View: 3560|Reply: 36
|
Tak berkualiti sangatkah lagu-lagu kita?
[Copy link]
|
|
Tak berkualiti sangatkah lagu-lagu kita?
WANDA pernah dengar lima buah lagu Indonesia secara berturut-turut diputarkan dalam tempoh setengah jam di sebuah stesen radio popular. Mungkin kerana tidak mahu kelihatan keterlaluan, sebelum memutarkan lagu kelima itu, stesen tersebut menyiarkan sebuah lagu Inggeris.
Wanda tak kisahlah bagaimana mereka mahu memperindahkan turutan senarai lagu-lagu yang dimainkan pada setiap jam. Itu hak mereka.
Yang Wanda nak perkatakan adalah mengapa sampai begitu banyak lagu-lagu Indonesia yang dimainkan? Yang seronoknya, mereka turut mainkan lagu yang sama tetapi berlainan versi daripada seorang penyanyi wanita muda dan satu lagi dendangan sebuah kumpulan.
Sudah kurang benarkah lagu-lagu kita? Atau lagu-lagu kita sudah tidak lagi mencapai standard stesen radio yang hari ini menganggap mereka stesen yang berjiwa muda dan bebas?
Bukan mahu melarang penyiaran lagu-lagu seberang tapi bagaimana pula jadinya peluang untuk memutarkan lagu-lagu tempatan kalau pada setiap jam ia dikuasai lagu-lagu mereka?
Sebabnya kalau dah setengah jam pertama lagu "Indon" yang diputarkan maka setengah jam lagi bakinya adalah lagu-lagu kita. Dan dalam tempoh itu juga mungkin dimuatkan lagu Inggeris popular. Jadi berapa banyak sahaja lagu-lagu kita yang boleh diputarkan?
Bila bercakap bab lagu-lagu tempatan, lagi seronok. Dalam beribu-ribu lagu yang kita ada, jangan salahkan Wanda kalau Wanda kata, kerap kali stesen radio suka memainkan lagu yang sama - berulang-ulang kali pada setiap hari. Kadang-kadang baru saja dengar jam ini, jam berikutnya akan diputar lagi.
Tahulah lagu-lagu yang dimainkan tengah hits tapi takkan sampai begitu sekali penyiaran. Sudah kering benarkah lagu-lagu kita?
Memang tak boleh nak marahlah kepada Ahmad Dhani, si penyanyi dari kumpulan Dewa 19 kalau dia pernah buat kenyataan pedas mengatakan lagu-lagu kita tak ada variasi. Sebab kalau dia dengar radio, mungkin dia asyik dengar lagu-lagu tempatan yang serupa.
Kurang sangatkah himpunan lagu-lagu kita sampaikan kita hanya menyiarkan lagu-lagu yang sama sahaja atau stesen radio kita yang merasakan kebanyakan lagu-lagu kita kurang berkualiti.
Kampung sangatkah lagu-lagu yang dihasilkan oleh komposer tempatan sehingga tak layak untuk diputarkan di stesen radio popular masa kini?
Sebabnya pernah lagu Ketentuan yang dinyanyikan oleh Ramlah Ram misalnya 'dibekukan' penyiarannya oleh sebuah stesen radio. Ramlah sendiri dalam nada sinis pernah berkata, kalau dia tak pandai menyanyi, tolonglah ajarkan dia. Alahai...pedihnya.
Tapi akhirnya lagu itu disiarkan juga di stesen tersebut. Iyalah, lagu itu meletup-letup di stesen radio lain. Mungkin mereka fikir kalau tak pasang, peminat 'lari' pula, Apabila difikir-fikirkan senario yang berlaku ke atas lagu-lagu kita yang disiarkan di stesen radio, apalagi dengan kecanggihan teknologi seperti muat turun yang menjadi pilihan anak muda masa kini, memang tak salahlah kalau album kita tak laku.
Dahlah penuh dengan lambakan album seberang yang suka sangat dibawa masuk oleh syarikat rakaman sama ada tempatan mahupun antarabangsa, lagu sendiri nak masuk dalam stesen radio sendiri pun susah. Habis macam mana?
Justeru, Wanda rasa perlu ada kesedaran untuk memberi ruang dan peluang kepada lagu-lagu tempatan memenuhi senarai. Sebab Wanda tak percaya kalau kata kita tak ada lagu atau kata lagu kita ketinggalan zaman.
Banyak lagu yang bagus-bagus sebenarnya cuma peluang untuk tersenarai di corong radio sahaja yang mungkin kurang. Exist misalnya, kalau didengar album terdahulu, muzik mereka advance.
Tapi lagu-lagu mereka kurang mendapat tempat. Mengapa? persoalan itu yang kita harus jawab. Sebab kita sendiri tak beri peluang kepada pendengar mendengarkan lagu-lagu mereka. Bila radio jarang siar, macam mana orang nak tahu?
Kita ini kalau hari-hari diperdengarkan dengan sesebuah lagu, kalau lagu tak sedap dan tak berkualiti pun lama-lama kita jadi suka. Sebab itu sahaja yang diputarkan untuk halwa telinga kita.
Kalau lagu yang hebat dan canggih pembuatannya sekalipun kalau tak dapat perhatian radio, tak diputarkan, siapa yang nak tahu fasal lagu itu.
Begitulah besarnya kuasa radio. Jadi fikir-fikirkanlah apa pula kuasa kita untuk membantu industri muzik kita sendiri. Cukup-cukuplah konsert sahaja yang mereka kuasai. Jangan pula satu hari nanti kita hilang jati diri hanya kerana perkara yang kita anggap remeh temeh ini.
sumber: mingguan malaysia
>>>>>>>>>>>>>>>> sokong 200%
>>>> sokong 200% |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 santubung's post
sapa kata lagu malaysia x berkualiti
dari dulu lagi industri muzik kita lahirkan lagu2 yg berkualiti..
macam zaman 80an - 90an dulu, lagu2 balada n rock sgt2 best, baik lirik atau melodi..
pastuh dtg pulak m nasir n zainal abidin bawak world music, diikuti yasin n pak ngah
ditambah plak dgn lirik hasil karya arwah loloq..
boleh dikatakan era2 tu lagu2 malaysia nih incomparable dgn lagu indon sbb lagu2 tu ada jiwa, x superficial
kalu nak kata kebanjiran lagu indon skrg adalah sbb lagu2 skrg xberkualiti, pon salah jgk
dgr aje lagu2 kumpulan spider, faizal tahir, elyana, siti nurhaliza, jaclyn victor, ning baizura dll
main problem is airtime.. kalu dah every 10 minit putar lagu indon, org akan jadik lebih familiar dgn lagu2 indon berbanding lagu2 malaysia..
pastuh boleh lak berhujah kununnya putar lagu indon sbb permintaan ramai..padahal diorg yg set kan preference pendengar |
|
|
|
|
|
|
|
betul.. aku setuju dengan wartawan ni..paling suke perenggan terakhirnya
yg menjadi persoalan sekarang ni, bila ditanya pada stesen radio pasal apa byk lagu indon.. katanya sebab permintaan.
soalnya, bgmana mereka tahu lagu2 indon itu lebih byk permintaan berbanding lagu2 malaysia sedangkan byk lagu2 malaysia langsung tidak diputarkan dan tidak diketahui umum kerana radio tak siarkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by beta_carotene at 15-6-2008 11:01 AM
aku pun x anti lagu indon, cuma muak dgn hotfm dan era yg selalu sgt main lagu indon.. :@
dahlah tu, walaupun dah ada carta khas utk lagu indon, ttp jgk nak campurkan lagu indon dlm carta lagu ...
ye benar.. aku kalau carta ngetop tu je terus tutup radio.. menyampah betul.. motif nak ada carta utk lagu indon yg ntah apa2 ntah tu.. tak cukup2 lagi dgn2 lagu2 indon yg mmg dah ada dalam carta 30 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo nk dengar sangat lagu malaysia, denga la KLASIK NASIONAL saja... |
|
|
|
|
|
|
| |
|