CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11911|Reply: 107

Apabila kasih kian hambar

[Copy link]
Post time 29-2-2008 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

APA yang perlu dilakukan jika pasangan isteri atau suami tiba-tiba tidak lagi mahu berbual mesra seperti dulu? Jika bercakap pun, cuma perkara-perkara yang penting dan komunikasinya terhad.

Jika ini mula terjadi dalam rumah tangga, ini adalah petanda awal bahawa komunikasi antara suami isteri sudah mula mengalami gangguan atau breakdown.

Adalah penting bagi suami isteri mengutamakan 3K iaitu keyakinan, kepercayaan dan kasih sayang (3K), di mana perantara untuk 3K yang mantap ialah komunikasi.

Komunikasi boleh berlaku dalam banyak cara iaitu secara lisan, bukan lisan dan simbol. Ia juga terbahagi kepada dua bentuk iaitu interpersonal (dua hala atau lebih) dan intrapersonal (sehala atau diri sendiri).

揗engapa komunikasi itu amat penting? Kerana menerusi komunikasi yang baik, kita dapat mengetahui maksud yang ingin disampaikan oleh pasangan secara jelas dan khusus. Komunikasi juga adalah medium untuk meluahkan perasaan, mengenali reaksi serta menyalurkan maksud yang tersimpan di dalam hati.

揅ara kita berkomunikasi itu mesti dengan betul, contohnya apabila berbicara dengan pasangan, mestilah memandang matanya dan jangan cakap dengan membelakangkan pasangan kerana itu menunjukkan yang kita tidak hormat kepada pasangan kita.

揓ika kita mendapat pasangan yang banyak bercakap, pastikan kita menjadi pendengar yang baik, jangan bercakap serentak kerana ia boleh menimbulkan salah faham dalam komunikasi. Sebaiknya, dengar dengan aktif, tanamkan rasa hormat terhadap pasangan masing-masing dan tambah ilmu tentang cara bagaimana untuk menguruskan konflik bagi menyelesaikan isu yang diutarakan oleh pasangan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2008 06:51 PM | Show all posts
sesama kena mainkan peranan....kalo sorang citer, sorang kena dengar...

tapi kalo dlm perkahwinan esp berpasangan dgn org2 yg pendiam like mine...kena pahamlah dan kena carik waktu2 utk sembang...bila waktu salah, tajuk tak kena dek telinga dia....memanglah macam bercakap dgn dinding.... kekadang cemburu tgk pasangan yg suka bercerita

dah dekat 8 thn duk bersama...biasanya kalo dia free esp weekend, bolehlah nak citer benda2 yg merapu-rapu kalo dia tgh bzzz....memanglah cam posting kat atas, cuma sekadar bertegur-sapa sebab jasadnya aje yg ada depan mata...dia punya roh tak tahu kat mana ...memula memang stress tapi bila dah ada anak nie.....rasanya byk benda lain nak fikir drp duk fikir apa dlm kepala dia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 12:53 AM | Show all posts

Reply #2 my-alja's post

betoiii tu..

lebih kurang sama lerr..weekend jer baru boleh cerita panjang lebar segala kat dia, berebut ngan anak nak bercakap ngan ayah...hehehe..

hari2 biasa selalunya balik keje, makan2, rehat kejap dan terus zzzzzzzzz...kekdang mmg stress jugak di buatnya tapi kadang bila dah tak tahan paksa dia dgr walaupun mata dia dah kuyu...esok pagi, dia boleh tanya balik mlm tadi u cerita apa..? dlm hati mcm ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 02:13 AM | Show all posts
It should never reached to this stage of kehambaran, sebab tidak mungkin walaupun kita boleh hidup bersama dgn pasangan kita utk satu tempoh yg lama, kasih itu akan menjadi hambar, jika kita tahu erti sebenar kasih itu.

Kasih kita pada pasangan tidak seharusnya ada tarikh luput........jika kita tahu meletakkannya di arash yg betul .......
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by manakautau at 1-3-2008 02:13 AM
It should never reached to this stage of kehambaran, sebab tidak mungkin walaupun kita boleh hidup bersama dgn pasangan kita utk satu tempoh yg lama, kasih itu akan menjadi hambar, jika kita tahu ...


senang sajer nak mengatakan...should not reached....tidak mungkin....jika kita tahu....permasalahan yang timbul ialah...it has reached to the point...ia mungkin berlaku.....and kita tak tahu....

kita selalu cuba menjadi penasihat...pemotivasi....penceramah...pemberitahu...tetapi adakah kita tau apa yang benar benar berlaku untuk dapat menasihati?...atau adakah kita telah melaluinya sendiri untuk boleh memotivasi...adakah kita pernah melihat keberlakuannya untuh menceramah....untuk memberitahu?....kita hanya boleh berdasarkan pada andaian dan kemudian kita menasihat...kita hanya perlu meneka dan kemudian kita memotivasi....

jadi sepertimana kita sebagai pemotivasi dan penasihat....kita perlu juga memberi sedikit penghuraian ..mengapa ia reached to the point...apa andaian yang kita lakukan sebagai penasihat...apa pengukuran yang kita benchmark kan untuk kita menilai....

sekadar pedoman untuk gua bagi membaiki kelemahan diri.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 01:20 PM | Show all posts

Reply #5 cantthinkofany's post

tau tak apa ...bukan tak usaha nak elak kehambaran tapi kita pun adakala tak terlayan dek kebzzzzan dia.....keunikkan keluarga kita tak mungkin ada org lain paham

jadi kekadang lagi baik ikut rentak dia, dah jenis kena tunggu weekend baru nak cover-up kesibukkan...buat sajalah, lain sesetengah org jadi boss pun masih byk masa dlm forum...rezeki org lain-lain kannn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2008 01:22 PM | Show all posts

Reply #3 hanna1905's post

hahahhah....kalo rasa, bila bercakap dgn dia boleh telus dinding ....kita buatlah keje lain drp marah dia sebab tak mendengar

tak mudah nak buat tapi tu lah yg kena belajar...bila byk sgt pra-syarat dlm rumahtangga nie, buat kita lagi sesak nafas sebab masing2 have to meet the target...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 1-3-2008 01:20 PM
tau tak apa ...bukan tak usaha nak elak kehambaran tapi kita pun adakala tak terlayan dek kebzzzzan dia.....keunikkan keluarga kita tak mungkin ada org lain paham

jadi kekadang lagi baik iku ...


kalau yg dah kena dok umah jadi full time housewife.......pastilah kena ikut rentak hubby(takkan hubby nak ikut rentak isteri????kang soru miss nanti?).....cuba hang keja dia keja....tak taulah saper kena ikut rentak saper kan??????

Kelapangan hang kelapangan yg boleh diatur(yg tidak tertakluk), kelapangan somi hang pula adalah kelapangan yg tertakluk ngan tanggungjawab dia dgn pekerjaannya sebagai sumber rezeki keluarga.....



[ Last edited by  manakautau at 1-3-2008 04:09 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 07:13 PM | Show all posts
Semakin ada anak la kasih tu semakin erat, hubungan semakin rapat. Masa tak ada anak dulu, masing2 banyak buat hal sendiri. Masing2 pergi kerja balik kerja weekend tgk tv, tidur zzzzzz..

Sejak ada anak, semakin besar anak2 semakin pandai nak itu ini, lebih banyak aktiviti di buat bersama untuk gembira anak2. Sekurang2nya setahun sekali mesti cuti panjang untuk bersama keluarga, motifnya lebih kepada nak gembirakan anak2.

Ikut oranglah, macam alja tulis, ada org jadi boss 24/7 boleh mengadap Forum sebab ada macai tolong buat kerja dia dan tak ada anak bini nak layan. . My hubby & me, kerja tak jadi bos, ada masa balik rumah malam main dengan anak2 sebelum tidur dan weekend ada masa layan anak main masak2, main kat park, pergi beach etc.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 07:16 PM | Show all posts
Bila sentuh bab komunikasi, diakui komunikasi lebih kepada perihal anak2. Anak ni dah pandai mengeja, dah pandai baca, anak ni ada aktiviti kat sekolah, anak ni ada kelas swimming esok, anak ni dah pandai duduk etc.... selagi ada anak, selagi tu komunikasi takkan breakdown.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 07:25 PM | Show all posts


mengaku je lah ,suami dah ada pompuan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 07:25 PM | Show all posts
Originally posted by sarahmirza at 1-3-2008 07:16 PM
Bila sentuh bab komunikasi, diakui komunikasi lebih kepada perihal anak2. Anak ni dah pandai mengeja, dah pandai baca, anak ni ada aktiviti kat sekolah, anak ni ada kelas swimming esok, anak ni d ...




aku tak suka anak, merenggangkan hubungan aku dgn suami...menyampah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 08:55 PM | Show all posts
Originally posted by gilagila2 at 1-3-2008 07:25 PM




aku tak suka anak, merenggangkan hubungan aku dgn suami...menyampah.




Hehehe, hidup dan pilihan masing2 gilagila. Kemahuan setiap manusia dan sesebuah keluarga tak sama antara satu sama lain. Bagi saya, ada anak membuatkan kita semakin tahu makna hidup berkeluarga dan mengajar kita supaya lebih bersabar dan matang. Terpakai untuk saya je sebab saya kalau tak ada anak agaknya masih leka dengan life style dulu, asyik2 clubbing dan berpoya lepak sana sini. Ada anak ni insaf la sikit walaupun kdg2 tu lepas gian juga pergi karaoke dengan kawan2. Bila  nak betul insaf pun tak tahulah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 10:19 PM | Show all posts

Reply #13 sarahmirza's post

Bila  nak betul insaf pun tak tahulah



Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 11:34 PM | Show all posts
Originally posted by sarahmirza at 1-3-2008 07:13 PM
Ikut oranglah, macam alja tulis, ada org jadi boss 24/7 boleh mengadap Forum sebab ada macai tolong buat kerja dia dan tak ada anak bini nak layan. . My hubby & me, kerja tak jadi bos, ada masa balik rumah malam main dengan anak2 sebelum tidur dan weekend ada masa layan anak main masak2, main kat park, pergi beach etc.


Baguslah kalau dah ada kesedaran dalam diri, bahawa diri itu bukan bos..........

Psst...ada yg tak jadik bos pun, anak ada suami/isteri ada......tapi masa tu dihabiskan lagik lama kat forum dari tenung muka anak bini/somi.....

Kat keja berforum....balik rumah berforum.......tak leh ada masa free sikit...mesti nak  berforum......ada kot..... takkan hang tak perasan??????
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 11:45 PM | Show all posts
Originally posted by manakautau at 1-3-2008 11:34 PM


Baguslah kalau dah ada kesedaran dalam diri, bahawa diri itu bukan bos..........

Psst...ada yg tak jadik bos pun, anak ada suami/isteri ada......tapi masa tu dihabiskan lagik lama ka ...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2008 02:26 AM | Show all posts

salam semua

Hi ..terimakasih sbb sudi baca posting Nur ni..mmg best juga kan kita sama2 beri pandapat yg berbeza-beza..apa2 pun Nur byk belajar dan amati setiap posting kawan2 kat sini..at least i get something new kat forum ni..thx again!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 09:15 AM | Show all posts
kita mesti selalu bertanya pd sidia. bila sidia pulang dari kerja tanya bagaimana kerja atau apa2 saja untuk memulakan bicara agar ia rasa ada sayang antara kita.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by zakim08 at 2-3-2008 09:15 AM
kita mesti selalu bertanya pd sidia. bila sidia pulang dari kerja tanya bagaimana kerja atau apa2 saja untuk memulakan bicara agar ia rasa ada sayang antara kita.


lucky you!...kalo i tanya camni, jawapan dia selalu...."apasal menyibuk sgt nie!"
atau dia buat2 tak dgr...atau jawapannya OK!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 09:22 AM | Show all posts

Reply #8 manakautau's post

betul lah tu manak....tapi yg selalu i fikir, apa2 pun dlm hubungan dgn mana2 manusia nie ada pasang dan surut...bila tgh pasang, enjoy lah..bila masa tgh sibuk dan surut...we try to make ourselves busy with something else... especially with the kids

yg selalu jadi punca bergaduh, org tu tgh duk hambat dateline...kita nie plak duk hambat dia, suruh layan kita....dia pun stress, kita pun stress...anak2 jadi mangsa!...i pun belajar dr pengalaman sendiri, masih tak master sampai sekarang

[ Last edited by  my-alja at 2-3-2008 10:59 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.207104 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list