CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5035|Reply: 56

APM 2008 - Mawi tercicir kategori utama

[Copy link]
Post time 29-2-2008 10:57 AM | Show all posts |Read mode
APM 2008 - Mawi tercicir kategori utama

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN

SABAN tahun Anugerah Planet Muzik (APM) diraikan oleh para karyawan seni tempatan.

Majlis anugerah yang menghimpunkan tiga negara serumpun (Malaysia, Indonesia dan Singapura) itu bakal berlangsung sekali lagi pada 20 April ini di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.

APM dilihat sebagai satu landasan untuk mengetengahkan bakat-bakat seni serumpun selain meningkatkan martabat seni itu sendiri.

Namun, suatu persoalan besar yang sentiasa muncul setiap kali berakhirnya APM adalah wujudnya rasa tidak puas hati terhadap penganjuran majlis anugerah tersebut.

Bukan mahu melabelkan APM sebagai anugerah kelas kedua atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun, gambaran-gambaran APM 2008 kelak seakan-akan menimbulkan persoalan yang sama.

Masakan tidak, pada majlis sidang media APM 2008 baru-baru ini ketika pihak penganjur mendedahkan senarai finalis, ia telah menimbulkan tanda tanya di kalangan media.

Antaranya kenapa penyanyi popular tanah air, Mawi sama sekali tidak tercalon untuk kategori Artis Lelaki Terbaik dalam kesemua 17 kategori yang dipertandingkan.

Atas alasan apa atau mungkin tidak cukup baikkah Mawi jika dibandingkan dengan Anuar Zain, Faizal Tahir, Glenn Fredly, Iwan Fals dan Taufik Batisah yang dicalonkan dalam kategori tersebut?

Malah ada juga beberapa calon yang disenarai pendek sebagai lima terbaik juga dilihat tidak layak langsung untuk berada dalam kategori-kategori tertentu.

Menjawab persoalan tersebut, Pengarah Urusan Beyond DDB Malaysia, Amin Hussen mengemukakan alasannya, senarai yang telah terpilih semuanya telah diadili oleh sembilan juri profesional.

揝egala senarai akhir ini telah diadili oleh juri-juri profesional kami yang terdiri daripada sembilan juri. Rasanya tidak timbul segala keraguan tersebut kerana juri-juri itu terdiri daripada kalangan profesional. Antaranya wartawan, ahli muzik dan individu yang terlibat dalam industri itu.

揝ama ada terpilih sebagai lima calon terbaik atau tidak itu sukar untuk saya jelaskan kerana ada juga beberapa calon yang tidak terpilih untuk beberapa kategori lain tapi terpilih untuk kategori lain,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2008 11:04 AM | Show all posts
Dalam kes Mawi, Amin berkata, pihaknya tidak tahu penyanyi itu gagal tersenarai sebagai calon akhir kerana setiap pencalonan dihantar oleh syarikat rakaman mereka untuk dinilai oleh para juri

nape mawi gak jadi tajuk utama. adakah repurtz dah seolah2' iktiraf' mawi atau perli?

kalau betullah pihak pengurusan tak hantar namw mawi untuk dicalonkan.....mawi,,,,say goodbye lah kat maestro..tapi kalau maestro hantar, tapi mawi tak terpilih...mawi....take this as a good lesson for the future!
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 11:12 AM | Show all posts
biarlah dia nak tercalon ke idak ke..dia bukannya kisah sekarang ni..dia tengah ANGAUUUUUUU..............
dia dah bahagia dgn Ikin....................
ktia tak payan nak masuk campur lagi..tengok ajelah...
macam ABP juga..kalau dia menang alhamdullah..kalau tewas .....harap nanti dapat bangkit semula ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 11:31 AM | Show all posts
sesaje je reputz ni nak bagi hot...
kalau pasal Artis Lelaki Terbaik tu
xde la persoalan besar pon
before this pon xde tercalon
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 11:39 AM | Show all posts
tak mengapa mawi tak tercalon kategori utama
ai tetap minat mawi
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 11:43 AM | Show all posts

Takut kalah la tu, sebab tu tak hantar pencalonan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2008 11:49 AM | Show all posts
dah tak populer..camtuh ler
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 01:43 PM | Show all posts
hehe

speku jgn tak speku

since mawi tak masuk, takde apa lagi nak dibisingkan




chua solex laa jawapnye

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2008 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-2-2008 01:43 PM
hehe

speku jgn tak speku

since mawi tak masuk, takde apa lagi nak dibisingkan




chua solex laa jawapnye




Syd....masuk ke tak masuk ke...speku tetap speku.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 02:26 PM | Show all posts
hehehe

nanti boleh sambung kat bod borak PRU

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 02:29 PM | Show all posts
mawi ada satu kategori aje ke?

lagu popular pun tak sangkut?
heran jugak.. tapi tak apa... tak ada hal pun

hidup mawi world
Nampak nya thn ni mungkin tak nonton APM lah
Bila ek apam nih?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 02:30 PM | Show all posts
mana tsumawee??? .....

sbb ckp pasal 'chua solex'...teringat lak kat 'tsumawee'
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 02:34 PM | Show all posts

Reply #11 niy's post

kalau mawi tak perform..lagilah..kompem tak yah ingat tarikh apam....mesti depa suh arti sberkualiti aje yg perform!
tunggu aje berita yg biasanye diulang2..tak dlm sotkabar, kat majalah!..tak pun kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 03:07 PM | Show all posts

Reply #12 kekkukus's post

apa maknanya tu kekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 05:18 PM | Show all posts
bukannya tercicir, tapi tak layak, bermakna tak bagus, tu pun tak faham ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 06:50 PM | Show all posts
yahoo....tak kesah ler tak layak ke tak bagus ke tak faham ke...yg penting aku takyah kelam kabut nak vote (popular) & tak payah tengok......senang nya dalam hati bila tak payah undi mawi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2008 06:57 PM | Show all posts

Reply #15 snor's post

aku tak kisah..apa2 aje lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 11:51 PM | Show all posts
apa ada pd apm...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 12:02 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 29-2-2008 10:57 AM
APM 2008 - Mawi tercicir kategori utama

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN

Antaranya kenapa penyanyi popular tanah air, Mawi sama sekali tidaktercalon untuk kategori Artis Lelaki Terbaik dalam kesemua 17 kategoriyang dipertandingkan.

Atas alasan apa atau mungkin tidak cukup baikkah Mawi jika dibandingkandengan Anuar Zain, Faizal Tahir, Glenn Fredly, Iwan Fals dan TaufikBatisah yang dicalonkan dalam kategori tersebut?


macam provoke pn ada
alah apa nak diherankan
mawi kan dah biasa tak tercalon dlm kategori terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 29-2-2008 10:57 AM
APM 2008 - Mawi tercicir kategori utama

APM 2008 - Mawi tercicir kategori utama


aku rasa lagi menarik kalo letak tajuk

seperti diduga......mawi tercicir kategori terbaik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.070252 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list