CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3373|Reply: 24

KITA BACA UNTUK INGATAN BERSAMA .... TAK KIRALAH SUAMI ATAU ISTERI OK ?

[Copy link]
Post time 26-9-2008 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Oleh - Dr. Fadhilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu ,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu.
Jangan
sekali mencaci
mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,

jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda
. Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.

Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja .


16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri,
tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja.
Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan ..


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat ..
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku bila
dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati .
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman

"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,
sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"





Renung-renungkan. ..dan selamat beramal..
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2008 01:35 PM | Show all posts
sapa dulu sinis saya bila saya cakap susah jadi suami ni..haa jawap lerrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 01:59 PM | Show all posts
Banyak betulnya, especially bab merajuk tu...kebanyakkan wifee kena pujuk hati sendiri, demi anak anak
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 02:13 PM | Show all posts
Kekdg haku pujuk jati sendiri bila tgk muka anak bersungguh2 dia peluk haku..kalo kenang ayah dia kim salam..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 02:27 PM | Show all posts
sundri majuk..sundri pujuk laaa...letih laa laki nak pujuk..alaaaaaaaa pokok nyuk tu pun tak bersiram lagik..letih tawww

asik nak di pujukkkkk jek..

oang pompuan ni kalo buleh 24 jam nak di belai..apa? ingat donia berputar sekeliling awak je ke? tu haa..PM lembab cam dolah tuu..nak dibiorkan?

alaa doktor tuu..ntah2 bini dia majuk mak datin tuh..dia dulikkan jek..yerlahh..kene masuk tv nak kasik ceramah..kang miss soru tak dapat beli rantai emas besor rantai basikal..untuk bini gak
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 02:38 PM | Show all posts

Reply #5 ajinomotonosuga's post

bukan pujuk tahap merayu abe aji..pujuk ala2 je pun haku tak kisah...kalo hati haku sakit sgt org pujuk bagai nak rak pun haku buat derk..  isk..payah tau nak paham hati bini ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2008 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by pu3_krizalid at 26-9-2008 02:38 PM
bukan pujuk tahap merayu abe aji..pujuk ala2 je pun haku tak kisah...kalo hati haku sakit sgt org pujuk bagai nak rak pun haku buat derk..  isk..payah tau nak paham hati bini ni...


alaaa cik kakkkk..toksah laaaa terpedaya dengan propaganda drama2 korea kaa industan kaa melayu karat tu kaa okkk?

setakat nyanyi tepi tingkap kaa..duk melutut ala2 jalaluding hassang kaa..eeeeeiii tu seme lakunan jek..bukan realiti pungggg

doktor tuh tenguk drama banyak nau lah

cik kak kire lah masa ..24 jam..tolak keje tolak rehat tidor makan anak hobi jek dah baper jam tinggal nak utamakan bini? tu belum kire bab romen or bab ranjang..masa tu kalo nak manje2..patut pun lerr

saya kasik cik kak satu tip yang doktor tu takkan jumpa dalam buku2 dia lam lemari dia ok?

suami..kalo dapat bini yang dia rasa bini dia cukuppppppppppp FAHAM perangai dia, cara idup dan kemahuan dia..bini cam ni ler dia layan terbaik haaaa..ok? makna nya..bini kene paham duluk..lady first

kendian..samada suami reciprocate or balas budi bini yang faham dia or suami tak balas..isteri tu teguh tetap sabar dan percaya serta tak kisah pembalasan camna pun..unconditional pada kasih sayang ikhlas bini tuh..ahaaa ni recipe camna suami tu last2 akan seperti mana isteri tu mahu..it may take long time but it will be timeless or poreber happy aaaa ok?

ni sesuai dengan konsep pengorbanan isteri or wanita btui apa ok? setiap taun isteri bertarung dengan kematian nak lahirkan anak..so it fits her laa..memang dah nature soang wanita cenggitu.

pendekkata....do not ask what u want from ur husband but ask what u can give to ur husband, only then u shall get everything u want from him. haaaaaa..ilmu ni kompem doktor tu tak leh celen aku
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 03:03 PM | Show all posts
i smell tipikal malay men cr*p attitude somewhere in this trid

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2008 03:09 PM | Show all posts

Reply #7 ajinomotonosuga's post

Abe aji maksudkan pompuan kena jadik ala2 lilin la ni..isk..cam haku apa yg haku dah buat dlm perkahwinan haku try fahami dia sikit2...so skang dah rasi...dia tak suka rambut gugur sepah2..haku cepat2 kutip.byk gak la haku kena buat..penat pun ye sbb benda bukan biasa buat on the spot
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 04:07 PM | Show all posts
Originally posted by mala0n at 26-9-2008 03:03 PM
i smell tipikal malay men cr*p attitude somewhere in this trid



elee.. u ingat u buh avatar omputeh huduh tu u dah western minded yang konon nya romentis dan tender loving caring ker ha?

kalo u nak tau cite jantan kurap omputeh yang kuat mabuk.. i duk negara omputeh 25 taun ni ok? u come to the right fella..

come laa throw the first punch kalo u brani .....

white thrash attitude

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by pu3_krizalid at 26-9-2008 03:09 PM
Abe aji maksudkan pompuan kena jadik ala2 lilin la ni..isk..cam haku apa yg haku dah buat dlm perkahwinan haku try fahami dia sikit2...so skang dah rasi...dia tak suka rambut gugur sepah2..haku c ...


aku ambut gonjeng..cam mawi tuh..tiru haku so masalah ambut gugur takdok..

alaa..kisah pompuan macam lilin..diri terbakor kerna menerangi yang lain niii..aku pi tenguk ceramah boss tarikat nasqabandiah tu pun al syeikh tu bilang orang sufi tu macam lilin laa..dia cairrrr terbakar untuk terangi oang lain..

so kalo pompuan or cik kak or isteri2 ni ibarat manusia or golongan sufi..tak ke cik kak BANGGA?

coba la jauhhhhhhhh skit paham maksud tuh..bukan amik literal meaning..takmo lah cair kontot karang lilin tapi oang lain sonok2 gumbira saya cair soang2..takmo takmo takmoooooo..ni otak singkat ler cik kak ok? paham btui2..

actually kaum ibu paling senang masuk sorga..tapi bila ceramah ostad2 asik bilang kaum ibu paling ramai masuk neraka

cik kak kene selidik sendiri laa..kene fikir. Camna lilin tu cair? panas pasai api? ibaratkan itu kesusahan..demi kesenangan orang lain..nabi tu sejak mula dakwah mudah ker..senang? agak2 nasib idup kaum ibu ni lebih pada nasib nabi berdakwah kaa..atau nasib kaum adam ni lebih macam nasib nabi dakwah? otak yang waras tentu bleh nampak..nasib cik kak lebih dekat macam kisah susah nabi dakwah..untuk kesenangan insan lain..tak gitu? so cik kak lebih di rahmati..so tepat ler nabi kata anak pompuan ni rahmat..

saya bukan tak tau lah camna nak apresiasi, saya bukan jenis tak tau terhutang budi, saya bukan tokleh cite bab menghargai jasa even kuda or kebau or laut sungai bulan segala galanya tuh.. saya tau

saya cuma kasik pandangan berlainan jek..otak saya tapi ada tak mampu fikir dan ingat saya tipikal jantan malaya

pada saya sebelum cik kak nak merasa ujian KESENANGAN, cik kak kene lalui ujian KESUSAHAN..kalo bab seken ni pun kantoi nak paham..kasik kesenangan pasti cik kak lufer punye ok? bila dah senang manusia takmo kembali susah..ni lumrah nya. sebab tu saya tak suka manjakan apa pun. tu maksud saya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 04:22 PM | Show all posts
lama tak dengar org sebut Bapok ni... huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 02:44 AM | Show all posts
Originally posted by a_dira at 26-9-2008 01:28 PM
Oleh - Dr. Fadhilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .

2. Bila isteri bercakap, pand ...


Dr fadilah nih sendiri pun anak2 dia hancus gak...boleh pakai ker?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 03:15 AM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 26-9-2008 02:27 PM
sundri majuk..sundri pujuk laaa...letih laa laki nak pujuk..alaaaaaaaa pokok nyuk tu pun tak bersiram lagik..letih tawww

asik nak di pujukkkkk jek..

oang pompuan ni kalo buleh 24 jam nak di ...


tepat cakap ko aji..aku ada gambor anak pompuan dia nih kaki disko seksi nak mapuih gitew...tapi dalam tv asik dok cerita perangai anak ..bini cemerlang...

cakap tak serupa bikin..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 06:13 AM | Show all posts

Reply #14 nighunter71's post

tu la cemerlang zaman moden nite...

bapak kasi duit unlimited kat anak...tu la bapak cemerlang...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 08:13 AM | Show all posts
Originally posted by norsha at 28-9-2008 06:13 AM
tu la cemerlang zaman moden nite...

bapak kasi duit unlimited kat anak...tu la bapak cemerlang...


He..he...u pun dah tau rasanya ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2008 06:09 PM | Show all posts
Originally posted by a_dira at 26-9-2008 13:28
Oleh - Dr. Fadhilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .

2. Bila isteri bercakap, pand ...

...and we continue to dream for a utopian world...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 06:33 PM | Show all posts

Reply #1 a_dira's post

alahai..mcm mimpi je nk dpt suami melayu mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 06:42 PM | Show all posts

Reply #17 blackmore's post


sinis but true.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 08:52 AM | Show all posts
wakaka ada org terasa rupanya...sori le baru jenguk balik trid ni. white trash? first punch? abatar aku pun jadik isu??? dan juga - wahhh 25 thn dok negara omputehhhhh...

tapi kenapa bila aku mention typikal malay mentality, ko terus compare dgn mat saleh?

OoOOo lupaaaa...25 tawoonnn bebbbb dok negara omputehhhhhh

pffttttt

selamat hari raya, maaf zahir batinnn...puasa tak tu? gaya2 mcm PMS je

big fat L!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.084863 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list