CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4379|Reply: 13

Hulu Perak

[Copy link]
Post time 19-9-2008 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Hulu Perak terdiri daripada Kroh, Grik, Lawin dan Lenggong. Daerahini dilingkungi oleh Banjaran Titiwangsa di sebelah Timur dan BanjaranBintang di sebelah Barat. Hulu Perak bolehlah dianggap sebagai ibukotaprasejarah negara. Bukti-bukti Arkeologi menunjukkan daerah ini telahdihuni oleh manusia prasejarah sejak 300,000 tahun dahulu. Bukti-buktiArkeologi ditapak-tapak terbuka saperti bukit Jawa, Lawin, Temelongdiikuti oleh Kota Tampan dan Bukit Bunuh mendedahkan penempatan danbengkel membuat alat batu paleolitik yang beradaptasi dipinggir tasekkuno. Kawasan pinggir tasek ini agak sibuk sehinggalah berlakunyaletupan Gunung Berapi Toba. Selain itu terdapat banyak pelindung batuandan gua-gua batukapur yang telah dihuni oleh masyarakat pemburu danpengumpul pada akhir Plestosene dan awal Holocene.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2008 11:30 AM | Show all posts
Hulu Perak mendedahkan antara bukti pembentukan bumi yang terbaik dan paling menarik di negara ini, dari yang tertua hinggalah yang termuda yang terdiri dari komposisi batuan Paleozoik, Mesozoik, Kainozoik dan Aluvium baru. Berdasarkan kajian geologi pembentukan bumi Hulu Perak telah bermula sekitar 350 juta tahun dahulu. Batuan Paleozoik di Hulu Perak diwakili oleh batuan Formasi Baling yang terdiri daripada jenis berpasir, berkapur, berlodak dan piroklas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 11:30 AM | Show all posts
Pada masa Mesozoik, iaitu sekitar 200 juta tahun dahulu telahberlaku rejahan batuan granit yang kini membentuk Banjaran Besar danBanjaran Bintang. Ini adalah dua jasad granit yang terdapat di HuluPerak. Pada masa Kainozoik, iaitu sekitar 3 hingga 2 juta tahun dahulupula berlaku endapan Lembangan Lawin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 11:31 AM | Show all posts
Pada sekitar 2 juta tahun dahulu juga bermula endapan kelikirsungai oleh Sungai Perak kuno dan cawangannya. Sekitar 1.74 juta tahundahulu Hulu Perak ditimpa jatuhan meteorit di Bukit Bunuh, Lenggong.Pada sekitar 74,000 tahun dahulu pula, Hulu Perak menerima endapan debugunung berapi Toba, di Sumatera Utara. Bukti-bukti endapan ini bolehditemui di Kota Tampan hinggalah ke Bukit Sapi di Lenggong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 11:34 AM | Show all posts
Hasil kajian Arkeologi menunjukkan bahawa Lembah ini merupakansatu 杝atunya kawasan di Malaysia yang tertua dan boleh dianggap 慖bukota prasejarah Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 11:35 AM | Show all posts
Selain itu Gua-gua batukapur yang terdapat di Lembah Lenggongjuga telah dihuni oleh masyarakat pemburu dan pengumpul nomadik. Merekamenghasilkan alat-alat batu dari batu sungai yang direpihdipermukaannya dan merupakan masyarakat yang telah mempunyaikepercayaan anamisma.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-9-2008 11:37 AM | Show all posts
Bukti penting rangka manusia dikenali sebagai Perak Man telahditemui di Gua Gunung Runtuh Lenggong yang memberi pentarikhan 10,000 150 tahun. Perak man merupakan rangka manusia terlengkap dan in-situserta dikebumikan dengan upacara amal. Ia adalah seorang lelaki berusia42 tahun, tinggi 5 kaki 2 inci, cacat genetik dan dari rasAustrolomelosoid.

Gua Harimau di Lembah Lenggong juga ditemui bukti-buktipengkebumian masyarakat Neolitik-Gangsa berusia 4,000 tahun. Disinitelah ditemui 11 rangka manusia bersama tembikar, beliung bergilap,barang kemas dari cengkerang, kapak dan acuan gangsa yang membuktikanwujudnya teknologi gangsa di Semenanjung.

Semua bukti-bukti ini kini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong, satu-satunya Muzium Prasejarah dinegara ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 11:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2008 10:42 PM | Show all posts
Sejarah juga membuktikan bahawa dulu HULU PERAK dan sebahagian besar lagi bahagian tengah Perak adalah milik negeri REMAN yan g juga meliputi daerah Yala di Selatan Thailand.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2008 06:48 PM | Show all posts

Reply #9 tongkatali's post

Besonye tulisan mung.

[ Last edited by  BeachBoys at 22-9-2008 11:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 08:40 PM | Show all posts

Balas #9 tongkatali\ catat

nape besor bonar font tu?
naik pinau mata haku
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 12:09 PM | Show all posts
dah la besar..merah pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 03:58 AM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 19-9-2008 10:42 PM
Sejarah juga membuktikan bahawa dulu HULU PERAK dan sebahagian besar lagi bahagian tengah Perak adalah milik negeri REMAN yan g juga meliputi daerah Yala di Selatan Thailand.


Aku sedih.. aku pernah sampai daerah Raman ni yg skrg ni dah jadi milik Siam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 07:55 AM | Show all posts

Balas #13 Dunhill.\ catat

eerrr...REMAN kini sebahagiannya milik Thailand iaitu daerah Yala termasuk ibu negerinya KOTA BHARU...sebahagiannya iaitu HULU KELANTAN dan sebahagian lagi ada dalam Perak iaitu HULU PERAK.Ni semua angkara politik pecah dan perintah PENJAJAH INGGERIS dan SIAM...dengan "subahat" pemerintah-pemerintah TEMPATAN.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.336830 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list