CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aprilsnow

[Penulis] Sesi Bersama Penulis : Anita Aruszi/Mazni Aznita

[Copy link]
Post time 1-7-2011 02:23 PM | Show all posts
masa jenjalan kt blog kak nita, ternampak berita gumbira...
sayangku casper nak dibukukan

   

credit : blog kak nita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2011 11:54 AM | Show all posts
buku terbaru anita aruszi



Sayangku Casper
MAZNI AZNITA
RM 25.90

ISBN: 978-967-0184-96-8
~624 hlm

Sinopsis:

Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya.

Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2011 02:19 PM | Show all posts

ANITA ARUSZI/MAZNI AZNITA

Post Last Edit by arrnita at 1-9-2011 14:30

Makluman : Sesiapa yang mahu membeli novel saya bertajuk Dedalu Di Hati, boleh email ke arr_nita@yahoo.com kerana stok baru telah sampai. Salam Aidilfitri..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2011 02:16 PM | Show all posts
3.5 bintang untuk sayangku casper
edisi susah nak letak bagi aku...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 10:07 PM | Show all posts
dah beli sayangku casper tapi belum baca lagi..
skarang ni tengah cari rembulan berdarah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2011 10:31 AM | Show all posts
Reply 665# willy_wonka

Willy..
RB tu order online ajer ngan KN...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2012 11:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by arrnita at 24-4-2012 23:35

Dapatkan di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012 bermula 27 April 2012


[img]   

TERBARU!!
terbitan : buku prima
harga : RM25.90
m/s : 700

SINOPSIS VENOM SURIA
        Suria seorang wartawan yang periang dan berdedikasi. Dibesarkan oleh ayah tanpa ibu di sisi menjadikan dia berani dan sentiasa yakin dengan dirinya. Sebuah kes luarbiasa yang berlaku di ibukota membuatkan dia obses mahu merungkai misteri di sebalik kes tersebut. Namun semua ini menemukan dia dengan dua lelaki berbeza watak dan takdir.
        Izwan, seorang anggota polis yang bersifat panas baran dan tegas. Kecewa dengan kematian isterinya membuatkan dia lelaki yang penuh dengan prasangka dan dendam yang membuak-buak. Namun pertemuannya dengan Suria, membuatkan lagaknya terkalahkan. Dia hilang suara setiap kali bertingkah kata dengan gadis yang sentiasa mahu menang itu.
Nazrul Aliff seorang yang sentiasa tenang, tetapi murah dengan senyuman. Tetapi tidak ada sesiapa yang menyangka hidupnya lebih rumit dari rupanya. Hidup sebagai lelaki terpilih menjadikan dia derita dalam diam. Lagi-lagi tugas yang harus dipikul memaksa dia menjadi pembunuh. Tapi mampukah dia? Lagi-lagi yang harus dibunuh kini sudah melekat di hati memarakkan cinta yang kian dalam.
Ketiga-tiganya bertemu, hanya untuk membuka sebuah lembaran kisah zaman berzaman. Kisah sumpahan dua keluarga tetapi berlainan rentak. Kisah ini harus diakhiri sebelum membuka kisah baru. Tapi apakah cinta mampu mengalahkan kejahatan? Atau jiwa akan luluh ditelan kegelapan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 02:29 PM | Show all posts
yess...buku baru...x sabar nk beli..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2012 03:04 PM | Show all posts
ya Rory..ini buku terbaru dr k nita..bergenre thriller + misteri + cinta..dan ada elemen elemen supernatural mcm  drama supernatural tu jugak..haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 06:52 PM | Show all posts
Reply 669# arrnita

akak ada kt pesta buku hari apa?
kot2 masa saya pergi akak ada, boleh minta tanda tangan sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 09:43 PM | Show all posts
mijot,

k nita bertugas hari sabtu 28 april di booth Karangkraf di TDI (Tun Dr Ismail)..rasanya tak jumpa kiita kut..k nita terbc tadi mijot nak buat gath 29 kan..haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 11:32 PM | Show all posts
Salam Nita...akhirnya ketemu jua penulis dari negeri penyu ini ya...

Dah selamat katam dah venom suria. Pada yg minat cite RAM...mmg gerenti boleh masyuk cite ni....mmg best.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 10:54 AM | Show all posts
Reply 672# kaypo

oo dah khatam ya venom suria..terima kasih..
    ya..samalah kita kaypo..rasanya ini kali pertama kita jumpa kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 09:46 PM | Show all posts
Reply  kaypo

oo dah khatam ya venom suria..terima kasih..
    ya..samalah kita kaypo..rasanya i ...
arrnita Post at 30-4-2012 10:54


jumpa dalam ni dah selalu...kat luar tu la baru pertama kali bercakap...walaupun tahun tahun sebelum ni..pernah tgk nita...tapi dari jauh ler..segan nak tegur....ni pun sebab amik pesanan org..kalo tak..mmg tgk dari jauh lagi la tahun ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 12:22 AM | Show all posts
haha...nak segan apanya? yalah..kita ni penulis biasa2 sahaja..haha..sbb ambil pesaan utk Yan..klu tak mesti smpi tahun 2020 pun tgk dr jauh jgak kita ni ya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 04:00 PM | Show all posts
haha...nak segan apanya? yalah..kita ni penulis biasa2 sahaja..haha..sbb ambil pesaan utk Yan..klu t ...
arrnita Post at 9-5-2012 00:22


nita...tau tak per...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2012 09:01 PM | Show all posts
dah abes baca venom suria (VS)..
apa yang boleh diperkatakan, VS ni lagi baik daripada kasih arina, karya anita yg dulu..sebab karya VS ni boleh dikatakan hampir 90% berunsurkan melayu. karya kasih arina tu imaginasinya banyak dari citer luar negara...
boleh dikatakan novel ni edisi susah nak letak, memang asik membaca dan ingin tahu pengakhirannya.

kelemahan :
- terlalu banyak watak yang tertere dlm VS, jadi ada beberapa nama tu tak masuk sgt dlm kepala. bila diulang semula nama itu, mulalah terkial2 aku nak ingat balik
- ada sikit benda bukan realiti. ada unsur supernatural/mistik. ini mungkin kelemahan aku bukannya penulis sebab aku tak suka sgt baca yang berunsurkan mistik. tu sebab aku tak boleh baca dwi trilogi bagaikan puteri.
- pengakhiran masa nak bunuh mahira tu terasa terlalu singkat. rasa mcm kejap sangat pertarungan mereka semua dgn mahira..

apa2 pun, VS ni memang enjoy untuk dibaca
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 07:58 PM | Show all posts
dah abes baca venom suria (VS)..
apa yang boleh diperkatakan, VS ni lagi baik daripada kasih arina, ...
mijot Post at 18-5-2012 09:01 PM



berapa bintang mijot?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 08:19 PM | Show all posts
Reply 678# miza86

3 bintang...
seronok gak dibaca walaupun ku rasa belum setara dhn karya RAM dan dhiya zafira...
bagus berbanding karya anita kasihku arina...
kalau suka baca kisah bunuh2 ni, aku boleh sageskan untuk cuba dibaca
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 08:23 PM | Show all posts
Reply  miza86

3 bintang...
seronok gak dibaca walaupun ku rasa belum setara dhn karya RAM dan d ...
mijot Post at 20-5-2012 08:19 PM



miza x berapa gemar jenis bunuh2 dan thriller macam RAM.
So far dr karya Kak Anita, miza pernah baca sayangku casper je dan itu memang best dan masuk dengan jiwa.
Boleh mijot cadangkan mana lagi novel kak anita yang best dan berbaloi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.386881 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list