CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4192|Reply: 32

Istimewanya Bob (AF2)

[Copy link]
Post time 7-4-2008 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Depan Mata: Istimewanya BobOleh Hartati Hassan Basri






Rap
TERNYATA Mawi terus unggul sebagai artis paling popular apabila buat kali ketiga dipilih peminat meraih Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07), Ahad lalu.
Walaupun sering dilanda kontroversi dan ramai meluahkan rasa terkilan dan muak, peminat tetap setia menyokong Mawi. Itulah keistimewaan pemuda kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini.

Ketika menyaksikan persembahan ABPBH07 di Arena Of Stars, Genting Highlands, saya paling tertarik dengan persembahan Bob untuk segmen lagu Anuar Zain. Persembahan lima artis rock untuk segmen lagu ciptaan M Nasir, Kepadamu Kekasih menarik juga.

Tapi lenggok suara bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ketika mengalunkan lagu Jangan Bersedih Lagi cukup memukau hingga mendapat pujian ramai pada malam itu.

Saya sendiri mengucapkan tahniah apabila pemilik nama sebenar, Yusrizan Usop ini datang bersalaman ketika majlis Post Party. Dalam senyum, Bob tetap merendah diri menerima pujian itu.

Biasanya kalau penyanyi lain cuba membawakan lagu popular, kemampuan mereka akan dibandingkan dengan penyanyi asal. Malah, seringkali kedengaran suara-suara yang mengatakan penyanyi itu merosakkan lagu asal. Tapi berbeza dengan Bob.

Ada yang mengatakan Bob membawakan lagu itu lebih baik daripada penyanyi asal malah ada mengatakan malam itu Bob seperti membawakan lagu sendiri.

Sebelum ini apabila Bob diberi tanggungjawab membawakan lagu Faizal Tahir, Kasih Tercipta di Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22), Bob juga saya sifatkan sebagai penyanyi pengganti paling hebat malam itu walaupun Fiq turut menggantikan Faizal untuk Mahakarya Cinta manakala Sahri menggantikan Kaer untuk Izinku Pergi.

Ternyata Bob membawakan lagu tema filem Waris Jari Hantu itu dengan gaya tersendiri. Tidak pula terasa dia merosakkan lagu asal. Pada malam itu, Bob turut mengejutkan penonton kerana sebelum itu penciptanya, Ajai disebut-sebut bakal menyanyikan sendiri lagu itu.

Difahamkan, Bob pada mulanya sekadar penyanyi gantian ketika sesi latihan kerana Ajai masih berada di Jakarta, Indonesia. Melihatkan kemampuan Bob membawakan lagu itu, orang kuat TV3 dikatakan mahu Bob terus membawa lagu itu pada hari kemuncak AJL22 dan tidak perlu ambil risiko menanti Ajai.

Sememangnya Bob punya bakat besar sebagaimana besarnya tubuh yang dimilikinya. Tapi badan besarnya sering dilihat sebagai satu kekurangan pada dirinya. Itulah hakikat yang tidak boleh disangkal bahawa masyarakat masih meletakkan penampilan sebagai keutamaan.

Lihat saja apa yang berlaku kepada Adibah Noor. Selepas 10 tahun menjuarai pertandingan Suara Pujaan Nescafe, masih tiada pihak bersedia menjadikannya artis rakaman. Akhirnya Adibah yang laris di persembahan korporat dan makan malam, menghasilkan album sulung dengan duit poket sendiri.

Tapi Bob lebih bertuah berbanding Adibah kerana mempunyai album tidak lama selepas keluar AF2 berbanding Adibah terpaksa menanti 10 tahun. Bob juga dikatakan laris untuk menjayakan persembahan makan malam dan juga korporat.

Penyanyi seperti Adibah Noor atau Bob bukan tidak boleh pergi jauh, malah tetap ada masa depan cerah. Tapi mereka perlu 慴ersakit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2008 01:18 PM | Show all posts
suker suara bob... tp mungkin sbb x cukup pakej org mcm tutup sebelah mata jer ngan dia....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 02:04 PM | Show all posts
mek suka sgt sore Bob...tapi apakan daya kat Malaysia ni org lebih memandang pakej menarik.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 03:03 PM | Show all posts
Bob ni mmg best sore dia. Aku suke lagu dia asli dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 03:28 PM | Show all posts
keistimawaannya disia2 kan begitu sahaja.. gara2 berada di bawah maestro busuk sgt maestro..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2008 05:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2008 05:17 PM | Show all posts
tadi aku rasa mcm dah paste, tapi takde plak

paste lagi sekali


by Ramli MS

Bakat Bob memang istimewa


ASSALAMUALAIKUM. Apa-apapun penat Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-22 masih terasa. Ketika bersama menjayakannya, saya terasa seperti dibakar dalam ketuhar dengan spot light betul-betul di atas kepala saya. Kalau anda melihat saya berpakaian begitu ringkas pada malam itu, sebenarnya saya sudah menanggalkan tali leher dan jaket kerana terlalu panas.

Apapun, saya ucapkan tahniah kepada semua pemenang. Apa saja keputusan AJL22, bagi saya memanglah tepat. Keputusan kali ini tidak mengundang sebarang kontroversi. Hari ini saya ingin menyentuh mengenai audio dan visual. Audio bermaksud suara, manakala visual adalah paras rupa yang tidak diamalkan dengan begitu adil oleh pendengar di sini. Mungkin dari segi nilai komersiol.

Terdetik saya menulis kerana teringatkan Bob, mesra! Bob atau Yusrizan Usop, namun saya tidak mahu bercakap mengenai bintang kelahiran Akademi Fantasia 2 (AF2) itu ketika saya menjadi pengetua mereka suatu ketika dulu. Anda harus memahami dan jangan berfikiran negatif apabila saya bercakap mengenai Bob, bukan kerana dia adalah pelajar kegemaran saya.

Saya bercakap kepada keadaan lebih realistik. Ketika Bob dipilih menyanyikan lagu Kasih Tercipta yang sepatutnya dinyanyikan Ajai dalam AJL22 baru-baru ini, ada masalah teknikal dan Bob menjadi bidan terjun. Saya berjumpa Bob dan dia mengadu kepada saya bahawa dia tidak pernah menyanyikan lagu berkenaan.

Di saat-saat akhir baru Bob menghafal lirik, menghafal melodi, menghayati lagu itu dan ia adalah satu tugas amat berat. Ingatkah anda ketika Bob masih berada di dalam AF2 dulu, saya pernah menyatakan Bob umpama mesin cetak hitam putih, kalau dicetak apa saja melaluinya, keluar cetakan yang berwarna!

Ungkapan saya itu tidak salah. Saya memang dapat berasakan, Bob seorang penyanyi yang mempunyai bakat terlalu istimewa. Terus-terang saya katakan, saya tidak boleh mengagak apa yang akan keluar daripada jiwa Bob ketika dia menyanyi. Separuh penyanyi saya boleh mengagak apa yang akan mereka lakukan, tapi tidak bagi Bob.

Sebab itu apabila dia menyanyi, saya selalu ingin mendengar. Bait-bait katanya, saya teruja dan sering menunggu apa yang akan keluar daripada mulutnya. Jelas sekali, saya tidak dapat mengagak apa yang akan keluar daripada nyanyiannya. Bob terlalu istimewa, cuma parasnya saja kurang menarik perhatian orang. Tuhan memberikan kamu bakat melebihi rupa kamu. Saya pernah memberitahu Bob, suaranya takkan mati sampai bila-bila.

Suara Bob akan terus berharga sepanjang hayat dia nak menyanyi. Kalau orang nak cakap, Bob kurang paras, pedulikan! Terus-terang saya beritahu di sini, ketika saya rehearsal kali kedua bersama Bob, tidak pernah lagi orkestra saya memberi penghormatan dengan mengetuk kayu bow mereka di music stand!

Itu adalah satu penghormatan yang memang sukar untuk diperoleh. Tapi, apabila pemuzik orkestra mengetuk memberi penghormatan, ia adalah satu sanjungan daripada orang seni sendiri. Memang saya tidak silap mengatakan Bob adalah istimewa. Dengan cabaran siaran secara langsung, bermain dengan muzik orkestra, Bob menyanyi dengan begitu baik selepas saya mendengarnya menerusi You Tube.

Justeru, pendengar seharusnya menghargai bakat daripada rupa. Selepas berakhirnya AJL22, saya bertemu ramai teman, semua pujian diberikan kepada Bob. Selepas saya melihat semula semua persembahan menerusi You Tube, saya memang tidak silap mengatakan Bob memang pencetak hitam putih, apa yang dicetak menerusinya akan keluar warna.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 05:49 PM | Show all posts
ramli em esh tamo buatkan album bob ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2008 07:27 PM | Show all posts
bangga bung ramli produk realiti tv masa dia jadi pengetua
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 07:44 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 7-4-2008 03:28 PM
keistimawaannya disia2 kan begitu sahaja.. gara2 berada di bawah maestro busuk sgt maestro..


tu yg aku cakap dah tiba masanya maestro buat album berkualiti.... at least berbaloi duit aku vote dorang masa dlm af. bob antara bintang af yang aku vote selain zahid, farah, diddy, shawal

tapi ada org lain kata kalau berbakat pun kalau tak laku .......
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 08:43 PM | Show all posts
Originally posted by santubung at 7-4-2008 07:44 PM


tu yg aku cakap dah tiba masanya maestro buat album berkualiti.... at least berbaloi duit aku vote dorang masa dlm af. bob antara bintang af yang aku vote selain zahid, farah, diddy, shawal : ...


Amboi......takkan lah thread laen pon aku kene sound ..aku cakap commercial ngan arts kene balance kalo nak jual kat malaysia...aku bagi cth ko kenal Amy Winehouse...dpt album terbaek kat Grammy tapi x sape tau pon....tapi terbaek...kat malaysia kalo nak survive kene wat due2..

Bakat saje tak cukup....X-Factor kene ade....bob tak cukup yg tu lah...ramai org blh nyanyi mcm Britney Spears tapi kenape Britney Spears je yg mampu naik..( mase dulu lah...skrg ni dah hanco..) ..itu lah maksud bakat bkn segalanye...

[ Last edited by  batunilam4a at 7-4-2008 09:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 09:07 PM | Show all posts
adakah maksudnya BOB neh kanak2 istimewa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 10:36 PM | Show all posts

Reply #11 batunilam4a's post



ko terasa ker?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 12:13 AM | Show all posts
Originally posted by santubung at 7-4-2008 10:36 PM


ko terasa ker?


Dah ko tujukan utk aku.....mestilah aku rase....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 12:20 AM | Show all posts

Reply #14 batunilam4a's post



kelakor la ko.... elok2 org tataw yg pi ngako wat per
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 12:25 AM | Show all posts
Originally posted by santubung at 8-4-2008 12:20 AM


kelakor la ko.... elok2 org tataw yg pi ngako wat per


xpe lah.....ape salahnye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2008 08:43 AM | Show all posts
Bob ni azan kat Astro Oasis pun best..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 08:32 PM | Show all posts
bob artis af yg paling berkualiti .:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 08:35 PM | Show all posts
istimewanya BOB kerana  memiliki bodi yg montok dan sore sedap
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 09:44 PM | Show all posts
'cinta seorang teman' best!

BOB

Cinta Seorang Teman Ciptaan Adnan Abu Hassan
Dulu engkau kenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpang usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan

Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua

Namun apakah erti bila
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu
Selalu ada disisi

Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu

Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dari mata yg penuh pengertian

Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur
Lalu menganggu sanubariku

Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu
Puisi indah menyatakan kata rinduku
Masa yang lalu meragui
Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita

Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu


kredit to af website

[ Last edited by  mzr at 8-4-2008 09:58 PM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048224 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list