View: 72772|Reply: 80
|
Isteri menteri tak boleh berlagak macam menteri
[Copy link]
|
|
Saya memilih topik berkaitan isteri menteri dengan harapan mereka akan sedar dan tahu akan kedudukan mereka sebagai isteri menteri.
Pada masa-masa lepas, ada isteri menteri yang berlagak seolah-olah dia adalah menteri kedua dalam kementerian. Ada kalanya isteri menteri berlagak lebih daripada suaminya, si menteri(ada orang kata ini disebabkan oleh "queen control").
Saya masih ingat, beberapa tahun lepas, betapa isteri seorang menteri luar (bukan Syed Hamid Albar) yang dengan begitu megahnya berlagak di Wisma Putra (semasa itu di Jalan Wisma Putra, KL) seolah-olah dialah menteri. Dia mahukan semua pegawai kanan menghormatinya sama seperti mereka menghormati suaminya, iaitu si menteri.
Ada pegawai kanan yang ditukar semata-mata kerana isteri si menteri, atas sebab-sebab tertentu, tidak suka akan pegawai berkenaan.
Kemudian ada pula isteri seorang menteri yang terlebih naik tocang, kata orang Utara, sehingga dia sanggup memarahi pegawai di hadapan khalayak dan memberi arahan itu dan ini semata-mata untuk menunjuk lagak bahawa dia 'ada kuasa' sebagai isteri menteri.
Jika ada apa-apa majlis yang dia hadir sama, dia akan turut sama naik ke pentas apabila suaminya, si menteri, naik untuk menyempurnakan sesuatu acara di atas pentas. Dia sepatutnya duduk di tempat duduknya dan tidak ikut sama ke atas pentas.
Isteri menteri tidak seharusnya terhegeh-hegeh dan tergedik-gedik naik ke pentas kecuali jika diperlukan oleh protokol atau istiadat majlis. Jika dia menghadiri majlis kutipan derma atau jamuan amal dan dia ingin menyumbang dengan mendendangkan satu dua lagi, tak apa sebab itu kena dengan majlis yang dihadirinya. Tetapi jika majlis perasmian sesuatu acara yang hendak disempurnakan oleh menteri, si isteri tidak perlu ikut sama naik ke pentas. Buat semak sahaja.
Isteri menteri mesti tahu had dan batasan yang ditentukan untuk seorang isteri menteri dan tidak seharusnya mencacatkan majlis dengan ikut sama ke tempat yang dia tidak sepatutnya berada.
Adalah sesuatu yang menyukar dan menyulitkan para pegawai kementerian atau jabatan jika bahtera yang mereka naiki itu mempunyai dua orang nakhoda. Keadaan akan menjadi kelam kabut dan tidak tersusun dan kurang sempurna.
Sesebuah kementerian itu boleh dianggap sebagai sebuah bahtera dan setiap bahtera semestinya diketuai oleh seorang nakhoda. Si nakhoda akan dibantu oleh juragan-juragan lain dan anak kapal yang mengikut arahan nakhoda untuk memastikan pelayaran bahtera itu lancar dan selamat.
Ada juga isteri menteri yang mengarah kakitangan pejabat menteri untuk buat kerja untuknya. Umpamanya, kerja yang berkaitan persatuan atau kelab sukan yang diketuai oleh si isteri menteri. Ia tidak salah jika dibuat diluar waktu pejabat tetapi bukan atas dasar paksaan. Tetapi jangan pula menyuruh kakitangan berkenaan melakukan sesuatu semasa waktu pejabat. Ini tidak betul.
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) perlu menganjur kursus berkaitan etika dan tingkah laku isteri menteri agar mereka tahu di mana kedudukan mereka sebagai isteri menteri. Mereka juga harus tahu dan diberitahu mengenai protokol kerana masih terdapat isteri menteri yang tidak faham dan tidak tahu protokol.
Isteri menteri mesti diingatkan bahawa mereka bukan menteri. Tidak dinafikan bahawa isteri menteri ada peranan dan ada tugas tertentu. Tetapi mereka tetap isteri menteri. Bukan menteri.
kdg tu mmg berbulu mata nengok gaya overdose isteli2 menteli ini ,kalau mesra rakyat tak pa la jugak..
dari blog kudaranggi. |
|
|
|
|
|
|
|
ni mcm citer psl rusmah rambut kembang je ni |
|
|
|
|
|
|
|
uiskhhh dasat jugak perangai isteri menteri ni ek... aku tak tau sgt maklum la tak pegi tempat2 yg ada menteri2 nih....
kalau betul gitu memang patut pun mereka ni tau had2 dan kuasa mereka... jgn lebih sudu dari kuah.... menyusahkan jek... duduk diam2 jaga anak2 udah ler... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 cloroc's post
yang frasa pertama tu rasanya akak pink...
yang kedua tu rasa masnah rais.... |
|
|
|
|
|
|
|
ckp ttg isteri menteri... isteri jusoh deris (ex mb trg) merupakan salah satu contoh yang baik.. so sisterly, humble, low profile and berjiwa rakyat biasa.... - sbb tu la aku tak leh nak join org2 yang ngumpat family ni..sbb deris jusoh n family (in person..tak der la teruk sgt)... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg ada isteri menteri mcm tu. bukan isteri menteri jer mcm tu isteri CEO kat
tempat kerja lama aku pun sama gak. mengada2 mengalahkan laki dia lak. rasa
macam nak sepak jer muka dia |
|
|
|
|
|
|
|
walking mushroom |
|
|
|
|
|
|
|
ramai yg walking mushroom kat mesia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
waduh,,,sugguh tragis dan enggak nyaman sekali |
|
|
|
|
|
|
|
sapa ye, menteri luar sebelum syed hamid?
aku pernah baca somewhere: no matter how high up a man is in his office, he always go home to his boss..
[ Last edited by sweetie_returns at 31-3-2008 11:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
si maznah rais memang lebih menteri dari rais sendiri.....staff2 KEKKWA gembira gile dia dah bla dari situ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 an2toncit's post
pasnie staff2 kementerian luar plak yg kena.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by orangkampung80 at 23-8-2022 02:55 AM
…………………. |
|
|
|
|
|
|
| |
|