CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16236|Reply: 62

Srivijaya : Empayar Melayu Yang Di Lupakan

[Copy link]
Post time 9-7-2008 12:10 AM | Show all posts |Read mode
Srivijaya adalah sebuah empayar Melayu yang berpusat di Palembang....tidak ada banyak maklumat tentang Empayar Srivijaya  yang di catatkan. Dan di katakan Empayar Melaka juga  ujud dari serpihan-serpihan Empayar Srivijaya.

betul ker nih....? ada sesiapa boleh tolong. Last edited by winamp05 on 16-12-2013 03:05 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2008 12:30 AM | Show all posts
first time reply kat thread history
nk tanya, kewujudan kerajaan Srivijaya nih ada bukti fizikal ke??
sorilah soalan dijawab dgn soalan...tp aku pon musykil cam ko gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2008 01:36 AM | Show all posts
Originally posted by beta_carotene at 9-7-2008 12:30 AM
first time reply kat thread history
nk tanya, kewujudan kerajaan Srivijaya nih ada bukti fizikal ke??
sorilah soalan dijawab dgn soalan...tp aku pon musykil ca ...


tu ler yang tok_wann musykilkan juga....kerana tidak ader bukti fizikal cuma terdapat catatan-catatan
yang menyatakan kewujudan Empayar Srivijaya nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2008 01:42 AM | Show all posts
Di antara catatan tersebut :

Srivijaya ialah sebuah kerajaanMalaya yang berpusat di Palembang, Sumatera. Kerajaan ini diasaskan pada akhirkurun ke-7. Ia mula muncul sebagai empayar selepas kejatuhan Kerajaan Funan (SegentingKra) pada abad ke-7 Masihi. Pusat pemerintahan kerajaan ini terletak di PantaiTimur Sumatera, Selatan Palembang dan Jambi. Ia diasaskan oleh Dapunta Hyangpada tahun 683 Masihi. Srivijaya berada pada puncak kekuasaannya di antara kurunke-8 hingga kurun ke-11. Pada zaman kegemilangannya, ia telah berjaya menaklukkerajaan-kerajaan lain sehingga membentuk sebuah empayar Melayu yang pertama diGugusan Kepulauan Melayu. Antara kerajaan-kerajaan yang pernah ditakluk olehEmpayar Srivijaya ialah Kerajaan Ligor di Selatan Thai yang ditawan pada 775Masihi, Semenanjung Melayu termasuk Kerajaan Kedah Tua, bahagian Timur Sumateratermasuk Jambi, Jawa Barat dan Borneo Barat. Seperti empayar lain, EmpayarSrivijaya mempunyai beberapa ciri yang menunjukkan ia adalah sebuah empayar.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 10:21 AM | Show all posts

Reply #2 beta_carotene's post

bukti fizikal ade kat sumatera tak salah aku, candi diorang still berdiri kat situ. Kalau kat selatan thai, wat2 kat bahagian tu byk srivijaya punya influence.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 02:57 PM | Show all posts
Empayar Srivijaya ni besar tapi dihancurkan Raja Rajendra Chola dari India. Aku rasa kurang exposure dibei kat empayar ni sebab.....masa tu orang Melayu masih beragama Hindu. Rasa aku aje le....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2008 04:32 AM | Show all posts
Originally posted by tok_wann at 9-7-2008 12:10 AM
Srivijaya adalah sebuah empayar Melayu yang berpusat di Palembang....


Sebenarnya, sejarah Empayar Srivijaya bermula di Semenanjung Tanah Melayu. Srivijaya pada asalnya berpusat di Kota Gelanggi, Ujong Tanah (nama asal bagi negeri Johor) tetapi kemudiannya berpindah ke Palembang, Sumatera. Srivijaya adalah salah satu kerajaan purba di Semenanjung selain dari Kedah Tua dan Langkasuka.

Di dalam kitab Sulatus Salatin (Sejarah Melayu) ada menceritakan tentang kewujudan Kota Gelanggi ini. Zaman Empayar Srivijaya terbahagi kepada dua peringkat iaitu:-

1) Peringkat pertama - berpusat di Kota Gelanggi, Johor (tahun 650-1000 Masihi), dan
2) Peringkat kedua - berpusat di Palembang, Sumatera (tahun 1000-1400 Masihi).

Pada tahun 1025, Raja Rajendra Chola I dari Dinasti Chola di selatan Benua Kecil India telah menyerang Kota Gelanggi. Serangan ke atas Kota Gelanggi berlaku sejurus selepas Raja Rajendra Chola I menyerang Kerajaan Gangga Negara yang berpusat di Beruas, Perak. Ini menyebabkan pusat pemerintahan Srivijaya terpaksa dipindahkan ke Palembang, Sumatera.

Sayang sekali, tapak Kota Gelanggi masih belum ditemui dan dipercayai masih tersembunyi di dalam hutan belantara di negeri Johor. Usaha untuk mencari tapak Kota Gelanggi masih lagi diteruskan hingga kini. Rajin-rajinlah mencari maklumat terkini tentang Kota Gelanggi dalam internet atau cuba check kat belah belakang, ada thread tentang Kota Gelanggi gak....

http://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Gelanggi <-- cuba baca kat sini....

Originally posted by tok_wann at 9-7-2008 12:10 AM
Dan di katakan Empayar Melaka juga wujud dari serpihan-serpihan Empayar Srivijaya.


Setelah Srivijaya mengalami zaman kemerosotannya, nama empayar tersebut akhirnya telah bertukar kepada Palembang. Pengasas Kesultanan Melaka iaitu Parameswara adalah putera raja terakhir Kerajaan Palembang (Srivijaya). Beberapa buah institusi kesultanan di Malaysia seperti Kesultanan Melaka, Kesultanan Johor-Riau, Kesultanan Pahang dan Kesultanan Perak adalah berasal dari keturunan raja-raja Srivijaya.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Melaka sudah tiada lagi. Kesultanan Johor kini diperintah oleh Keluarga Bendahara Tun Abdul Jalil manakala Kesultanan Pahang pula kini diperintah oleh Keluarga Bendahara Tuan Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Maka yang tinggal hanyalah Kesultanan Perak sebagai satu-satunya pewaris Empayar Srivijaya yang masih berkuasa dan berdaulat.

Pendek kata, usia Dinasti Srivijaya-Melaka-Perak ini sudah menjangkau hampir 1400 tahun lamanya (650 Masihi-sekarang). Ada pendapat yang mengatakan bahawa sejarah Srivijaya bermula lebih awal lagi (sebelum tahun 650 Masihi lagi)...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 10-7-2008 05:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 04:58 AM | Show all posts
Originally posted by beta_carotene at 9-7-2008 12:30 AM
nk tanya, kewujudan kerajaan Srivijaya nih ada bukti fizikal ke??

Originally posted by dCrook at 9-7-2008 10:21 AM
bukti fizikal ade kat sumatera tak salah aku, candi diorang still berdiri kat situ. Kalau kat selatan thai, wat2 kat bahagian tu byk srivijaya punya influence.



Patung Avalokite&#347;vara bertangan empat - salah satu tinggalan Empayar Srivijaya yang ditemui di Muarabulian, Jambi, Sumatera.


Wat Phra Borom That Chaiya - salah satu tinggalan Empayar Srivijaya di Daerah Chaiya, Wilayah Surat Thani, Thailand. Rekabentuk dan ciri-ciri asal Srivijaya masih kekal pada Wat ini.

Candi Bemban - satu lagi tinggalan Empayar Srivijaya yang telah ditemui di Johor. Namun, tiada sebarang gambar mengenai candi ini ditemui.


[ Last edited by  ijad_adiputera at 10-7-2008 05:26 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 05:27 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 9-7-2008 02:57 PM
Empayar Srivijaya ni besar tapi dihancurkan Raja Rajendra Chola dari India. Aku rasa kurang exposure dibei kat empayar ni sebab.....masa tu orang Melayu masih beragama Hindu. Rasa aku aje le....


Agama rasmi Empayar Srivijaya ialah Buddha mazhab Vajrayana...
Buku teks sejarah di sekolah kurang memberikan tumpuan terhadap Srivijaya atas dua sebab:-
1) sempadan politik - setakat ini Srivijaya secara rasminya masih berpusat di Palembang, Sumatera.
2) agama - penduduk Srivijaya adalah orang Melayu beragama Buddha...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 10-7-2008 05:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 05:34 AM | Show all posts


Aerial view of an unusuallywell-defined 'block' (pic right), possibly the base of a temple complexor stupa, at the possible site of the lost city of Kota Gelanggi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 06:54 AM | Show all posts

Reply #8 ijad_adiputera's post

thanks for the info, ijad
now i know knapa krajaan srivijaya x diwar2kan dlm buku teks...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 06:57 AM | Show all posts
sorilah aku nk tanya sikit lg, kalau tapak sesebuah kerajaan berpindah ke sbuah tmpt yg baru....
adakah rakyat di bwh naungan kerajaan tu ikut berpindah sekali??
ataupun tapak kerajaan yg baru tu akan conquer penduduk setempat plak??
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 08:22 AM | Show all posts

Reply #9 ijad_adiputera's post

Buddha ke Hindu? Sebab dari pembacaan aku, kebanyakan kerajaan Asia Tenggara lama mengamalkan Hindu? Dan kesannya masih dirasa hingga kini dalam beberapa adat Melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by beta_carotene at 10-7-2008 06:57 AM
kalau tapak sesebuah kerajaan berpindah ke sbuah tmpt yg baru....
adakah rakyat di bwh naungan kerajaan tu ikut berpindah sekali??


Mengambil contoh ketika zaman Melaka diserang oleh Portugis dulu, sebahagian besar penduduk Bandar Melaka (dipanggil golongan kebanyakan) ikut berpindah ke Johor bersama Sultan Melaka, kerabat diraja dan golongan bangsawan.

Ada juga yang lari bersembunyi di sekitar kampung2 berhampiran Bandar Melaka (Sebenarnya, Portugis hanya menjajah kawasan Bandar Melaka saja tetapi kawasan2 lain di Melaka masih selamat dan berpenduduk). Ada juga yang lari ke negeri lain mencari perlindungan. Mana-mana penduduk Bandar Melaka yang telah ditangkap Portugis telah diKristiankan dan dipaksa kahwin dengan penjajah Portugis. Hasil dari perkahwinan tersebut, lahirlah masyarakat Serani.

Originally posted by beta_carotene at 10-7-2008 06:57 AM
ataupun tapak kerajaan yg baru tu akan conquer penduduk setempat plak??


Mengambil contoh kisah Parameswara melarikan diri dari Palembang menuju ke Melaka. Parameswara melarikan diri bersama para pengikutnya - golongan bangsawan dan hamba tetapi rakyat (golongan kebanyakan) tak ikut serta. Setelah mendarat di Melaka, penduduk Melaka iaitu Orang Laut telah meminta agar Parameswara terus kekal menetap di negeri tersebut dan menjadi raja mereka.

Pendek kata 50%-50% la, beta_carotene.... ehehehe....

[ Last edited by  ijad_adiputera at 11-7-2008 06:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 08:57 AM | Show all posts
syukur la Masyarakat melayu di tanah melayu semua dah islam............

mak wa cakap..zaman kesultanan Melayu Melaka, org melayu memang sgt patuh pada raja....jadi bila raja@sultan masuk islam, semua rakyat masuk islam.....

bagus jugak la org melayu nie ek...dan bagus jugak la diroang taat dan patuh pada raja....


sebab tu kita kena taat dan hormat pada raja skrang...kerna moyang dioarang la kita islam...

Parameswara ke sultan pertama yg masuk islam?? nama islam dia apa ar..lupa la
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 08:59 AM | Show all posts
teringat zaman2 video tape dulu, selalu sewa cerita cam tutur tinular....cerita2 pendekar indon yg ada power keluar dr pedang, power keluar dr tangan, tongkat jadi ular....ratu laut kidul....dan pelakon yg tp masa tu barry prima....he..he..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 09:01 AM | Show all posts

Reply #14 ijad_adiputera's post

mekasih ijad_adiputera...info tuh cukup lengkap
tp aku terfikir gak...masyarakat Melaka time Parameswara dtg tu sanggup bg org luar jd raja diorg ek??
ada apa2 peristiwa ke yg menyebabkan Parameswara berpengaruh sampai bole jd raja di tanah asing??
e.g campur tangan dlm perbalahan ke..ape ke..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by salimrock at 10-7-2008 08:57 AM
Parameswara ke sultan pertama yg masuk islam?? nama islam dia apa ar..lupa la.



kalo xsilap aku Raja Iskandar Syah kut nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by salimrock at 10-7-2008 08:59 AM
teringat zaman2 video tape dulu, selalu sewa cerita cam tutur tinular....cerita2 pendekar indon yg ada power keluar dr pedang, power keluar dr tangan, tongkat jadi ular....ratu laut kidul....dan pelakon yg tp masa tu barry prima....he..he..



mak aih ko nih..ke situ pulok
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 10-7-2008 08:22 AM
Buddha ke Hindu? Sebab dari pembacaan aku, kebanyakan kerajaan Asia Tenggara lama mengamalkan Hindu? Dan kesannya masih dirasa hingga kini dalam beberapa adat Melayu?


Terdapat 2 buah empayar gergasi di Nusantara - Srivijaya (Buddha) dan Majapahit (Hindu). Srivijaya muncul terlebih dahulu dan menguasai sebahagian besar Nusantara. Kemudian barulah Majapahit bangkit dan membebaskan diri dari cengkaman Srivijaya.

Setelah Empayar Srivijaya musnah diserang Raja Rajendra Chola I, Majapahit pula menguasai Nusantara. Dari situ, sebahagian besar penduduk beragama Buddha menganut agama Hindu pula...

Sebenarnya, penduduk Nusantara sebelum kedatangan Islam memegang kepercayaan Hindu-Buddha (campuran Hindu, Buddha dan Animisme Melayu). Penduduk Nusantara bukanlah penganut Hindu atau Buddha yang sejati...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 1.423917 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list