disini PP ingin memberi peluang pada forumer semua
untuk kembali ke zaman kanak-kanak
~ BERMAIN DANGAU ( PONDOK2) ~

ketika kita kecik2 dulu... kita sering 'berlakun'
untuk memiliki sebuah kehidupan yang sempurna
kita sekadar mampu untuk mengimpikan dan
membayangkan akan sesuatu suasana.
Kita bermain dengan barang2 ibu bapa kita... barang buangan maupun
pokok-pokok bunga disekeliling rumah kita
untuk melengkapkan 'lakunan' kita ketika bermain pondok-pondok
tapi kini kita boleh merealisasikan impian itu
di alam cyber ( TEMPEK GAMBAR!)
Caranya:-
1) My Family My Life - Bena sebuah keluarga cyber... keluarga impian.. keluarga harmoni.
Tempek gambar dan berikan penerangan tentang setiap ahli keluarga anda.
Di post PERTAMA... perkenalkan setiap anggota keluarga anda dengan menempek wajah dan nyatakan juga kerjaya impian setiap ahli keluarga.
(cth: tempek wajah idaman dan nyatakan watak anda).
2) Rumah Ku Syurga Ku - 
Tunjukkan rumah kediaman 'keluarga' anda.
Di post KEDUA & KETIGA... tunjukkan gambar rumah idaman anda. Hiasan luar dan dalam rumah tersebut... Tapi perlulah bersesuaian dengan jumlah ahli keluarga anda dan pendapatan isi rumah anda.
3) Hari Hari Ku - jadual harian yang ingin dilakukan! 
Di Post KEEMPAT dan seterusnya... (satu post untuk setiap ahli keluarga) ... setiap ahli perlu menerangkan dengan lebih detail akan tugasan harian dan routine harian anda. (cth: sekiranya anda berkerja... sila nyatakan jawatan dan tempat kerja dan kenderaan apa yang anda gunakan! - tempek gambar jgn lupa!) Di post2 ini.. masing-masing boleh terangkan dgn lebih detail apa impian anda sekiranya anda menjadi seperti watak dalam 'drama' ini.
4) Di thread-thread baru yang kumpulan anda buka... sila booking ruangan untuk post2 yang diperlukan. Selepas itu boleh le anda berborak ataupun berbincang dengan ahli kumpulan anda. Kalau ada gangguan dibeberapa post yang dikehendaki.. minta bantuan MOD untuk delete atau move post tersebut.
Thread-thread penyertaan hanya boleh dibuka setelah LAMPU HIJAU dinyalakan;

yakni setelah jumlah penyertaan dapat disahkan... apabila pendaftaran ditutup!
5) Pemilihan untuk DANGAU TERBAIK akan dinilai dari rupa bentuk thread yakni dalam bentuk penceritaan dan keindahan keluarga anda yang digambarkan dalam thread tersebut. Penilaian juga diambil kira dari logik nyer sesuatu penceritaan itu.
Ganjaran Kredit hadiah telah dinaikan oleh pihak Juri atas sebab kekreatifan peserta dan kesungguhan anda semua. Oleh itu Kredit hadiah adalah seperti berikut:-
Tempat PERTAMA ~ 250 ketoi sorang
Tempat KEDUA ~ 200 ketoi sorang
Tempat KETIGA ~ 150 ketoi sorang
Saguhati penyertaan ~ 50 ketoi sorang
6) Peraduan ini akan dibuka sehingga ke satu tempoh yang akan ditetapkan. Penilaian akan dibuat oleh pihak juri yang akan ditentukan kemudian. Wat masa ni BIARLAH RAHSIA... 
7) Senarai nama peserta PEMILIK DANGAU (pembuka thread) akan dinyatakan di post #2. Anda boleh 'bergerak' secara individu ataupun secara berkumpulan. Setelah Dangau anda didirikan, anda boleh lamar forumer untuk menjadi ahli keluarga anda ataupun anda boleh terima sekiranya ada yang menawar diri untuk turut serta. Tapi jumlah ahli kumpulan anda maksimum 5 orang!
8) Tajuk thread harus lah bermula dengan ...
"Contest:: DANGAU......."
dan disambung dengan nama kumpulan masing-masing.
[ Last edited by PurpleAxe at 14-5-2008 10:14 PM ] |