CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2862|Reply: 10

Siti, Ziana, Mawi dan Maya: Dalam Satu Filem?

[Copy link]
Post time 5-10-2008 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Siti, Ziana, Mawi dan Maya: Dalam Satu Filem?

Siti Nurhaliza bakal berlakon filem
[email protected]

KRU Studios dikatakan berjaya pujuk penyanyi nombor satu beraksi di layar perak

DALAM kesibukan umat Islam masih meraikan Aidilfitri, teropong Zubir mendapat maklumat terbaru, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal bergelar pelakon filem menjelang 2009! Sebelum ini Zubir pernah diberitahu, desas-desus Siti bakal membintangi drama bersiri terbaru, Spa Q 2 yang bakal menjalani penggambaran sedikit masa lagi. Khabarnya Siti sudah hampir pasti berlakon dalam drama itu.

Angin yang bertiup kencang ke telinga Zubir memberitahu syarikat filem yang berjaya memujuk Siti menerima tawaran mereka ialah KRU Studios! Desas-desus juga menyebut menjelang tahun depan, KRU Studios akan menerbitkan satu filem bergenre fantasi muzikal, ala-ala Alice In Wonderland. Wow! Kalau ia jadi kenyataan, bolehlah bikin box-office gambar itu, Siti berlakon tu!

Pun begitu, Siti bukanlah ditawarkan sebagai watak utama, tapi sebagai watak penampilan khas dan terbabit untuk beberapa babak saja. Khabarnya, selain Siti, penyanyi kening lentik yang sudah lama tidak muncul di layar perak, Ziana Zain turut berlakon! Sekiranya Ziana menerima tawaran itu, dia diberikan watak sebagai nenek kebayan, tapi versi cantik! Fuyoo... pasti peminat Kak Ziana tak sabar nak tengok nenek kebayan bertubuh meletup!
Ziana Zain


Selain Siti dan Ziana Zain, KRU Studios juga dikatakan mahu mengekalkan 慸uyung cantik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2008 01:41 PM | Show all posts

Reply #1 haq89's post

mekasih haq

KRU ni pandai berstrategi
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 08:02 PM | Show all posts
mawi tuh
masih bleh jual ker

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 08:34 PM | Show all posts
MAWI MASIH BOLEH LAGI DIJUAL JAT PASAR ROMBENGAN.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 09:50 AM | Show all posts

Reply #1 haq89's post


Dari amik Mawi baik amik Ikin je berlakon dengan diorang
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 10:53 AM | Show all posts
WAH...BEST NYE...GO KRU
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2008 12:17 AM | Show all posts
motif thread ni tak dapat sambutan??



Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 09:41 AM | Show all posts
KRU lamar Siti, Mawi untuk Magika

Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]


Filem muzikal berskala besar ambil inspirasi filem Hollywood, Alice In Wonderland

BELUMPUN sempat filem terbaru terbitan mereka, Cicak-Man 2 ditayangkan di pawagam, sudah terdengar desas-desus mengatakan trio adik beradik popular, KRU bakal menghasilkan sebuah filem berskala besar berkonsepkan muzikal.

Lebih menarik perhatian, filem arahan Edry ini akan menggunakan khidmat penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007, Mawi.

Barangkali berita ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu peminat kedua-dua penyanyi ini kerana maklumlah bukan mudah untuk menyaksikan dua gergasi dalam industri hiburan ini disatukan dalam layar perak.

Dan andai ini menjadi realiti, tidak mustahil filem ini mampu meletup di pawagam kerana aura yang dimiliki kedua-dua penyanyi ini mampu menarik sebahagian besar peminat mereka berkunjung ke pawagam.

Namun, sejauh manakah kebenaran khabar yang bertiup kencang ini? Apakah ia sekadar satu fantasi atau bakal menjadi realiti?


POPULARITI Mawi (kiri) pikat KRU manakala Siti Nurhaliza belum beri jawapan.



Bertemu penerbit eksekutifnya, Norman Abdul Halim pada majlis rumah terbuka KRU di kediaman Edry di Country Heights Kajang malam Sabtu lalu memberi peluang kepada media mendengar sendiri perkhabaran terbaru daripada lelaki yang lebih dikenali sebagai Abang Long kepada adik beradiknya itu.

Sambil mengukir senyuman kerana perancangan yang sepatutnya menjadi rahsia itu begitu pantas dihidu media, Norman berkata, pihaknya sememangnya sedang merancang menghasilkan filem muzikal itu yang bakal menggunakan judul Magika.

"Ya, memang kami sedang merancang untuk menghasilkan sebuah filem bercorak muzikal berjudul Magika. Konsep filem ini lebih kurang sama dengan filem animasi Alice In Wonderland di mana dalam filem ini nanti ada dua adik beradik yang tersesat dalam sebuah dunia fantasi.

揇unia baru yang mereka terokai itu nanti akan mempertemukan mereka dengan watak mitos dan legenda yang pernah diceritakan kepada kita sejak turun temurun seperti nenek kebayan, badang dan juga Pak Pandir.


YUSRY, Edry dan Norman bersama ibu, bapa dan adik perempuan mereka, Harlina.

"Memandangkan ia sebuah filem fantasi, kami akan menggambarkan dunia baru yang akan mereka terokai itu nanti bersifat berbeza dengan yang asal di mana keadaan di situ mungkin berwarna-warni. Senang cerita, ia menyamai konsep filem lakonan Johnny Depp iaitu Charlie and Chocolate Factory.

揊ilem ini nanti mengutarakan tema kekeluargaan kerana di penghujungnya nanti kedua adik beradik tadi akan lebih memahami makna sebuah perhubungan itu," ujar Norman panjang lebar.

Sambil menafikan filem ini adalah sebuah filem seram gara-gara menampilkan watak misteri seperti nenek kebayan dan alam bunian, Norman berkata, dia memilih genre muzikal kerana mendapati konsep seperti itu semakin diminati ramai.

"Sambutan memberangsangkan yang kami lihat diberikan penonton terhadap teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan P Ramlee The Musical sebelum ini memberikan kami inspirasi untuk menghasilkan filem bercorak muzikal. Jika penonton sudah boleh menerima konsep muzikal dalam teater, bermakna mereka juga boleh menerima konsep muzikal dalam filem.

"Berbanding filem lain yang kebanyakannya menampilkan pelakon utama sebagai watak utama, namun dalam Magika kami akan menggunakan pelakon baru. Pun begitu untuk watak dalam dunia fantasi, kami akan menggunakan pelakon ternama dan mereka juga boleh menyanyi," ujar Norman tanpa mendedahkan siapakah nama pelakon yang ditawarkan mereka untuk membintangi filem itu.

Ditebak apakah filem itu nanti bakal menyaksikan penampilan istimewa Siti Nurhaliza seperti pernah dinyatakan dalam akhbar mingguan B*Pop sebelum ini, Norman hanya tergelak besar sebagai reaksi terhadap jawapan itu.

"Memang kami ada menawarkan Siti untuk memegang salah satu watak iaitu sebagai Puteri Gunung Tahan. Kami sudah pun memberikan skrip padanya dan masih menunggu kata putus daripadanya, manakala yang lain ada yang masih mempertimbangkan tawaran berkenaan.

揘amun saya tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah besar buat mereka kerana kebanyakan watak mereka dalam filem ini tidak memerlukan mereka berada terlalu lama di lokasi. Lagipun saya faham mereka ini juga mempunyai jadual cukup padat," katanya sambil memaklumkan jika segala-galanya berjalan lancar, filem itu bakal menjalani penggambaran sekitar Januari tahun depan.

Tambahnya dengan kepakaran Edry yang berpengalaman dalam menghasilkan klip video serta ditunjangi lagu yang menarik, Norman yakin filem ini mampu memberi impak dalam dunia perfileman tempatan.

"Skrip sudah pun siap, begitu juga dengan lagu. Terdapat 12 lagu dalam filem ini yang kesemuanya adalah hasil ciptaan baru. Pemilihan Edry adalah kerana dia mempunyai pengalaman dalam menghasilkan klip video.

揇an itu tidak banyak beza kerana filem ini juga bercorak muzikal. Untuk mencantikkan lagi filem ini, kami juga akan menggunakan teknik Imej Janaan Komputer (CGI) terutama apabila membabitkan babak kemunculan Naga Tasik Chini," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2008 06:49 PM | Show all posts

Reply #7 freekey's post

psl baru plan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 08:05 AM | Show all posts

POPULARITI Mawi (kiri) pikat KRU manakala Siti Nurhaliza belum beri jawapan.

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 03:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054534 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list