CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3356|Reply: 28

Faisal Tahir Di Ban Tak Boleh Naynyi Di Perlis dan Perak

[Copy link]
Post time 1-5-2008 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Apa reaksi korang peminat2 concert ni bila jom heboh di tegur oleh kebanyakan Mufti negeri negeri.

Sahibus Samahah Mufti Perlis tidak mengharamkan konsert jom heboh tapi secara khusus tidak membenarkan faisal tahir menyanyi di perlis.  Hiburan yang matang dibenarkan seperti kopratasa, ramli sarip dan m nasir tidak dihalang mengadakan persembahan di perlis.

Sahibus samahah mufti Perak mengharamkan terus konsert jom heboh.

KUALALUMPUR, 30 April (Hrkh) - Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidintelah menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri supaya mengambilperhatian serius berhubung penganjuran Karnival Jom Heboh yang bakaldiadakan pada 3 dan 4 Mei akan datang di Perlis.

KataDr Asri, surat tersebut telah dihantar seminggu yang lalu menyarankansupaya kerajaan negeri melarang sebarang unsur-unsur atau programnegatif yang bercanggah dengan agama yang diadakan dalam karnivaltersebut.


"Saya tidakmengganggap Karnival Jom Heboh itu haram kerana terdapat juga programdan aktivitinya yang baik seperti pameran penerangan, pendidikan danurusan perniagaan," katanya yang berbeza pendapat dengan Mufti Perakyang mengeluarkan fatwa haram umat Islam menghadiri karnival tersebut.


"Tetapi jikaada program yang mengandungi unsur-unsur negatif dan bertentangandengan agama, saya sarankan tidak perlulah penduduk negeri Perlismenghadirinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.
Dalam padaitu beliau menjelaskan bantahan tersebut bermakna Islam melarang samasekali program berunsur hiburan seperti konsert yang ada antaranyamengajak masyarakat berhibur secara matang dan bukannya menjerumuskandiri kepada gejala yang tidak sihat.


"Kita suka hiburan yang matang dan bukan bermakna kita 'banned' semua hiburan atau hanya tertumpu kepada nasyid semata-mata.


"Anda bolehjemput kumpulan Kopratasa, penyanyi Shuhaimi Mior Hassan atau RamliSarip yang boleh mengajak generasi muda berhibur secara matang,"katanya yang turut membantah kehadiran Faizal Tahir dalam konsert JomHeboh akan datang.


Kata Dr Asripenyanyi berkenaan telah dibuktikan mempunyai rekod dan identiti yangkurang baik yang tidak wajar dicontohi oleh masyarakat umum khususnyapara remaja.


Ditanya samaada surat tersebut memberi kesan dan akan diberi perhatian olehkerajaan Perlis, beliau berharap agar kerajaan baru ini dapatmenghormati suara rakyat dan kelompok agama yang mahu memastikan umatIslam terhindar dari gejala negatif yang jelas bertentangan denganagama.


"Kerajaan baru ini belum teruji lagi dengan isu-isu seperti ini dan beri peluang untuk mereka menanganinya," katanya.
Sebelum iniDr Asri turut menghantar surat bantahan yang sama kepada kerajaannegeri bagi melarang umat Islam terlibat dalam Pesta Songkran atauPesta Air yang menjadi salah satu perayaan masyarakat Thai yangdisambut pada 13 April setiap tahun.
PestaSongkran yang diamalkan sejak berkurun lamanya dikatakan bermula denganmajlis memandikan patung Buddha bagi mendapatkan berkat di sampingmemandikan golongan warga tua dengan air bunga pada sebelah pagi.


Penggunaanair dan wangi-wangian sebagai lambang kemaafan menyebabkan pestaSongkran sering dianggap sebagai 'Pesta Air' lebih-lebih lagi anak mudaakan menggunakan peluang pada hari tersebut untuk menyimbah air kepadarakan-rakan untuk berseronok. - mks.


Sumber: Harakahdaily.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 12:54 PM | Show all posts
Kalau aku, malu tak hengat ni...

Dia kan ex pelajar sekolah agama tinggi...dah meroyan tak hengat tu yang mufti panas je..

pikir-pikirkanlah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:57 PM | Show all posts
:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 01:08 PM | Show all posts

Reply #2 narcolepsy's post

sape yg ex pelajar skolah agama tinggi? FT ke? (jaga bahasa)... FT bkn drp maahad kajang, dia skolah menengah biasa kt sg buloh. bebudak mirwana tu je drp maahad kajang.

[ Last edited by  jac_diehard_fan at 1-5-2008 01:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 01:19 PM | Show all posts

Reply #5 skycrew's post

x baek tau tu pandangan mufti kita kena hormat.diorang agama tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 01:27 PM | Show all posts

Reply #4 sicomel's post

wei kalau ye pun nak betulkan silap dia jangan la kata dia bodo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2008 01:39 PM | Show all posts
elok delete saja jac..buat ape susah2 edit
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 01:48 PM | Show all posts
Tolong la hormat pandangan Mufti dari duk fanatik artis yang tidak ada faedahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 01:58 PM | Show all posts
suka tak suka pandangan seorang mufti takleh nak sangkal... semoga jadi pengajaran buat faisal...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 02:23 PM | Show all posts
kesian faizal...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 02:30 PM | Show all posts

Reply #1 kupia's post

sian FT tau.... sudah2 laa.... dia pun dah kena hukum hari tuh, naper nak kenakan lagi??? cuma buat syarat kat dia laaa, minta jgn bt lagi.... confirm dia pun dah nyesal & tau ambil iktibar pun gan apa yg dah berlaku..... dah kena hukuman kan... itu yg sian dia.... mana manuasia tak buat salah??? at least dia nak berubah, org2 kena laa bg chance.... sakit hati tul dgr apa yg terjadi....

nak sgt buka mata... buka mata sikit kat artis2 lain gak yg berkemban... yg kain nipis tak cukup kain...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 02:31 PM | Show all posts

Reply #7 skycrew's post

relakx la habang sky
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 07:29 PM | Show all posts
artis pompuan yg ske bkemban tak nak banned plak????
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 09:17 PM | Show all posts
suka nye hati..tp u all cuba tgk time wakenebeb..u all akan tau.itula perangai faizal sebrnya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 10:00 PM | Show all posts
tah la... aku ni mmg nyampah sangat tgk muke FT ni, tak tau la nape. mase dia nyanyi nasyid dulu bersih je muke dia, suara dia ala2 yasin, tapi bile dah make over ni jadi cam penyanyi kumpulan Queen luar negara... aku pun selalu tgk penyanyi rock buat show tapi tak la over cam dia tu.... mcm kene kejutan budaya.
aku paling nyampah bile baca statement dia kata tak puas nyanyi nasyid, mmg la tak boleh jerit2, lompat2. aku kalu dgr kumpulan Rabbani nyanyi naik bulu roma... so bukan salah lagu atau irama. kalu betui pembawakan cantik dipandang mata suci diterima hati..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 10:05 PM | Show all posts

Reply #14 budakpendekk's post

dia mmg panas baran gak... sapa tak marah kalau patung koleksi kena curi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by Eddlisa_uyuk at 1-5-2008 02:30 PM
sian FT tau.... sudah2 laa.... dia pun dah kena hukum hari tuh, naper nak kenakan lagi??? cuma buat syarat kat dia laaa, minta jgn bt lagi.... confirm dia pun dah nyesal & tau ambil iktibar pun g ...


pelik kan... mcm artis2 lain kat mesia ni baik benor sampai semur nak banned FT  

pastu boleh lak mufti pilih2 penyanyi (nak jugak tu dengar muzik). baik buat mcm perak. semua tak boleh. ni separuh2 hukum
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 05:59 AM | Show all posts
kesian...di negara sendiri kena ban...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:44 AM | Show all posts
hehe

nak buat poll ke

sape sokong FT
sape sokong Mufti

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:45 AM | Show all posts
AD-LIB: Siapa lebih kontroversi... Mufti Perlis atau Faizal Tahir?
01-05-2008 04:57:41 PM
oleh ZIEMAN  

KENYATAAN yang benar, berani, sensitif dan selalunya berbaur 'negatif' mudah saja mendapat reaksi dan persepsi yang mengundang 'kontroversi.'

Malah aksi, perlakuan mahupun kenyataan yang terang-terang dibuat atas landasan yang menongkah arus juga dikatakan kontroversi.

Mungkin dewasa ini, personaliti yang layak mendiami takhta teratas bagi kategori kontroversi ini ialah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza. Tokoh agama yang disegani ini cukup 'kontroversi' tanpa disedarinya.

Mungkin juga ini disebabkan keberanian dan kelantangan juga ketajaman beliau mengeluarkan buah fikirannya yang bernas tanpa takut-takut.

Pernah sekali secara berlawak sinis, Dr Maza berkata, dia tidak takut berkata benar.

"Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Habis kuat dia orang suruh saya 'berehat'...eloklah sayapun dah penat," katanya dalam satu perbualan telefon.

MUFTI YANG KONTROVERSI

Bagi beliau, segala teguran atau kenyataan yang dibuat bukan berniat untuk mencetus kontroversi kerana itu sudah tanggungjawabnya sebagai 'pemegang mohor besar' dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama.

Dari kenyataan 'Kerajaan perlu bertaubat nasuha', 'Mualaf tidak perlu menukar bin/bintinya,' 'Isu babi di negeri Selangor' hinggalah ke 'Jangan perbesar isu Sufiyah' semuanya tidak terlepas pandangan Mufti...

Dan paling terbaru pula adalah konsert Jom Heboh di Perlis. Antara yang tertulis di dalam hebahan terbaru yang disiarkan dalam blognya www.drmaza.com ialah..."Jabatan Mufti Perlis tidak mengharamkan Program Jom Heboh anjuran Stesyen TV3, akan tetapi pihak Jabatan Mufti dukacita dengan nilai-nilai negatif yang terselit bersama dengan program Jom Heboh tersebut."

Beliau menegaskan, teguran mahupun surat bantahan yang dikeluarkan oleh Jabatannya tidak bermaksud mengharamkan Jom Heboh. Ianya sekadar satu pemantauan untuk memastikan tidak ada perkara yang tidak elok berlaku.

Ketegasan yang cuba ditekankan oleh Mufti antara lain beliau mencadangkan garis panduan pelaksanaan program Jom Heboh di Negeri Perlis:

i. Program Jom Heboh TANPA konsert adalah satu keutamaan sekiranya hendak dilaksanakan di Negeri Perlis

ii. Jika disertai dengan program konsert, ia hendaklah terkawal dan berdisiplin

iii. Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk seperti Faizal Tahir atau aliran artis lain dari aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan hidup tidak boleh dibenarkan

iv. Artis-artis yang hendak dibawa masuk hendaklah artis yang telah dirujuk persetujuan dari Jabatan Mufti, secara umumnya dicadangkan artis-artis puisi seperti Kopratasa, Ramli Sarip dan Sohaimi Mior Hassan ataupun kumpulan-kumpulan nasyid di tanahair.

v. Sebarang aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan nilai-nilai kebodohan yang seakan-akan memperlekehkan akal dan pemikiran rakyat adalah tidak boleh dibenarkan

vi. Unsur-unsur khurafat seperti penampilan kepercayaan-kepercayaan misteri dan karut tidak dibenarkan. Demikian juga jualan barang-barangan khurafat dan tahyul seperti kayu koka tidak dibenarkan

vii. Penganjur Jom Heboh hendaklah menghormati sensitiviti orang-orang Islam seperti tidak menguatkan bunyian-bunyian pada waktu solat sehingga kelihatan seperti tidak menghormati agama.

Tujuan murni beliau memantau Konsert Jom Heboh agar tidak ada terpalit mahupun terselit elemen negatif dan yang boleh membawa ke arah maksiat seharusnya dipuji.

Keberanian beliau mengutarakan hujah-hujahnya agar masyarakat Perlis khususnya tidak terus-terusan hanyut dibawa sentimen hiburan yang melampaui batas adalah wajib. Berhibur boleh tapi ada garis panduan yang perlu diikut. Apa saja tanpa batasan dan panduan akan membuat kita khayal, terpesong dan lalai.

Selebihnya kita perlu fikirkan sendiri apakah kenyataan yang dibuatnya berbentuk kontroversi, sensasi atau sememangnya wajar dibuat kerana beliau seorang Mufti. Tambahan pula tokoh dan ilmuan agama ini arif dan bijaksana tentang hal hukum hakam ini.

TEGURAN MUFTI BUAT FAIZAL

Sinonim dengan kelantangannya bersuara menegur, Mufti berkata, "Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk seperti Faizal Tahir atau aliran artis lain dari aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan hidup tidak boleh dibenarkan."

Rasanya 'clause' di atas sudah merangkumi beberapa golongan artis di dalam dunia hiburan. Jadi mana-mana artis yang 'makan cili akan terasa pedasnya.'

Sebenarnya ini bukan kali pertama Faizal ditegur Mufti. Dua minggu lepas, beliau mula menegur Faizal Tahir dalam kolum Minda Muftinya di bawah tajuk, "Kekeliruan identiti menjadikan kita hilang arah."

Lantang sekali teguran Mufti. Katanya, bukan sahaja semua jenama parti politik menghadapi krisis identiti setelah berlaku tsunami politik yang merubah banyak identiti negara dan parti tetapi dalam dunia hiburan juga ramai.

"...Seperti seorang artis yang keliru antara ingin menjadi penyanyi atau menjadi super-man. Krisis identiti ini juga kadang-kala seperti seorang yang berjantina lain, tetapi berkecenderungan lain. Akhirnya 憇audara
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.267407 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list