CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tulip.purple

Johor Darul Takzim FC

  [Copy link]
Post time 19-2-2011 10:22 AM | Show all posts
Diorg ltak jgk warna biru merah tu supaya ade jgk identiti ngeri johor...
Yg lpas2 diorg pkai oren, hijau cerah.Struggle skit awl2 nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 11:03 PM | Show all posts
johor layak ke piala malayisa...tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 12:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 01:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 07:23 PM | Show all posts
‘ Abang, adik ’ kongsi venue



PASUKAN Johor akan berkongsi dengan Johor FC untuk menjadikan Stadium Pasir Gudang sebagai venue tuan rumah apabila Liga M imembuka tirainya awal bulan depan.

Pengurus pasukan Johor, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, pihaknya membuat keputusan itu selepas pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak membenarkan stadiumnya digunakan pasukan Johor.


“ Pihak Universiti Teknologi Malaysia tidak membenarkan kita menggunakan stadium mereka atas alasan stadium itu belum siap sepenuhnya. Kita akur dengan keputusan mereka, ” katanya.




- Bernama / Harian Metro -




Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 07:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 18-2-2012 12:23

‘ Abang, adik ’ kongsi venue



PASUKAN Johor akan berkongsi dengan Johor FC untuk menjadikan Stadium Pasir Gudang sebagai venue tuan rumah apabila Liga M imembuka tirainya awal bulan depan.

Pengurus pasukan Johor, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, pihaknya membuat keputusan itu selepas pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak membenarkan stadiumnya digunakan pasukan Johor.


“ Pihak Universiti Teknologi Malaysia tidak membenarkan kita menggunakan stadium mereka atas alasan stadium itu belum siap sepenuhnya. Kita akur dengan keputusan mereka, ” katanya.




- Bernama / Harian Metro -




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2011 01:06 AM | Show all posts
Dua2 player import dr brazil tu tk dpt main utk sang tebuan.
Blm2 dh down..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 03:38 PM | Show all posts


2012 SQUAD LIST

Goalkeepers


Mohd Zamir Selamat,
Mohd Fazli Paat,
Mohd Anis Faron Mohd Arsidi

Defenders

Mohd Badrul Khalid,
Ismail Suboh,
Mohd Izuan Jarudin,
Mohd Khairi Kiman,
Mohd Khaironnisam Sahabuddin,
Shafizan Hashim

Midfielders

Mohd Khairul Ismail,
Eddy Helmy Abdul Manan,
Mohd Riduwan Ma'on,
Azi Shahril Azmi,
Mohd Syazwan Zainon, ,
Ahmad Fauzi Shaari,
Jasazrin Jamaluddin

Forwards

Shahrizal Saad,
Mohd Farid Ideris,
Fandi Bin Ahmad,
Mohd Zamri Chin,
Mohd Haris Safwan Kamal

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2012 08:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 04:58 PM | Show all posts
TMJ dah take over PBNJ!
Kasi halau politaik2 yg sampah tu.
Selamatkn JENGKING!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 12:32 PM | Show all posts
Pembubaran Yang Merugikan



Friday, February 17, 2012


1. Hal Johor. Biar elok orang Johor yang ulas dan setel-kan. Orang negeri lain, atau orang tempat lain mungkin tak faham apa dan kenapa ini semua terjadi. Kalau tak faham antara membahagikan keupayaan dan peluang untuk semua. Mari kita fahamkan kat sini.

2. Kalau kau tanya aku. Mula-mula sekali aku terkejut tiba-tiba ada mesyuarat luar biasa dari Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Johor FA). Rupa-rupanya pasal lantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebagai Presiden Johor FA. Bagi aku, itu okay lah.

3. Memandangkan komitmen dan usaha yang TMJ tunjuk sejak-menjak ini yang kerap turun padang tengok perlawanan-perlawan melibatkan Johor FA. Tanpa rasa segan (ye lah, anak Sultan kot), duduk dekat bench substitute, pakai tracksuit, muka serius menunjukkan minat pada perkembangan memajukan bola sepak Johor. Kita salut lah. Anak sultan Pahang yang jadi Presiden Pahang FA pun tak duduk sebelah Dollah Salleh. Anak Sultan Johor berani buat macam ni. Dekat dengan rakyat jelata yang minat bola sepak. Itu bagus. Memang layak lah TMJ jadi Presiden Johor FA.

4. Aku kagum sebenarnya dengan komitmen yang ditunjukkan TMJ. Bagi aku bukan mudah, TMJ adalah anak sultan, apa orang cakap? Mencemar duli. Memandangkan yang selalu kita nampak Presiden bola sepak negeri atau kelab lain paling tidak mesti duduk kat kerusi empuk di grandstand dengan kot atau t-shirt 1Malaysia, paling tidak pun pakai baju batik. Poyo betul pakai baju batik pergi tengok bola. Heh.

5. Tambah pula dengan beberapa usaha yang dilakukan oleh TMJ seperti membawa masuk Fandi Ahmad, dan paling terbaru, lagenda Argentina, Gabriel Batistuta untuk membantu meningkatkan pasukan Johor FA. Ternyata, memang sah dan tepat kerusi presiden Johor FA itu diberi kepada TMJ. Lagipun, mestilah TMJ boleh cari sumber sumber kewangan melalui usaha dan pengaruhnya kan? Elok lah sangat.

6. Nak harap Presiden Johor FA lepas? Aku rasa kamu faham memang nampak tak banyak perkembangan yang ada. Kalau ikut secara tradisi, Menteri Besar yang kena jadi Presiden bola sepak negeri. Ikut tradisi lah. Tapi, mengenangkan Menteri Besar Johor yang lebih kuat berzapin dan berghazal, tak minat bola sepak, tak support bola sepak negeri secara serius. Lupakanlah tradisi itu. Sekarang ini lebih banyak dataran bersimen dari padang bola di Johor tahu? Menteri Besar Johor punya pasal.

7. Hal lantikan TMJ sebagai Presiden Johor FA dah boleh dikira setel. Cuma sekarang yang menjadi isu mengenai komen TMJ  yang berbunyi ;

" Saya tidak faham mengapa kita perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembeleng semua kekuatan terhadap satu pasukan sahaja, dengan hanya satu pasukan negeri sahaja yang bertanding "

Ini saja yang jadi masalah. Aku mula-mula tak pasti sama ada ia kenyataan berbentuk ' kemestian ' , ' arahan ' , ' pandangan ' , ' ketetapan ' , ataupun ' cadangan '. Tetapi bila merujuk ayat ' Saya tidak faham ' dan kenyataan media di Harian Metro pula menyebut 'TMJ menyarankan hanya satu pasukan beraksi di Liga M', highlightkan perkataan ' menyarankan ' . Jelas menunjukkan sebenarnya TMJ kurang arif tentang apa yang di-inginkan sebenarnya oleh peminat, pemain dan pelabur kancah bola sepak di Malaysia.

8. Kita tak perlu gelabah sangat dalam hal ini. Tak perlu nak geram, marah sangat memandangkan ia hanya sebuah ' saranan berbentuk pandangan ' , bukannya ' arahan yang mesti di ikut ' . Atau lebih mudah, perkara ini masih boleh dibawa berbincang. TMJ tak faham, jadi biarlah kita semua memahamkan TMJ dengan fakta yang mudah. Iaitu fakta  ;


' Kenapa rakyat Johor dan peminat bola sepak Johor mahu lebih banyak pasukan bola sepak di Johor ? '


9. Faktanya mudah. Rakyat jelata Johor bilangannya makin bertambah. Rakyat Johor yang minat pada bola sepak semakin bertambah. Rakyat Johor yang boleh bermain bola sepak juga bertambah. Rakyat Johor yang seharusnya layak bermain bola sepak secara amatur, semi-pro mahupun pro juga telah bertambah. Jadi, relevenkan perlu hanya ada satu sahaja pasukan? Mestilah tidak releven. Satu pasukan untuk memenuhi permintaan yang bertambah ? Kerja gila namanya. Rugi rugi rugi.

10. Rugi sangat jika ada satu pasukan (atau dua pasukan termasuk pasukan liga simpanan) yang menyertai kacah bola sepak kebangsaan sebenarnya. Tidakkah terfikir nanti kesannya akan ramai pemain bola sepak yang berbakat, tetapi tidak layak bermain kerana sudah cukup kuota satu pasukan, akan bermain untuk negeri lain atau kelab di luar Johor ? Kasihan. Sepatutnya boleh menabur bakti untuk negeri sendiri, tetapi kerana saranan yang tak berapa nak tepat ini. Yang kita dapat ialah kerugian di masa depan.


11. Lagipun, aku berpegang pada prinsip asas bola sepak yang pihak FIFA pernah kempenkan dalam kongres-kongres lepas. Football For All. Bola sepak untuk semua. Semua orang berhak bermain bola sepak, meminati bola sepak, menubuhkan kelab bola sepak, melabur dalam bola sepak, dan bercakap mengenai bola sepak. Jadi, saranan TMJ ini sudah tentu melawan prinsip asas bola sepak yang dikempenkan FIFA bukan?

12. Jikalah TMJ mendengar apa yang rakyat mahukan, aku cuma nak cakap, kalau boleh rakyat mahu lagi banyak kelab bola sepak, lagi bagus. Lagi banyak peluang pekerjaan. Sebab bola sepak juga menjadi cabang pekerjaan pada era kini. Rugilah jika satu pasukan saja dan membubarkan 3 kelab lain iaitu Johor FC, MP Muar dan MBJB. Peluang pekerjaan akan berkurangan, pengangguran berlaku. Kemanakah nanti pemain-pemain dan  pengurusan bola sepak sedia ada sekarang hendak mengerjakan apa yang mereka minat? Kalau dapat ke kelab lain, kalau tak? Jadi Halim Napi nombor dua. Tambahan itu, pelaburan bola sepak akan mengecil dan tak meluas. Dari banyak syarikat di Johor yang berminat dan boleh hendak menaja, tak pasal-pasal kerana nak satu pasukan sahaja, pelaburan berkurang. Perlaburan berkurang, duit tarak masuk lah. Duit tarak masuk, lambat laun melingkup. Takkanlah tak suka dengan duit?

13. Bola sepak untuk semua. Bukan sebab kejayaan sahaja. Kejayaan belakang kira, yang penting apa yang kita boleh beri kepada masyarakat atau rakyat dalam mengembangkan kancah bola sepak negeri kita. Bila dah berusaha untuk merancakkan, barulah kejayaan akan datang. Itu saja karma-nya. Setel.


p/s : Tolonglah kembalikan balik J-Kid dan rancakkan Liga Bola Sepak Negeri Johor. Itu yang patut dibuat dahulu.



Sources : http://sokerleaks.blogspot.com/




Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 12:43 PM | Show all posts
Cerekarama : Revolusi Bola Sepak Johor



" Saya tidak faham mengapa kita perlu membataskan keupayaan kita. Sebagai sebuah pertubuhan sukan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) atau Johor FA perlu menjalankan tanggungjawab penuh untuk memajukan bola sepak di seluruh negeri Johor, bukan sekadar fokus terhadap satu pasukan sahaja.

Maka oleh itu, mulai musim hadapan pasukan negeri Johor FA akan dibubarkan dan tidak lagi bertanding dalam liga bola sepak tempatan. Sebaliknya Johor FA akan menumpukan usaha untuk mewujudkan satu liga bola sepak dalam negeri Johor yang akan ditandingi oleh kelab-kelab bola sepak sekitar Johor. Johor FA akan membantu dalam menubuhkan kelab-kelab bola sepak ini di setiap bandar-bandar utama negeri Johor.

Untuk pasukan kelab sedia ada seperti Johor FC, MP Muar FC dan MBJB FC mereka bolehlah kekal dan terus bersaing dalam liga kebangsaan. Tetapi kita akan ubah nama-nama kelab ini supaya ianya lebih berupaya untuk menarik minat penyokong tempatan.

Oleh kerana Johor FC bermain di Pasir Gudang, maka eloklah ianya dinamakan Pasir Gudang FC dan kekal bermain di Stadium JCorp. Penduduk Pasir Gudang yang berjumlah sekitar 100,000 orang harapnya dapatlah memberikan sokongan padu kepada Pasir Gudang FC. Pengurusan kelab ini biarlah kekal dibawah pengurusan pihak swasta seperti sedia ada tetapi mestilah turut melibatkan kepentingan masyarakat di Pasir Gudang.

MP Muar FC pula mungkin boleh dinamakan sebagai Muar Maharani, bersempena nama lainnya iaitu Bandar Maharani. Mereka akan terus kekal bermain di Stadium Sultan Ibrahim di Muar dan terus menjadi kebanggaan buat sekitar 150,000 penduduk Muar. Pengurusan kelab kekal di bawah Majlis Perbandaran Muar dengan peluang dibuka kepada komuniti Muar untuk terlibat sama.

MBJB FC pula akan diubah kepada Johor Bahru United dan muncul sebagai kelab mewakili seluruh bandaraya Johor Bahru yang kini sudah melebihi 1.4 juta penduduk. Mereka akan kekal bermain di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, stadium keramat di negeri Johor dan bolehlah dianggap sebagai pewaris pasukan negeri Johor FA yang dibubarkan. Pengurusan kelab diletak bawah Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan penglibatan aktif dari masyarakat setempat.

Ketiga-tiga kelab ini yang sudah pun membuktikan keupayaan mereka akan menjadi kelab bola sepak teras negeri Johor, mewakili Johor dalam saingan liga kebangsaan demi mengharumkan nama negeri. Mereka akan diurus secara profesional, mendapatkan tajaan dari pihak swasta dan berfungsi sebagai kelab yang membangunkan bakat bola sepak di bandar masing-masing. Pihak Johor FA akan memantau ketiga-tiga kelab ini demi memastikan ianya diurus baik dan ditadbir dengan telus.

Seterusnya diharap bandar-bandar lain di negeri Johor akan merasa tercabar dengan kejayaan Pasir Gudang FC, Muar Maharani dan Johor Bahru United hingga mencetus semangat menubuhkan kelab bola sepak mereka. Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Segamat, Pontian Kechil, Mersing, Kulai, Tangkak, Rengit, Yong Peng dan Labis semuanya akan mempunyai kelab bola sepak mereka sendiri dan bakal bersaing dalam Liga Negeri Johor yang diwujudkan kelak. Juara Liga Negeri Johor akan dihantar oleh Johor FA untuk bersaing pula dalam liga peringkat kebangsaan, bermula dari Liga FAM ke Liga Premier dan harapnya terus berjaya hingga ke Liga Super.

Dengan banyaknya kelab bola sepak di negeri Johor, akan wujud lebih banyak peluang untuk anak negeri Johor bermain dan mengasah bakat mereka dalam bola sepak secara konsisten. Johor FA akan memantau aktiviti semua kelab bola sepak ini supaya tidak lari dari landasan sebenar selain terus menguruskan Liga Negeri Johor. Kelab-kelab ini pastilah mendapat sokongan padu dari penyokong di bandar masing-masing, kerana kelab ini merupakan wakil bandar mereka dan para penyokong mampu memberi fokus kepada kelab kerana tiadanya lagi pasukan negeri untuk disokong.

Oleh kerana Johor merupakan negeri pertama yang melakukan revolusi berani ini, tidak mustahil dalam tempoh 10 tahun kelab-kelab bola sepak dari Johor bakal memenuhi Liga Premier dan Liga Super, semuanya bermain untuk bandar masing-masing dan merupakan wakil yang memartabatkan bola sepak negeri Johor.

Pada masa itu, rakyat negeri lain akan hanya ada satu pasukan negeri yang mereka sokong di stadium tetapi berharap alangkah baik jika mereka juga mempunyai banyak kelab bola sepak di negeri mereka agar ada peluang untuk mereka bermain bola sepak secara konsisten seperti yang dinikmati oleh rakyat negeri Johor. "


( Ucapan di atas ini ialah imaginasi liar penulis semata-mata. Tapi kalau real, power juga ye tak ? )




Sources : http://sokernet.blogspot.com/




Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 04:07 PM | Show all posts
Penggabungan Johor FA Dan Johor FC – Bukti Sultan Bola Masih Tidur Dan Bolasepak Malaysia Tunggang Langgang



sesawang Malaysian Super League telah pun mengemaskini jadual suku akhir Piala Malaysia. Tahniah kerana berjaya melakukannya dalam tempoh lebih 24 jam. Kat England sana yang bolasepaknya jadi kegilaan rakyat Malaysia, kemaskini dibuat sebaik saja tamat perlawanan. Bolasepak kita, wajah kita kot ?





Johor FA


Johor FA dalam hirarki bolasepak Malaysia boleh kita kelaskan sebagai pasukan kelas pertengahan. Mereka cuma ada 2 Piala Malaysia, 1 kejuaraan liga dan 1 Piala FA dalam trofi kabinet mereka. Zaman kegemilangan Johor ialah ketika di bawah pimpinan Michael Urukalo yang membawa kejuaraan berganda Piala Malaysia dan Divisyen 1 pada musim 1991. Johor ketika itu dibarisi pemain antaranya Hassan Miskam, Salehan Mohd Som, Liew Kim Tu, Abbas Saad, Alistair Edwards dan Ervin Boban. Transformasi Johor bertitik-tolak dari keinginan untuk menyaingi kuasa jiran mereka Singapura (awal dekad 90-an kedua-duanya boleh dikatakan bersaing sengit dalam Causeway Derby). Kejayaan berganda tahun 1991 adalah kemuncak transformasi Johor ini.






Johor FC


Johor FC - penat-penat buat kelab lepas tu kena telan dengan ular sawa



Johor FC sebaliknya pula adalah sebuah pasukan berstatus kelab yang awal penubuhannya pada 1972 PKENJ FC. PKENJ merujuk kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Menjuarai Piala FAM (sebuah kejohanan antara kelab) tahun 1994 dan 1995 serta kemudiannya layak bermain di liga Premier 2 pada tahun 1997. Musim 2007 menyaksikan Johor FC melayakkan diri ke Liga Super dan kekal sehingga hari ini.

Apa perbezaan antara Johor FA dan Johor FC ? Yang paling ketara pastilah pada nama FA dan FC antara mereka. Johor FA seperti pasukan negeri yang lain adalah sebuah persatuan bolasepak negeri yang menghantar sebuah pasukan sebagai wakil negeri dalam kejohanan bolasepak Malaysia. Johor FC pula seperti namanya adalah sebuah kelab bolasepak, kini milik Johor Corporation sepenuhnya yang juga turut memiliki Stadium JCorp Pasir Gudang, gelanggang keramat Johor FC.

Makanya Johor mempunyai dua pasukan yang bermain mewakili negeri selatan tanah air ini dalam kancah bolasepak (sama seperti Terengganu dan Selangor juga). Sebuah pasukan dibawah kendalian Johor FA dan pastinya dengan mentaliti pengurusan ala kerajaan sementara sebuah lagi kelab yang diurus pihak swasta. Dan seperti kebiasaan, Johor FA tunggang-langgang, dihimpit masalah kewangan, kemelut politik dan sebagainya sedang Johor FC nampak lebih berjaya sebagai sebuah pasukan bolasepak.

Bila perkara sebegini berlaku apa hasilnya ? Johor FA menggunakan kuasa politik mereka untuk menekan FAM agar membolehkan hanya pasukan negeri bersaing dalam Piala Malaysia. Ya, ini selepas Johor FA tersingkir dari Liga Super dan tidak layak ke Piala Malaysia 2010 sedang Johor FC mendapat tempat ke-4 liga dan layak pula ke Piala Malaysia.

" Kita mesti akui bahawa format sekarang di mana kelab-kelab dibenarkan bermain pada Piala Malaysia adalah tidak kondusif dan tidak akan membantu menaikkan status pertandingan, ” kata Presiden Johor FA, Jais Sarday. Tambahnya lagi, “terlalu banyak pasukan bertanding... ia merampas bakat terbaik yang wujud dari pertandingan perdana bola sepak Malaysia. ”

Aiseh brader Jais, kau punya pasukan negeri berterabur (kalah 20 kali dalam liga) ada hati bercakap pasal “tidak kondusif”, “merampas bakat terbaik” kejadah semua. Mungkin brader Jais menuduh Johor FC merampas bakat terbaik dari Johor FA sebab itu pasukan negeri Johor hancur barangkali.

Tidak cukup dengan itu, timbul pula suara sumbang yang mencadangkan agar Johor FA digabungkan dengan Johor FC. Naib Presiden 1 Johor FA, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata “ biar ia digabung menjadi satu pasukan bagi menghadapi saingan Liga M sekali gus memberi sinar baru kepada bolasepak Johor ” . Watahel ? !

Kenapa perlu digabungkan ? Johor FC sudah pun memberi sinar buat sekian lama kepada bolasepak Johor. Walau berstatus kelab mereka masih mampu bertahan dalam saingan Liga Super dan layak ke Piala Malaysia. Stadium JCorp Pasir Gudang biar pun kecil tetap ada penyokongnya yang hadir setiap kali Johor FC bermain. Johor FC tidak ada masalah kewangan, kemelut politik dan masalah lain seperti yang melanda Johor FA.


Idea penggabungan ini sama seperti memaksa orang yang sihat berkongsi penyakit dengan seorang malaon yang menghidap kusta. Gedebe gila kuasa di Johor FA yang gagal tidak menyedari kesilapan mereka sendiri dan sebaliknya mengambil jalan mudah dengan memaksa Johor FC diserap ke dalam Johor FA. Lepas itu sembang kencang, era kegemilangan bolasepak Johor bakal kembali.

Kalau dibiarkan perkara ini berlaku, matlamat FAM untuk menggalakkan penubuhan kelab bolasepak di Malaysia tidak akan kesampaian. Bayangkan apa pula selepas ini, Terengganu FA lingkup dan PBDKT T-Team FC diserap masuk ? Kuala Lumpur FA bungkus dan KL PLUS FC dipaksa bergabung ? Kejadahnya ?

Benda yang sebetulnya ialah mudah. Johor FA tersingkir dari Liga Super dan gagal layak ke Piala Malaysia. Penyelesaian? Bukan bergabung dengan Johor FC, tapi suruh brader Jais dengan Datuk Abdul Aziz letak jawatan. Dah tak reti buat kerja jangan memandai nak buat masalah lain.

Dan satu lagi perkara yang sepatutnya Sultan Bola dan FAM jadikan iktibar dari peristiwa ini, bolasepak negeri dan bolasepak kelab tidak boleh berjalan serentak. Benda ini dah berapa kali aku tegaskan sebelum ini. Selagi ada pasukan negeri selagi itu pasukan kelab susah nak hidup. Kalau kau duduk di Sentul kau nak sokong Kuala Lumpur atau KL PLUS FC ? Kalau duduk di Jengka, Pahang FA atau Felda United FC ?

Jalan yang ada hanya salah satu dari dua. Bubar pasukan negeri dan wujudkan pasukan kelab sahaja berdasarkan kedudukan geografi (kalau namanya Felda United FC main kat Cheras yang tak ada Felda apa jadahnya ? . Atau tumpukan pada pasukan negeri dan bubarkan pasukan kelab yang tak dapat hidup kerana dibayangi pasukan negeri (macam kes Johor FC, akhirnya nak kena telan dengan pasukan negeri). Benda macam ini pun susah sangat ke nak fikir ? Kata brain stroming session kat Wisma FAM, brain storming ke atau makan mihun dengan karipap ?

Bodoh tak boleh nak diajar !




Sources : http://sokernet.blogspot.com/





Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 04:24 PM | Show all posts
Temubual Eksklusif bersama Pengurus pasukan Johor FC



Seperti yang di janjikan, Sokernet telah menghubungi pengurus pasukan Johor FC, saudara Md Faizal Abdullah untuk mendapatkan pandangan beliau tentang perkembangan khabar angin penggabungan pasukan Johor FA dan pasukan Johor FC. Beberapa perkara lain yang menyentuh isu semasa bolasepak Malaysia turut dibincangkan.


Ikuti temubual eksklusif yang julung kali dikendalikan oleh pegawai Sokernet :


Excerpts :



Bahang Piala Malaysia semakin panas, jadi rasanya sesuai untuk kami interview Encik Faizal sedikit sebanyak mengenai bolasepak Malaysia terutamanya kejayaan Johor FC memasuki suku akhir setelah menewaskan Perak. Harap pihak tuan dapat memberi jawapan padat dan panjang lebar kerana kami percaya pihak tuan lebih mengetahui inside story dalam scene bolasepak Malaysia untuk kita kongsi bersama seluruh peminat.


Sokernet :

Perasaan selepas melihat Johor FC wakil tunggal pasukan kelab yang layak ke suku akhir Piala Malaysia ? Peluang untuk menang berdepan dengan Pahang FA dalam saingan suku akhir?

Faizal :

Alhamdulilah kami bersyukur dengan pencapaian setakat ini yang merupakan tahun ketiga berturut turut JFC berjaya layak ke suku akhir Piala Malaysia.
Bagi kami, peluang masih lagi terbuka buat kedua-dua pasukan kerana Pahang juga merupakan sebuah pasukan yang kuat dengan pemain-pemain & jurulatih yang baik/berpengalaman jadi ia akan menjadi satu cabaran yang getir buat JFC.

Sokernet :

Prospek kelangsungan pasukan kelab dalam bolasepak Malaysia memandangkan sokongan peminat masih banyak tertumpu kepada pasukan negeri?

Faizal :

Saya percaya prospek kelansungan kelab dalam bolasepak Malaysia adalah cerah berdasarkan kepada beberapa faktor:

i) Keperluan di peringkat nasional bagi memperkembangkan bolasepak sebagaimana termaktub dalam Statut FIFA dan juga FAM. Struktur yang melibatkan kelab adalah salah satu cara paling mudah dan cepat bagi memperkembangan sukan bolasepak memandangkan jika terikat dengan struktur berasaskan negeri sahaja, Liga Malaysia akan terhad kepada 14 negeri + KL sampai bila-bila. Saiz liga tertinggi yang dicadangkan FIFA adalah sekitar 20 pasukan setiap divisyen sebagaimana digunapakai di Eropah ;

ii) Faktor kewangan dimana penglibatan syarikat-syarikat serta agensi-agensi terbesar di negara ini masih terhad – saya fikir dengan insentif dan approach yang betul banyak lagi syarikat/GLC/agensi akan berminat bagi menubuhkan pasukan (kelab) bagi menyertai Liga Malaysia. Potensi kelab berdasarkan syarikat/GLC/agensi di dalam bolasepak negara ini sangat besar memandangkan mereka memiliki sumber yang mencukupi bagi bersaing selain yang paling penting, memahami kepakaran pengurusan serta “governance culture/system” yang baik ;

Sokernet :

Reaksi terhadap cadangan oleh Johor FA untuk menggabungkan Johor FA dan Johor FC dalam satu pasukan tunggal mewakili negari Johor? Adakah ianya tindakan yang bijak atau sekadar langkah mudah oleh Johor FA setelah pasukan negeri pimpinan mereka gagal menyerlah ?

Faizal :

Pertamanya, perlu ditekankan yang buat masa ini, perkara tersebut masih lagi di peringkat cadangan di mana masih belum ada apa-apa kata putus yang ditetapkan.
Kedua, di dalam peraturan Liga Malaysia, tidak ada istilah “ penggabungan ” . Ini bererti salah satu pasukan mesti menarik diri selepas “ penggabungan ” . Dengan mengambilkira tradisi bolasepak negara ini, cadangan tersebut akan akhirnya menjurus kepada penarikan serta kemungkinan pembubaran JFC.

Secara peribadi, saya melihat setiap pandangan atau cadangan berdasarkan kepada objektif serta meritnya. Berdasarkan kepada apa yang disiarkan di media, matlamat utama cadangan tersebut adalah bagi mewujudkan satu pasukan yang kuat bagi negeri Johor dan mengelakkan “ kekeliruan ” di kalangan peminat bolasepak negeri Johor kerana ada lebih dari satu pasukan yang mewakili negeri ini.

Dari segi meritnya tidak semestinya dengan “ penggabungan ” / penarikan diri JFC, pasukan negeri Johor akan menjadi lebih kuat. Banyak faktor lain sebenarnya mempengaruhi pencapaian pasukan dan ianya tidak akan boleh dicapai tanpa penat lelah dan pengorbanan. Meskipun dihimpun bajet kedua-dua pasukan Johor dan JFC, kejayaan tidak semestinya dapat dicapai.
Dari segi kekeliruan kerana kewujudan lebih dari satu pasukan di dalam sesebuah negeri, saya fikir peminat bolasepak sebenar tidak akan keliru kerana mereka mengetahui setiap pasukan yang bertanding dan secara “ conscious ” akan memilih pasukan yang mejadi idola/sokongan masing-masing. Jadi rasional ini bagi saya tidak begitu relevan.
Dari segi motif sebenar cadangan itu, saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

Sokernet :

Bolehkah bolasepak Malaysia terus dengan campur aduk pasukan negeri dan kelab ? Atau kita perlu mengikut jejak negara Eropah dan menumpukan pada penubuhan kelab sebagai pasukan bolasepak domestik ?

Faizal :

Saya fikir boleh dengan syarat fikiran terbuka dan semangat kerjasama yang ikhlas dapat dibentuk demi kemajuan bolasepak Negara.
Dari segi pembangunan bolasepak terutama bagi menjadikan bolasepak satu industry/produk, memang struktur berasaskan kelab saya rasakan mempunyai banyak kelebihan tetapi berdasarkan tradisi dan sejarah bolasepak negara ini, struktur berasaskan kelab sahaja tidak mungkin dapat diwujudkan dalam masa terdekat.

Sokernet :

Secara peribadi, bagaimana anda melihat quality bolasepak di msia sekarang berbanding era 80 an dahulu?, mengambil kira kejayaan Korea dan jepun yang sudah ke piala dunia.

Faizal :

Kualiti bolasepak negara secara umumnya mencapai sedikit kemajuan dari pelbagai segi berbanding era 80 an. Perbincangan mengenai faktor-faktor “ stagnant development ” ini telah terlalu banyak dibuat tetapi kita perlu fahami yang kita tetap mencapai kemajuan.
Malangnya dalam masa sama negara2 yang lain seperti Jepun/Korea malah di Asia Tenggara Thailand/Vietnam juga meningkat & maju dengan lebih cepat dari kita. Secara relatifnya kita tertinggal jauh meskipun dari segi “absolute” tetap ada kemajuan dicapai.
Secara peribadi saya kurang gemar apabila setiap kali polemik ini dibuka, perbandingan dengan nama2 besar dari era terdahulu dibandingkan dengan pemain-pemain masa kini kerana permainan telah berubah dan yang lebih penting lagi structure/environment/technology bolasepak telah jauh berubah. Nostalgias are OK sometimes but it won’t bring us anyway, especially not forward.

Sokernet :

Ramai lebih cenderung menyalahkan FAM kerana pada mereka kemerosotan bolasepak kita sangat bergantung pada kualiti pengurusan. Pendapat anda ?

Faizal :

Secara peribadi berasaskan pengalaman saya yang terhad ini, FAM bukan penyebab kita gagal meningkat sebaik Jepun/Korea etc. Mereka mempunya ramai pegawai/petugas yang bekerja kuat & terbuka kepada cadangan. Sebagai contoh, dari segi urusan administration & management FAM banyak membantu memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada JFC dan berdasarkan inilah system/urustadbir JFC dilaksanakan.

Memang hakikatnya FAM tidak sempurna dan banyak aspek yang boleh diperbaiki lagi tetapi bagi saya mereka sentiasa berdepan satu kekangan yang besar – ahli-ahli gabungan mereka sendiri yang kebanyakannya terdiri dari PB negeri (bukan semua). Mungkin ramai yang akan marah tetapi bagi saya hakikatnya ahli-ahli gabungan FAM ie negeri2/persatuan lain spt PB Melayu/India/Cina dan termasuk juga “to an extent” kelab2 yang sebenarnya bersalah. Bagi saya – “We claim we are the football people in Malaysia & as such if football in Malaysia failed, we all failed” bukan FAM sahaja. Ianya adalah collective failure mainly due to conflicting interests : most State/Club FAs in Malaysia rather win the Malaysia Cup/Super League than seeing Malaysia becoming a world beater. That is their priority because it is their key objective.
Mungkin saya silap tetapi itulah impression yang saya terima.

Sokernet :

Kita memiliki banyak akedemi bolasepak.sekolah projek bolasepak sejak lebih 10 tahun lalu.namun hingga sekarang keberhasilan program sebegini masih menjadi tandatanya. Di mana silapnya ?

Faizal :

Refer jawapan di atas & kekangan kewangan.

Sokernet :

Bila agaknya Montel akan kembali sponsor Johor fc ?

Faizal :

Montel masih menyumbang kepada JFC tetapi dari segi penaja utama, syarikat penaja kami adalah Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim). Untuk makluman Montel merupakan antara brand yang dimiliki oleh Kulim.

Sokernet :

Kami tahu anda dulu belajar di Canada. Macam mana sana ? , ada main bolasepak untuk universiti ?

Faizal :

Saya ada bermain di peringkat kelab yang diwakili pelajar-pelajar dan komuniti muslim setempat (kebanyakannya dari Libya, Iran, Arab Saudi) di dalam liga Kingston, Ontario. Di peringkat university, cuma intra mural games/antara fakulti. Tidak dapat mewakili pasukan universiti mainly kerana faktor kekurangan fizikal (coverline – sebenarnya memang tak bagus pun)

Sokernet :

Ok ni soalan last..apakah kelab EPL anda ?

Faizal :

Malu nak sebut takut di anggap copycat. Tapi saya menyokong mereka sejak zaman kecil kerana pemain seperti Bryan Robson, Norman Whiteside, Frank Stapleton, Arnold Muhren. Just remember we endured a very depressing 80’s

Sokernet :

Edi helmi pakai scrump cap itu hari memang cool

Faizal :

FYI Due to injury


Sokernet :

Terima kasih en faizal kerana sudi meluangkan masa untuk Sokernet.


Faizal :

Thanks for featuring JFC in your blog and looking forward to the end product.


Semua jawapan adalah raw tanpa edit.



Sources : http://sokernet.blogspot.com/



Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 01:00 PM | Show all posts
Jersi Johor FC



Jenama : Joma / Prominent







2012 Home Shirt








2012 Away Shirt











2012 3rd Shirt







Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 05:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2012 01:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 01:24 PM | Show all posts
Lions XII , Johor FC teruskan saingan



WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

8 September 2012



KEPUTUSAN seri perlawanan terakhir kumpulan A antara Lions XII dan Johor FC pada 14 September lalu, sudah cukup melayakkan kedua-dua pasukan tersebut mara ke saingan lapan terbaik Piala Malaysia selepas ini walaupun berbaki satu perlawanan.

Lions XII yang muncul pendahulu kumpulan A berkongsi lapan mata dengan Johor FC namun dibeza dengan jaringan bolos pastinya mahu layak secara automatik ke peringkat suku akhir.


PERLU AGRESIF


Mencatatkan jumlah jaringan empat gol setakat ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan buat Lions XII jika dibandingkan Johor FC dengan enam gol dan ia adalah jumlah jaringan terbanyak dalam kumpulan A.

Johor FC yang dikejutkan dengan kebangkitan Johor pada pertemuan Selasa lalu, tewas 3-1 sekali gus turut memadam hasrat awal Sang Lebah untuk layak ke pusingan seterusnya.

Pastinya kekalahan pusingan pertama mahu ditebus Johor FC Apabila bertandang ke Stadium Jalan Besar, Singapura. Namun bukan satu tugas mudah.

Keputusan seri akan menjamin Sang Lebah dan Singa Kota untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia 2012 dan mungkin satu persembahan berhati-hati bakal dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.

Pertemuan menarik dua pasukan berjiran ini bermula sejak pada awal saingan kumpulan lagi, namun lebih menarik Johor FC dilihat berjaya memberi tekanan kepada Naib Juara Liga Super 2012 tersebut sehingga kini.


ELAK KECEDERAAN


LAK KECEDERAAN

Hanya perlu raih satu mata dalam kunjungan ditempat lawan. Itulah perlu dilakukan anak didik Sazali Saidon adalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Lions XII.

Sambil mengharapkan tiada sebarang kecederaan buat pemainnya, Johor FC sebenarnya sudah boleh berbangga dengan pencapaian layak dalam kelompok lapan terbaik berbanding tahun
sebelumnya apabila tersingkir dalam peringkat kumpulan.

Tiada mustahil sesuatu mampu dilakukan Sang Lebah walaupun mereka pada awalnya kirang diberikan tumpuan peminat bola sepak tempatan.


HAMBAR


BAGI Johor sendiri, mungkin kemenangan seterusnya mahu ditagih dalam usaha menjulang kembali maruah pasukan yang pernah muncul juara Piala Malaysia pada 1985 dan 1991.

Biarpun menghuni tangga kedua kumpulan dan berkongsi kedudukan dengan PKNS ditangga tercorot, mereka perlu membuktikan kemampuan mereka sekurang-kurangnya menutup kempen saingan dengan kemenangan dan penyertaannya bukan sekadar pelengkap kumpulan.


RAIH TIGA MATA


PKNS yang sebelum ini digelar raja seri akhirnya berjaya mengatasi badi itu setelah menewaskan Lions XII 1-0 di laman sendiri.

Paling jelas keputusan perlawanan Lions XII dan Johor FC yang bakal menentukan nasib Johor dan PKNS di dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

Secara teorinya peluang PKNS dan Johor yang turut berkongsi lima mata dilihat tipis untuk mara ke peringkat seterusnya.

Jumlah jaringan kedua-dua pasukan ini sebenarnya lebih banyak berbanding pendahulu kumpulan namun jumlah bolos gol menerjah gawang turut diambil kira sekiranya mereka memperolehi
keputusan positif pada pertemuan terakhir.



- Sinar Harian -




Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 11:16 AM | Show all posts
Selangor hampiri separuh akhir




Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my




JOHOR BAHRU - Selangor menghampiri pentas separuh akhir Piala Malaysia selepas menang selesa 3-1 ke atas Johor FC pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Pasir Gudang di sini, malam tadi.

Red Giants bermula garang apabila Bosko Balaban hampir menggegar gawang lawan seawal minit pertama, namun diselamatkan penjaga gol M. Zamir Selamat.

Skuad Merah Kuning ternyata tidak gugup beraksi di depan ribuan penyokong Skuad Lebah yang memenuhi stadium apabila terus mendominasi aksi separuh masa pertama.

Gol pertama pasukan pelawat dihasilkan menerusi sepakan percuma ketua pasukan, Safiq Rahim dari luar kotak penalti pada minit ke-11.

Mohd. Bunyamin Umar kemudiannya mengukuhkan kelebihan skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim pada minit ke-20 melalui tendangan kencang.

Red Giants semakin selesa dengan jaringan ketiga apabila Zamir melakukan kesilapan setelah gagal menangkap kemas cubaan Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-24.

Johor FC bangkit pada babak kedua dan merapatkan jurang gol menerusi Mohd. Akmal Mohd. Nor pada minit ke-52, yang mendapat hantaran ketua pasukan Md. Khairul Ismail.

Selangor terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-65 apabila Bunyamin dilayangkan kad kuning kedua.



- Utusan Malaysia -





Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 04:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.077687 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list