View: 3667|Reply: 25
|
Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut!!
[Copy link]
|
|
just 2 share...sape yg tau pasal ni, boleh lah update whether betul ke tak ni...
Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.
Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.
New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.
Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.
Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.
Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.
[table][tr][td]
DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.
Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.
Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ?apuh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah keje ngadap komputer.... nak wat camne... |
|
|
|
|
|
|
|
ngeri gila
dah la aku keja duduk dpn com je tiap2 ari...
x kan nak tukar keja kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 kehcik_evil's post
tak payahlah sampai nak tukar kerja. sejam sekali, bangun dan jauhkan mata dari skrin monitor selama 2 minit pun dah ok |
|
|
|
|
|
|
|
nakot je ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo orang yang dah memang lekat ngan pc/laptop..
cube kalo tak dapat pc/laptop dalam sehari..boleh dok diam tak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 orang_letrik's post
test me |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 orang_letrik's post
boleh membawa maut tau. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu takleh duduk lebih dari 30minit atas kerusi. kena bangun, strecth anggota badan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 bzzts's post
aku tak kisah mati di depan komputer aku. mati masa tgh buat apa yg kita suka takpe. no regrets. The world is cruel. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 cluesan's post
kalo mati tengah buang virus... cemana... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 bzzts's post
virus yg mana tu? virus ada banyak.... heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 cluesan's post
any virus la. kot2 tengah bengang sbb virus, tetiba ke kaput...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku takkan mati selagi virus tu belum dihapuskan. yosshhaaa... let's see who falls first. |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke ni.....kiranya saya ni berisiko tinggi la coz tiap2 ari duk 8 jam depan com. |
|
|
|
|
|
|
|
mati kerana komputer...
agak bermaruah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 inspiron4545's post
arghh another work hazards |
|
|
|
|
|
|
|
erk....kene la wat exercise sket2 kot selang beberapa jam..
hurm...tp kdg2 xseda da ddk lame kt dpn pc...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|