View: 13869|Reply: 178
|
Bayaran Rebat Subsidi Minyak mulai Sabtu
[Copy link]
|
|
memandangkan takder sesaper pon mention psl bayaran rebat subsidi minyak (ataupun aku tak perasan)jd aku buat satu thread pslnye
btw,bayaran rebat subsidi minyak boleh di tuntut mulai sabtu nih di semua cawangan pejabat pos diseluruh negara..hanya perlu bawak kad pengenalan aje..dan ini adelah fasa pertama utk pemilik kenderaan yg memperbaharui cukai jalan dari april dan mei lepas..bg jun sehingga mac 2009..akan dibgtahu kelak
ini ade artikel dari berita harian psl mender nih
Pejabat pos dibuka Sabtu urus rebatOleh Mohamed Farid Noh
KUALA LUMPUR: Semua 686 pejabat pos di seluruh negara akan dibuka Sabtu ini bagi membolehkan pemilik kenderaan persendirian membuat tuntutan bayaran rebat subsidi minyak yang diumumkan kerajaan, minggu lalu.
Menurut Pusat Khidmat Pelanggan Pos Malaysia Bhd, operasi pejabat pos pada Sabtu ini juga dikhususkan hanya untuk pembayaran rebat berkenaan, bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.
Pusat yang dihubungi melalui talian PosLine 1-300-300-300 itu menjelaskan, operasi pejabat pos sepatutnya ditutup Sabtu ini sebagai ganti cuti setiap Sabtu minggu pertama yang pada bulan ini jatuh pada Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, 7 Jun lalu.
Bagaimanapun, pengurusan PMB kelmarin mengarahkan semua kakitangan membuat persediaan memulakan fasa pertama pembayaran rebat itu, bermula Sabtu ini hingga 30 Jun depan.
Fasa pertama itu dikhususkan untuk pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan pada 1 April sehingga 31 Mei lalu, manakala fasa kedua bagi cukai jalan yang diperbaharui mulai 1 Jun lalu akan diumumkan kemudian.
Tuntutan rebat pada fasa pertama itu akan dibayar secara tunai, tetapi pemilik kenderaan mesti hadir sendiri dan hanya perlu membawa kad pengenalan diri (MyKad atau Kad Tentera dan Polis) untuk disemak menerusi sistem yang disepadukan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Difahamkan, tuntutan rebat itu boleh dibuat untuk maksimum lima kenderaan yang didaftarkan atas satu nama. Bagaimanapun, kenderaan yang menggunakan gas asli (NGV) tidak layak mendapat rebat.
Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2,000cc dan pikap serta jip sehingga 2,500cc akan diberi bayaran tunai RM625 setahun.
Pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc pula menerima bayaran tunai RM150 setahun.
Bayaran tunai itu akan diberi apabila pemilik kenderaan membayar atau memperbaharui cukai jalan, berkuat kuasa mulai 1 April lalu hingga 31 Mac tahun depan.
Pembayaran itu pada awalnya dijadual 1 Julai, tetapi dipercepatkan Sabtu ini bagi mengurangkan beban rakyat.
link
http://www.bharian.com.my/Thursday/BeritaUtama/20080611235945/Article/index_html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sekali je |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 nik2121's post
diorang ckp sekali..tp tak tahulah utk tahun depan lak kot2 ader lagi..memandangkan harga minyak global asik naik aje |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 nik2121's post
skali je bangg..
lain taun lain kira..
silap xdak langsung.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
boleh inform abah yg kat kg tu suruh attend ari sabtu ni..TQ |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
boleh inform abah yg kat kg tu suruh attend ari sabtu ni..TQ |
|
|
|
|
|
|
|
kalo sape yg ada 5 bijik moto tu untung la....
leh claim max 5 buah....dapat RM750 tu...
kalo kete lak ada 5 buah....
dpt...RM3125......
leh wat shopping ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya, kalau keta baru dpt jgk ke?
keta dibeli dlm bln mei tahun ni...dpt claim jgk ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 d34n's post
tahun depan dia bayar RM2000.00 kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
menantu Pak Lah ada share dlm POS Malaysia... tu pasai la dia srh POS Malaysia bayaq.. coz dia pn ada masyukk....
"Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturansubsidi yang dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysiaadalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddinmenantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4.
Bayangkanduit yang masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yang dibayar sebagaisubsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanyaada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapatsubsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiapkenderaan RM 6.20 tak 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.
Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.
"Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik danpekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan.Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogramhasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar dipusat pendaratan ikan di dalam negara. "Pembayaran akan diuruskan olehLembaga Kemajuan Ikan Malaysia . Kabinet juga telah memutuskanpengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah."
"Berapabilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia danberapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntunganyang didepositkan ke tempat lain." |
|
|
|
|
|
|
|
camne lak keta yg geran masih di bank? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 zzcbr's post
memang dier suruh bawa mykad jer....... tp kena isi borang, silap2 dlm tuh dia tanya no chasis ngan no enjin bagai ..... baik bawak apa yg ader... tak rugi |
|
|
|
|
|
|
|
dgn dasar kerajaan yg berubah2 berkaitan dgn isu minyak dan rebat ni...aku nasihatkan sesiapa yg layak dpt rebat tu cepat2lah serbu post office...takut2 esok cancel lah pulak pemberian rebat ni i |
|
|
|
|
|
|
|
Patut bagi semua yang bayar road tax mula januari 2008. Ni 1 april je......tak adil |
|
|
|
|
|
|
| |
|