CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 31315|Reply: 53

Rawatan lintah geli tapi berkesan. Sanggup ke?

[Copy link]
Post time 11-8-2008 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Rawatan lintah geli tapi berkesanOleh MERAN ABU BAKAR (meran.abubakar@utusan.com.my)


MUNGKIN ramai yang tidak sanggup atau geli-geleman jika disuruh mendapatkan rawatan lintah.

Namun, jika sudah tidak tahan lagi menanggung kesakitan atau sudahpuas berubat di sana sini, pasti perasaan geli dibuang ke tepi asalkanpenyakit dapat diubati.










Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 42 Users voted
19.15% (9)
46.81% (22)
4.26% (2)
17.02% (8)
8.51% (4)
4.26% (2)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2008 05:08 PM | Show all posts
Bekam lintah
.
Kategori: Kesihatan Umum

Apabila disebut lintah, perasaan geli, takut dan gerun antara persepsi yang membayangi fikiran, khususnya wanita yang sememangnya 慳lergi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 08:07 PM | Show all posts
lintah mmg elok kan utk buang suma darah2 kotor..

tapi..erkk takut & geli arr
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 08:41 PM | Show all posts
teringin nak cuba..tapi dalam masa yang sama takut gak
teringat kawan cecco time pergi camping dulu.
time jungle tracking ada ramai kawan cecco menjerit2 macam kena rasuk dalam hutan tu sebab kena gigit lintah..
tp kawan cecco yang sorang ni tak.. dia biar je lintah tu kat betis.
katanya nak darah kotor keluar. heh. tapi bebrapa hari lepas tu tak hilang2 bekas gigitan lintah tu.
macam tompok hitam kat tempat tu, and masih rasa sakit2 sikit.
waaa takut.. tapi nak gak.heh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2008 10:33 AM | Show all posts

jupe artikel nih kat mstar

Bekam lintah untuk pengantin
11-08-2008 01:52:31 PM

ADALAH menjadi lumrah pada hari seseorang bergelar raja sehari, setiap bakal pengantin ingin kelihatan anggun, cantik, berseri-seri ataupun tampan pada majlis yang bersejarah dalam kehidupan mereka.

Menjelang hari yang dinanti-nantikan itu pengantin perempuan terutamanya, dalam setiap kaum, akan sibuk menjalani terapi kecantikan dan sesetengah cara tradisional yang dilaksanakan mungkin nampak agak pelik.

Dalam budaya masyarakat Melayu, terapi kecantikan yang selalu dilakukan meliputi penggunaan bahan semulajadi seperti skrub tumbuh-tumbuhan, terapi batu panas, mandi susu dan mandi bunga.

Terapi ini bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan tubuh yang bersih dan mulus serta menaikkan seri pengantin namun penting dalam meningkatkan lagi keyakinan menghadapi hari bahagia itu.

Namun, terdapat pendekatan terbaru yang ditawarkan dalam pakej spa perkahwinan tersebut iaitu bekam lintah.

Biar lintah lakukan tugas

Namun, usaha menjadikan bekam lintah sebagai satu rawatan di spa kecantikan adalah langkah bijak bagi memperkenalkan rawatan kesihatan ini.

Jika sebelumnya ramai yang takut-takut atau geli mencuba kaedah ini, impaknya lebih positif apabila ia dinaiktaraf menjadi produk di spa malah keyakinan terhadap kaedah berbekam menggunakan lintah turut meningkat.

Keyakinan bahawa perkhidmatan di spa selalunya profesional, bersih dan terjamin kualitinya membawa kepada kerjasama di antara dua buah syarikat yang berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan.

Menurut pakar terapi kecantikan Jelitasari Spa & Beaute Spa, Fadzillah Hamid, kaedah bekam lintah dimasukkan dalam pakej perkahwinan bertujuan ingin memberi kelainan kepada bakal pengantin.

"Selain untuk kesihatan, kaedah rawatan alternatif ini juga membantu dalam menaikkan seri wajah disebabkan perjalanan darah yang telah lancar.

Pakej perkahwinan yang disediakan di spa yang beroperasi di Hotel Quality Shah Alam ini bukan hanya kepada bakal mempelai perempuan tetapi turut menyediakan pakej buat pasangan yang bakal ke jinjang pelamin.

Pengunjung boleh memilih mana-mana pakej yang bermula pada harga RM350 hingga RM4,500.

Antara pakej perkahwinan yang disediakan ialah pakej rawatan wajah, rawatan badan iaitu urutan aromaterapi, skrub dan lulur. Bakal pengantin juga boleh menyegarkan diri dengan rawatan mandian wap, aromaterapi, susu, bunga atau herba.

Pakej pengantin yang ditawarkan turut meliputi rawatan padicure dan manicure serta rawatan rambut.

Kesemua rawatan tersebut akan diakhiri dengan bekam lintah. Prosedurnya dijalankan oleh pakar bekam lintah dari AZR Agro Centre.

Rahsia berbekam

Menurut pakar bekam lintah AZR, Syahrul Nizam Sudin, 32, kaedah berbekam tidak mengambil masa yang lama.

"Ia boleh mengambil masa selama 20 minit hingga dua jam bergantung kepada masalah dan jumlah darah kotor yang dihisap oleh lintah. Tetapi bakal pengantin terutamanya wanita tidak perlu bimbang dengan kesan parut yang tinggal kerana ia tidak kekal dan boleh hilang dalam tempoh beberapa minggu sahaja," katanya yang turut mencadangkan bakal pengantin mencuba kaedah ini tiga atau dua bulan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan.

Usah bimbang akan keselamatan dan kebersihan kerana menurut Syahrul Nizam spesies lintah dari jenis Eropah yang digunakan tersebut hanya digunakan sekali sahaja dalam rawatan. Lintah tersebut kemudiannya akan diasingkan dan dibiarkan mati selepas beberapa minggu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa kaedah berbekam membantu menghilangkan pening dan migrain, membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

Ia turut digunakan bagi membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam. Selain itu berbekam juga dapat memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

Selain untuk rawatan pengantin, AZR turut menjalankan kerjasama dengan JelitaSari menjalankan rawatan bekam lintah untuk pengunjung yang memilih pakej biasa.

Lintah, haiwan dwi jantina tanpa tulang belakang ini asal wujudnya adalah menghisap darah kotor dan tergolong dalam keluarga cacing.

Ia diketahui baik untuk kesihatan apabila enzim (air liur) yang ditinggalkan pada kulit bekas gigitannya itu dikatakan mampu mencairkan darah beku.

"Malah, lintah tidak menghisap darah yang banyak. Paling maksimum iaitu 34 ekor lintah dan menghisap darah tidak sampai 120 mililiter," terang Syahrul Nizam.

Menurutnya, berbekam juga dapat membantu meringankan tubuh. Ia membuang darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat, malas dan mengantuk. Ia turut membantu menajamkan penglihatan yang kabur kerana peredaran darah ke mata yang tersumbat.

Bekam bukanlah kaedah baru kerana kaedah ini telah digunakan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi yang menggunakan cawan atau mangkuk kaca untuk berbekam. Manakala pada zaman Cina kuno pula, mereka berbekam menggunakan tanduk.

Kaedah ini juga popular di kalangan orang Eropah pada abad ke-18 sehinggalah sekarang.

Khasiat bekam untuk pengantin

Bekam lintah sebenarnya sesuai dilakukan sama ada oleh bakal mempelai lelaki mahupun wanita. Sebagai persiapan menghadapi malam pertama, ia bukan sahaja melancarkan perjalanan darah tetapi boleh memberikan wajah lebih berseri dan segar.

Bagi wanita pula, bekam lintah dapat mengurangkan kesakitan akibat senggugut, mengurangkan resdung dan melegakan sakit kepala akibat migrain.

"Kaedah ini turut digunakan untuk membuang angin di dalam badan. Sewaktu berbekam, lintah tersebut turut menghisap angin, dan selepas selesai berbekam, oksigen dalam badan dapat ditingkatkan," jelas Syahrul Nizam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 12:43 PM | Show all posts
eee...geli gak..
tapi kalo berkesan tuk buang darah koto..
nk cuba gak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2008 09:15 PM | Show all posts
kat ne leh bt rawatan nih???nk cube..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2008 10:22 AM | Show all posts


Ubati resdung guna lintah kerbau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2008 10:28 AM | Show all posts

Reply #7 p0ket's post

1.  Bagi bakal pengantin yang mahu mencuba kaedah ini, bolehlah menghubungi JelitaSari Spa & Beaute untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut di talian 03-55195031 atau AZR Agro Centre di talian 0331803994.



2.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat : 03-31803994/ 03-31803995/ 03-31803996
En Naza : 012-2204795
Puan Nurul : 012-2232436


antara-antaranya la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2008 10:29 AM | Show all posts
Atasi senggugut guna lintah




SENGGUGUT atau premenstrual dysphoric disorder/dysmenorhoea merupakan sakit yang timbul ketika kedatangan haid. Senggugut boleh dibahagikan pada dua jenis, iaitu senggugut primer dan senggugut kedua.

Senggugut primer disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh tubuh yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Ia biasanya berlaku pada wanita yang belum berkahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Senggugut kedua pula disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku perdarahan dalam perut atau jangkitan kronik. Senggugut ini kebiasaannya dialami seseorang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang tempoh pendarahan haid.

Selain mengalami sakit perut, penghidap senggugut juga akan mendapat sakit kepala, badan berasa seram sejuk, tidak lalu makan dan bagi yang kronik akan disertai dengan muntah atau cirit-birit.

Bagi penghidap senggugut, kedatangan haid boleh menyebabkan fobia atau ketakutan kerana terpaksa menderita lagi akibat sakit perut yang keterlaluan.

Masalah senggugut boleh dirawat atau dikurangkan menggunakan kaedah tradisional. Salah satu di antara kaedah alternatif yang popular pada masa kini ialah dengan menggunakan lintah sebagaimana diperkenalkan oleh Jelitasari Spa & Beaute.

Bekam lintah antara yang disediakan bagi pakej rawatan senggugut yang turut mengandungi bertangas dan urutan refleksologi.

Melalui rawatan ini, selepas bertangas kaki pelanggan akan diurut refleksologi selama setengah jam menggunakan keratan rotan yang ditekan pada poin-poin tertentu bagi melancarkan sistem saraf tubuh.

Seterusnya, beberapa ekor lintah akan dilepaskan pada permukaan kulit yang telah disapu dengan alkohol. Lintah akan 慴ertugas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 08:51 PM | Show all posts
cecco tak penah dtg senggugut..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 09:58 AM | Show all posts
[quote]揕intah digunakan sekali saja untuk setiap orang dan apabila sudah digunakan, kita asingkan, dalam tempoh dua atau tiga minggu, ia mati dengan sendiri,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2008 10:19 AM | Show all posts

Reply #12 switnesz's post

kitaran alam..hehhe

kalau banyak sangat nanti, susah laks kita nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 09:55 AM | Show all posts
Bekam lintah untuk pengantin



SPESIES lintah dari Eropah ini hanya digunakan sekali sahaja dalam rawatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2009 04:08 PM | Show all posts
Darah penagih umpan lintah



BEGINI...Din menunjukkan taktik Mat Gian menangkap lintah.

KOTA BHARU: Sebelum ini, mereka giat mencuri kabel telefon, namun kini, golongan Mat Gian sekitar negeri ini dikesan mempunyai taktik terbaru mencari modal membeli dadah dengan menjadikan kedua kaki mereka sebagai umpan menangkap lintah sebelum dijual kepada pemborong.

Difahamkan, kumpulan penagih dadah itu mampu menangkap haiwan yang semakin popular dan mendapat permintaan tinggi di kalangan pemborong antara dua hingga tiga kilogram sehari bergantung kepada keadaan air sawah.

Namun, rezeki mereka semakin melimpah kebelakangan ini apabila mampu meraih keuntungan lumayan berikutan musim tengkujuh yang melanda beberapa daerah di negeri itu apabila banyak kawasan sawah dilimpahi air.

Dengan keuntungan itu, mereka akan membeli bekalan dadah untuk kegunaan sendiri termasuk pil kuda, ganja, ubat batuk dan heroin bagi tempoh sebulan tanpa perlu melakukan kegiatan jenayah lain seperti pecah rumah, ragut atau samun.


Malah, ada antara penagih terbabit sanggup menunggu berjam-jam lama dengan harapan mendapat hasil lumayan menggunakan kedua kaki mereka sebagai umpan untuk menangkap lintah.

Difahamkan, semua lintah yang ditangkap dijual kepada pemborong di sekitar Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Mas pada harga antara RM2 hingga RM3 seekor bergantung kepada saiz.

Seorang penagih dikenali sebagai Din, 18, ketika ditemui berkata, 慽dea

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 09:59 PM | Show all posts

Reply #15 Syd's post

erkk!! mat2 gian ni ade je ideanye semata-mata nak lepas gian mereka tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2009 01:25 AM | Show all posts

Balas #16 ati1402\ catat

rasanya lepas nih

mesti tjejas kan

perniagaan orang guna lintah

memacam laaaa dorang nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 10:23 AM | Show all posts

Reply #17 Syd's post

ha'ah laa...dah bekas lintah isap darah penagih
seb bek laa lintah tu bkn utk makanan..isk lau tak! bengkrap kot perniagaan lintah ni

lau psl rawatan tu kan..mcm menarik jek ek..
rasanya kne gigit lintah ni x sakit..
utk rawatan lau elok pe salahnye cube yg nature-based gini kan
sbb mostly skg ni pakai chemical jek (eventho botani,natural,herbal bla3 kekdahnye!)
still unnatural laa sbb still produk yg diproses kan..
so lau rawatan lintah ni mmg pure ah! nak cube lah nnt ble jmpe tmpt..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 03:13 PM | Show all posts
ak dgr nm pun dh geli......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2009 11:59 AM | Show all posts
Bekam guna lintah
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my



Memulakan proses berbekam.

Pada mulanya menternak, kini Arjuna kembangkan ilmu kepada kaedah perubatan, urutan tradisional

USIANYA masih muda, perjalanan hidupnya masih jauh, tetapi cintanya pada kampung membawa kepada perniagaan berasaskan produk tradisi yang menjadikan kebanggaan diri dan masyarakat.

Berasaskan kepada penternakan lintah yang diusahakan secara bersama melalui syarikat Kubi Enterprise membuatkan Arjuna Raja Ahmad, 29, sentiasa dahagakan ilmu, mencari sesuatu yang baru untuk dipelajari.

Bermula daripada menternak lintah di dalam 15 bekas tangki yang memuatkan lebih 20,000 ekor lintah, kini Arjuna mengembangkan ilmunya kepada perubatan tradisional iaitu berbekam menggunakan lintah yang dipeliharanya.

Baginya, sesuatu ilmu jika dikongsi, dikembangkan ia akan menjadi lebih berkat, lebih berkesan kerana kerap dipraktikkan. Konsep itulah yang diamalkan dalam perniagaannya, mencuba sesuatu yang baru berasaskan produk sedia ada.

"Memang seronok mencuba sesuatu yang baru, kerana ia melalui proses pengamatan, penelitian dan perkembangan minda. Setiap hari saya menghabiskan masa bersama lintah, mengkaji habitat hidup, melihat bagaimana ia membesar.


Lintah menghisap darah di kawasan yang ditandakan.

"Daripada pengamatan itu, saya lakukan apa yang difikirkan sesuai untuk membiakkan lintah dengan cepat. Syukur, semua lintah di dalam tangki membiak dengan baik sebab ada rakan lain yang menghadapi masalah," katanya.

Selain mengusahakan ternakan lintah di Bandar Putra Perdana, Puchong, Selangor sejak setahun lalu, Arjuna juga menjalankan aktiviti ternakan ayam kampung yang kini masih di peringkat awal dan memerlukan banyak pelaburan.

Anak muda masih bujang ini juga mahir dalam bidang urutan tradisional, termasuk menggunakan lintah untuk berbekam yang dijalankan di rumahnya.

Mengulas lanjut proses pembiakan lintah yang diternaknya, Arjuna menjelaskan, lintah peliharaannya diberi makanan sejenis lumut bertujuan membersihkan sistem penghadaman lintah kerana haiwan yang sama akan digunakan untuk perubatan berbekam.
Arjuna Raja Ahmad

"Kebiasaannya lintah akan makanan berdarah, jadi kami berikan belut dan ikan belacak. Kedua-duanya berkhasiat dan berguna dalam perubatan. Jika lintah menghisap darah ikan itu, sudah pasti kandungan darahnya akan bercampur kandungan khasiat berkenaan.

"Lumut itu pula akan membersihkan lintah, jadi gabungan semua elemen itu akan membantu menghasilkan lintah hidup berkualiti," katanya.

Lintah dewasa yang panjangnya kira-kira sejengkal akan dipilih untuk berbekam kerana ia mampu menghisap darah lebih banyak. Lintah yang sudah digunakan untuk berbekam akan diasingkan di tangki khas dan dibiarkan di situ sehingga kembali ke saiz normal dan bertelur.

Ketika aktiviti berbekam dijalankan, Arjuna menggunakan teknik yang sama digunakan pengamal perubatan lain iaitu menggunakan bekas khas untuk menyedut udara. Sebaik saja bekas plastik itu dikeluarkan, lintah akan diletakkan di tapak berkenaan untuk menghisap darah.

"Proses ini mengambil masa kira-kira dua jam. Lintah akan berhenti menghisap dan jatuh sendiri sebab terlalu kenyang menghisap darah kotor. Ada kes lintah menghisap darah sampai mati.

"Menariknya, lintah tidak akan menghisap darah pesakit Aids. Walaupun kita paksa dengan meletakkan lintah di tapak yang disediakan, lintah itu tidak akan menghisap darah. Itulah istimewanya makhluk Tuhan ini," katanya.

Katanya, lintah yang digunakan untuk berbekam akan diasingkan sehingga dua bulan sebelum dibiarkan bertelur dan kembali ke saiz asal. Lintah itu akan digunakan untuk menghasilkan minyak lintah tradisional khasnya bagi tujuan urutan batin serta masalah luka luaran.

Kini, beliau juga turut menghasilkan minyak lintah yang dihasilkan dengan ramuan campuran termasuk minyak kelapa dara, lada hitam, biji sawi, yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM130 sebotol mengikut dua saiz botol yang disediakan.

Minyak lintah yang dihasilkan itu akan diproses selama 40 hari termasuk ditapa sebelum diisi ke dalam botol.

Syarikat Kubi turut memperkenalkan sistem pawah iaitu ahli baru yang tidak mempunyai asas dalam bidang itu tetapi berminat untuk menjalankan penternakan lintah. Mereka cuma perlu mengeluarkan modal manakala urusan penjagaan, pemasaran dijalankan syarikat.

PROFIL: Arjuna Raja Ahmad
Umur: 29
Asal: Mersing, Johor
Adik beradik: 5 orang (anak ketiga)
Pendidikan:
# Sekolah Kebangsaan Sri Mersing, Johor
# Sekolah Menengah Sri Mersing, Johor
# Sekolah Menengah Teknik Seri Pelindung, Kuantan, Pahang (Pengurusan Perniagaan)
# Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, Kedah (bidang automotif)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064652 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list