CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4410|Reply: 14

rumah Guan Hing yang unik!!

[Copy link]
Post time 21-7-2008 06:45 AM | Show all posts |Read mode
Keunikan rumah Guan Hing

RUMAH ini pernah menjadi kediaman kepada 40 ahli
keluarga Guan Hing suatu ketika dahulu.


BARANGKALI, mana-mana pengunjung yang datang ke Kuala Pilah di Negeri Sembilan, pasti tidak terlepas pandang ke arah sebuah rumah antik dihiasi pelbagai ukiran penuh berseni terletak berhampiran dengan terminal bas pekan kecil itu.

Keunikan seni bina tradisional Cina yang menjadi tema rumah keluarga Tan Guan Hing di No. 168, Jalan Yamtuan Antah itu membuatkan ia lebih menonjol berbanding premis lain sepanjang deretan rumah kedai itu.

Lebih menarik, sebuah peti surat dipercayai pernah digunakan semasa era kolonial Inggeris di hadapan pintu masuk rumah ini menambahkan lagi nilai sejarah lantas menggamit nostalgia sesiapa yang melihatnya.

Namun, kewujudan premis ini merupakan satu peninggalan sejarah tidak ternilai dalam dunia yang kian moden. Keindahannya jelas terserlah dengan susunan perabot dan barang perhiasan antik.


KEDIAMAN warisan keluarga ini menjadi antara
tarikan pelancongan baru di Negeri Sembilan.

Menurut pemiliknya, Tan Kim Siah, 78, rumah ini yang dijaga rapi beliau mula dibina pada tahun 1927 oleh mendiang bapanya, Guan Hing, yang berhijrah ke pekan itu dari wilayah Fujian, China.

Kata beliau, ayahnya mencari nafkah sebagai pemborong getah sebelum mengembangkan perniagaan kepada bidang lain. Sebahagian hasil keuntungan perniagaan digunakan untuk membina rumah itu.

"Rumah dua tingkat ini seluas kira-kira 111.5 meter persegi dan tukang rumah didatangkan khas dari China. Malah hampir seluruh perabot dan perhiasan dalaman diimport dari situ," ujarnya.

Kim Siah anak keempat daripada enam adik-beradik yang ketika muda bekerja sebagai pengurus sebuah ladang komersiol di Jerantut, Pahang kini mendiami rumah tersebut dengan beberapa ahli keluarganya yang lain.


UKIRAN hiasan dalam rumah ini memaparkan kehalusan seni tradisi masyarakat Cina.

"Ada ketika saya berasa sunyi kerana pada suatu waktu dahulu rumah yang ada empat ruang di tingkat bawah dan lima bilik tidur di tingkat atas ini pernah dihuni oleh kira-kira 40 ahli keluarga kami," imbau beliau lagi.

Kini bilangan ahli keluarga Guan Hing semakin besar namun ramai daripada mereka yang sudah berhijrah ke luar negara seperti di Singapura, Australia dan Amerika Syarikat untuk bekerja dan menetap terus di sana.

Bagaimanapun, kata Kim Siah lagi, suasana di rumah Guan Hing memang cukup meriah apabila hampir 100 ahli keluarganya dari seluruh ceruk rantau pulang meraikan Tahun Baru Cina di sini setiap tahun.

Kini, seramai kira-kira 30 hingga 40 pelawat mengunjungi rumah Guan Hing setiap tahun. Ada juga yang datang dari luar negara ingin membeli perabot dan perhiasan rumah ini dengan harga yang sangat lumayan.




"Namun saya tidak terlintas di hati untuk menjualnya, saya ingin menyimpan kesemuanya sebagai warisan peninggalan keluarga Guan Hing supaya boleh dihayati oleh generasi akan datang," kata beliau.

Ujar Kim Siah, kerajaan pernah memberi sumbangan sebanyak RM50,000 bagi membiayai kos memulihara rumah keluarganya dan mewartakan rumah itu pada tahun 2005 sebagai bangunan peninggalan sejarah.

"Saya berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan kerajaan. Cuma saya berharap lebih banyak pihak membantu memuliharanya daripada pembangunan pekan ini pada masa akan datang," katanya.

Di samping itu, Kim Siah percaya rumah keluarga Guan Hing berpotensi untuk menjadi salah satu tarikan pelancongan khususnya individu yang berminat dalam mengkaji sejarah dan kebudayaan silam masyarakat Cina di Negeri Sembilan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 08:19 AM | Show all posts
Gambar ruang dalam tak de ke? Memang salah satu rumah yang unik.
Ni rumah yg mengadap retoran tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 08:34 AM | Show all posts
aku ingatkan guang eng
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 08:53 AM | Show all posts
Aku pun ingat Guan Eng...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 11:10 AM | Show all posts

Reply #4 alphawolf's post

aku pn same...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 11:10 AM | Show all posts

Reply #4 alphawolf's post

aku pn same...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2008 01:32 PM | Show all posts
aku pon sama....................
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 12:34 AM | Show all posts
kenapa tak pernah perasan pun umah ni



...dah lama tak gi stesyen bas pilah. last sekali tahun 2000 kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2008 01:49 AM | Show all posts
aku ingat umah Lim Guan Eng td..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 08:59 AM | Show all posts
guan hing ada ala
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 03:26 PM | Show all posts
besonye umahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 06:37 PM | Show all posts
wow!!! duduk 40 orang... tak bergaduh ke???
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:42 PM | Show all posts
bestnya umah diaa....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:47 PM | Show all posts
unik..dan perlu dihargai..
ramai gak anak beranak dia yer..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 12:45 AM | Show all posts
woho..musti syiok jer duk ramai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.268833 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list