CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7240|Reply: 13

Perbezaan minyak berplumban & xpe plumban

[Copy link]
Post time 2-4-2008 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Minta pendapat kekawan sini mana baik tuk keter kita....di segi harga minyak merah tu murah sikit rm1.880/L manakala Hijau rm1.920/L
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2008 12:08 PM | Show all posts
saya pakai yang hijau ..tanpa plumbum...save for environment
Satu kajian yang telah dilakukan di Amerika menunjukkan bahwa kandungan plumbumdi udara dapat dikurangi dengan lebih banyak menggunakan minyak tanpa plumbum.


eh, baru join ker????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2008 12:23 PM | Show all posts
Yerrr...tapi minyak berplumbam lebih murah...save bajet...

[ Last edited by  rama_rama at 2-4-2008 12:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 12:29 PM | Show all posts
kalu nak lg save, guna la minyak ikan belacak........ murah dan eficien...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by rama_rama at 2-4-2008 11:57
Minta pendapat kekawan sini mana baik tuk keter kita....di segi harga minyak merah tu murah sikit rm1.880/L manakala Hijau rm1.920/L


Untuk pengetahuan korang, kat Malaysia ni dah tak pakai minyak Berplumbum (leaded). Dah di ban kan around 90an.

Yang Korang tengok Minyak Merah ngan Minyak Hijau, dua-dua unleaded nyer. cuma bezanyer perbezaan RON (Research Octane Number)

-Yg Merah selalunyer RON92

-Yg Hijau selalunyer RON97

Aper beza RON 92 dengan RON 97 ?

-RON ni kalo dipendekkan jalan ceritanyer, Lagi tinggi rating RON, lagi susah petrol itu nak terbakar. Jadi bila susah nak terbakar tekanan dalam
爏ilinder adalah lebh tinggi.

-Masalah dgn RON ni, Kalo keta korang punyer factory setting tulis燤inimum燫ON
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 06:04 PM | Show all posts
AKU BARU TAU NIH.... BALIK NI BOLE LA AKU CHECK KAT TANGKI MINYAK AKU.... TP KAT KAMPUNG STILL ADA MINYAK MERAH LAGIK...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2008 06:13 PM | Show all posts

Reply #5 batu_bergolek's post

info yang cukup baik..

kat mesia ni ada petrol jenis RON 92 dan 97 jer ker?

kat jepun ada RON100, yang dipanggil sebagai high octane  
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 06:16 PM | Show all posts

Reply #5 batu_bergolek's post

thanx for sharing d info.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2008 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by batu_bergolek at 2-4-2008 04:26 PM


-RON ni kalo dipendekkan jalan ceritanyer, Lagi tinggi rating RON, lagi susah petrol itu nak terbakar. Jadi bila susah nak terbakar tekanan dalam
silinder adalah lebh tinggi.

-Masalah dgn RON ni, Kalo keta korang punyer factory setting tulis Minimum RON = RON 92. maknenyer enjin korang diset kan untuk RON92
Jadi kalo korang isi minyak RON97 takde faedahnyer melainkan mengeringkan Wallet dan Purse korang jer

Yang sebenarnya bukan laa lagi tinggi RON tu lagi susah nak tebako. Sifat penting pada minyak petrol memang kena senang tebako, kena ada flash point yang rendah... tapi dalam masa yang sama kena ada autoignition point yang tinggi untuk elak knocking dgn detonation. Kalau minyak diesel lak kena ada autoignition point yang rendah walaupun flash point dier tinggi.

Sebenarnya, lagi tinggi RON tu, lagi rendah laa tendency untuk berlaku knocking atau detonation dalam enjin laa. Ketahanan terhadap detonation ni penting sebab makin tinggi compression ratio enjin laa yang membolehkan enjin lagi banyak produce power, so menaikkan kecekapan enjin. Tapi masalahnya bila compression ratio makin tinggi ni makin senang laa berlaku detonation, so cuma petrol RON tinggi jer yang seswai untuk enjin dgn compression ratio tinggi. Macam keter F1 dgn MotoGP, compression ratio bleh jadik setinggi 14:1 so petrol yang digunakan adalah dari jenis RON 120. Kebanyakan enjin keter sekarang compression ratio dier sekitar 10:1 so minyak petrol yang seswai adalah jenis RON 95 ke atas laa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 06:31 PM | Show all posts

Reply #9 Squall-Leonhart's post

no point putting technical info, sbb most of us pun tak sure compression ratios for our cars, itu lah aku bubuh term "dipendekkan cerita" for more technical info they should google about RON by themself.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by sixfullbar at 2-4-2008 18:13
info yang cukup baik..

kat mesia ni ada petrol jenis RON 92 dan 97 jer ker?

kat jepun ada RON100, yang dipanggil sebagai high octane牋


Kalo Shell V-power optimax (oversea) tak salah aku kalo kat Germany RON100, kalo kat M'sia V-power kita RON97, cuma ader extra additives
yg kau-kau nyer
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 06:39 PM | Show all posts

Reply #10 batu_bergolek's post

Memang pun banyak orang tak amik tau pasal compression ratio keter, sebab compression ratio kebanyakan keter yang ada kat Mesia ni lebih kurang sama jer, sekitar 9 ~ 10:1 laa, tak lari jauh nyer. Tapi yang memang sure, memang lagi tinggi RON tu lagi rendah laa tendency nak kena knocking dgn detonation. Aper pun, minyak petrol memang kena senang tebako, kalau tak nanti tak jalan lak enjin.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:28 PM | Show all posts

Reply #12 Squall-Leonhart's post

takpe..org lain tak paham aku paham...kalu ko tak citer..aku gak yg akan citer nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 09:52 PM | Show all posts
Originally posted by rama_rama at 2-4-2008 11:57
Minta pendapat kekawan sini mana baik tuk keter kita....di segi harga minyak merah tu murah sikit rm1.880/L manakala Hijau rm1.920/L



bukan plumbun la....plumbum/lead.... Ko tanya pasal beza leaded ngan unleaded kan?

Biar aku explain dari sudut safety n health
Minyak yg merah(berplumbum) mmg tak bagus..baik dari segi environment mahupun kesihatan. Kalu korang nak tau kandungan plumbum dalam petrol ni boleh menyebabkan leukimia....ianya bersifat carcinogenic (apa2 bahan yg bleh menyebabkan kanser). Maybe kalu bagi pengguna kereta biasa mende ni tak terdedah sgt but still bahaya sebab fume yg terhasil masa kita pam minyak tu pun ada kandungan plumbum. Lebih teruk lagi bagi para pomen workshop, sebab depa salu masa overhaul akan guna petrol untuk cuci parts enjin. Korang perasan kan petrol ni sifatnya mudah meruap....kadang2 bila kene kat tangan/kulit kita akan rasa sejuk je bila meresap masuk kat kulit...bahaya tak agaknya? Jelas?

Itu adalah sebab utama kenapa semer syarikat minyak dah tak pakai lagi leaded petrol ..kalu masih ada pun hanyalah sebab petrol station tu nak abeskan stok dia...tp skang ni dah takde rasanya. Mcm yg korang tau pasal octane number tadi kan...dulu plumbum adalah antara additive utama untuk meninggikan octane number..but since API (American Petroleum Institute) dah buat study dan tau mende nih carcinogenic so depa start ban penggunaan plumbum...tu pun selepas banyak kes kat sana pasal kanser disebabkan plumbum.

petrol tanpa plumbum.
Disebabkan plumbum dah di banned, puak2 researcher n development terpaksa la bikin additives untuk menggantikan plumbum..malah lebih baik lagi drpd plumbum cuma kosnya utk hasilkan seliter petrol agak mahal...disebabkan tulah harganya lebih mahal sket dari leaded petrol.

So, you pay  more for non-plumbum petrol for your own health safety.....

[ Last edited by  kambeng_masam at 2-4-2008 09:56 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.067877 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list