CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11871|Reply: 19

ex - UTP (Universiti Teknologi Petronas)

[Copy link]
Post time 5-9-2008 12:10 AM | Show all posts |Read mode
UTP Sasar Lahirkan Ramai Lulusan Lepasan Siswazah


PENGAJIAN KELAS PERTAMA... Pengarah Pengajian
Pasca Siswazah UTP, Prof Madya Dr Mohd Noh Karsiti
(kiri) bersama Pengarah Pejabat Perusahaan Penyelidikan,
Prof Madya Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib. Menurut
Dr Mohd Noh, UTP menyediakan kemudahan kelas pertama
dan mendapat kerjasama yang kukuh serta menerima dana
penyelidikan daripada sumber dalaman, kerajaan dan industri.



TRONOH, 2 Sept (Bernama) -- Mengimbas sejarah 10 tahun lalu, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dibangunkan pada 10 Jan 1997 dengan tujuan melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan teknologi, khususnya industri petroleum dan gas.

Dalam jangka waktu yang sama, universiti yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat minyak Malaysia, Petronas ini, menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan industri sehingga graduannya menjadi rebutan syarikat-syarikat lain.

Tempoh sepuluh tahun itu turut digunakan sepenuhnya oleh pihak pengurusan universiti dalam menawarkan program akademik yang sentiasa relevan dengan permintaan industri.

Malah UTP menerima pengiktirafan akreditasi daripada pelbagai agensi di dalam dan luar negara.

Kini, setelah melahirkan ribuan siswazah sarjana muda, tumpuan universiti ini ialah untuk melahirkan lebih ramai siswazah pada peringkat sarjana dan kedoktoran.

PROGRAM LEPASAN IJAZAH

Menurut Pengarah Pengajian Pasca Siswazah UTP, Prof Madya Dr Mohd Noh Karsiti, UTP mula menawarkan program Sarjana Sains pada tahun 1999 dengan kumpulan pertama berjaya menamatkan program sarjana mereka pada tahun 2005. Jumlah itu terus bertambah dari tahun ke tahun dengan penawaran program peringkat kedoktoran.

"Di bawah program yang ditawarkan, UTP menyediakan kemudahan kelas pertama dan mendapat kerjasama yang kukuh serta menerima dana penyelidikan daripada sumber dalaman, kerajaan dan industri," jelas Dr Mohd Noh.

Di bawah program pasca siswazah yang ditawarkan, penyelidik diberikan kebebasan untuk memilih fokus penyelidikan berdasarkan minat mereka selain turut berpeluang bekerjasama secara langsung dengan pihak yang memberi dana penyelidikan.

Selain itu, mereka yang melanjutkan pengajian peringkat sarjana turut berpeluang meraih pengalaman sebagai tutor menerusi program yang dinamakan Skim Bantuan Graduan. Di bawah program ini, yuran pengajian pelajar akan ditanggung oleh pihak universiti dan pelajar juga menerima elaun setiap bulan.

LAHIRKAN PENYELIDIK BERWIBAWA

Dalam usahanya melahirkan penyelidik berwibawa, UTP merangka pelan penyelidikan untuk program pasca siswazahnya pada tahun 2002. Ia bertujuan mengenal pasti bidang industri yang memerlukan kepakaran khusus.

Terdapat sembilan bidang yang dikenalpasti ketika itu sebagai asas kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) di UTP iaitu :

1. Kejuruteraan Reservoir

2. Penerokaan Luar Pesisir

3. Penggunaan dan Rawatan Gas Lapangan Minyak

4. Pembakaran Bahan Api

5. Pembangunan Enjin Baru dan Kawalan

6. Bangunan Pintar

7. Teknologi Kad Pintar

8. Pengoptimuman Sistem

9. Aplikasi Sistem IT Pintar

Pada 2006, pihak universiti dan Petronas melakukan kajian semula berdasarkan bidang-bidang itu bagi tujuan menjadikan ia lebih relevan dan menepati keperluan semasa.

Pengarah Pejabat Perusahaan Penyelidikan, Prof Madya Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata asas itu dimantapkan kepada enam misi fokus penyelidikan dengan tumpuan utama diberi kepada bidang petroleum dan gas:

1. Peningkatan Pemuliharaan Minyak

2. Teknologi Laut Dalam

3. Teknologi Alam Sekitar

4. Teknologi Nano

5. Pengurusan C02

6. Proses Katalis Untuk Minyak dan Petrokimia

"Kebanyakan fokus bidang pengajian adalah bersesuaian dengan permintaan Petronas dan dalam masa yang sama dapat mengukuhkan kepakaran UTP. Malah kebanyakan kajian yang dijalankan turut melibatkan kerjasama dengan universiti di dalam dan luar negara," jelas Dr Mohamed Ibrahim.

Pihaknya turut mendapatkan dana yang bersesuaian dengan penyelidikan yang dijalankan. Antaranya daripada Dana Penyelidikan Petroleum yang diberikan untuk aktiviti penyelidikan utama universiti berkenaan.

UTP turut menerima dana 'Intensification of Research Priority Areas' (IRPA) dan "E-Science" yang digunakan bagi membiayai penyelidikan yang dijalankan penuntut pasca siswazahnya secara kerjasama dengan universiti awam yang lain.

Menurut Dr Mohamed Ibrahim, UTP kini berusaha menawarkan beberapa lagi program pasca siswazah baru untuk tahun depan. Ia merupakan usaha bagi menempatkan universiti berkenaan sebagai universiti penyelidik dengan sasaran 20 peratus penuntutnya terdiri daripada penuntut pasca siswazah menjelang tahun 2010.

"Sehingga kini, kami berjaya mencapai sekitar 50 peratus daripada sasaran itu," kata Dr Mohamed Ibrahim.

KEJAYAAN MEMBANGGAKAN

Tahun 2008 adalah tahun yang membanggakan buat UTP kerana ia menjadi tahun pertama UTP meraikan penuntut pasca siswazah peringkat kedoktoran.

Seramai 73 penuntut pasca siswazah memperolehi ijazah mereka pada Majlis Konvokesyen UTP kali kelapan di Universiti Teknologi Petronas pada 24 Ogos 2008.

Daripada jumlah itu, 36 orang menerima ijazah sarjana menerusi kerja kursus manakala 33 orang menerima ijazah sarjana menerusi penyelidikan dan empat orang menerima ijazah kedoktoran.

Lebih membanggakan, apabila pada majlis konvokesyen kali ini, seorang daripada penerima ijazah kedoktoran iaitu Ir. Dr Chan Tuck Leong telah memperoleh ketiga-tiga ijazahnya di universiti ini.

Dr Chan yang kini bertugas sebagai Ketua Unit Teknologi Gas, Bahagian Urusniaga Gas, Petronas memperoleh ijazah pertamanya dalam bidang Kejuruteraan Kimia pada tahun 2001.

Beliau kemudian menyambung pengajiannya di peringkat sarjana dan memperoleh Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan Kimia pada tahun 2004 dan berjaya mendapatkan ijazah kedoktorannya dalam bidang yang sama tahun ini.

Menurut Dr Mohd Noh, kejayaan Dr Chan adalah suatu pencapaian yang amat membanggakan kerana tesisnya yang bertajuk Inherent Safety Intervention Framework, merupakan sebuah penyelidikan terulung di dalam bidang keselamatan loji pemprosesan.

"Pendekatan yang diambil beliau ialah menggabungkan sekali gus aspek keselamatan dan reka bentuk loji dan ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana penyelidik sebelum ini,"jelas Dr Mohd Noh.

Selain Dr Chan, tiga lagi penerima ijazah kedoktoran ialah Dr Syed Baharom Syed Osman dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Dr Muhammad Nadeem serta Dr Farooq Ahmad dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Dr Syed Baharom Syed Osman merupakan pensyarah program Kejuruteraan Awam yang meneruskan pengajiannya di bawah Program Pembangunan Kakitangan.

Dr Mohd Noh berkata kejayaan yang membanggakan ini diharapkan akan menjadi contoh dan pembakar semangat buat seluruh warga UTP yang sedang atau telah menamatkan pengajian mereka di universiti ini.

"Untuk menjadi lebih kompetitif di dalam bidang pekerjaan masing-masing, bidang kejuruteraan ini memerlukan lebih ramai pakar dan kami berharap mereka akan dapat mencari masa untuk menyambung pengajian dalam usaha mempertingkatkan ilmu.

"Selain fokus terhadap penyelidikan dan pembangunan, ia dapat memastikan ilmu yang diperoleh lebih relevan pada masa hadapan," katanya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ada few kawan saya graduated from UTP - depa kerja dengan petronas  sekarang...
ada ke forum members kat sini  ex UTP... -  hows the University..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2008 12:54 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

me x-utp.. grad 2004.. time tuh some facilities gune USM nye.. but now.. campus baru, cantik gak la..
bnyk facilities..
dexa..what do u mean by 'hows the university?" in termof quality? or the environment?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 01:06 AM | Show all posts
aku masuk utp tahun 2002...habis 2006..amik IT...memang ler kalau dari bidang engineering utp mmg bagus sbb die ade kemampuan untuk menyediakan semua facilities canggih2...bangunan pun cantik..kelas pun cantik..village2 pun ok..masih lagi gune bangunan2 usm.tp byk untuk budak foundation la skang ni..haha..
blaja sume dlm english..tak semestinye ko skoler petronas atau ko budak utp ko akan konfem keje petronas..heheh..ade ape lagi soalan..??

downloading mmg superb.sume murah hati suke share2..tapi dlm my final years hanya boleh share file intra village je...dh tak bole sukahati send ke village lain..itms die ngek sikit la..heheh..

course kat utp tuh takdelah byk untuk degree..mase aku dulu ade 6 course je..skang ni dh bertambah kot..maklumlah utp masih baru..so structure byk tuka la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2008 03:44 AM | Show all posts
Originally posted by fadhil at 5-9-2008 12:54 AM
me x-utp.. grad 2004.. time tuh some facilities gune USM nye.. but now.. campus baru, cantik gak la..
bnyk facilities..
dexa..what do u mean by 'hows the university?" in termof quality? or the ...



overall -
in term of quality and environment -

wud be interesting to know i reckon -

ada cerita sedih pula -
sebab last month - one of the students
my sister's ex student - meninggal
sakit barah tulang...
muda  baru 19 kalau tak silap -
an excellent student -- in 2 months found out about the cancer
kat lutut dia...   meninggal -

anyway - boleh la fadhil cerita sikit hows the life there?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 11:08 AM | Show all posts
utp best.. ley download mcm2.. haha.. building cantik2.. lecturer pon bley la.. ader yg ngam ader yg kerek2 sket.. plg aku ske ana bathacharya(mcm nie ke eja nama die?) die aja PCS - prof comm skill. relek je g kelas die.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 11:10 AM | Show all posts
err... bukan dh pernah ader ke thread ni.. ex-UTP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2008 12:04 PM | Show all posts
hehehe lecturer pcs tuh kan..die mmg bes..puan noni pun bes..lecturer general studies mcm lagi bes je hehehehe mcm ustaz ngan dok mat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 10:55 PM | Show all posts
sy produk utp.. tp to be a teacher..   facilities superb la jgk.. suke sgt ngan dome tu.. sbb utp dkt tronoh.. kurng sket la outing sampai dinihari.. korng2 yg ex-utp ni.. ingt lg tk ngan abg sapai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2008 11:18 PM | Show all posts
hahaha sapai...guard tuh kannnn? tak silap aku la.. femes among budak2 laki la tak silap aku...mmm makan kat kedai ali ingat tak? heheh jadi cikgu ko.cite2 aku tu....gud lak k..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 12:26 AM | Show all posts
ha la.. pakgad femes.. kot ade anugerah mesti dia mng.. aku n the gang mmg anti gile ngan sapai.. penah dia saman kitorng sbb kitorng overtake moto dia kat lam utp.. dia bwk 20km/j je.. muto kemain la bsr lagak cam polis trafik.. dia bengkek tgk kitorng gelak2 time overtake dia rase nye..
kedai ali yg mane satu dh.. br 2 thn aku grad dh tk ingat dh.. kedai kayu dpn utp tu ke..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 01:22 PM | Show all posts
aku pun grad utp tahun 2004..hehehe...
fadhil, ko batch mane?
ni fadhil IT ke?
aku batch JAN2000
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 03:12 PM | Show all posts
Originally posted by ReksakseHuduh23 at 6-9-2008 12:26 AM
ha la.. pakgad femes.. kot ade anugerah mesti dia mng.. aku n the gang mmg anti gile ngan sapai.. penah dia saman kitorng sbb kitorng overtake moto dia kat lam utp.. dia bwk 20km/j je.. muto kema ...



uik...kedai pak ali la..kedai nasi campur femes tuh...heheh v3 atau v4...dulu v4...mase aku balik prektikel die kat v3 plak...mkn western kat v3 pun bes gak..mmm zmn universiti mmg bes...balik kelas je layan series la muvie la...kire zaman2 paling up to date pasal muvies ngan series....heheh syok..kurang suke mgmt utp je la kot..lembab skek...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 03:50 PM | Show all posts
adik aku sorang belajar kat utp.. ambik kos mechanical engg.. masuk tahun jan 2004 under scholar petronas... tahun 2006 dia ditawarkan tukar kos ambik kos petroleum engg di perth university..

dia terima. so berkelana la dia skrg di australia.. kalu duduk kat utp dah grad lama dah.. sbb gi sana n tukar course.. kena la extend setahun.. thn dpn baru leh grad..

aku gi sana.. best jugak. kawasan tak besar mana.. dan seperti kata kat atas.. mmg baisa kalu dia balik cuti dulu. penuh hard disk dia nagn anime.. donwload puas ati..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 05:38 PM | Show all posts

Reply #12 padme226's post

ingat dah.. aku tk suke mkn kedai ali.. byn choice tp tk sedap.. aku ske mkn dkt cafe v1.. ali suke perli kalo kiterng pegi mkn kedai sblh dia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 03:45 AM | Show all posts
Nak Tanya...sape2 tau pasal instep kt terengganu tu?

Macam mana nak mohon ek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 10:42 PM | Show all posts
est grad thn 2004....jan2000 batch...
fadhil nih batch mane erk...

utp dan download ..huhuhu memang sinonim

dulu ade student siap cipta lagu utk pak cik sapai tuh lagik

kedai pak cik ali tuh memang kat v3 jek....tapi ade satu kedai makan goreng2 kat v4 yang best..sedappp....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2008 06:10 PM | Show all posts

Reply #16 estrellas's post

lps tu dia pindah v4.. best pak ali ni sng mintk murah.. tp makanan biasa2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 11:17 PM | Show all posts
kemal pun budak utp gak. Grad 2003. Dah lama tak gi utp. Rindu rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 08:32 AM | Show all posts
wuu...padme ko satu batch ngan aku rupenyer...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 11:14 PM | Show all posts
hahaha..pak ali..kedai paling popular dr dok village lama..

aku ex UTP.batch IT yg cam ampeh..  konvo 2004,abes blaja 2003. geng2 engine semua mostly keja pett..

tringin nak masuk utp yg makin cun.tp ntah bilaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.095691 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list