View: 2426|Reply: 3
|
adat,petua,agama-satu kesimpulan
[Copy link]
|
|
Adat : Perbuatan /peraturan/hukum yang lazim dilakukan sejak dahulu kala.
Petua : Nasihat /formula yg baik.
Agama : kepercayaan kepada hukum/peraturan TUhan dll.
Ramai orang islam masa kni tidak tahumembezakan mana satu adat,petua atau agama.Kadang-kadang sesuatu perbatan adat dijadikan aalan dalam agama,kononnya tidak menyalahi agama.
Ada pula menganggap adat adalah petua.Ada pula yang beranggapan adat adalah agama.Ada pula yang beranggapan agama menghalalkan adat kerana adat dilakukan oleh orang Melayu yang telah islam beratus tahun.
Petua adalah kajian yang telah dilakukan oelh nenek moyang kita.Sebagai contoh,jika hidung brdarah,mereka mengambil daun sireh yag ditumbuk dan memasukkan dalam hidung.Ini bagi mengurangkan dan memberhentikan pendarahan.
Jadi kajian org2 tua yg mnjadi petua adalah tidak salah.Mereka melakuakn ujikaji dan kajian sebelum ianya dijadikan petua.
Manakala adat ialah tentang kpercayaan.Semua tahu bgsa Melayu sebelum islam adalah beragama Hindu.
Apabila menganut islam,mereka masih mengguna pakai adat istiadat yang telah diamalkan ketika masih hindu kerana beranggapan adat tidak dilarang dalam agama.
Itu adalah kesilapan utama pendirian sebilangan org Melayu.
Dlm agama,byk pendidikan ttg akidah dan kepercayaan.Ini jelas dalam pengajian Tauhid dan sifat2 Allah.APabila seseuatu adat yang memang jelas bercanggah dengan asas agama,mka ia memang salah diamalkan walaupun mereka berpendirian adat tidak salah diamalkan.
Adat,petua dan agama adalah tiga kategori yang berbeza.Jangan mengatakan adat itu agama,atau agama itu adat..
Malah ada tukang lawak mengatakan adat yang dilakukan mendapat pahala padahal adat tersebut bukan sahaja menyalahi agama,malah membawa kepada syirik.
KIta perlu bersyukur menjadi ibu bapa moden di mana kemudahan maklumat dan ilmu dapat dan mudah didapati.Jadi perlu membuat pengkajian dan penambahan pengetahuan agama agar segala perbuatan dan keprcayaan kita adalah selari dengan agama.
Kita doa2kan agar Allah memaafkan nenek moyang kita yang mengamalkan adat yang menyalahi agama kerana mereka hidup dalam serba kekurangan.Bukan sahaja kekurangan harta benda dan ilmu,malah kekurangan bahan2 dan sumber ilmu pengetahuan agama kerana kemudahan terbatas,tidak seperti hari ini.
KIta adalah ibu bapa kepada anak-ank.Jadi kita perlu berusaha agr keluarga kita bukan sahaja bahagia di dunia tetapi juga bahagia di akhirat.
Jangan mengambil remeh soal akidah dan kepercayaan kerana ianya adalah modal besar ketika di padang Mahsyar nanti.
Diceritakan bahawa org2 yang mempercayai kuasa paku,tangkal dan lain-lain apabila dihumbankan dalam neraka,mereka diminta untuk mmanggil segala paku,tangkal yang penah mereka syirikkan di dunia supaya membantu mereka.
Fahami apa itu adat,apa itu petua,apa itu agma.Jika kita memahami betul2 dan ber[pegang dengan ajaran QUran dan unnah,insyaAllah kita bahagia dunia akhirat.
MOga Allah bri hidayah kepada kita semua dan berjaya dunia akhirat.
AMin...........
...............................................................................................
p/S : Seseungguhnya soatku,ibadatku,hidpku,matiku hanya untuk ALlah Tuhan segala alam............. |
|
|
|
|
|
|
|
mmm aku kurang bab percaya petua2 ngn amalan melayu dulu2 nih...
bakpe nk serabut2kan kepala... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 saatcham's post
aku tak tahu pun..org melayu semua asalnya Hindu..?
mana dpt ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|