CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3567|Reply: 12

K-Car (Kei Car)

[Copy link]
Post time 15-3-2008 06:45 AM | Show all posts |Read mode
Demam jentera K-Car

Walaupun bermula perlahan, namun dengan penyertaan beberapa label mewah yang tidak mahu ketinggalan mempunyai kereta kecil, K-Car sentiasa mendapat sambutan panas dalam industri permotoran.


K-CAR sarat dengan teknologi automotif terkini.

ANDA semua tahu melalui sejarah, bahawa Jepun tidak menang dalam Perang Dunia Kedua. Tidak menang bermakna kalah, dengan menerima dua butir bom atom masing-masing di Hiroshima dan Nagasaki.

Jepun betul-betul lumpuh dalam aspek pembangunan mereka. Selepas perang juga menyaksikan kesengsaraan dalam membangunkan negara kecil ini. Jepun beralih kepada teknologi yang mana meletakkan nama mereka begitu terkenal dalam peta sains dan teknologi hari ini.

Bermula dengan kebangkitan daripada zaman kemelesetan ekonomi, kenaikan harga petrol dan Perang Dingin yang mula kedengaran, Jepun cuba menjadi isolasi. Tidak campur tangan dalam hal ehwal dunia.

Pembangunan negara mereka juga banyak tertumpu pada sektor automotif. Jadi untuk merujuk kepada kelahiran segmen Kei Car atau K-Car, maka zaman selepas perang adalah masa yang sesuai untuk melihat bagaimana mereka berjaya mencipta satu segmen yang agak pelik dilihat daripada kaca mata penggiat automotif antarabangsa. Sehinggalah lahir kereta seperti Smart For Two oleh Mercedes Benz, maka Kei Car kini sudah mula dikenali di seluruh dunia.

Kei Car atau disebut Kei-Jidosha dalam bahasa Jepun merupakan kategori kenderaan kecil dalam segmen kereta penumpang, van dan pikap.


K-CAR diminati kerana ciri praktikaliti yang dimilikinya.

Kategori ini diwujudkan untuk mendapatkan cukai dan insurans yang rendah. Di sesetengah tempat pula, kadar bayaran letak kereta juga murah kerana ia menjimatkan ruang.

Pasca perang dengan harga bahan api naik mendadak juga menyaksikan tidak ramai rakyat Jepun mampu untuk membeli sebuah kereta, kebanyakannya membeli motosikal.

Bagi membolehkan industri automotif mereka terus hidup, K-Car adalah satu jalan penyelesaiannya. Selain itu, ia memberi pilihan kepada peniaga kecil sebuah kenderaan niaga yang mampu dimiliki.

Bagi mengasingkan kelompok K-Car daripada kelas kenderaan yang lain, nombor pendaftaran mereka didatangkan dengan warna kuning.

PERODUA MYVI adalah bukti kukuh bahawa segmen K-Car juga diterima baik di Malaysia.

Terdapat dua kategori iaitu papan kuning dan nombor hitam yang bermaksud kereta persendirian dan papan hitam bernombor kuning untuk kenderaan kegunaan komersiol.

Dengan tidak disangka-sangka, segmen ini mendapat sambutan yang sangat mengejutkan. Maka kerajaan mula mengadakan pelbagai undang-undang bagi mengetatkan dan mengehadkan kapasiti keluaran kenderaan ini.

Para pengeluar pula tidak memandangnya sebagai satu beban dalam mewujudkan segmen kereta yang kecil tetapi selesa dan berkuasa. Maka lahirlah teknologi enjin dengan induksi paksa (force induction), transmisi automatik, CVT (Continuous Variable Transmission), pacuan depan, belakang dan pacuan empat roda, Kei-Car Hibrid, sistem GPS dan sebagainya.

Dari awal sejarah pengeluaran K-Car hingga ke pertengahan 70-an, kereta yang dibina dalam segmen ini hanya dibenarkan menggunakan enjin maksima 550cc (sama ada dua lejang atau empat lejang), kemudiannya pada 1990, undang-undang baru telah diperkenalkan dengan peningkatan kepada 660cc. Disebabkan para pengeluar berjaya menghasilkan enjin 660cc yang lebih berkuasa, peraturan baru menetapkan ia mesti tidak melebihi 64ps dalam keadaan asal.

Di Jepun, semua pengeluar mempunyai model K-Car mereka namun yang paling menonjol ialah Daihatsu yang merupakan anak didik Toyota.


SUZUKI adalah antara pengeluar jentera K-Car berpengaruh dari Jepun.

Untuk pengetahuan anda juga, Toyota adalah syarikat automotif Jepun paling berjaya, malah pada suku pertama tahun lepas, Toyota berjaya menduduki tempat pertama dalam industri automotif dunia meninggalkan General Motors.

Selain Daihatsu, nama awal yang popular dalam segmen K-Car ini ialah Mazda (bukannya Subaru atau Suzuki). Bagi masyarakat Jepun, model pertama Mazda Carol adalah Kei-Car yang asli sementara Mazda Autozam AZ-1 adalah kereta sport ikon Kei-Car yang pertama.

Bukan semua model K-Car mendapat sambutan dan dilanjutkan pengeluarannya. Sebagai contoh, Suzuki gagal dengan Mighty boy yang merupakan kereta agak popular pada awal 80-an. Dijana oleh enjin 550cc, empat kelajuan manual atau dua kelajuan automatik. Kereta ini cukup kecil kerana menggunakan roda bersaiz 10 inci sahaja.

Hari ini, K-Car adalah salah satu segmen terbesar dalam industri pengeluaran automotif Jepun. Ia bukan sahaja kerana faktor praktikal, malah ia telah menjadi satu budaya unik yang tercipta secara terancang. Kita di Malaysia agak bertuah apabila Perodua ditubuhkan bermakna ada juga model K-Car yang boleh dilihat dan dibeli dengan murah.

Cuma menjadi lebih meriah kalau pihak seperti Proton kembali mengikat kerjasama dengan Mitsubishi mengeluar atau memasang K-Car di Malaysia. Dan akan menjadi lebih meriah jika Subaru (Motor Image) turut serta dalam segmen ini. Dan lagi, kalaupun DRB HiCom sudah boleh menarik nafas lega dengan Suzuki Swift yang laris di pasaran, boleh lah juga cuba untuk memperkenalkan Kei-Car Suzuki pula.


mmg orang kat m'sia skrg suka pakai KCAr kerana convenience... nak parking senang.. harga pun menasabah sikit.. dan comfortable gak..  KCar yg aku tak berapa suka ialah kancil  tee hee... myvi tu kira bagus ler juga... savvy not bad.. swift memang cun..  kalu tak silap aku . dulu my sister beli charade (daihatsu) - tu KCar ler tu.. dan lama gak dia pakai keta tu.. wokey keta dia ..before dia beli kelisa..then now pakai myvi.. pulok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2008 10:30 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

keter 1st aku dedulu pong K-Kar ni gak lerrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 10:46 AM | Show all posts
keta K-Car yag sebenar2nya di malaysia.........

tak lain dan tak bukan................KELISA...........!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 10:55 AM | Show all posts
kekadang kcar tu harga agak mahal..overprice (viva)

patut kcar murah,mampu dimiliki..bulan2 pun murah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by weta_studio at 15-3-2008 10:55 AM
kekadang kcar tu harga agak mahal..overprice (viva)

patut kcar murah,mampu dimiliki..bulan2 pun murah


btol tu.. aku sokong 120%...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 03:08 PM | Show all posts
Spesifikasi keter yang dikelaskan sebagai kei car (sekarang nyer spec):-

Panjang maksimum: 3.4 m
Lebar maksimum: 1.48 m
Tinggi maksimum: 2 m
Sesaran enjin maksimum (cc): 660 cc
Kuasa kuda maksimum: 47 kW (64 PS) (63 hp)

Perodua MyVi takleh dipanggil kei car sebab cc dier besar, so lebih layak dikategorikan sebagai supermini macam Proton Savvy.

[ Last edited by  Squall-Leonhart at 15-3-2008 03:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-3-2008 04:30 PM | Show all posts
Originally posted by weta_studio at 15-3-2008 10:55 AM
kekadang kcar tu harga agak mahal..overprice (viva)

patut kcar murah,mampu dimiliki..bulan2 pun murah


Kalu letak deposit banyak dan pinjaman 7 tahun, mmg bulan2 murah.. kalu letak deposit rm1000 ke or rm2000 pastu pinjam 3 tahun mmg ler mahal bulan2  
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 07:51 PM | Show all posts
mantap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2008 07:55 PM | Show all posts
bukan pasal bulan2 aje...
tapi harga RM40k ++ utk kete kecik enjin 1l.. kira mahal tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:46 AM | Show all posts

Reply #8 emmmm's post

ko tak abis abis mantap...mantap....

pehal ko nih...???
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:59 AM | Show all posts
Originally posted by emmmm at 15-3-2008 07:51 PM
mantap


tu laaa... apa yg mantapp?..
tepek ler gambo mantapp tuhh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 01:04 AM | Show all posts
kei-car kat jepan roadtax (syaken) murah compare keter biasaa...
kira cam encourage people utk beli keter compact ni laa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2008 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 16-3-2008 12:59 AM


tu laaa... apa yg mantapp?..
tepek ler gambo mantap tuhh..


MAN  TAP


mcm ni!! --


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.078115 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list