|
'Gentayangan' guna mentera Boyan
15-05-2008 12:59:34 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
GENTAYANGAN akan membawa penontonnya ke dalam kancah pertembungan ilmu putih dan hitam antara Tuk Burhan dan Alang Jali.
Di satu sisi yang lain, tentang hitam putih perjalanan kehidupan Risham yang mencari kebenaran tentang dirinya dan sekaligus jawapan mengapa ibunya di penjara hingga ajal menjemputnya ketika dia lahirkan di situ.
Itulah sedikit gambaran filem pertama terbitan Secondlife Picture Sdn. Bhd. berjudul Gentayangan..."Datangku dijemput" yang bakal diarahkan oleh pengarah terkenal Zulkiflie M. Osman bermula hujung bulan ini.
Filem yang dijangka mengambil masa pengambaran selama 40 hari di Melaka itu menampilkan pelakon-pelakon hebat dan tersohor tanah air seperti Rusdi Ramli, Yasmin Hani, Abu Bakar Omar, Hasnul Rahmat, Nasir Bilal Khan, Lana Nordin dan ramai lagi.
Menurut penulis skripnya iaitu Shariman Wahap, idea untuk menghasilkan filem itu diilhamkan oleh sahabatnya iaitu Achio dan datuk saudara kepada saudaranya iaitu penulis buku terkenal Tamar Jalis.
"Nama Gentayangan yang memberi maksud "tak jejak bumi dan tak tergantung di langit" dipilih secara tak sengaja kerana ia berkait dengan ilmu hitam.
"Melalui idea yang diperolehi, saya olahkan ia dalam skrip sehingga menjadi 36 babak.
"Saya turut mengambil rujukan melalui terjemahan ayat Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah ayat 286 yang dibacakan oleh Munir Hijjaz sebentar tadi.
"Saya juga memasukkan gabungan amalan Tok Janggut, Mat Kilau dan Sheikh Usman Jailani," cerita Shariman ketika berucap di majlis pelancaran dan sidang media filem Gentayangan semalam di Hotel Legend, Kuala Lumpur.
Sebelum itu, penyanyi dari kumpulan nasyid Hijjaz iaitu Munir membacakan ayat Al-Quran bagi memberkati majlis dan seterusnya diikuti dengan bacaan doa oleh Shariman sendiri.
Mendengar sedikit susun galur cerita yang diceritakan oleh Shariman, beliau berkata filem ini mengisahkan seorang anak muda iaitu Risham lakonan Rusdi Ramli yang dilahirkan di penjara.
"Setelah ibunya meninggal, beliau langsung tidak mengetahui siapakah ayahnya. Filem ini turut meletakkan watak Tuk Burhan lakonan Abu Bakar Omar yang mempunyai ilmu agama dan perubatan.
揂pabila Risham memasuki sebuah institusi pengajian tinggi di Utara, dari situ beliau mula berkenalan dengan rakan-rakannya iaitu Kaher, Rahila dan Sabrina.
揔epulangan Risham dan rakan-rakannya ke kampung telah mengundang bermacam dugaan.
揔onsep filem ini akan digarap ala-ala filem Sixth Sense dan penonton akan terpedaya dengan jalan cerita yang disampaikan pada mulanya sehinggalah segalanya terbongkar.
揝aya sudah berbincang dengan pengarah tentang bagaimana hendak menyampaikan cerita seperti yang dimaksudkan dan beliau faham dan setuju dengan apa yang difikirkan.
揇alam filem ini juga akan ada bacaan mentera sebenar dalam bahasa Boyan atau Bawean tetapi disampaikan dalam bahasa Melayu.
揑nsya Allah, mentera ini adalah tidak bertentangan dengan syarak setelah mendapat pengesahan dalil dan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), |
|
|
|
|
|
|
|
datangku dijemput?
hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..
agak menarik..
zulkiflie nyer film pom not bad gak..
diari romeo not bad at alhmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
ni ikut cerita macam buku tamar jalis ke?
rusdi ramli bantu tuk burhan lawan alang jali
macam best |
|
|
|
|
|
|
|
Zulkepli bgus ke klu direct? hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 makhluk's post
agak setuju... tp adalah 2-3 buah pilem beliau yg ok.... |
|
|
|
|
|
|
|
Gentayangan lantik 1,000 pengedar
Oleh ABD. AZIZ ITAR
[email protected]
JINS Shamsudin (empat dari kanan) dan Dr. Zubir Yahya (tiga dari kanan) bersama para pelakon Gentayangan selepas pelancaran filem seram itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Gambar FATAH SULAIMAN
--------------------------------------------------------------------------------
SYARIKAT penerbitan Second Life Picture Sdn. Bhd. akan melantik 1,000 pengedar bagi memasarkan filem pertama terbitannya berjudul Gentayangan dalam usaha mereka mensasarkan kutipan tiket melebihi RM10 juta apabila ia ditayangkan kelak.
Penerbitnya, Datuk Dr. Zubir Yahya berkata, strategi pemasaran itu antaranya termasuklah pengedaran filem seram itu dalam format cakera padat video (VCD) yang akan dijual secara dalam talian dan muat turun menerusi Internet.
揝aya yakin VCD ini boleh dijual sehingga satu juta unit. Berdasarkan pengalaman dan kajian saya, banyak filem gagal dipasarkan kerana strategi yang lemah. Sebab itu, saya akan membentuk 1,000 pengedar yang antara lain boleh mengurangkan masalah cetak rompak.
揚engedar ini secara tidak langsung juga akan dilatih menjadi usahawan. Saya akan gunakan kepakaran saya dalam bidang Internet dan gabungkannya dalam strategi untuk sasaran kutipan tiket RM10 juta, |
|
|
|
|
|
|
|
sasar 10juta... stat duyung, congkak.. skrg cite nih..?? congkak dapat brapa ekk..?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|