View: 11902|Reply: 78
|
Latest Election impact on Malaysia Defence Policy and Budget
[Copy link]
|
|
PRU 12 baru sahaja selesai dengan kemenangan berpihak kepada BN tetapi kemenangan pada kali ini adalah kecil berbanding kemenangan yang lepas....BN gagal mempertahankan majoriti 2/3...Kerajaan yang dibentuk melalui majoriti mudah dilihat sebagai kerajaan yang kurang berkuasa kerana tiada lagi kuasa mutlak di Parlimen....Pihak Pembangkang BA dilihat lebih berpengaruh dari masa masa lepas.....Secara tidak langsung Kerajaan campuran bakal dibentuk......
from U all forumez punye Opinion what will be the future looks like interm of defence policy and budget allocation......Positifkah, negatifkah ataupun remain as it is.......(macam nujum pak belalalng lah plak aku neh )
So Discuzzzzzz...........
[ Last edited by bravotwozero at 12-3-2008 02:20 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagi den...impak positif bakal dirasakan kerana terlalu banyak ketidakpuashatian yang disuarakan oleh rakyat terutamanya isu KOMISYEN......beli kapal selam pakai komisyen, beli PV pakai komisyen etc......
so after this Pemerintah akan lebih 'BERAKAL' dan berhati hati untuk pembelian seterusnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dr segi Defence policy pulak den rase it will be maintain.....
Unless tetibe Pembangkang bersuare untuk menjadikan negara kita sebagai agressor dan berkemampuan untuk Pre Emptive Strike macam Uncle Sam.....besok gak akan wujudnya Malaysian Marine Expeditionary Unit....Perghhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 bravotwozero's post
aku nak join tu....strike them first.... |
|
|
|
|
|
|
|
Secara peribadinya saya melihat pembangkang terkuat (kini pemerintah di 2-3 negeri terkaya ) tidak berminat di dalam memperkasakan ATM/PDRM. Pemerintah akan mendapat tentangan yg hebat di dalam apa usaha sekalipun untuk memodenkan pasukan.
Saya setuju supaya perolehan lebih telus tanpa org tgh mengarut dapat dikurangkan.
Tapi 'kehendak' mempunyai keupayaan sebagai 'agressor' atau a better force modernization program... entah laaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Harapan aku untuk budget pertahanan akan datang adalah supaya kerajaan lebih berhemat dan praktikal dalam membuat perbelanjaan sama ada dari aspek pembangunan dan juga perolehan. Jadikan PRU 12 ini sebagai ingatan agar kerajaan dan kementerian pertahanan lebih telus dalam segala hal dan memenuhi kepentingan keselamatan negara dan kepentingan rakyat agar ianya tidak menimbulkan kesangsian dan persoalan oleh rakyat dan seterusnya mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan........... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 antaboga's post
orang tengah ni memang sepatutnya dimansuhkan je. buat G to G deals je. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 antaboga's post
well the road gonna be long and hard.... |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang merisaukan wa, mungkin akan wujud trend untuk menghalang pemodenan ATM oleh pihak pembangkang sebab usaha tersebut dilabel sebagai "pembaziran wang rakyat".
contoh terbaik adalah kempen PKR yang seakan mempersoalkan pembelian Scorpene.
harapnya bila depa dah naik ni, depa nampak kepentingannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Besar kemungkinan perbelanjaan pertahanan akan dipantau dgn lebih rapi. Takda pembaziran dari segi komisen yang melampau. Proses opening tender mungkin lebih telus. Apa2 pun kita tunggu dan lihat. |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehehe lupa lak, takda lagi masalah kem askar runtuh The former work minister has mysteriously vanished from public eye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 tin's post
--tidak sepatutnya dipost--
[ Last edited by antaboga at 11-3-2008 10:19 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 antaboga's post
takde peruntukan yang tak boleh dipersoalkan. cuma nak dipersoalkan secara terbuka atau tertutup.
mana-mana pembelian rahsia boleh la diteruskan cuma pemantauan lebih rapi laa...
kalo dulu, pemimpin tak banyak tanya, la ni bab justification dan proses pembelian tu ada sikit panjang laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 escortburuk's post
itu samy vellu kaaa????
yup, dia sekarang diselubungi misteriiiiii..... |
|
|
|
|
|
|
|
Denagn peningkatan Barisan Rakyat di parlimen, harap2 procurement of military adn defence equipments berjalan dengan telus, tanpa pemberian komisen yang tinggi kepada middle man atau mana2 isteri menteri... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 tin's post
Yaaa Mr Samy. At least I have his poster in my office right now. Souvenir aku sempat ambik masa balik election aritu. When i'm feeling down, a glance at his face cheers me up hahahahahaha. Teringat balik statement-statement dia... Aku sure ramai akan rindu presence dia dlm parlimen |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 escortburuk's post
Hoi!!! bab poster samy pon mau citer ka???
cit... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 tin's post
Ye laa citer heheheheh.
p/s Poster M Kayveas pun aku ada, nak aa? |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat aku..
Polisi BA lebih kepada untuk menunaikan janji2 mereka pada rakyat sebelum PRU. Oleh itu, lebih banyak funding akan diberi untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada mereka iaitu dari segi kebajikan, penubuhan sekolah etc.
Pembelian defence asset seperti yang disebut oleh beberapa forumer sini mungkin semakin sukar and semakin kurang.or even untuk pembelian spare part akan more lengthy process and teliti.
Sebabnya mereka cuba untuk kurangkan inflasi therefore kurangkan hutang luar negara. Kepentingan mereka ialah janji untuk cuba mengurangkan harga barang harian dan menjaga hati rakyat. As someone said, pembelian aset militari lebih kepada pembaziran.
Tambahan pula, kita dalam negara and rantau yang relatively aman.sejak dulu sejak PERISTA kita tak ada betul-betul pakej permodenan yang besar and menyeluruh.sebaliknya aset dibeli sedikit-sedikit dalam jarak waktu yang panjang.sebab?keamanan membuat kita leka and komen-komen menteri and pegawai-pegawai tentera yang mengatakan apa yang kita ada sekarang mencukupi untuk DETERRENCE.
Unless ada isu besar yang melibatkan suara hati rakyat atau keselamatan rakyat such as kes NURI, atau tekanan antarabangsa like lanun at Selat Melaka barulah mereka akan start bertindak.kalau tidak kita akan tengok education diberi 40 bilion bajet selepas ini and militari hanya RM2 bilion setahun..sakitt..
[ Last edited by StealthTuah at 11-3-2008 01:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|