CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: aurorae

Tukar Haluan Kerjaya ... update: sudah tukar pun

[Copy link]
Post time 8-8-2008 03:42 PM | Show all posts
Originally posted by ~stabilo~ at 8-8-2008 02:59 PM
Hajeedah, aa yang you maksudkan dilema pasal gaji?



ye la, I kan dah lama dalam bidang sekarang ni....kalau I nak tukar buat akaun, I kena start dari bawah la sbb tak de experience, dah tentu gaji pun rendah la kan......tapi sekarang ni I rasa I tak kisah sangat....asalkan jangan la rendah sangat.....byk lagi hutang nak kena settle ni.....

Tapi kan kengkawan, I dah consult kat forum akauntan tu, diaorang suggest kan saya ambik ACCA(sama level cam Degree), I ni dah ada degree.....tu ada payah sikt lagi....lagi bertahun baru bole jadi akauntan ni.....huhuhuhuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2008 10:28 PM | Show all posts

Reply #41 Hajeedah's post

tp mmg klu nak jadik akauntan, better or kena ade ACCA kan? wlu degree in Finance..

klu ade pluang,blaja je la lagi..
best woo blaja n try buat menda lain..rasa refreshing n xbosan cam keja yg mentennnnn je..

gaji cuba la consult..wlupun xde xp,tp senior staff gak..so mebi ade tempoh sethn ke gaji rendah,then lps sethn revise gaji ke..

mcm sy mula keja pun mmg mintak dioffer gj rendah..tp awal2 diskus gj tu utk time 3bln percubaan..lps 3 bln, naik trus..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2008 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by kashaz at 3-8-2008 02:32 AM
ooo..xpe..dah tau katne..dgn blog dah tau..



kashaz, you female kan?  Masa mula2 dulu ingatkan lelaki, mungkin gaya bahasa tu heh eh.  Dah visit my blog, thanks.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2008 11:08 PM | Show all posts
Aku kena tetapkan pendirian, nak Mandarin ke, nak lain .... masih keliru.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 12:30 PM | Show all posts
kekeke..cara posting sy ala2 macho sket ke?

sori la,cara mcm kasar sket kot..jiwa rock

so far so good,cuma still xbagitau family tukar keja..bila dah established,baru nk bagitau..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 12:30 PM | Show all posts
*dabel posting..hmmm *

[ Last edited by  kashaz at 11-8-2008 12:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2008 12:31 PM | Show all posts
triple posting plak..adeh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 01:13 AM | Show all posts
pengalaman saya

1.  Bila korang ambik keputusan drastik ni, lepas 2-3 kerja atau selepas beberapa tahun.
lepas 2 tahun kerja bidang civil engineering.

2.  Berapa lama korang fikir pasal benda ni, baru ambik tindakan selanjutnya.
24 hours. satu malam saya terbangun dari tido, saya termenung & saya tengok sekeliling. malam tu saya susah nak tido sebab teringat satu task yang bos bagi tapi saya tak mampu nak buat. saya dah cuba tapi saya tahu, itu ialah limit saya. sebelum tu pun saya ada try buat sehabis baik apa2 task tapi saya tak pernah puas hati dengan outputnya. jadi saya tahu, ini bukan bidang saya. <----- maybe sebab tak puas hati dengan usaha sendiri.

3.  Adakah korang terus berenti kerja lama, atau ambik cuti sambil belajar ke?
terus berhenti pagi tu jugak walaupun risiko hilang gaji sebulan. esoknya terus kerja kerani kat printing factory (sebab nak survive hidup) tapi sementara je sebab nak tenangkan minda dulu dari tekanan2 sebelum ni

4.  Ada takperasaan ragu2 samada nak terus atau tak?
Masa berhenti tu tak rasa ragu2. memang nekad habis. tapi bila sampai umah tengok wallet ada rm5 je, menyesal jugak. tapi saya yakin, it's not the end of world

5.  Apa dugaan dan halangan yg korang hadapi, contohnya kewangan dan keluarga.
masalah kewangan memang ada. untuk survive, memang kena cari kerja walaupun biasa2 sementara dapat kerjaya idaman. dari kerani, cikgu tuisyen, csc pizza hut semua dah rasa. famili memang agak tak puas hati tapi saya cakap, 'kalau saya tak nak, memang saya tak nak' tapi tunang saya tetap sokong dari segi moral & financial support. dia pesan, 'as long as saya happy dengan kerja tu, dia tak kisah.'

6.  Macammana korang atasi halangan tu. Contoh dari mana sumber kewangan semasa proses peralihan tu.
kerja sementara. pernah jugak nak masuk bidang tu balik. tapi ada satu peristiwa yang berlaku dalam satu interview yang buat sya rasa terhina sangat. so, terus saya babai kat field tu.

7.  Pernah tak rasa menyesal dengan keputusan yg korang buat?
sikit tapi sekarang rasa sangat berbaloi.

8.  Kata-kata motivasi untuk orang macam aku ni, ... yang rasa bersalah aje sebab kerja semata2 gaji, bukan sebab minat.
kalau muda lagi, memang boleh ambil risiko 'maut' macam ni. kalau ada sokongan dari segi moral & financial, go on. tapi kalau tak (especially klau dah kawin), fikir2kan. but... kalau berubah tu semakin baik, why not? contoh... berhenti jadi manager sebab nak buka kedai gambar. ok kot macam saya, muda lagi + ada sokongan

9.  Yang terakhir, apa bidang yg korang tinggalkan, dan apa bidang yg korang barumasuk tu?
civil engineering ---> penulisan kreatif. walaupun gaji memang jauh lebih rendah dari sebelum ni tapi saya ada mission untuk meningkatkan level kerjaya ----> my own publication company . jadi masa yang ada ni, belajar sebanyak mungkin untuk meningkatkan level kerjaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2008 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by kashaz at 8-8-2008 10:28 PM
tp mmg klu nak jadik akauntan, better or kena ade ACCA kan? wlu degree in Finance..

klu ade pluang,blaja je la lagi..
best woo blaja n try buat menda lain..rasa refreshing n xbosan cam keja y ...


Thanks a lot kashaz,

Saya perlu sangat keluar dari keadaan yg tidak selesa ini.......saya perlu nekad jika nak buat apa yg minat....saya sekarang sangat risau dengan kedudukan saya ni di ofis sekarang....dilemma sangat.......tertekan sangat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2016 10:50 PM | Show all posts
malam ni aku mengupdate thread lama, teringat balik kisah aku dalam dilema dulu2.  Sungguh tak sangka, beberapa taun lepas tu bukan sahaja aku bertukar kerjaya ... malah berhijrah terus ke negara baru.  Transition period yg paling menyiksakan, dan sekarang pun masih lagi dalam keadaan  transition, tapi insyaallah aku yakin keadaan akan jadi lebih baik dari dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 01:03 AM | Show all posts
aurorae replied at 25-5-2016 10:50 PM
malam ni aku mengupdate thread lama, teringat balik kisah aku dalam dilema dulu2.  Sungguh tak sangk ...

share la apa awk buat sekarang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2016 09:26 PM | Show all posts
blythes replied at 31-5-2016 01:03 AM
share la apa awk buat sekarang.

Aku akan jawap soalan aku sendiri ... selepas  8 tahun berlalu.

1.  Bila korang ambik keputusan drastik ni, lepas 2-3 kerja atau selepas beberapa tahun.
Tahun 2014, 6 tahun selepas aku mula berfikir secara serius pasal ni

2.  Berapa lama korang fikir pasal benda ni, baru ambik tindakan selanjutnya.
Lama sangat fikirkan, sebab ada banyak penghalangnya terutama masalah kewangan dan keluarga.

3.  Adakah korang terus berenti kerja lama, atau ambik cuti sambil belajar ke?
Aku berhenti kerja selepas setahun aku buat persediaan mental dan fizikal.  Fizikal maksudnya aku pastikan kewangan aku dan famili aku tak terkesan dengan keputusan aku.  Aku keluar kwsp habiskan bayaran rumah, aku transfer sebahagian tanggungjawap kewangan parents pada adik aku pula.  Sebelum ni seratus peratus kat bahu aku.   Aku save setiap bulan secukupnya supaya dalam masa setahun selepas berhenti kerja aku masih boleh boleh teruskan gaya hidup aku sekarang tanpa ada perubahan drastik sampai tak makan luar contohnya. Aku juga asingkan duit bulanan supaya aku masih boleh transfer duit pada parents selama setahun dari simpanan tetap walaupun tiada kerja.  

Caranya dengan berjimat cermat, simpan duit dulu, bakinya baru belanja.  Jauh diri dari tempat2 shopping.  Belajar beli sayur dan barang2 rumah di kedai runcit instead of Jusco.  Rupa-rupanya harga kedai runcit jauh lebih murah.  Aku juga transfer beberapa perbelanjaan keluarga pada husband aku sedikit demi sedikit, sehingga setahun kemudian seratus peratus dia yg tanggung tanpa disedari.  Mula2 kawin dulu memang kongsi semua, sebab gaji masing2 pun masih kecil lagi.  

Mentally,  aku banyakkan membaca dan bergaul dengan mereka yg sudah bertukar kerjaya terutama yg ambik keputusan jadi surirumah sahaja.  Aku juga banyakkan solat hajat, solat istikharah  dan berdoa tak berhenti2 supaya keputusan aku ni betul dan diredhai, dan diterima oleh semua yg berkaitan dengan aku.

4.  Ada tak perasaan ragu2 samada nak terus atau tak?
Selama bertahun2 aku ragu2.  Tapi selepas aku bertekad untuk berhenti kerja dan selepas buat persediaan mental dan fizikal seperti di atas, aku teruskan tanpa ragu2 lagi.  Aku berhjrah ke luar negara setahun selepas aku berhenti kerja. Ini keputusan husband aku, jadi mentally aku tak berapa bersedia.   Aku cuma banyakkan solat dan berdoa semoga hidup kami bertambah baik selepas itu.  Selepas berhijrah, husband aku masih bekerja di tempat lama on off (ambil cuti tanpa gaji) ketika itu.

5.  Apa dugaan dan halangan yg korang hadapi, contohnya kewangan dan keluarga.
Bila aku berhenti kerja, alhamdulillah kewangan belum jadi masalah sebab husband aku masih kerja dan aku dah buat preparation secukupnya.  Keluarga di kampung juga dah diberitahu lama sebelum tu.  Masalah kewangan adalah selepas berhijrah kerana kami tidak sangka sangat sukar untuk mencari kerja di tempat baru.  Husband aku sudah mula mencari sebelum itu, tp memang ekonomi dan bidang kerjaya beliau bukan di tahap yg bagus di tempat baru.

6.  Macammana korang atasi halangan tu. Contoh dari mana sumber kewangan semasa proses peralihan tu.
Selepas berhijrah, sumber kewangan adalah seratus peratus dari simpanan dan kerja2 part time yg husband aku lakukan.  Kami terpaksa berjimat cermat sebab simpanan menyusut dengan cepatnya.   Kemudian, kami sama2 mulakan bisnes yg datang secara tak sengaja.  Dan akhirnya selepas setahun berhijrah, husband aku dapat kerja yg sesuai dengan pengalamannya dan kami masih teruskan bisnes ini.

7.  Pernah tak rasa menyesal dengan keputusan yg korang buat?
Tak pernah, alhamdulillah sebab aku dah buat persediaan secukupnya untuk itu.

8.  Kata-kata motivasi untuk orang macam aku ni, ... yang rasa bersalah aje sebab kerja semata2 gaji, bukan sebab minat.
Kalau masih bujang, jika ada peluang dan ada kerjaya baru yg menanti cepat2 buat keputusan.  Selepas ada anak yg ramai macam aku, keputusan yg dibuat mesti ambil kira banyak sudut terutama kewangan keluarga.  

9.  Yang terakhir, apa bidang yg korang tinggalkan, dan apa bidang yg korang baru masuk tu?
Aku dari bidang engineering, tukar jadi surirumah.  Dan sekarang buat part time business homestay dan travel secara kecil-kecilan.  

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 09:34 PM | Show all posts
aurorae replied at 31-5-2016 09:26 PM
Aku akan jawap soalan aku sendiri ... selepas  8 tahun berlalu.

1.  Bila korang ambik keputusan ...

Thanks for sharing kak. Suami dan saya pun bercita-cita untuk saya jadi surirumah. Tapi suami belum mampu, dan kami pun belum ada second income. In shaa allah in future year
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2016 09:40 PM | Show all posts
blythes replied at 31-5-2016 09:34 PM
Thanks for sharing kak. Suami dan saya pun bercita-cita untuk saya jadi surirumah. Tapi suami belu ...

insyaallah jika ada kemahuan dan tekad, mulakan persediaan untuk itu dari awal lagi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.941967 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list