CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shutter

Cars, Kereta

[Copy link]
Post time 10-3-2009 04:46 PM | Show all posts

Reply #300 holmes's post

wow...yours ker..???  

memang lawa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2009 06:52 PM | Show all posts

Reply #300 holmes's post

Omg.. this is really beautiful!!wooohoo.. vavavoom & powerrr!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by miezarra_27 at 10-3-2009 16:46
wow...yours ker..???  

memang lawa....


I wish... .... mine A4 dolu le... skrg dah tukar..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by SweetCandy at 10-3-2009 18:52
Omg.. this is really beautiful!!wooohoo.. vavavoom & powerrr!!


yup cantik le SC ...nak satu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 10:15 PM | Show all posts
I own A3 gak...dah 6 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 01:13 PM | Show all posts

Reply #305 KRUfan's post

Kru... hom kan pinjam for this wiken bleh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2009 07:25 PM | Show all posts

Balas #306 holmes\ catat

Buleh eh...ke rumah tah ngambil....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 12:58 AM | Show all posts


Ekstra! : 28 Mac 2009         
         
VROOM

TIDAK JEMU DIPANDU

Lexus RX350 tetap unggul dalam segmen SUV mewah

Oleh
Jaz Al-Zain

APABILA anda memandu kenderaan yang berjenama seperti Lexus, jangkaan anda pastilah tinggi sekali. Maklum sahajalah, jenama Lexus bukan calang-calang.

Lantas, apabila saya ke Borneo Motors di Leng Kee untuk mengambil Lexus RX350 generasi ketiga untuk dipandu uji, saya telah meletakkan jangkaan yang tinggi untuk kenderaan yang disifatkan sebagai SUV crossover ini.

Dari luar, RX350 yang terbaru ini tidak begitu banyak berbeza daripada yang lama.

Tetapi itu jika anda melihat pada keseluruhan reka bentuknya.

Namun hakikatnya, model terbaru ini lebih luas dan panjang. Ia 30mm lebih panjang, 40mm lebih lebar dan 10mm lebih tinggi.

Selain itu, jarak antara tayar depan dengan belakang juga ditambah sebanyak 20mm lagi.

Jarak antara dua tayar depan juga ditambah sebanyak 50mm. Begitu juga dengan jarak antara dua tayar belakang, juga ditambah 50mm lagi.

Hasilnya, sebuah SUV crossover yang amat luas dan lumayan untuk dipandu dan membawa keluarga ke mana-mana.

Meskipun segala penambahan ini menjadikan beratnya juga bertambah daripada 2,380kg kepada 2,545kg (penambahan sebanyak 165kg), persembahannya tidak sedikit pun berkurang.

Sebagai catatan, RX350 yang lama boleh mencecah 180kmh, model yang baru dengan kapasiti enjin yang sama boleh mencecah sehingga 200kmh.

Bagaimanapun, dari segi pecutan 0-100kmh, model lama boleh melakukannya dalam 7.8 saat, sementara yang baru pula mengambil .2 saat lebih lama.

Sebaik melangkah ke dalam, anda dengan sendirinya akan akur bahawa ini adalah sebuah kenderaan yang sungguh hebat, sama ada dari segi tahap kelengkapan yang disediakan, keselesaan, kemudahan memandu dan keseronokan yang ditawarkannya. Lexus adalah antara pembuat kenderaan yang pertama menawarkan SUV yang mewah. Generasi kedua mereka menguatkan kedudukan mereka dan kini dengan RX350 generasi ketiga, Lexus boleh berbangga dengan pencapaian mereka.

Enjinnya sangat licin dan senyap sementara sistem gantungannya dapat mengimbangi antara keselesaan dengan kemantapan dengan baik sekali.

Tempat duduk di belakang amat luas untuk tiga orang dewasa duduk dengan selesa. Anda lipat tempat menyandarnya dan saya fikir, seorang dewasa boleh tidur kerana ruang but menjadi luas sekali.

RX350 ini pantas tetapi anda tetap dapat mengawalnya dengan baik dan mudah. Anda tetap akan berasa yakin dengan kemantapannya. Ia dilengkapi dengan enjin 3.5 liter V6 yang baru dengan transmisi automatik multi-mode enam kelajuan.

Namun, kuat kuasa model baru ditingkat sebanyak dua kepada 274hp daripada 272hp model lama. Torque maksimum juga naik sedikit daripada 342Nm kepada 346Nm. Gear enam kelajuan yang serba baru menggantikan gear lima kelajuan yang lama. Ini amat menjimatkan dari segi penggunaan petrol.

Selain enjin yang jempol, RX350 yang baru juga memanjakan pemandu dengan tahap kemewahan yang disedikan.

Anda boleh menghabiskan masa berjam-jam dalam SUV ini tanpa berasa jemu.

Jika anda mempunyai lebih $170,000 untuk kenderaan baru, Lexus RX350 ini mungkin dapat memikat hati anda.

INFO KERETA

Kereta: Lexus RX350
Enjin: 3,456cc V6 24 injap
Gear: Automatik 6 kelajuan dengan pilihan manual
Kuasa maksimum: 274bhp @ 6,200 rpm
Torque maksimum: 346 Nm @ 4,700 rpm
0-100kmh: 8 saat
Kelajuan maksimum: 200kmh
Minyak: 10.6 liter/100km (keseluruhan)
Harga (termasuk COE): $170,000 (tanpa moonroof); $174,000 (moonroof)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2009 01:03 PM | Show all posts

Berita Harian...

Singapura : 18 April 2009         
  
CAKAP PASAL KERETA

KESAN PENGURANGAN KUOTA COE

Oleh
Mohamed Taifoor Mohamed


PADA 8 April lalu, kuota bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) sudah dikurangkan. Taruhan COE kini bermula dengan kuota baru.

Namun ramai yang tidak tahu berapakah jumlah kuota COE baru yang dikeluarkan pihak Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Umumnya, ramai yang hanya tahu bahawa 24 peratus COE akan dikurangkan tetapi perinciannya masih belum jelas dan apakah implikasi atau pengertiannya kepada umum.

Di sini saya akan cuba kupaskan beberapa isu dan implikasi tentang langkah baru pemerintah mengurangkan kuota COE itu.

Pertama saya akan tunjukkan carta kuota untuk semua kategori.

Kategori kuota Mac/April

A 1843 1396
B 1110 761
C 265 240
D 409 391
E 768 720

Jika kita lihat carta di atas, kita dapati kuota COE dikurangkan dengan banyak. Kenapa demikian? Ini kerana penjualan kereta selama enam bulan sebelum ini - antara September 2008 dengan Mac 2009 - telah banyak merosot dan tidak ramai yang sekerap kereta mereka.

Justeru, kereta di jalan raya masih banyak. Disebabkan itu, kuota COE harus diturunkan supaya jalan raya kita tidak sesak dan sistem jalan raya kita lancar.

Selalunya apabila bilangan kuota COE dikurangkan, harga COE akan melambung seperti yang dapat kita lihat pada taruhan 8 April lalu.

Semua ejen dan konsultan kereta kini mempunyai masa yang panjang untuk menjual kereta iaitu tempoh selama tiga minggu. Biasanya mereka memberi sasaran tempoh dua minggu sahaja untuk menjual kereta.

Jadi, kebanyakan pembeli kereta berpendapat harga akan naik dengan tinggi.

Namun sabar dahulu. Kita harus lihat bagaimana perkembangan ekonomi dunia dan ekonomi dalam negeri kerana ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada harga COE boleh turun atau naik.

Jika ekonomi baik sudah pasti harga COE pun akan naik. Namun sekarang ekonomi Singapura dan dunia berada dalam keadaan yang tidak menentu. Justeru, kita harus berhati-hati dalam soal ini kerana keadaan ekonomi boleh menjejas harga COE.

Dalam taruhan COE bagi 8 April lalu, kita dapati harga COE naik tetapi tidak melambung. Cuba kita lihat carta di bawah ini:

Kategori 18 Mac/8 April

A $5116 $7090
B $5001 $7501
C $5600 $7302
D $912 $1053
E $5982 $7326

Jadi bagi enam bulan akan datang, harga COE dijangka berada di paras $7,000 ke bawah.

Oleh itu, saya sarankan mereka yang bercadang beli kereta supaya menggunakan peluang sekarang ini untuk mendapatkan harga COE yang rendah.

Jika mata wang Jepun turun mendadak, ini akan membuat harga kereta turun lagi. Jadi anda boleh mengambil peluang ini untuk membeli kereta dengan harga yang rendah.

Inilah faedah orang yang suka membaca. Mereka akan dapat ilmu dan akan faham tentang harga kereta. Kita akan tahu bilakah masa terbaik untuk kita membeli kereta dan pada masa yang sama menjimatkan wang.

Dengan pemahaman ini, besar harapan saya agar masyarakat kita tidak mudah dikelirukan atau diperkotak-katikkan oleh ejen-ejen kereta yang tidak bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by <i>fatz2</i> at 2-7-2008 00:29 <a href="http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=24260777&ptid=345611" target="_blank"><img src="http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
牋Car owners can encash PARF and COE rebates from Sep 1<br />
By Margaret Perry, Channel NewsAsia | Posted: 01 July 2008 1419 hrs <br />
<br />
SINGAPORE: Car owners will now have the option to exchange their P ...
<br />

Macamana procedure nak scrap keta yek? Cash utk PARF rebate tu mintak kt LTA ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 11:37 AM | Show all posts
Procedure nak scrap your car, pls refer here &raquo;&raquo;  Step-by-step guides on how to de-register a vehicle

LTA will notify the last registered owner of the vehicle's de-registration, they will refund automaticaaly to you tak payah mintak dorang.

Also, for your info, lain date nak scrap kete tu lain harga / rebate / refund you will get from LTA.



Originally posted by jamalnsx at 20-4-2009 03:54 PM


Macamana procedure nak scrap keta yek? Cash utk PARF rebate tu mintak kt LTA ke?

[ Last edited by  sutera_abadi at 21-4-2009 11:39 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 01:28 PM | Show all posts
Thanks sut
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 09:24 PM | Show all posts
More protection for car buyers
By Neo Chai Chin, TODAY | Posted: 27 April 2009 0703 hrs



SINGAPORE: Delayed delivery of cars, problems with Certificate of Entitlement rebates, and the failure to refund downpayments to buyers who fail to get a bank loan.

Complaints such as these against the motor industry have been consistently high in the last few years, and to raise industry standards, 49 car dealers are prepared to fork out up to S$50,000 each.

These dealers - mostly used car traders or parallel importers - are the pioneer members of a new accreditation scheme set up by the Consumers Association of Singapore (CASE) and the Singapore Vehicle Traders Association (SVTA).

A Motor Industry Dispute Resolution Centre (MIDReC) has been set up as part of this scheme to resolve disputes of up to S$50,000 between members and their customers. This amount is what members have to put up as a security deposit, said SVTA president Neo Nam Heng at the signing of a Memorandum of Understanding with CASE yesterday.

Their aim to raise this to S$100,000 eventually, but no timeframe was stated.

"We felt we needed to come up with a solution for dealers keen to promote fair practices in the motor industry. After the first batch (of car dealers), I'm sure there will be many others who want to join," he said.

SVTA has about 380 members, and Mr Neo said some authorised dealers are also keen to get accredited.

In 2007, CASE received 1,562 complaints against the motor industry. Last year, there were 1,709 complaints, and from January to March this year, 382 complaints were filed.

When asked how the industry-led MIDReC would protect consumers' interests, Mr Neo said its board of five governors consists of a retired district judge as well as representatives from CASE and SVTA.

"If after the hearing we find the dealer is in the wrong, we'll use (part of) the S$50,000 to pay back consumers," he assured.

At MIDReC, the adjudicator's decision is binding on the CaseTrust-SVTA member, but the consumer may choose to reject the decision and pursue the case through a civil suit or other means.

On the recent heated debates over rising motor insurance premiums, CASE president Yeo Guat Kwang said the consumer watchdog would be exploring ideas with the General Insurance Association (GIA).

One suggestion is a tiered system of insurance premiums for motorists, depending on which motor workshops they choose - for instance, one tier for those going to insurer-linked workshops and another for those who choose to go to their preferred workshops.

But such an idea would only be feasible if all motor insurers participate, and discussions with GIA are likely in the next few weeks, said CASE executive director Seah Seng Choon.

At its weekend carnival at Plaza Singapura, CASE sought to raise awareness of the Consumer Protection (Fair Trading) (Amendment) Act, which took effect on April 15.

Among other provisions, consumers now have a five-day cooling-off period instead of three days. They may also use an unsolicited item for free, unless they had expressed, in writing, the intent to accept and pay for it.


- TODAY/so
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 12:25 PM | Show all posts

Berita Harian Sg....

Singapura : 2 Mei 2009         
         
PENYEWA LESAP BERSAMA KERETA


Dua lelaki guna maklumat palsu sewa kereta mewah
[/size=1]
Oleh
Safhras Khan

SEBUAH syarikat kereta sewa terpaksa gigit jari selepas dua kereta yang disewakannya kepada dua orang lelaki lesap bersama-sama kedua-dua penyewanya sekali.

Syarikat J&J Auto Enterprise telah menyewakan kereta jenis Toyota Camry dan Toyota Estima itu kepada dua lelaki Melayu/Islam pada 26 Mac lalu, tetapi apabila tempoh penyewaannya itu tamat, kereta-kereta tersebut tidak dipulangkan dan penyewanya lesap.

Bahkan, kereta Toyota Estima itu kini dipercayai berada di Malaysia manakala yang lagi satu tidak dapat dikesan di Singapura.

Pegawai divisyen penyewaan J&J Auto Enterprise, Cik Eunice Ng, berkata kedua-dua lelaki itu datang ke syarikatnya untuk menyewa kereta-kereta tersebut untuk selama empat hari.

'Seorang daripada mereka bernama Ali Khan Bukhari telah ke pejabat kami sekitar 5.28 petang. Beliau menyewa kereta Toyota Camry berwarna hitam.

'Ali membayar $586.20 untuk sewaan tersebut, termasuk wang deposit $200,' kata Cik Ng, 20 tahun, yang juga anak Pengarah Urusan syarikat itu, Encik John Ng Bee Chuan.

Syarikatnya juga pengedar kereta Perodua di Singapura.

Cik Ng berkata, sekitar 6.45 petang pula seorang lagi lelaki bernama Muhammad Qamar Sofie Abd Rahman telah ke pejabatnya untuk menyewa pula kereta Toyota Estima berwarna merah. Dia datang dengan memandu kereta Mercedes Benz.

'Qamar memberitahu kami lesen memandu dan kad pengenalannya hilang tetapi beliau mempunyai laporan polis untuk membukti kehilangan itu.

'Beliau juga memberi salinan kad pengenalannya kepada pihak kami,' tambah Cik Ng.

Selepas membayar wang sewa, Qamar mengambil kunci kereta tersebut dan bergegas pergi sebelum kembali ke pejabat syarikat tersebut pada malamnya untuk mengambil kereta Estima itu.

Namun, apabila kedua-dua mereka harus memulangkan kereta-kereta tersebut, mereka menghilangkan diri. Syarikat itu cuba menghubungi mereka tetapi tidak berjaya.

'Kami menelefon mereka tetapi telefon bimbit mereka dimatikan. Bila kami ke rumah dan pejabat mereka, kedua-duanya lesap,' kata Cik Ng ketika ditemui di pejabatnya di Ubi Road 4, baru-baru ini.

Pihaknya telah membuat laporan polis pada 31 Mac lalu.

Cik Ng terkejut apabila diberitahu polis kereta Toyota Estima itu kini berada di Malaysia.

'Tapi saya lebih terperanjat apabila diberitahu polis Ali Khan Bukhari telah memberi kami lesen memandu dan kad pengenalan palsu.

'Kedua-dua kad itu kelihatan tulen tetapi kedua-dua sebenarnya palsu. Saya terperanjat besar!' ujarnya.

Beliau berkata, polis memberitahunya kereta Estima itu telah dipandu ke Malaysia dan pemandunya diberkas tetapi dia bukan penyewa kereta tersebut, iaitu Qamar.

'Syarikat kami berharap dapat balik kedua-dua kereta itu. Ia masih baru. Bayangkan, Toyota Camry itu baru berusia beberapa bulan sementara Toyota Estima itu berusia setahun lebih,' keluh Cik Ng.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 12:31 PM | Show all posts

Berita Harian Sg....

Singapura : 2 Mei 2009         
         
CAKAP PASAL KERETA

FAHAMILAH PROSES COE SEBELUM BELI KERETA

Oleh
Mohamed Taifoor Mohamed


RAMAI di kalangan masyarakat kita masih belum faham tentang Sijil Hak Milik (COE), rebat COE dan antara COE yang dijamin dengan yang tidak dijamin.

Namun, sebelum membeli kereta kita harus faham aspek-aspek penting COE.

Apa itu COE dan untuk apa?

COE atau Certificate of Entitlement ialah Sijil Hak Milik untuk pembeli kereta. Ini bermaksud semua orang yang hendak beli kereta baru harus mendapatkan COE dahulu dan tempoh guna COE ialah 10 tahun. COE juga boleh dipertaruhkan dua kali dalam sebulan - selalunya antara minggu pertama dan minggu ketiga.

Ada lima macam kategori COE dan semua COE ada kuotanya dan berdasarkan jenis kereta. Kategori (Kat) COE terdiri daripada lima jenis: Kat A, Kat B, Kat C, Kat D dan Kat E.

Sekarang saya akan tunjukkan carta COE.

Jika kita lihat carta di atas, kita akan dapati kuota untuk semua kategori lain-lain ini disebabkan permintaannya.

Kuota COE ini akan dirombak oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dua kali dalam setahun pada April dan September.

Bagaimana pihak LTA mendapatkan kuota?

Pihak LTA akan meninjau permintaan kereta dalam enam bulan. Adakah permintaan kereta lebih banyak ataupun sebaliknya. LTA juga akan melihat berapa banyak kereta skrap dan berapa banyak kereta baru yang didaftarkan dalam tempoh enam bulan itu.

Barulah mereka akan menetapkan satu perangkaan kuota untuk enam bulan yang akan datang.

Jika skrap kereta melebihi kereta baru yang didaftar, ini bermaksud jumlah kereta akan berkurangan di jalan raya, jadi pihak LTA boleh menambah bilangan kuota untuk enam bulan akan datang.

Jika sebaliknya berlaku, kuota COE akan dikurangkan supaya jalan raya tidak sesak.

Inilah satu cara kuota COE ditentukan. Mengapa kita harus tahu?

Penting untuk pembeli kereta tahu kerana harga kereta akan naik atau turun disebabkan 'turun naiknya' COE. Ini boleh mambantu kita membeli kereta pada harga yang rendah.

KENALI JENIS COE

Ada lima jenis kategori, yang pertama kat A. COE Kat A ialah untuk kereta 1,600cc ke bawah dan teksi. Jumlah kuota untuk Kat A adalah yang terbanyak kerana ramai orang yang membeli kereta di bawah 1,600cc.

Untuk Kat A, COE-nya harus dipertaruhkan atas nama pembeli kereta dan tidak boleh dipindah alih ke atas nama orang lain atau pembeli lain melainkan kereta itu sudah didaftar. Setelah enam bulan barulah boleh dijual atau dipindah nama.

COE Kat B ialah untuk kereta 1,600cc ke atas dan untuk kereta lebih besar. Kuota kategori ini tidak begitu banyak jika dibandingkan dengan kat A.

COE Kat C ialah untuk kenderaan komersial seperti van dan lori. Kuota COE Kat C harus dipertaruhkan di atas nama perusahaan bukan atas nama perseorangan.

COE Kat D ialah untuk motosikal. Jumlahnya juga tidak banyak dan harus dipertaruhkan di atas nama pembeli.

COE untuk Kat E jumlah kuotanya juga tidak begitu banyak. COE Kat E ini lain daripada kategori-kategori lain dan ia digelar kategori terbuka (open category).

Kelainan Kat E ialah seperti berikut:

# Ia boleh digunakan untuk membeli semua kenderaan atau untuk semua Kat A, B, C dan D.

# Kita tidak perlu pertaruhan di atas nama pembeli sebab ia boleh dipindah kepada sesiapa sahaja.

# COE Kat E harus digunakan dalam tempoh tiga bulan, jika tidak wang kita akan hilang.

Mengapa didakan COE Kat E ini dan apa kegunaannya?

COE Kat E banyak kegunaannya bagi dealer kereta dan juga bagi pembeli yang tidak mahu menunggu atau membuat taruhan COE. Ini dipanggil immediate delivery dengan delivery kereta harus dibuat dalam seminggu. Untuk dealer, mereka boleh menjual kereta secara immediate delivery disebabkan mereka sudah ada COE Kat E di dalam tangan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 07:24 AM | Show all posts

Berita Harian

Singapura : 7 Mei 2009         

         
PROGRAM GALAK UJIAN KERETA BERKUASA ELEKTRIK


SEBUAH jawatankuasa bertindak pelbagai agensi telah dibentuk bagi memacu usaha menguji pakai kereta berkuasa elektrik (EV) di sini.

Dana sebanyak $20 juta telah pun disediakan bagi menyokong pembangunan prasarana dan melaksanakan program tersebut mulai pertengahan tahun depan.

Dipengerusikan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dan Penguasa Pengangkutan darat (LTA), anggota jawatankuasa itu terdiri daripada wakil pelbagai kementerian dan kembaga berkanun.

Ini termasuklah Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Program ujian EV selama tiga tahun itu bertujuan meneliti keperluan prasarana dan model perniagaan baru di samping mengenal pasti dan peluang-peluang dalam bidang penyelidikan dan pengembangan (R&D).

Ujian itu dibuka kepada kesemua syarikat pengeluar dan teknologi yang berminat dalam membangunkan masa depan EV di sini.

Ketua Eksekutif EMA, Encik Lawrence Wong, berkata: 'Kenderaan elektrik merupakan satu era baru yang menarik bagi sektor tenaga dan pengangkutan.

'Singapura berada dalam kedudukan baik bagi penggunaan kereta elektrik kerana sekitaran bandar yang padat, bekalan elektrik dan prasarana Teknologi Maklumatnya yang maju.'

Beliau menyatakan program itu akan menyediakan platform terbuka bagi syarikat-syarikat menguji pelbagai prototaip dan teknologi mengecas tenaga elektrik kepada EV.

Mengenai manfaat penggunaan EV, beliau menarik perhatian bahawa EV bukan saja lebih bersih malah lebih cekap penggunaan tenaga berbanding kenderaan berkuasa minyak petrol atau diesel.

'Adalah terlalu awal untuk menyatakan kenderaan elektrik akan digunakan secara komersial di sini,' ujar Encik Wong.

Apa yang lebih penting sekarang ialah pihaknya mahu melakukan lebih banyak penyelidikan mengenainya.

Ketua Eksekutif LTA, Encik Yam Ah Mee, pula melahirkan harapan untuk bekerja rapat dengan lebih banyak syarikat bagi mencari huraian pengangkutan secara inovatif.

Bagi memulakan program uji pakai itu, jawatankuasa bertindak tersebut telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan dua kumpulan - Renault-Nissan dan Keppel Energy semalam.

Di bawah MOU itu, Renault-Nissan akan membekalkan kenderaan-kenderaan berkuasa elektrik dan berkongsi kepakarannya bagi membangunkan piawaian bersama.

Keppel Energy pula akan menumpukan perhatian terhadap membangunkan stesen-stesen mengecas elektrik dan prasarana bagi uji pakai EV.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2009 07:55 AM | Show all posts
COE prices rise across the board
Posted: 06 May 2009 1712 hrs

SINGAPORE : COE prices were higher in all categories in the latest bidding exercise which ended on Wednesday.

The biggest rise was seen in the COE price for Category A (cars 1600cc and below) - up by S$900 to S$8,489.

COE price for cars above 1600cc was up a mere S$62 to S$7,552, while that for the Open Category jumped S$712 to S$8,501.

In the Goods Vehicles and Bus Category, the COE price was up S$490 to S$7,100.

Motorcycle COE rose S$13 to S$902. - CNA /ls
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 06:16 PM | Show all posts
June 18, 2009
COE prices all up
By Nicholas Yong


The latest COE prices, though, are still low compared to last year's prices, especially pre-recession levels. -- ST PHOTO: WANG HUI FEN

CERTIFICATE of entitlement (COE) prices are up across the board, bringing the premiums to above last September's levels when the economic crisis hit.

Spurred by the combination of fewer COEs and a jump in new car sales, COE premiums for cars and commercial vehicles posted double-digit percentage gains at the end of the latest round of bidding yesterday.

The COE for cars above 1,600cc shot up by 25 per cent to $14,840. In the Open category, the COE price went up to $15,100.

COE prices for motorbikes posted the smallest increase, going up by just 1 per cent to $901.

Of a total of 5,286 COE bids received, 3,516 were successful.

The latest COE prices, though, are still low compared to last year's prices, especially pre-recession levels. COE prices last year had reached a peak in April, when COE premiums for both the Open category and cars above 1,600cc went above $19,000. Average premiums last year ranged from between $15,000 and $17,000.

Motor traders told The Straits Times that they had expected the COE price increases, though the extent of the jumps took some by surprise.

'The market demand is outstripping the supply, so it's quite obvious that the price is going to go up. Market forces are at work, and there is nothing much we can do except live with it,' said Mr Gavin Yeo, commercial director for Borneo Motors.

The COE supply was cut by 24 per cent in April this year in a bid to control the vehicle population in Singapore.

Mr Yeo said COE prices will likely go further up as the next round of bidding is in three weeks' time, allowing more time for orders to accumulate.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:16 PM | Show all posts
roadtax spore car mahal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.103116 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list