CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13545|Reply: 11

khasiat minum susu!!

[Copy link]
Post time 30-5-2008 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Minum susu setiap hari
Oleh ADHAM SHADAN


Apakah signifikannya sambutan Hari Susu Sedunia yang jatuh pada 1 Jun ini?


SUSU kaya dengan pelbagai nutrien.

APA yang anda tahu tentang tarikh 1 Jun ini? Hari Ahad, hari hujung minggu dan waktu bersantai bersama keluarga? Mungkin ramai yang tidak tahu 1 Jun adalah Hari Susu Sedunia.

Susu mungkin bukan minuman paling digemari rakyat Malaysia. Tidak hairanlah, kajian menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat negara ini terutamanya remaja tidak memasukkan minuman berkhasiat itu dalam diet harian mereka.

Kajian tersebut telah didedahkan oleh Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Malaysia Bhd. (Dutch Lady), Hans Laarakker semasa merasmikan kempen Spread The Goodness of Milk (Sebarkan Kebaikan Susu) di Bangsar Village II, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dutch Lady mengumumkan antara aktiviti utama yang diatur sempena kempen selama sebulan itu ialah melaksanakan program jelajah susu di seluruh negara pada 1 Jun ini sempena sambutan Hari Susu Sedunia.

Dalam program yang dinamakan Hari Susu Dutch Lady itu, sebanyak 50,000 pek susu akan diedarkan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

"Sebagai jenama susu terkemuka di negara ini, kami mesti mengambil langkah terkehadapan dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang faedah dan kebaikan susu kepada semua orang sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Inisiatif komuniti ini juga menandakan penghargaan kami kepada rakyat Malaysia sempena ulang tahun ke-50 Dutch Lady tahun ini," katanya.

Dutch Lady akan melakukan penjelajahan berskala besar itu dengan bantuan bersama pengangkutan radio AMP yang mewakili empat stesen radio iaitu Era, Mix, Hitz dan My. Konvoi susu itu akan berusaha untuk sampai ke setiap kawasan di negara ini.

Konvoi akan mula berlepas dari The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada pukul 10.30 pagi untuk mengedarkan susu di pusat-pusat berpopulasi penduduk utama di Kuala Lumpur serta kawasan-kawasan lain di utara, selatan, pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia.


HANS LAARAKKER (kanan) bersama beberapa selebriti
dan tetamu pada majlis pelancaran kempen Spread The
Goodness of Milk di Kuala Lumpur.

Mereka yang merentasi laluan lebuh raya utama di bandar-bandar utama seperti Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuantan atau yang berada di kawasan rehat, jangan lepaskan peluang menyaksikan konvoi ini dan dapatkan pek-pek susu percuma.

Bercakap lebih lanjut tentang pengambilan susu yang rendah oleh rakyat Malaysia, Laarakker dalam sidang media memberitahu, seorang rakyat Malaysia hanya minum 30 liter susu setahun berbanding seorang rakyat Eropah yang minum purata 100 liter setahun.

"Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka telah mengenepikan minuman yang kaya nutrien dan sewajarnya dimasukkan ke dalam diet harian mereka," katanya sambil menerangkan, susu amat berkhasiat dengan memberi contoh susu ActiveCare Dutch Lady yang kaya dengan protein, kalsium, vitamin B2 dan Choline.

Pengurus Produk Nutrisi Keluarga Dutch Lady, Sharon Tan pula berharap, rakyat Malaysia dapat mengubah pemikiran mereka bahawa susu hanya untuk golongan bayi dan kanak-kanak.

"Itulah sebabnya kami menonjolkan jalan cerita yang menunjukkan susu patut dinikmati oleh semua peringkat usia dalam iklan komersiol TV terbaru kami," katanya.

Dalam perasmian kempen tersebut, tiga orang selebriti turut dijemput khas bagi memeriahkan acara itu sambil berkongsi pengalaman mereka bersama susu. Tiga selebriti itu ialah sutradara terkenal, Yasmin Ahmad, penyanyi Sharizan Borhan dan pengacara, Low Ngai Yuen.

"Saya telah minum susu berdekad-dekad lamanya," ujar Yasmin sambil disambut gelak tawa hadirin.
"Saya mesti minum susu setiap hari. Semua orang mesti minum susu. Kenapa anda tidak mahu minum susu kalau anda tahu ia kaya dengan nutrien?" soalnya.

Sebagai bapa, Sharizan pula berkata, anak-anaknya gemar minum susu dan sebelum ke sekolah, mereka mesti mengambil susu.

"Ia memiliki diet seimbang dan membuatkan kami sentiasa bersedia untuk mendepani hari," katanya.
"Saya pula memang seronok minum susu dan tidak ada sesiapa yang memaksa. Benar, anda boleh meninggalkan perkara lain, tetapi jangan tinggalkan susu," pesan Yuen pula.


DAPATKAN pek susu Dutch Lady percuma pada 1 Jun ini.

Jadi, kepada orang ramai, jangan lupa nantikan 1 Jun ini untuk mendapatkan susu Dutch Lady percuma.
Pastikan anda menjadi sebahagian daripada sejarah kempen ini kerana ia merupakan program yang kali pertama diadakan di negara ini.




jom minum susu jom.....

susu... susu... susu...!!  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2008 05:38 PM | Show all posts
aku tak leh minum susu.. nnt muntah..:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 07:02 PM | Show all posts
aku suka minum susu , lebih2 lagi fresh milk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 04:40 PM | Show all posts
dh peknen ni cm x lalu je nk minum susu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 06:08 PM | Show all posts
Nape page dah lama takder updates. Ada link lain ke? Huhu..meh ler share pasal khasiat minum susu ni. Almaklum skang baru je nk start minum Anlene..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 08:06 PM | Show all posts
aku suka sgt minum susu, esp susu full cream. Kalu mlm2 minum susu suam bagus sbb dia mempercepatkan proses penghadaman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2010 12:28 PM | Show all posts
Minum susu ni leh wat selalu kentut ke? Huhu..pasal apa..sejak amek susu anlene ni..asyik nakkentut je huhuh ...terbaca kat internet antara punca kentut disababkan pemakanan dan antaranya ialah Laktos yg terdapat dalam susu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 01:21 PM | Show all posts
aku suka sgt minum susu, esp susu full cream. Kalu mlm2 minum susu suam bagus sbb dia mempercepatkan proses penghadaman
arwien Post at 1-4-2010 20:06

Mencepatkan penghadaman? Maksudnya memudahkan "output"?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2010 01:54 PM | Show all posts
ya mmg susu anlene ni mbuatkn peminumnya selalu buang angin coz nak buang benda2 yg tak elok kut.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 01:55 PM | Show all posts
but mmg bagus minum susu ni, so kenalah masukkan susu dlm diet kita seharian.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 01:56 PM | Show all posts
6# arwien


full cream mmg sedap ttp tak sesuai bagi kawan2 kita yg mempunyai berat berlebihan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 04:25 PM | Show all posts
ya mmg susu anlene ni mbuatkn peminumnya selalu buang angin coz nak buang benda2 yg tak elok kut.
ultrakasino Post at 2-4-2010 13:54

Huhu...selalu buang angin? huhu..teruk tu. Mana taknya tak selesa nak duduk. Asyik buang angin je. kalau kat opis...tahan dulu gi toilet kene lepaskan angin then baru nk dok je angin cam nak kuar lagi. Arini tak minum susu elok lak huhu...tapi mmg tahu khasiat susu ni byk kalsium. Amek pun utk kuatkan tulang. Tp tu la..tak tahan nak kuar angin puss..pus je huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.085263 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list