pics muor... u mmg x pernah mengecewakan! |
|
|
|
|
|
|
|
11# nazurah
tu aku terjumpe mase search dlm internet... dah jumpe terus ler share kat sini... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dia kan.. cemana dia leh bawa diri ke london? so anak2 beranak dia keturunan dia Islam la ek? |
|
|
|
|
|
|
|
5# sheme
same la kittew. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau british tak berjaya singkir dia ....Johor mungkin sebagai Sebuah Negara.... |
|
|
|
|
|
|
|
contoh tokoh yg terbilang dr muo bandar diraja....... |
|
|
|
|
|
|
|
bangunan yg dinama kan sempena nama dato abd rahman andak di kota iskandar
|
|
|
|
|
|
|
|
Dato Sri Amar ni rasanya dia dah kawen ngan Datin Sri Gustel Reis ni sebelum dibuang negeri lagi. Sbbnya ada naskah mengatakan, Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak ditugaskan menghantar pingat2 SAB ke London, ke Turki dan Jepun selepas baginda mangkat... Dan pada masa sama ada urusan peribadi iaitu hendak membawa pulang isteri dan anaknya pulang ke Johor dari London. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|