|
Kisah ini berlaku kepada seorang rakan karibku... Kesian aku melihatnya dan malah aku jadikan ini satu iktibar. Dengan keizinannya, aku menulis kisah ini di multiply supaya kita dapat satu pengajaran dari sini.....
Biarlah aku gelarkan rakanku A.
A berkenalan dengan suaminya ketika menuntut di darjah 6 dan suaminya di menengah 1. Mereka mula rapat dan bercinta sehinggalah masing-masing menggenggam segulung diploma.
Lalu cinta yang sekian lama bersemarak dimentarai hingga ke jinjang pelamin. Aku gembira melihat kebahagiaan mereka. Keintiman mereka membuat orang iri hati dan malah ada yang cemburu. Mereka tidak ubah seperti belangkas.
Disangka panas hingga petang rupanya hujan di tengahari. Rumahtangga yang dilayari hampir 11 tahun dilanda ombak.
Tahun 2005, suaminya, B, ada perjumpaan bekas pelajar dari sekolah X. (Biarlah aku rahsiakan demi identiti mereka). Dia pergi tanpa A atas sebab pada hari yang sama A menyambut jamuan makan malam Hari Guru.
Di pertemuan itu, B bertemu dengan rakan seangkatannya. Dia bertemu kembali C, gadis yang pernah dia menaruh hati suatu ketika dahulu. Begitu juga C terhadap B. C seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak lelaki. Mereka mengingat kembali kisah silam dan cinta mula bersemi di antara mereka. B mula abaikan tanggungjawab dan banyak menghabiskan masa dengan C. Malah mereka sanggup membuat perkara terkutuk sehingga ke bilik hotel.
A mula sangsi akan kejujuran B. A selidik akan hal ini. A dapati B sudah di dalam genggaman C. A dapati C mengamalkan ajaran sesat demi kepentingan dirinya. Niat C cuma ingin mengkikis wang ringgit B yang begitu murah hati memberi dan menghancurkan rumahtangga orang lain. Dan B bukan mangsa pertamanya.
Apa yang aku tidak menduga C seorang wanita yang bertudung lingkup. Rupanya cantik tapi sayang sekali sebegitu teruk perangainya. Siapa sangka. Apa yang membuat aku marah C mencemari nama kaum Hawa. Dari apa yang A ceritakan, C juga sudah memperbodoh-bodohkan suaminya sendiri untuk menutup perbuatan kejinya selama ini. Dia tidak ubah seperti dungu. Menurut apa sahaja di bawah telunjuk C.
Apakan daya A..... menerima segala dugaan dari Allah dengan tabah. Akhirnya mahligai yang dibina selama 12 tahun musnah begitu sahaja ditelan badai.
Apa yang aku pelajari....mengapa ada juga kaum hawa sanggup membuat begini demi kepentingan diri sendiri. Malah suami sendiri pun dibuatnya demi kepuasan nafsunya. Amalan ajaran sesat sambil memusnahkan mahligai orang lain. Apa kesudahannya? Cuma Allah sahaja yang akan memberi balasan yang setimpal-timpalnya di atas apa yang C lakukan selama ini. Lebih-lebih lagi terhadap suami sendiri. Malah dilaknati Allah yang Maha Esa. Kalau sesiapa bernikah degan perempuan sebegini sekiranya suami C menceraikannya, tak kekallah rumahtangga yang dibinanya.
Tidak mengapalah A, berserah sahaja kepada Allah..... Allah akan membalas setiap apa yang dia lakukan.....Yang penting sekarang, kau jagalah zuriat kau sehingga menjadi orang yang berguna kelak.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|