CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 94052|Reply: 513

insuran/takaful

[Copy link]
Post time 29-7-2008 04:00 PM | Show all posts |Read mode
nak tanya kat korang le..
so beli insuran apa?
bulan2 brapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2008 11:21 AM | Show all posts

Balas #1 yaNn99\ catat

ko nak beli insurence life ke general...
????????
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by yaNn99 at 29-7-2008 04:00 PM
nak tanya kat korang le..
so beli insuran apa?
bulan2 brapa?


Soalan ni ditujukan pada client ker pada ejen ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 08:48 AM | Show all posts
Nak UP kan sikit topik ni kalau ada yg boleh berkongsi cerita atau pengalaman ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 05:50 AM | Show all posts
Salam Lebaran Kepada Semua
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 08:58 AM | Show all posts
Ada lagi tak yg berminat nak jadi Wealth Planner (dulu di kenali dgn Ejen)  di sini ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2009 05:22 PM | Show all posts
Ada sesapa nak jadi ejen insuran/takaful me PM saya .... boleh saya bagi sedikit guide
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 02:33 PM | Show all posts
Esok saya akan balik ke kampung , Kelantan...

So kepada semua client saya ... anda still boleh hubungi saya thru hempon ... jgn takut  24 hour only...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 09:08 PM | Show all posts
berapa % komisen yg ejen amik dr premium client dia ek??
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 10:02 PM | Show all posts
Adeh ni ... susah nak jawap kat open ni ... saya PM boleh tak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 06:36 AM | Show all posts
Originally posted by ibm632 at 22-1-2009 10:02 PM
Adeh ni ... susah nak jawap kat open ni ... saya PM boleh tak..

boleh... pm la.. tak bagitahu tepat pon range boleh gak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 07:49 AM | Show all posts
Dah di PM pagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 09:17 AM | Show all posts
Dalam insuran ni, kalau anda boleh maintain sebagai ejen fulltime selama 3 tahun insyaAllah anda akan tahu betapa besar reward nyer
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 10:19 AM | Show all posts
ibm.. citer la sikit cabaran2 jadi ejen insurans ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 02:31 PM | Show all posts
Kerjaya dlm insuran memerlukan sefl motivated dan focus yg tinggi... Sebab utk ejen tu berjaya dan bertahan lama dalam bisness ni maka ejen tu perlu berada dalam ejensi yg kukuh dan berjaya.. Letsay kalau kita hilang focus maka kawan2 dlm ejensi tu akan memperbetulkan keadaan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 09:42 AM | Show all posts
Alhamdulillah PruBSN way dah siap ...lepas ni tak payah pakai borang lagi ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2009 09:19 AM | Show all posts
Dengan PruWay ... Borang tak diperlukan ... just isi data client then boleh supmit on the spot
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 10:48 AM | Show all posts
Memandangkan ini ruangan Kerjaya... so saya nak tanya sesiapa area KLANG , Shah Alam, Banting dan sekawasan dgn nyer nak jadi Prudential Wealth Planner ... Kami ejensi Al Isra' Group No 1 di Prudential telah membuka cawangan nyer di Klang .... so sapa2 yg rasa nak start dengan Part time boleh reach out saya ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 10:45 PM | Show all posts
[B][I]Kuala Lumpur, 4 Mac 2009 聳 Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah melancarkan satu usaha pengrekrutan untuk memenuhi lebih 150 jawatan yang sedia ada di bahagian Bancatakafulnya. Terbuka kepada semua siswazah Malaysia dalam pelbagai disiplin, inisiatif ini adalah sejajar dengan pertumbuhan perniagaan Bancatakafulnya. Ketua Bancatakaful PruBSN, Encik Mohd Hanafi Mohd Isa, berkata, 聯Kami sedang mencari siswazah baru yang bersedia untuk menyertai kumpulan Eksekutif Kewangan Takaful (Takaful Financial Executives atau TFE) kami yang sentiasa meningkat. Calon-calon yang berjaya akan diberi kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan menjalani program latihan khas kami. Selain daripada itu, kami juga menyediakan haluan kerjaya yang menarik untuk mereka. Dengan berbuat demikian, kami berharap dapat melengkapkan mereka dengan kerjaya yang berlanjutan dan berjaya. Sebagai seorang TFE, mereka akan bertanggungjawab untuk memasarkan produk PruBSN kepada pelanggan-pelanggan berpotensi serta memberi khidmat kepada pelanggan sedia ada Syarikat." Beliau berkata bahawa PruBSN sedang meningkatkan usaha pengrekrutannya supaya dapat menarik lebih siswazah untuk memohon. Ini semakin penting terutamanya dalam persekitaran ekonomi kini, di mana peluang-peluang pekerjaan dalam pasaran telah menyusut. 聯Selain daripada memiliki kelayakan universiti, calon yang sesuai juga harus mempunyai penetapan minda dan sikap yang betul. Apa yang kami kehendaki adalah calon-calon yang berupaya mendalami dan menghayati nilai-nilai korporat PruBSN iaitu Boleh Dipercayai; Hormat; Bertimbang Rasa; Mesra; dan Kerjasama (TRUST atau Trustworthy; Respect; Understanding; Smile; Teamwork),聰 jelas Encik Hanafi. Beliau juga berkata bahawa pegawai-pegawai TFE yang telah dilatih akan ditempatkan di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional terpilih di seluruh negara. Semasa di sana, mereka akan perlu bekerja secara bebas dan pada masa yang sama bertugas sebagai satu pasukan di mana mereka perlu bekerjasama dengan pegawai TFE Kanan serta pegawai-pegawai TFE yang lain di kawasan mereka. Bagi memastikan bahawa mereka telah dilengkapi sepenuhnya dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai, mereka juga perlu menjalani kursus-kursus terpilih yang ditawarkan oleh Akademi PruBSN di mana mereka akan menerima latihan dalam jualan, komunikasi dan kemahiran antara perorangan serta pengetahuan mengenai produk yang ditawarkan dan proses/sistem PruBSN. Sukatan pelajaran Akademi PruBSN juga merangkumi kemahiran pengurusan dan pengurusan lanjutan. PruBSN menawarkan satu pakej insentif menarik kepada calon-calon yang berjaya. Pakej itu termasuk gaji asas serta insentif-insentif untuk setiap perniagaan baru dan pembaharuan pelan Takaful yang mereka berjaya selesaikan. 聯Kita menawarkan insentif yang berdaya saing kepada pegawai-pegawai TFE kami. Jumlah yang mereka dapati sebagai insentif adalah amat menarik kerana kami mengamal mekanisme 聭tiada had聮. Kami mempunyai pegawai-pegawai TFE yang mempunyai pengalaman kurang daripada satu tahun dan telah meraih ganjaran sebanyak RM4,000 sebulan," ujar Encik Hanafi. Beliau juga berkata bahawa PruBSN berharap untuk menyediakan satu platform bagi siswazah baru untuk mengumpul lebih banyak pengalaman bernilai bagi mereka supaya dapat mengukir haluan kerjaya masa hadapan mereka. Tambahan pula, PruBSN juga menawarkan pegawai-pegawai TFE satu peluang untuk bergerak maju bersama dengan Syarikat. Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan pembangunan modal insannya, PruBSN telah menambahkan bajet latihan mereka sebanyak 60% berbanding dengan tahun lepas. 聯Selain daripada melatih pekerja baru, bajet tersebut akan digunakan untuk melatih kakitangan dan ejen-ejen sedia ada kami untuk memastikan kami terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami. Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang syarat-syarat pengrekrutan TFE, calon-calon dinasihati untuk melayari laman web kami pada www.prubsn.com.my," jelas Mohd Hanafi Mohd Isa. [/I][/B]

anda bersedia??? hubungi saya!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 12:02 PM | Show all posts
Hubungi saya juga utk mendapat serba sedikit maklumat berkaitan dengan Plan dan cara menjadi Prudential Wealth Planner....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.061940 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list