CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3264|Reply: 22

LCCT semakin merimaskan

[Copy link]
Post time 11-6-2008 10:43 AM | Show all posts |Read mode




SEPANG 10 Jun - Merimaskan, itu yang boleh dikatakan mengenai keadaan sebenar Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang menjadi tumpuan ribuan penumpang setiap hari.

Bagi pekerja di sini terutama pelayan kedai, mereka sudah lali dengan rungutan orang ramai mengenai keadaan panas di terminal itu yang adakalanya dirasakan 'sangat melampau'.

Pelbagai rungutan yang membayangkan rasa tidak selesa seperti 'berbahang', 'panas gila', 'nak hangus kulit', sememangnya menjadi rungutan biasa para penumpang di LCCT.

Namun, alah bisa tegal biasa, secara keseluruhan pekerja LCCT dan penumpang menerima hakikat tersebut sesuai dengan status terminal bagi tambang murah.

Tinjauan Utusan Malaysia ke LCCT mendapati jumlah penumpang yang terlalu ramai merupakan faktor utama menyebabkan keadaan terminal itu menjadi tidak selesa.

"Encik sesekali datang sini dah merungut, tapi kami tiap-tiap hari di sini. Bayangkanlah apa yang kami rasa. Bukan tak pernah buat aduan tetapi entahlah, mungkin terminal ini kurang standard berbanding KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur).

"Kalau hari hujan di dalam ini sejuklah sikit tapi kalau hari panas, berpeluhlah kami," ujar pekerja LCCT yang enggan diambil gambar dan namanya kerana takut dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan.

Sewaktu tinjauan ke sana, cuaca mendung dan tidak begitu panas.

Namun, keadaan di sebelah dalam masih terasa merimaskan kerana kehadiran orang yang ramai dan lebih terasa apabila berada di kawasan pendaftaran masuk.

Seorang pengunjung yang menghantar saudaranya ke terminal itu apabila ditanya, berkata, keadaan agak nyaman pada hari itu, tidak seperti pada beberapa kali dia ke sana sebelum itu.

"Hari ini terasa sejuk sedikit, mungkin cuaca hari ini tidak panas. Mungkin juga alat pendingin hawa baru sahaja disenggara," katanya, yang enggan nama dan wajahnya dirakamkan.

Seorang pemandu teksi, Syamsuddin Hanafi turut mengakui bahawa LCCT cukup merimaskan bagi kebanyakan penumpang yang pernah dibawanya.

Menurutnya, kebanyakan penumpang yang menaiki teksinya mengadu keadaan panas di dalam terminal itu.

"Malu juga rasanya kerana kebanyakan penumpang yang saya bawa adalah dari luar negara. Memang panas, apa lagi kalau pengunjung ramai," katanya.

"Sekarang LCCT sudah berstatus lapangan terbang antarabangsa, jadi saya fikir status ini perlulah dijaga oleh pihak pengurusannya. Orang tempatan pun mengadu tak selesa, apatah lagi bagi orang luar," ujarnya.

Pemandu teksi berusia 45 tahun itu membuat rumusan sendiri mengenai keadaan yang menyebabkan LCCT tidak selesa bagi kebanyakan orang.

"Mungkin sewaktu ia mula dibuka pihak pengurusan menjangkakan tidak ramai orang akan menggunakan terminal ini. Tapi pertambahan jumlah penumpang di sini semakin meningkat.

''Kalau dahulu teksi hanya membuat 400 hingga 600 trip keseluruhan sehari tetapi kini sudah mencecah seribu trip.

''Daripada statistik itu kita sudah boleh membuat anggaran betapa sibuk dan sesaknya LCCT," katanya.

Keadaan di luar lebih merimaskan. Selain rasa berbahang, bau asap bas juga menyesakkan nafas.

"Merokok dilarang di beberapa kawasan di sini tetapi bagaimana dengan asap bas. Pemandu-pemandu bas tidak mematikan enjin sewaktu menunggu penumpang.

"Keadaan ini bukan sahaja merimaskan tetapi membahayakan kerana kita menghidu asap bas yang terperangkap di bawah bumbung," ujarnya.

Dalam nada sinis, Syamsuddin berkata faktor keselesaan mungkin tidak dipandang berat oleh pihak pengurusan LCCT disebabkan terminal itu digunakan oleh syarikat penerbangan tambang murah.

"Biasalah, double standard, orang yang naik kapal terbang di KLIA pakai tali leher, di sini orang beli tiket murah,'' katanya.

Seorang lagi pemandu teksi, Abidin Ujang bersetuju dengan ulasan rakannya itu.

"Pemandu-pemandu bas ini tak peduli mereka membazirkan minyak kerana syarikat yang menanggung. Maka kami dan orang ramai yang terpaksa menanggung musibahnya.

"Bagi saya, di LCCT ini tiada pemantauan atau penguatkuasaan daripada pihak berkenaan... tidak seperti di KLIA," dakwanya.

Menurutnya, terminal itu juga tidak mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi sehinggakan pengunjung-pengunjung meletakkan kereta di tepi-tepi jalan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dua laluan di bawah bumbung di depan terminal itu sering sesak dan ini menyebabkan teksi-teksi sukar untuk memasuki tempat itu.

"Sepatutnya laluan untuk teksi dan kereta individu diasingkan. Laluan pertama sepatutnya dikhaskan untuk teksi sahaja jadi tidaklah sesak.

"Saya juga meminta penguatkuasaan dilakukan seperti di KLIA termasuk ke atas kegiatan ulat-ulat teksi sapu. Masalah ini mungkin sukar diatasi tetapi saya percaya penguatkuasaan yang ketat akan mengurangkan kegiatan mereka," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2008 10:43 AM | Show all posts
LCCT ni dah mcm Pudu jerk......mmg rimas......dahler seat sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 10:53 AM | Show all posts
kalo nak aircond kena bayar asing kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 10:55 AM | Show all posts
sesuai la dgn tambang murah..... xkan nak sama mcm klia plak.... nanti tambang mahal la kena byr....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 10:55 AM | Show all posts
dulu ada gak tmpt nk duduk.. skrg dh xde.. yg ada pun hanya utk warga emas n mak baby..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 10:59 AM | Show all posts
mmg memalukan LCCT nieee...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2008 11:02 AM | Show all posts
iye ke... x penah pegi.. tp klia tu mmg sejuk banget ekk
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 11:12 AM | Show all posts
tak pernah jejak LCCT... tak tau camner rupenyer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2008 11:14 AM | Show all posts
mmg panas..tempat duduk pun kurang..

apapun sesuaila dgn status low cost terminal..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 11:18 AM | Show all posts
kalau servis murah patut nya tax airport nya pun murah..
ni airport tax pun dah x byk beza ngan klia..
apa kes nih..??
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 01:45 AM | Show all posts
wpun dikatakan low class, tapi fast food die such as McD tetap diconsider high class kan?

price differ in KLIA, LCCT, Genting, Sg Lembing..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 11:31 AM | Show all posts
penulis artikel ni pun takde klass

guna perkataan yg digunakan oleh bdk2 spm je hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 09:38 PM | Show all posts
MAS yg tambang murah ke sabah sarawak bali bagai
guna LCCT ni ke ?
maaf la tak pernah guna
lower cost carier terminal ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 09:38 PM | Show all posts
Originally posted by ReuK at 13-6-2008 03:31
penulis artikel ni pun takde klass

guna perkataan yg digunakan oleh bdk2 spm je hahahaha



penulis ni kelas 5 mawar lah ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 10:04 PM | Show all posts
sesak gilerrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 02:02 AM | Show all posts
ala,xyah tgu raya...aku anto kwn aku time ari biasa pun teruk..dah la signboard pun xdela senang sgt utk 1st timer..tmpt mkn pun xckup..

mmg buat lcct tu ikut dan je..sape punya pengurusan lcct tu? bkn berkaitan dgn airasia kan? sbb i don think so depa akan wat camni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2008 04:36 PM | Show all posts
mmg merimaskan, whoever design the place, didnt study people movement and traffic movement.

aku kalau sampai awal ke lcct, aku lepak kat foodcourt yg kat ujung tu, seat bnyk, org tak ramai, ada aircond pun
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 05:39 PM | Show all posts
yer kew teruk..???..aku akn landing sana tk lama lagik..??..ade duty free kt sana kew..??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2008 05:52 PM | Show all posts

Reply #18 lelaki_ini's post

erk....mcm tak der jerk....mcd ada ler........
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 12:55 AM | Show all posts
lcct ni kecik la
penumpangnyer ramei
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.165173 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list