CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4288|Reply: 28

Bajet 09- Ada apa2 untuk Kereta Moto?

[Copy link]
Post time 29-8-2008 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Bajet Pak Lah dah umum. Sesapa yg pandai baca bajet ni, cerita la kat sini sikit, pasal cukai untuk keta moto. Harga moto ada kurang tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2008 07:29 PM | Show all posts
ini antaranya

Kerajaan cadang potong duti kereta hibrid CBU baru


KUALA LUMPUR: Kerajaan mencadangkan pengecualian duti import sebanyak 100 peratus dan pengecualian dalam duti eksais sebanyak 50 peratus ke atas kereta hibrid baru yang berstatus unit siap dipasang (CBU).

Langkah itu akan membantu mempromosi Malaysia sebagai satu hab serantau bagi kereta hibrid dan bertindak sebagai insentif bagi pengeluar kereta tempatan dan syarikat pemasangan untuk menghasilkan kereta sebegitu di dalam negara.

Dalam Bajet 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini, cadangan itu berkuat kuasa bagi permohonan yang diterima oleh Kementerian Kewangan antara 30 Ogos, 2008 sehingga 31 Disember, 2010.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 07:31 PM | Show all posts
ni lagi...yg 4billion dulu pun tak nampak lagi bayangnya


RM35 bilion bagi menambah baik pengangkutan awam


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membelanjakan RM35 bilion dalam tempoh lima tahun untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam dalam usaha mengatasi kesulitan yang dihadapi pengguna seperti kelewatan, kerosakan dan kekurangan bas serta tren.

Mengumumkan perkara ini semasa membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata jumlah sebanyak itu akan dibelanjakan dalam tempoh 2009 hingga 2014 untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina laluan rel baru, menambah bilangan bas serta menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan, yang baru-baru ini turun padang untuk melihat sendiri keadaan pengangkutan awam di ibu kota, percaya pengangkutan awam yang lebih efisien dan bersepadu amat penting bagi menyediakan kemudahan perjalanan yang lancar serta meningkatkan kekerapan perkhidmatan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 07:33 PM | Show all posts
dan lagiiii....sorry tak pengurangan cukai import terhadap kete n moto...rega tetap sama, naik lagi ada le

Tol dikurangkan 50 peratus bagi bas, cukai jalan dikurang RM20 untuk bas/ teksi
29/08/2008 6:21pm


KUALA LUMPUR 29 Ogos
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 07:49 PM | Show all posts
Bila laaa harga moto buleh kurang. Kasila can untuk mat2 kapcai upgrade moto besau sikit.
Skg kapcai pun dah naik harga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 08:09 PM | Show all posts

Balas #5 apam\ catat



Segala mcm duti yg sbbkan harga SBK sepatutnya diturunkan secara maksima...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2008 08:37 PM | Show all posts

Balas #6 medangmru\ catat

bukan nak expect sampai tarap2 SBK pun. Tapi kasi turunlaa harga moto bawah 250cc, bawah kategori tu macam2 jenis moto kegunaan rakyat marhain. Paling cikai moto yng kalau masuk highway selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 09:06 PM | Show all posts
yg cukai jln bg diesel tu aper citer plak...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2008 10:20 PM | Show all posts

Reply #8 jagung's post

ikut cukai macam petrol..hum..

ambik dari paultan:

PETROL
Engine Capacity (cc)         Current         New
< 1,000         RM30         RM20
1001 - 1200         RM65 to RM80         RM55
1201 - 1400         RM80.10 to RM100         RM70
1401 - 1600         RM100.10 to RM127.50         RM90
1601 - 1800         RM255.35 to RM325         RM200.40 to RM280
1801 - 2000         RM325.35 to RM395         RM280.50 to RM380
2001 - 2500         RM396 to RM895         RM381 to RM880
2501 - 3000         RM897.50 to RM2145         RM882.50 to RM2130
3001 - 5000         RM2149.50 to RM11145         RM2134.50 to RM11130

DIESEL
Engine Capacity (cc)         Current         New
< 1,000         RM30         RM20
1001 - 1200         RM130.30 to RM190         RM130
1201 - 1400         RM190.40 to RM270         RM140
1401 - 1600         RM270.40 to RM380         RM180
1601 - 1800         RM456.84 to RM624         RM400.80 to RM560
1801 - 2000         RM624.84 to RM792         RM561.10 to RM780
2001 - 2500         RM794.40 to RM1992         RM782.20 to RM1880
2501 - 3000         RM1998 to RM4992         RM1886 to RM4880
3001 - 5000         RM5002 to RM26592         RM4890.80 to RM26480

so..bermakna roadtax memang turun utk diesel

logik ler ya..roadtax diesel dulu mahal sebab diesel murah..sekarang harga diesel hampir sama dengan petrol..jadi memang sepatutnya KERAjaan kasi level road tax tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by jagung at 29-8-2008 10:06 PM
yg cukai jln bg diesel tu aper citer plak...?


bas, teksi yg pakai diesel aje dpt potongan...hampeh tul ...RM20 aje.. lagi hampeh

`Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, pemotongan cukai jalan sebanyak RM20 ialah bagi semua bas dan teksi termasuk kereta sewa pandu dan limousin.'
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 10:30 PM | Show all posts

Reply #9 sixfullbar's post

Six...kadar ni telah diumumkan sebelum budget atau baru dibentangkan semasa budget 2009. Rasanya kadar tu adalah revise yg dibuat masa heboh2 org komplen rega minyak naik dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 10:50 PM | Show all posts

Reply #11 zzcbr's post

ups..aku copy paste..yup..data tu tunjuk kadar tahun 2007 punya..tapi rasanya road tax sekarang ikut rate yg tulis new tu

yg aku baca kejap budjet 2009 roadtax diesel kena level dengan petrol..so rate tu patut sama dengan petrol
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 12:41 AM | Show all posts
biler laa msia ni nak ada subway cam kat shibuyaa eki tu agaknyer?
i'm dreamingg kee?  
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 01:28 AM | Show all posts
Potongan Duti Import & Eksais Akan Rangsang Jualan Honda Civic Hybrid
               
                KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Honda Malaysia Sdn Bhd menjangkakanpengecualian duti import 100 peratus dan duti eksais 50 peratus ke ataskenderaan hibrid unit siap dipasang (CBU) yang baru di bawah 2,000ccakan merangsang jualan kereta Civic Hybrid.

Dilancarkan pada Ogos tahun lepas, Honda adalah perintis dansatu-satunya pengeluar kenderaan yang menawarkan kenderaan hibridkepada rakyat Malaysia.

Honda percaya pengecualian itu akan menggalakkan lebih ramai lagirakyat Malaysia memilih teknologi yang bertanggung jawab terhadap alamsekitar yang juga jimat bahan api seperti kereta Civic Hybrid,memandangkan ia bakal mampu dimiliki.

"Kami menjangkakan lebih banyak permintaan terhadap Civic Hybrid dankami bersiap sedia memenuhi jualan yang kian meningkat dan permintaanuntuk perkhidmatan selepas jualan," kata Pengarah Urusan merangkapKetua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd, Atsushi Fujimoto, dalamsatu kenyataan hari ini.

Honda Malaysia akan mengumumkan harga yang disemak semula bagi Civic Hybrid tidak lama lagi.

"Kepentingan untuk mempromosi teknologi terkini yang jimat bahan apidan mengurangkan penggunaan bahan api merupakan satu keperluan diseluruh dunia bagi mengurangkan kecepatan perubahan iklim dan jugamengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil," katanya.

Potongan duti bagi kereta hibrid diimport telah diumumkan dalamBelanjawan 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat hari ini.

-- BERNAMA


harap-harap turun bawah RM120k


harga sekarang RM160k lebih


mod...nak tacang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 07:57 AM | Show all posts
hmn...ada dua kete hybrid bawah 2000cc...honda civic hybrid and toyota prius hybrid...kalu ada yg lain pls add


Comparison of the Civic with the Toyota Prius
Civic Hybrid is frequently compared to the Toyota Prius. The Civic Hybrid has a smaller but more powerful gasoline engine (1.3L 95BHP), versus (1.5L 76BHP) for the Prius. The Civic's electronic assist motor is (20BHP), while the Prius has a significantly more powerful electronic motor, (67BHP). The Prius is credited as having better fuel mileage.


ni lah toyota prius hybrid...pic honda civic tak perlu tepek...semua org dah tahu ropanya



[ Last edited by  zzcbr at 30-8-2008 09:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 08:21 AM | Show all posts
sebelum rushing to the showroom to buy a hybrid car...baca ni dulu  (nota: bukan aku punya review maa..aku copy n paste aje)

Toyota抯 Prius is, famously, a hybrid car. This means it uses an electric motor as well as a petrol engine to get from A to B. In the Prius, both engine and motor are able to drive the front wheels, acting either separately or in concert to get the car moving. In theory, this combination allows the Prius driver to save money and reduce CO2 output, using less fuel for a given journey.


Hybrids can be efficient but this is not a given - fuel saving depends a lot on how and where they are driven, so buyers considering a Prius first need to take a dispassionate look at their motoring habits.

The Prius will offer the most benefit on journeys where there is plenty of speeding up and slowing down, or lots of opportunities for coasting. So if most of your motoring is in a congested city, or on country roads with tight bends, or in hilly country, the Prius will likely do much better than a conventional rival. If the majority of your driving is done at constant speed on the motorway, you might as well buy an ordinary car and not lug around a hybrid抯 heavy batteries.

In our tests, we saw mostly inner-city crawls and medium-pace motorway driving, and achieved an average of 52 miles per gallon. This falls well short of the official combined-cycle figure of 65.7mpg, but is nonetheless at least 20 per cent better than most similarly-sized petrol-powered cars could hope for on the same route. Many diesel cars would equal or beat the Prius抯 CO2 emissions, of course, but in the process would produce much dirtier exhaust gases, which can worsen other environmental problems.

[ Last edited by  zzcbr at 30-8-2008 09:23 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2008 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by zzcbr at 29-8-2008 08:31 PM

RM35 bilion bagi menambah baik pengangkutan awam


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membelanjakan RM35 bilion dalam tempoh lima tahu ...



RM35 billion ni banyak woi... kalu tak ada ketirisan,  yg ini pun boleh dpt




disebabkan ada ketirisan, inilah yg akan kita dpt:@ :@

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 09:35 AM | Show all posts

Reply #17 zzcbr's post

shinkansen ni utk org balik kg...
aku dapat subway utk ulang alik gi kerja dah lerr..
kalau tak, mau 10% dari 24hrs in my life spend on road jerrr.. uwaa uwaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 09:38 AM | Show all posts

Reply #17 zzcbr's post

35 billion..akhirnya dapat transportation apa kat mesia ni

bas express? he he he
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 09:44 AM | Show all posts

Reply #19 sixfullbar's post

org kerajaan ni sure tak reti main game simcity rasanyerr..
perancangan transportation tahap hampeeehh nyiook
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.172913 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list