CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2765|Reply: 4

Malam prestij untuk FFM21

[Copy link]
Post time 31-7-2008 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT


PRIMADONA filem Melayu moden, Erra Fazira juga akan menjadi tetamu penting di FFM21. Selain itu, Umie Aida, Fazura juga akan muncul dengan gaya yang mempersonakan. Sean Ghazi akan memunculkan suara emasnya di pentas persembahan acara kemuncak.

--------------------------------------------------------------------------------

Untuk malam anugerah kemuncak Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) yang bakal berlangsung pada 9 Ogos nanti, sudah pasti tidak seorangpun yang mahukan sebarang kesilapan, kecacatan mahupun salah perhitungan yang tidak disengajakan.

Pendirian pihak penganjur, Perbadanan Kemajuan Filem Negara (Finas) mahupun penyiar rasmi, Astro yang bertindak sebagai saluran rasmi agar FFM21 ini menjadi satu titik yang bersinar adalah tanda dunia perfileman Malaysia sudah berada diprestij yang utuh, yang tidak menjunam jika dijentik seribu tohmahan.

Pada penganjuran, khususnya malam kemuncak pada FFM20 dan 19 yang sejak dua tahun sudah dikendalikan Astro sebagai penyiar, banyak yang cuba dan telah dilakukan untuk memanggil khalayak ramai sebagai penonton.


REKAAN pentas yang cukup kreatif menjadi salah satu tarikan utama kepada tetamu yang hadir memeriahkan acara.

--------------------------------------------------------------------------------

Dan pada pukul 8.30 malam, 9 Ogos nanti, sekali lagi sokongan seluruh khalayak yang mengaku mereka sebagai pencinta filem diseru agar tidak melepaskan peluang sekali setahun ini.

"Jika dua tahun ada kesilapan atau perkara yang tidak memuaskan hati banyak pihak tentang malam anugerah FFM, untuk kali ini, kita harap segalanya boleh diatasi," ujar Presiden Gafim, Datuk Mustapha Maarof yang bertindak sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk FFM21.

Tidak mahu malam anugerah sekadar meraikan para karyawan dan filem terbaik dengan pengagihan trofi semata-mata, FFM21 ada agenda supaya malam kemuncak yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disemadikan sebagai acara penuh prestij dalam sejarah penganjuran FFM yang sudah bermula sejak tahun 1980.


KHAIRUL MIZAN SHAGUL.

--------------------------------------------------------------------------------

"Bukan sahaja menjanjikan satu produksi yang menarik, berbanding tahun lepas, tahun ini ada kelainan yang cuba kami lakukan.

"Yang paling ketara, acara penyampaian anugerah bagi para pemenang tahun ini akan disampaikan oleh barisan pemenang anugerah FFM terdahulu.

"Sebagai contoh, Azean Irdawaty yang pernah diangkat sebagai Aktres Terbaik pada FFM yang pertama akan dijemput sebagai penyampai bagi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun ini," beritahu Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul pada majlis sidang media FFM21, baru-baru ini.

Antara barisan penyampai anugerah yang dijangka memeriahkan malam kemuncak FFM21 adalah, Umie Aida, Erra Fazira, Eman Manan, Rusdi Ramli, Vanida Imran, Zamarul Hisham, Fazura, Aziz M. Osman, Shuhaimi Baba, Daruk Rahim Razali, Datuk Yusuf Haslam, Datuk Jins Shamsuddin, Saiful Apek, Erma Fatima, Badaruddin Azmi serta ramai lagi.

Tidak sekadar diserikan oleh muka-muka terbaik yang pernah menjulang trofi FFM, elemen persembahan yang menjadi pemanas bahkan dilihat sebagai kemuncak juga dititik-beratkan.

Selain 23 anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mencakupi filem cereka, animasi, iklan, pendek dan digital, malam kemuncak FFM21 juga akan memberi penghormatan dengan penyampaian anugerah khas juri.

Turut disampaikan empat lagi anugerah khas iaitu Anugerah Box-office, Anugerah Belakang Tabir, Anugerah Veteran Wanita dan Anugerah Veteran Lelaki.

Masih juga seperti tahun-tahun sebelum ini, hiburan malam kemuncak tidak kosong tetapi diisi lagu-lagu yang pernah menjadi 'penyedap santapan telinga' menerusi filem-filem yang pernah kita semua saksikan sejak tahun 60-an hinggalah ke hari ini.

Menggunakan khidmat Shah Slam sebagai Pengarah Muzik, pastinya dendangan Datuk Siti Nurhaliza, Dina, Afdlin Shauki, Zaf & Lah VE, Sean Ghazi, Liza Hanim, Musly Ramlee, Atilia, Ben, Misha Omar, Erra Fazira serta bintang-bintang kelahiran AF seperti Stacy, Bob, Yazer, Zahid, Riz dan Ben pada malam kemuncak nanti sudah cukup untuk menjanjikan satu bentuk persembahan bervariasi dan penuh tenaga untuk membakar semangat FFM21 ini.


BARISAN jawatankuasa yang bertungkus lumus mahu memastikan FFM21 berlangsung tanpa sebarang kontroversi yang boleh menjejaskan nama mana-mana pihak.

--------------------------------------------------------------------------------

Tidak meletakkan sebarang tema khusus untuk busana para bintang dan karyawan yang bakal melintas di karpet merah, tetapi sudah lumrah acara anugerah sebegini, para karyawan yang hadir pastinya sudah bersedia dengan tuksedo atau gaun malam yang ditempah khas.

Tetapi alangkah manisnya, jika setiap butir bintang mahupun karyawan yang dijemput ini hadir dalam wajah santun orang berbudaya bangsa kerana namapun ini festival filem Malaysia.

Secara keseluruhannya, acara malam anugerah FFM21 yang akan disiarkan secara langsung bermula pukul 8.30 malam hingga 12.30 tengah malam, di saluran Astro Ria, 9 Ogos nanti akan dibahagikan kepada tiga segmen, Karpet Merah (8.30 malam - 9 malam), Malam Anugerah FFM21 (9 - 11.30 malam) dan Pasca FFM21 (11.30 malam hingga 12.30 tengah malam).

Kredit to Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2008 02:03 PM | Show all posts
ensem gaks si khairul mizan shagul ni ek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2008 02:11 PM | Show all posts

Reply #2 aint's post

ha'ah encem..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by aint at 31-7-2008 02:03 PM
ensem gaks si khairul mizan shagul ni ek..


oklah tew.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 02:37 PM | Show all posts

Reply #4 nazlinda04's post

ALAMAK..TELEBI SUDAA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.122701 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list