|
Angka 40 buat Ziana
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
ZIANA Zain (dua dari kiri) berucap pada majlis hari lahirnya. Turut hadir ialah rakan artis iaitu Fazli Zainal (kiri), Nora (dua dari kanan), Farawahida (kanan) dan Pengarah Urusan Mandalay, Winnie Sin (tengah).Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN
--------------------------------------------------------------------------------
ANGKA 40 mungkin cukup menakutkan bagi sesetengah wanita kerana mereka mula merasakan diri mereka tidak lagi dihargai dan mula dipandang sepi.
Disebabkan itu juga, ketika usia sebegini wanita mula memikirkan alternatif lain seperti suntikan kolagen, botox mahupun Vitamin C bagi mengekalkan kejelitaan agar mereka kelihatan berseri sepanjang masa.
Namun begitu, bagi penyanyi dan pelakon tersohor, Ziana Zain, meskipun sudah menginjak ke usia 40 pada 2 Mei lalu, dia tidak pernah berasa gusar dan terus berpegang teguh kepada keyakinan diri dan sentiasa berfikiran positif.
揂ngka 40 tidak pernah membuat saya risau sebaliknya, ia menambahkan lagi keyakinan saya terhadap diri dan pelbagai perkara yang saya lakukan. Malah, ia juga sudah mampu membuatkan kita berfikir secara matang dan berupaya membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
揃ukan itu sahaja, kita juga boleh mengatakan tidak kepada sesiapa sahaja seandainya kita merasakan perkara tersebut tidak berasas buat kita.
揗ungkin ramai yang berpegang kepada prinsip life begins at 40 tetapi saya bersyukur kerana sebelum mencapai usia 40, saya sudah kecapi dan miliki apa yang saya idamkan selama ini iaitu karier, keluarga, anak-anak dan peminat yang tidak pernah putus menyokong saya.
揅uma apa yang saya mahukan agar saya terus dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik kerana tanpa kesihatan yang baik, agak sukar untuk kita teruskan hidup, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|