CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Skateboarding -

[Copy link]
 Author| Post time 29-3-2008 05:42 PM | Show all posts

Reply #20 hetrek's post



ahhh so yang macam hensem baju merah tu la awak ye..
nice!! - thanks again..

ha - kalau ada gambar sports mana2 --
jom kongsi -

maybe i will open a thread for forum members
to show off their pictures playing any sports -

thanks again hetrek -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2008 06:59 PM | Show all posts
hehe..tada halll...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 09:43 AM | Show all posts

sk8park!

yo sk8rz - moh le datang shah alam @seksyen 13 (dekat ngan stadium tu)
ada kawasan khas yg dah dibuka utk sk8rz - shah alam extreme park

The size of the park is slightly smaller than the concreate parkspace in Kg Batu but the item here are much more better yet with fullof place to skate. They have stair steps, lots of banks and hips, bowl,pool with many different shapes and sizes (some with coping and someare not), funbox, rails, handrails, flatbar rails, curbs, curve ledge,and many more.



















(credits : Kamikaze-Skateboard & skatemalaysia)

for more pics & infos - checkout diz site >> SHAH ALAM EXTREME PARK
cool huh? mod dexa & hetrek xnak cuba try test ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 01:40 PM | Show all posts
huhuu...
aku dulu masa zaman sekolah,study..
penah plan nak bawak sk8 culture kat malaya..
sk8park..production..brand..profession..et cetera....tapi............................
bak kata dexa..life full of cheeses..eh..choices..ya saya sudah membuat pilihan saya...hee....
harap satu hari nanti ada orang merealisasikan impian saya itu..
bak kata martin luther king..i have a dreammm.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2008 08:28 PM | Show all posts

Reply #23 naden's post

this weekend sebelum ke concert jamal saya akan ke seksyen 13 -
harus singgah ni... --

thanks naden for the info --

appreciate it -

*hetrek  tak nak pergi ke... gs
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2008 08:33 PM | Show all posts

Reply #24 hetrek's post

huhuu...
aku dulu masa zaman sekolah,study..
penah plan nak bawak sk8 culture kat malaya..
sk8park..production..brand..profession..et cetera....tapi............................
bak kata dexa..life full of cheeses..eh..choices..ya saya sudah membuat pilihan saya...hee....
harap satu hari nanti ada orang merealisasikan impian saya itu..
bak kata martin luther king..i have a dreammm.............


cheeses  choices.. same thing  eh

ahh bagus kalau ada mimpi2 indah begitu hetrek
harap nanti your dream gonna be realized.. ye...

jangan lupa saya nanti --
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2008 03:35 PM | Show all posts

My favourite skater of all time......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 05:36 PM | Show all posts
dexa,,takde fotofoto sk8 ker?;p



besh konset jamal?heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2008 07:29 AM | Show all posts
Originally posted by hetrek at 13-4-2008 05:36 PM
dexa,,takde fotofoto sk8 ker?;p



besh konset jamal?heheh


actually ada gambar skateboarding tu masa saya
balik canada bercuti... kat park sana masa tu saya gi visit kakak
angkat saya di langford - a suburb tak jauh dari victoria -
tak jauh dari rumah saya kat saanich -
tapi saya kena dig out okay.. saya bukan selalu
bergambar and also saya tak reti loading masuk computer -
pda saya pun saya tak reti guna.. hampeh saya ni bab2 technical -

anyway - nanti saya usahakan scan and post - insyaallah -

btw  concert jamal? BEST   best gila..
tak baca ke saya punya review kat thread tu...
sini ha  - baca la ...

http://forum4.cari.com.my/viewth ... age=8&sercari=3

post #196 -  excellent concert


btw saya akan pergi concert hari ibu dia end of this month juga
(yang dengan sheila majid tu...) actually every year jamal buat kat
balai perdana felda tu and since balik malaysia memang saya tak miss
every time dia buat kat sana sebab makanan kat situ gilaaaaaaaa !! --
dan jamal nyanyi  memang best sangat..  dia hensem gak ... lebih
kurang macam hetrek la  juga  cuma dia hensem sikit aje dari awak - gs -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2008 07:31 AM | Show all posts

saya suka gambar ni... kawan saya bagi :





fun kan..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 07:50 AM | Show all posts

Reply #30 dexa's post

ada lagi satu...



cute huh?

[ Last edited by  y0sh at 25-4-2008 07:58 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2008 08:02 AM | Show all posts

Reply #31 y0sh's post

hahahaha..  i love that!! --

thanks for sharing -
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 07:58 PM | Show all posts

Reply #29 dexa's post

oh hohooo....
dexaa dexa..hehehee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 05:53 AM | Show all posts

Reply #33 hetrek's post

gs-.. saya percaya by now hetrek pun
dah minat dengan jamal..

btw - before saya dapat letak gambar
saya skateboarding ....

yang ni pun lebih kurang sama la juga...
just for ya...   haha..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2008 01:36 AM | Show all posts
Jom Skateboard MBSA

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Suasana di taman yang menempatkan pelbagai kemudahan sukan ekstrem di seksyen 13 Shah Alam itu cukup meriah. Diberi nama Extreme Park, ia seakan 'syurga' buat remaja yang minatnya lebih terarah kepada sukan-sukan lasak.


PELBAGAI aksi terbang yang berjaya dirakam jurugambar.

"SAYA main skateboard bukannya sebab hendak tunjuk macho. Tetapi sudah minat, main sahajalah. Lagi pun, seronok main sukan ini walaupun bahaya sedikit. Nasib baik dapat dorongan keluarga," kata remaja berkulit hitam manis ini sambil mengelap peluh di dahinya.

Cuaca pagi itu terik seperti biasa. Berdiri di tengah-tengah gelanggang simen berwarna putih membuatkan panahan matahari itu semakin terasa.

Namun, keadaan tidak selesa itu langsung tidak diendahkan oleh sekumpulan remaja yang asyik bergerak ke sana dan ke sini menggunakan papan luncur masing-masing.

Sesekali, terdengar suara ketawa sekumpulan remaja apabila melihat rakan-rakan mereka terjatuh dari papan luncur. Alah bisa tegal biasa, papan luncur itu diangkat dan mereka meluncur semula bagai tiada apa yang berlaku.

Suasana di taman yang menempatkan pelbagai kemudahan sukan ekstrem di seksyen 13 Shah Alam itu cukup meriah. Diberi nama Extreme Park, ia seakan 'syurga' buat remaja yang minatnya lebih terarah kepada sukan-sukan lasak.

Pelajar tahun satu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Azreen Azman, sudah enam tahun bermain papan luncur. Anak kelahiran Pulau Pinang ini memberitahu, pada mulanya dia bermain papan luncur kerana kosnya agak murah dan boleh dibeli di pasar raya. Kemudian, ibu Mohd Azreen membelikannya papan luncur yang lebih baik kualitinya.

"Memang susah pada peringkat awal permainan ini. Ada juga rasa putus asa, tetapi kalau kita rajin berlatih dan kerja keras, boleh perbaiki kemahiran sedia ada. Apatah lagi, saya tidak pernah menyertai mana-mana bengkel main skateboard.

"Kalau hendak dibandingkan, sukan ini lebih meriah di Kuala Lumpur berbanding di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, kalau hendak pergi skate, saya terpaksa telefon kawan-kawan untuk mengajak mereka bermain. Di Kuala Lumpur, saya boleh pergi terus ke mana-mana skate park sebab ramai budak-budak di sana," kata


EXTREME PARK seakan 'syurga' buat remaja yang gemar sukan lasak

Azreen, mengakui dia terpaksa 'membayar' harga yang mahal untuk menikmati sukan ini apabila pernah patah tulang selangka dan buku lali dua tahun lalu.

Mengambil masa dua tahun untuk menguasai kemahiran bermain papan luncur, Jowinder Singh Khaira, memberitahu, dia sudah mematahkan beberapa papan luncur miliknya sebelum ini.

"Emak yang belikan papan luncur. Sejak itu, saya dan abang mula main di skate park. Bukan senang hendak meluncur, tetapi kemudian, saya dapat biasakan diri.

"Paling susah ialah ketika hendak meluncur di hand rail. Saya pernah tercedera, tetapi tidaklah serius, cuma luka-luka kecil sahaja.

"Bagi saya, kalau hendak mahir, seseorang itu jangan cepat bosan dan teruskan mencuba. Seronoknya, main papan luncur ini ialah rasa macam boleh terbang," katanya yang turut menggemari sukan berbasikal gunung.


SANGGUP berbelanja banyak demi merealisasikan impian yang diidamkan.


Asyik melihat aksi-aksi 'terbang' para peluncur, penulis terpandang seorang peluncur wanita yang terus meluncur tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya.

Mendapat inspirasi untuk terlibat dalam sukan papan luncur daripada ikon sukan lasak dari Amerika, Tony Hawk, gadis berambut panjang ini memberitahu, dia mula mengenal papan luncur sejak berusia 15 tahun.

"Sudah enam tahun main, tetapi tidaklah bagus sangat kerana saya tidak konsisten berlatih. Tetapi saya masih minat sampai sekarang. Untuk mahir, saya kena luangkan banyak masa, tenaga dan usaha. Ramai orang berhenti main skateboard kerana bosan, putus asa dan letih.

"Saya banyak belajar daripada kawan-kawan dan tengok video, kemudian pergi skate park sendiri. Memang susah hendak jumpa skater perempuan, jadi kena belajar dengan budak-budak lelaki.

"Bagusnya, main skateboard dengan budak lelaki ialah saya boleh jadi agresif dan lasak macam mereka. Sukan ini cukup seronok, mencabar dan sesuatu yang berbeza. Pernah juga, saya ajak kawan-kawan perempuan main sekali, tetapi mereka tidak berminat," jelas Nurul Shakirin Abdul Halim, tersenyum.

Nurul memberitahu, seorang skater perlu berani, berkemahiran untuk mengimbang badan dan ada kesungguhan untuk berlatih setiap hari.

Juri pertandingan papan luncur pada hari itu ialah Adlan Farazi Mohd Ariff, 30. Beliau berkata, terdapat dua kategori terbuka iaitu Best Trick dan Game of S.K.A.T.E.

Dalam kategori Best Trick, peserta perlu menunjukkan kemahiran terbaik dalam mengendalikan papan luncur masing-masing. Sementara kategori Game of S.K.A.T.E pula, memerlukan peserta meniru gaya yang ditunjukkan oleh peserta sebelumnya sebaik mungkin.

"Umur peserta yang disyaratkan ialah dalam lingkungan 12 hingga 30 tahun. Peserta perempuan cuma ada seorang dua sahaja. Saya harap para peserta dapat menunjukkan kemahiran sebenar mereka," kata Adlan yang lebih dikenali dengan panggilan Boy Ipoh.

Dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), ia bertindak seperti serampang dua mata kerana aktiviti yang melibatkan golongan muda itu mahu menerapkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar, di samping mengamalkan gaya hidup sihat menerusi sukan.


PERMAINAN papan luncur memerlukan ketahanan mental yang kuat.

Program diatur rapi dengan konvoi meluncur skateboard, berbasikal dan berjalan kaki oleh lebih 200 peserta melalui perjalanan sejauh lima kilometer.

Bermula di Dataran Kemerdekaan, mereka meneruskan konvoi ke Persiaran Kayangan, Persiaran Hishauddin, Persiaran Sukan dan berakhir di Extreme Park.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Noor, program ini diadakan di Extreme Park kerana mahu menarik minat golongan muda untuk menyertainya, selain memperkenalkan lokasi sukan lasak tersebut kepada khalayak lebih besar.

"Masih ramai yang tidak tahu tentang Extrem Park walaupun sambutan terhadapnya agak bagus. Aktiviti kini lebih tertumpu kepada ahli persatuan, saya mahu jumlah ahlinya bertambah. Lagi pun, mereka tidak perlu membayar yuran keahlian, kecuali sewa peralatan yang digunakan," jelas Mazalan.

Selain itu, MBSA turut komited dalam usaha menanam pokok dengan sasaran 100,000 pokok (termasuklah pokok renek dan ditanam oleh pihak pemaju hartanah) pada setiap tahun. Kini, sasaran itu sudah pun mencapai 40 peratus.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 08:00 AM | Show all posts
Siapa sayang sukan skateboard memang nikmat terlebih sudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 03:08 PM | Show all posts
hetrek..skate culture dah lama ada kat malaysia....Sejarah skateboard di malaysia bermulaa pada pertengahan 80an.


Dexa - kalau minat skateboarding..rajin2 lah tgk lama web skatemalaysia.com

ssetiap bulan ada je event, Bulan i lagi l sepah event.Cuba check. Thank you. Aku bukan org baru kat cari..tapi dah lama tak masuk (4-5 tahun kut) dah lupa id and email yg digunkan..so ni baru punya
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 11:09 AM | Show all posts
salah satu sport yang quite popular pada remaja dan juga yang
bukan remaja lagi  ialah skateboar ...
dexa Post at 7-3-2008 22:56


salam,nk join gak...hehehe
saya nie pun men skate gak....dah 7 taun men dari umor 16...tp xterer2 gak pung.. ....mungkin sebab men stop2 kot dulu,time diploma.....dulu pun time skolah,byk mn sgt la duit nk bli deck yg mahal tuh.....tp time skolah tu la kenangan paling besh....g ngan member2,sanggup kayuh basikal dari Segambut (ms tu duk segambut lagi)...lalu jalan kucing & jalan ipoh tu...semata2 nk g skate kat Metropolitan Kg. Batu...gian sesangat....dgn kete byk gile...kene kejar anjing lg......tp skrg dh keje lega la sket nk bli brg2 skate nie....skrg dh pindah bangi & skate kt sn...dpt la kawan2 baru yg skate gak...free nnt jemput2 la dtg ye.. ......
kadang2 skate kat Putrajaya Challenge Park (PCP)...memang terbaik tempat tuh...wpun jauh sket kat tempat jin bertendang....& entrance lalu jirat cina ....mmg puas hati la.....huhuhu...
Dexa skate lg ke??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 11:10 AM | Show all posts
Reply 37# Sk8edge


    hi...skate kat mn slalu??
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2011 10:38 PM | Show all posts
ada jugak thread ntuk sk8 rupanye...
lama gak aku xsk8 sbb da kawin.. last main pun kat ss13 shah alam.
masa tu baru buat, belum rasmi pun lagi. indon2 bersepah lagi..
tempat lain sk8 xpyh ckp la bnyk sgt malas pulak nk igt..

deck patah dah brapa bnyk ssejak zaman skolah lagi...
kasut rabak dlm masa 3 bulan je..
mmg mengamuk la bapak aku... iyela.. mana aku ada sponsor kan. bapak aku la sponsornye.

blank deck status kot masa tu rm129.90... patah brapa bnyk kali xpyh ckp la.
kasut lagi la..2, 3 rat tu mcm... haih...
teringat es sal barbier aku... vans salman agah.. vans shan.. kebanyakan vans je la.

dah la bye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.383727 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list