CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18790|Reply: 83

Kedudukan Yahudi di Sisi Islam

[Copy link]
Post time 13-4-2008 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Apakah kedudukan seorang Yahudi di sisi Islam?

Yahudi di sini ialah dalam dua erti kata iaitu:

1) Penganut agama Yahudi (tanpa mengira mazhab)
2) Seorang yang berkebangsaan Yahudi (bukan penganut tapi berkebudayaan dan berkebangsaan tradisi Yahudi, mereka mungkin seorang Kristiani, Muslim, Hindu, Buddha tetapi kebanyakannya adalah sekular, atheis dan agnosti)

Tolong berikan berdasarkan ayat al-Qur'an dan al-Hadith dengan tafsiran para ulama Islam dan bukannya tafsiran sendiri.

Skop kedudukan yang ak hendak tahu ialah:

1) Pegangan agamanya: apakah pandangan Islam terhadap agama Yahudi dan penganutnya.Adakah Judaisma agama yang silap?Adakah dilahirkan sebagai Yahudi itu tarafnya lain dan lebih buruk daripada taraf penganut agama lain?

2) Dosa para leluhurnya: adakah umat Yahudi benar mendapat balasan Allah sehingga kini disebabkan dosa membunuh para nabi?Adakah dilahirkan sebagai Yahudi berdosa di sisi Islam?

Sedangkan dosa seseorang itu (menurut Islam) adalah ditanggung oleh dirinya sendiri dan bukanlah orang lain atau keturunannya. Benarkah?

3) Sumpahan terhadap Yahudi: Apakah maksud sumpahan ini - Yahudi itu merupakan kera, babi, anjing dan keldai di sisi Allah?Boleh terangkan penjelasan mengenainya.

4) Uzair: Mengapakah Islam mengatakan kaum Yahudi menyembah Uzair dan mengisytiharkannya sebagai putera Allah sebagaimana umat kristiani mengiktiraf Isa sebagai putera Allah?

Tidak pernah dalam sejarah Yahudi, Ezra HaSofer (Uzair si Penulis Wahyu) disembah sebagai anak Allah.

Sebagai pengetahuan, ucapan anak-anak Allah (Bnei Elohim) dan Abba (Bapa bagi merujuk kepada Allah) adalah suatu ungkapan kasih sayang rohaniah yang tidak patut dianggap sebagai fizikal.

Ben Elohim (Anak Allah) adalau terma peribahasa Ibrani yang bermaksud orang yang benar-benar dikasihi oleh Tuhan manakala Abba (Bapa) pula adalah merujuk kepada persona yang benar-benar melindungi dan mengasihi orang yang di bawah perlindungannya.

Walaupun kami menganggap diri kami anak-anak Allah dan Allah sebagai Bapa, ia tidak sedikit menjejaskan konsep Wehdah (Keesaan Allah) dalam Aqeidah kami.

5) Ahli Kitab: Apakah maksud terma ini? Adakah ia merujuk kepada umat Yahudi dan Kristiani di zaman Muhammad sahaja atau umat Yahudi dan Kristiani sepanjang zaman?

Boleh jelaskan tentang pembenaran dan penghalalan seorang Muslim dalam menikahi wanita ahlul Kitab dan memakan makanan kosher?

Saya pernah diberitahu seorang rakan Muslim bahawa kaum Yahudi masa kini bukanlah diiktiraf sebagai ahli Kitab sebab kami telah merubah ayat-ayat Allah. Jika demikian, maka umat Yahudi di zaman Muhammad belum mengubah isi Taurat?

6) al-Kitab: Apakah bukti ayat-ayat suci Taurat dan kitab-kitab lain itu telah diubah isinya?

7 ) Yahudi Muslim: Adakah seorang Yahudi yang menganut Islam dibenarkan mengamalkan kebudayaan dan tradisi Yahudi? Adakah masih boleh menyambut segala perayaan dan shabbat?

Tradisi dan Kebudayaan Yahudi adalah kesemuanya berunsurkan dan berasaskan agama Yahudi sebab bangsa dan agama Yahudi itu adalah indivisible (tidak boleh dipisahkan).

8) Nasib di akhirat: Apakah nasib seorang Yahudi di akhirat kelak? Adakah kesemuanya dimasukkan ke dalam Jahannam walaupun tidak pernah menyembah berhala?

Jika dimasukkan ke neraka, adakah masih boleh dikeluarkan dan dimasukkan ke syurga sebab umat Yahudi hanya tidak mengiktiraf Muhammad tetapi berdasarkan apa yang dibaca tentang Islam, sesiapa yang pernah sujud kepada Allah, maka akan masuk syurga.Boleh terangkan hal ini?

Nota: Ak hanya mahukan penjelasan drpd pandangan agama Islam (bukannya sentimen individu).

        : Ak x mahu menjelaskan tentang Yahudi n agama Yahudi di thread ini sebab ak lah sepatutnya bertanya kepada ahli2 forum board M&M ini

terima kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2008 11:11 AM | Show all posts

Reply #1 migdal_bavel's post

agak panjang, tapi saya jawab yang termampu:

1) Pegangan agamanya: apakah pandangan Islam terhadap agama Yahudi dan penganutnya.Adakah Judaisma agama yang silap?Adakah dilahirkan sebagai Yahudi itu tarafnya lain dan lebih buruk daripada taraf penganut agama lain?

Jawapan saya:
Dalam Quran, ada Yahudi yang bnr2 mengikuti agama yang menyembah Tuhan yang satu seperti Islam. Dan mereka yang ini mendapat pujian daripada Allah SWT. Mereka yang membuang petunjuk itulah yang dikutuk:

"Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya"{Surah Al-Imran 3:19}

Orang Yahudi yang mengikuti agama tauhid yang sebenarnya dipuji Allah:

"Mereka itu tidak sama; di antara Ahli Kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (sembahyang).Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan mereka menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) berbagai kebaikan; mereka itu termasuk orang-orang yang saleh."{Surah Al-Imran 3:113~114}

Tidak kiralah orang itu Yahudi atau tidak, jika dia mengikuti agama Islam, agama yang tauhid, dia tidak akan berdukacita:

"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perobahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar."{Surah Yunus 10:62~64}

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
2)Dosa para leluhurnya: adakah umat Yahudi benar mendapat balasan Allah sehingga kini disebabkan dosa membunuh para nabi?Adakah dilahirkan sebagai Yahudi berdosa di sisi Islam?.Sedangkan dosa seseorang itu (menurut Islam) adalah ditanggung oleh dirinya sendiri dan bukanlah orang lain atau keturunannya. Benarkah?

Jawapan saya:
Yahudi merupakan bangsa yang sangat tinggi kedudukannya seperti firman Allah:

"Hai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku yang telah Ku-anugerahkan kepadamu dan Aku telah melebihkan kamu atas segala umat."(Surah Al-Baqarah 2:122)

Tapi Bani Israel menjadi sombong dan membunuh banyak Nabi, kerana itu akhirnya menjadi bangsa yang terkutuk..Islam tidak menggalakkan menyalahkan para keturunan si pembunuh, tapi jika saudara lihat sekarang, kerosakan yang dibuat oleh sebahagian Yahudi masih wujud sampai sekarang.. kerosakan yang dilakukan bukan sehaja secara fizikal, tetapi secara mental dan yang inilah Islam suruh lawan:

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang lalim."(Surah al-Mumthahanah 60:9)

Lihat sahajalah apa yang Yahudi dah buat kat Palestin...sebab tu Yahudi masih jadi bangsa terkutuk sampai sekarang. Hanya Allah yang Tahu


[ Last edited by  eastrun at 13-4-2008 11:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 11:19 AM | Show all posts
I really like your question, this is kind of question that i would love the intelligent to answer.Instead of biased question like "kenapa yahudi keras kepala", "kenapa yahudi sangat jahat" etc etc.

p/s: bookmarked this page. hope someone can really answer, this is a agood info to read.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 11:31 AM | Show all posts

continue

3) Sumpahan terhadap Yahudi: Apakah maksud sumpahan ini - Yahudi itu merupakan kera, babi, anjing dan keldai di sisi Allah?Boleh terangkan penjelasan mengenainya.

Jawapan saya:

Kera dan babi tu ada, tapi anjing dan keldai saya rasa tak ada:

" Katakanlah: "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thaghut?" Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus."(Surah Al-Maidah 5:60)

Orang Yahudi tersebut disumpah menjadi babi dan kera kerana menyembah selain daripada Allah dan juga kerana melanggar Sabbath.

"Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".(Surah Al-Baqarah 2:65)

Tapi,

Sumpahan itu adalah sebagai pengajaran untuk umat yang hadir selepasnya:

" Maka Kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang di masa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa"(Surah Al-Baqarah 2:66)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
4) Uzair: Mengapakah Islam mengatakan kaum Yahudi menyembah Uzair dan mengisytiharkannya sebagai putera Allah sebagaimana umat kristiani mengiktiraf Isa sebagai putera Allah?

Jawapan saya:
Boleh jadi pernyataan ini diletakkan kepada sebahagian Yahudi sahaja..seperti yang saya nyatakan dalam soalan pertama tadi. Bukan semua Yahudi ni jahat...ada Yahudi yang benar2 mengikuti apa yang diturunkan Allah...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
5)
Ahli Kitab: Apakah maksud terma ini? Adakah ia merujuk kepada umat Yahudi dan Kristiani di zaman Muhammad sahaja atau umat Yahudi dan Kristiani sepanjang zaman?

Jawapan saya:
Ahli Kitab itu bermaksud golongan yang menerima kitab daripada Allah, maksudnya orang Kristian, Yahudi dan sebagainya. Jadi, saudara adalah Ahli Kitab..ia adalah sebagai terma penghormatan kepada mereka2 yang menerima kitab dari Allah. Malangnya, kitab tersebut telah dirosakkan oleh sebahagian umat Yahudi dan mengatakan bahawa ia datang dari Allah:

" Yaitu orang-orang Yahudi, mereka merubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata: "Kami mendengar", tetapi kami tidak mau menurutinya...."(An-Nisa' 4:46)

"Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan."(Surah Al-Baqarah 2:79)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah Lebih Mengetahui...

[ Last edited by  eastrun at 13-4-2008 11:32 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 11:37 AM | Show all posts
perbincangan topik ni dah banyak keluar dan di mergekan di sini:

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=247870

tak banyak kesimpulan yang boleh dibuat melainkan banyak pendapat-pendapat sendiri, pendapat lama, pendapat konvensional, pendapat macam-macam lagi.  Yang ketara sekali bila post tu sebut "aku rasa", "pada aku", "bagi aku"...

mungkin akhirnya thread ni jugak akan dimergekan ke dalam thread tu sebab sama aje perbincangannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2008 11:48 AM | Show all posts

Reply #5 ibnur's post

soalan2 thread tu lebih kepada bagaimana seseorang muslim itu hendak aplikasikan yahudi di dalam diri mereka mcm hal2 persahabatan dan bagaimana nk komunikasi dan memahami mereka

soalan ak ialah pandangan agama ISLAM itu sendiri berdasarkan hujah al-Quran dan as-Sunnah yang diterangi dengan tafsiran ulama muktabar Islam

ak x mahu mendengar pendapat individu dan kisah2 pengalaman dgn org yahudi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2008 11:53 AM | Show all posts

Reply #6 migdal_bavel's post

itu je yang mampu aku jawab guna Quran
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 11:55 AM | Show all posts

Reply #6 migdal_bavel's post

sebenarnya ada banyak, tapi aku harap ko baca Quran dan ko akan lebih faham...takkan ko nak aku paste pasal YAHUDI daripada Quran kat sini kot...Sila buat bacaan harian di sini:

http://quran.al-islam.com/Targam ... mp;nAya=1&t=ind

English lak:

http://www.harunyahya.com/Quran_ ... anslation_index.php
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2008 11:57 AM | Show all posts

Reply #6 migdal_bavel's post

Nak tanya soalan yang lebih baik sila ke sini:

http://www.islamonline.net/servl ... /Page/FatwaCounselE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2008 12:05 PM | Show all posts

Reply #8 eastrun's post

utk pengetahuan ko, ak dah baca al-qur'an

terima kasih sbb bg link, tp sbenarnya dah ak ad terjemahannya malah al-qu'ran ibrani juga ak ada

tp ak x nmpk penjelasannya...

mcm ayat2 yg menerangkan kaum yahudi, kristian, sabein dan mu'min (muslm sndr) x perlu bersedih hati malah mdapat balasan baik kalo mereka beriman kpd Allah dn hari akhira,

ak x tau yahudi sebegitu adalah yahudi muslim (yg mengiktiraf muhammad dan ajaran barunya) ataupun yahudi yg berpegang teguh kpd ajaran yahudi

dan dlm surah al-jum'ah, yahudi digambarkan sbg keldai yg memikul al-kitab

kesemua ayat2 al-qur'an adalah ayat pernyataan

jd, ak perlukan penjelasan drpd al-hadith dan juga pendapat ulama Islam yg muktabar

bagaimanapun, terima kasih sbb tolong menjawab

ko mmg seorg yg baik hati dan seorg muslim yg tzadik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2008 12:05 PM | Show all posts

reply to ibnur

thread all about yahudi tu mmg jelas bukanlah ap yg ak hendak

di dlmnya penuh dgn prasangka dan pemahaman silap tentang yahudi, israel dan zionism

rmi yg sesuka hati menafsirkan 3 perkara tersebut menurut pendapat sndr yg berbaur sentimen

sedangkan mereka bukanlah seorg yahudi, seorg israeli dan juga seorg zionist

dgn adanya thread sebegitulah maka ak perlukan jawapan drpd thread ini

sbb pernyataan2 drpd bukan yahudi terhadap 3 perkara di atas (yahudi, israel, zionism) adalah sedikit sebanyak mengundang kemarahan ak dan merosakkan pandangan ak terhadap Islam itu sendiri

[ Last edited by  migdal_bavel at 13-4-2008 12:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 12:24 PM | Show all posts

Reply #6 migdal_bavel's post

kau yakin ke boleh dapat jawapan macam kau nak kat forum ni?

yang nak menerima jawapan pun kengkadang hanya nak terima jawapan yang memuaskan minda dia sahaja walaupun jawapan yang tepat dah diberi.

kengkadang yang memberi jawapan pun nak beri jawapan yang memuaskan minda dia sahaja walaupun jawapan tu tafsiran sendiri-sendiri dari quran dan hadith.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2008 12:36 PM | Show all posts

Reply #12 ibnur's post

ibnur, ak tidak kata pun ak nak jawapan yg ak nak

ak hanya mahukan jawapan berdasarkan agama Islam itu sendiri terhadap soalan2 ak di atas

sebabnya, ak skrg dikelirukan pendapat muslim itu sendiri

ak ditegur oleh beberapa forumner kerana marah2 terhadap agama Islam di beberapa thread
sbg tindak balas bg muslims yg mencerca kami sbb penganut tidak melambangkan agamanya

jadi, utk tidak menghukum Islam, lebih baik ak mempelajari apakah pandangan Islam (bukan Muslim) terhadap soalan2 yg ak hendak tau di atas

jika itulah kata Islam, maka ak akan menerimanya sahaja

ak akan tetap dengan pegangan agama ak cuma ak hendak tahu apakah pandangan Islam terhadap kami

jgnlah berperasangka dgn menganggap bahawa ak sbenarnya nk islam itu mengiktiraf yahudi...

bukanlah sebegitu...ak hanya mahukan clarification yg hitam putih

minta maaf kalau hal ini nmpk cerewet

tp, soalan2 itu adalah soalan yg ak pendam sekian lama...jadi x salah kalau ak tumpang bertanya

kpd yg sudi menjawab, silakan jawab
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 01:28 PM | Show all posts

Reply #13 migdal_bavel's post

engkau kena terima hakikat bahawa islam dan yahudi itu tak akan 'bershabat' dalam hal-hal agama.  hanya boleh bersahabat bila isu-isu agama diketepikan.  bila isu agama disoal, maka jawapan yang akan kau terima hanya jawapan-jawapan ulangan yang sama samada yg tepat atau tak tepat.

muslim dan yahudi boleh bersama dalam hal duniawi spt perniagaan tapi tak akan bersama bila menyentuh kepercayaan.  ini hakikat yg tak boleh kau tolak.  dalam taurat pun ada ayat-ayat yang merendahkan bangsa agama lain.  kebiasaannya muslim hanya bincang hal-hal ini bersama muslim sahaja.  tetapi bila persoalan macam ni dibawa keluar macam internet, maka jadi perdebatan besar seperti di RSF tu.  ia hanya perlu sedikit provokasi sahaja.  ni bila ditanya kat forum macam ni karang jadi debat besar le ni.  tapi kalau hanya confine to within that religion group, tak jadi apa-apa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 01:29 PM | Show all posts

Reply #13 migdal_bavel's post

jawapanya ialah....

di sisi Islam, yahudi tidak salah dari segi akidahnya....

tapi dari segi perkara2 yg terkandung dlm kitab talmud....iaitu tentang cahaya yahudi yg melampaui bangsa lain....

benar dlm Islam bangsa jews adalah istimewa....tetapi sepatutnya keistimewaan ini menyebabkan mereka tunduk ke bawah(humble) atau sekurang2 nya jadilah bangsa contoh pada umat manusia bg membuktikan mereka bangsa terpilih....

tetapi talmud menyuruh sebaliknya pulak, iaitu menganggap bangsa lain rendah dan meninggikan bangsa mereka saja.....

mungkin bahagian inilah yg Tuhan kata diubah oleh tangan2 manusia....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 01:46 PM | Show all posts
I don't want to comment much, but what I always believe and take as a principle when dealing with Jews is :

Those who believe, and those who follow the Jewish, and the Christians and the Sabians,- any who believe in Allah and the Last Day, and work righteousness, shall have their reward with their Lord; on them shall be no fear, nor shall they grieve. (Al-Baqarah : 62)

Those who believe , those who follow the Jewish , and the Sabians and the Christians,- any who believe in Allah and the Last Day, and work righteousness,- on them shall be no fear, nor shall they grieve. (Al-Ma'idah :69)

No matter how others would interpret the rest of the quranic verses relating to Jews, I would stick to my believe in the above two verses. I believe it is God who has authority to say anything at all.

Off topic  Migdal, were you born a Jew by race? I wasn't active for quite some times, so I might missed any introduction you did

[ Last edited by  antiQue at 13-4-2008 01:47 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2008 01:58 PM | Show all posts

Reply #14/15 ibnur's and ussopp's post

kpd ibnur dan ussop,

ak x nampak perdebatan besar di sini

sbab kamu semua muslim

dan ak pula sudah nyatakan di dlm #1 bahawa ak tidak akan berbicara mengenai jews dan judaism

jadi, x perlulah ada comparison di sini, bahawa taurat dan talmud mengatakan itu dan ini tentang islam

perbalahan di RSF tu berpunca drpd penyakit sebegini la

di mana, masing2 cuba bahaskan sesuatu perkara dgn menggunakan source yg berlainan

sbab itu ak tidak postkan soalan ak di RSF tetapi di M&M sbab ak x expect utk membahaskan yahudi dan islam dlm hal ini

ap yg ak minta hanyalah pandangan Islam terhadap kami dgn skop2 yg ak telah tuliskan di #1

utk banding2kan sapa yg lebih iktiraf dan memuliakan siapa, siapa yg mengeji siapa, kitab agama mana yg membinatangkan manusia lebih byk, itu tidak termasuk dlm soalan besar ak yg 8 itu yer

jd, sesiapa yg ikhlas menjawab persoalan ini, ak amatlah berterima kasih

dan diharapkan ad lagi yg tolong menjawab akan hal2 ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2008 02:08 PM | Show all posts

Reply #16 antiQue's post

mod antiQue, I'm glad that you understand my Qs

thank you

thus, those jews, sabians n xtians claimed to be rewarded by Allah (according to da 2 verses) are da followers of Judaism, Sabiin religion and Xtianity respectively. Am I right?

or do da verses actually refer to those jews, xtians and sabiins who then coverted to Islam and accept Muhammad?

for ur question- yea, i am...altho my father isn't jewish
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 02:11 PM | Show all posts
tumpang baca.......found good info here
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 13-4-2008 01:58 PM
kpd ibnur dan ussop,

ak x nampak perdebatan besar di sini

sbab kamu semua muslim

dan ak pula sudah nyatakan di dlm #1 bahawa ak tidak akan berbicara mengenai jews dan judaism

jadi, x  ...


yup, aku paham.....

dari method sebegini , tiada perdebatan sepatutnya berlaku......

sebab ko hanya nak pandangan sebelah pihak saja iaitu pandangan Islam saja....

tapi always prepare for the unexpected....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.079093 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list