CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14492|Reply: 52

Isteri terlanjur dalam dilema

[Copy link]
Post time 28-8-2008 10:22 PM | Show all posts |Read mode
SOALAN

SAYA sudah berkahwin, ada dua anak dan berpendapatan tetap. Rumah tangga saya bahagia hinggalah suami berhenti kerja (akibat penstrukturan semula syarikat). Sejak itu dia kerap bertukar kerja dengan alasan tidak sesuai dengan jiwanya.


Kemudian dia mendapat pekerjaan mengikut syif (dua minggu siang dan dua minggu malam) dengan pendapatan yang jauh lebih rendah daripada kerja dulu.

Ketika ini kami banyak bertengkar, terutama apabila membabitkan soal kewangan dan masa. Dia lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja dan kurang peduli soal kami anak beranak.

Pada masa sama, saya bertemu semula bekas teman lelaki yang berpindah ke cawangan tempat saya bekerja. Kepada dialah saya meluahkan masalah. Kami menjadi rapat semula dan pernah terlanjur beberapa kali.

Kini saya insaf dan benar-benar takut. Saya tidak mahu bercerai kerana bekas teman lelaki sudah mendirikan rumah tangga. Saya tidak tahu apa harus dilakukan.

Adakah saya perlu memberitahu suami dan meminta ampun daripadanya atau terus merahsiakan perkara ini demi kesejahteraan rumah tangga kami. Apa pandangan Datuk?

LIN
Johor Bahru


JAWAPAN

Sepatutnya apabila menghadapi masalah, kita selesaikan masalah dan bukan menambahnya. Dalam keadaan pekerjaan yang tidak menentu dan gaji sedikit, pasti suami puan dalam keadaan tertekan.

Sebagai isteri, puan sewajarnya memberi sokongan dan kekuatan kepadanya untuk mengatasi keadaan ini.

Malangnya puan mengambil jalan singkat dengan menjalin hubungan terlarang dalam agama. Tiada jalan lain melainkan bertaubat pada Allah atas keterlanjuran itu.

Soal memaklumkan pada suami atau ditangguhkan dulu, puan harus pertimbangkan dengan masak supaya tidak mengeruhkan hubungan sedia ada.

Apabila seseorang berbuat dosa, Islam mengajar kita supaya bertaubat dan membanyakkan berbuat kebajikan supaya dosa yang dilakukan dapat dihapuskan dengan kebajikan.
http://www.hmetro.com.my/Current ... Article/indexp_html

............................................................................................

Mengapa isteri masa kini bersikap demikian????
dah ada 2 anak....salahkan suami .....ambil kesempatan...

Dunia nak kiamat atau kiamat dah nak tamatkan dunia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2008 10:32 PM | Show all posts

Reply #1 saatcham's post

skrg nie byk sgt kes isteri curang dah jadi mcm thrend plak.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2008 10:47 PM | Show all posts
mmg byk kes isteri curang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2008 11:49 PM | Show all posts
ni isteri yg tak cukup ilmu berumahtangga....dh tak kenal dosa n pahala.......cam i la jadinya....hisshhh hisshh cam nerr lerr lehh sampai terlanjur dgn org lain...hhhmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 01:47 AM | Show all posts
jangan buka hati pada kejahatan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 03:43 AM | Show all posts

Reply #3 juju_amin84's post

nak buat camne..

wanita..mengikut "rentak" si lelaki..
kalau tak, dlm quran takkan tulis.."dan lelaki itu, pemimpin bg wanita"

kalau dh lelaki pun RAMAI yg tak btol..
mcmne la yg dipimpin pun nk jadi btol.., kan?

mcm ketam nk ajar anak ke depan..
tp diri sendiri jalan tak betol..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2008 04:43 AM | Show all posts
dunia mmg dh nk kiamat...tp bile je kite tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 10:08 AM | Show all posts
kat mana diorang buat projek? dlm ofis?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2008 11:01 AM | Show all posts
kdg2 pelik rrr...cemane senang2 jer leh buat projek....
suami orang dgn isteri orang pulak tu...

semuga dijauhkan pada diri dan keturunanku...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 11:21 AM | Show all posts
kesian laki dia.. keje kat opis mengharapkan bini kat umah jaga anak.. sekali rupanya bini dia wat anak ngan org lain..

pempuan camni patut diceraikan je..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 03:17 PM | Show all posts
manusia sekarang dah x ingat dosa.
ingat nak seronok jer.pas tu br nyesal.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 03:21 PM | Show all posts
alahaii..tak mo bercerai pasal bf dah berumahtangga. dah tu kalo bf tu solo, nak bercerai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 03:22 PM | Show all posts
pelik2....klu sekali terlanjur ....ye le 'ter'....tapi kalau dah berkali tu...x de nye 'ter' tu:@
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 03:26 PM | Show all posts
Originally posted by saatcham at 28-8-2008 10:22 PM
SOALAN

SAYA sudah berkahwin, ada dua anak dan berpendapatan tetap. Rumah tangga saya bahagia hinggalah suami berhenti kerja (akibat penstrukturan semula syarikat). Sejak itu dia kerap bertukar ...


Nih nak kena tanya pengalaman suami2 kan sini yang perkataan terlanjur dah jadik sinonim ngan dirinya......Cara yang digunakan untuk terus tidak berasa salah(dilema) dalam diri dan bagaimana dapat hidup terus terusan menipu isteri dirumah selama ini.........
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 03:28 PM | Show all posts
Originally posted by noqiz at 29-8-2008 03:22 PM
pelik2....klu sekali terlanjur ....ye le 'ter'....tapi kalau dah berkali tu...x de nye 'ter' tu:@


Kalau dah selalu selalu tu namanya selanjur lah kan??????
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 03:29 PM | Show all posts
Originally posted by Nash^Roy at 29-8-2008 11:21 AM
kesian laki dia.. keje kat opis mengharapkan bini kat umah jaga anak.. sekali rupanya bini dia wat anak ngan org lain..

pempuan camni patut diceraikan je..


laki berzina... patut difasakh kan ke tidak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2008 03:32 PM | Show all posts
:@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by afja at 29-8-2008 03:29 PM


laki berzina... patut difasakh kan ke tidak?


Kalau yang dah tahu senang jugak nak buat keputusan...nih yang hidup dah makan bertahun tahun kena tipu hidup2 ngan suami camna????? Suami dah berzina kat luar balik dah lah tak mandi, terus mengaauli isteri pulak........ada isteri2 camni afja bukan takdok......
Tu yang kekadang dapat anak muka separuh ikut muka suami lagi separuh tak ikut muka isteri......

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 03:43 PM | Show all posts
Isteri yang terlanjur tidak perlu rasa dalam keadaan dilema kalau setakat dengan suami sedangkan dgn TUHAN sendiri dia tak takut........

Suami nih sonang jer....si isiteri  hanya perlu kasi tahu sisuami jer apa yang perlu dia tahu tentang boyfpendnya(bab yang dah terlanjur tu simpanlah).....lagi pun bagi isteri yang selama ini telah banyak berjasa pada suami yang berhutang jasa pada isteri...ya lah yang dah banyak membantu mencari nafkah buat keluarga....biasanya somi dorang nih ok jer.......bukan dia tahu pun bezanya bila dah bersatu ngan isteri(yang telah dikongsi oleh jantan lain diluar) kan??????
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 04:08 PM | Show all posts
dunia dah terbalik..dulu hangat dengan suami yg curang...sekarang isteri plak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.616688 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list