View: 4226|Reply: 37
|
lelaki dah tua baru dia jadik romentik!!!
[Copy link]
|
|
Lelaki sudah tua baru romantik
Tinjauan dapati suami lebih hargai pasangan mulai usia 53 tahun
LONDON: Berita kurang enak bagi golongan wanita apabila satu kajian terbaru membuktikan mereka perlu menunggu lebih lama iaitu apabila suami mencecah usia 53 tahun untuk menjadi benar-benar romantik, berbanding usia muda.
Inilah hasil tinjauan terbaru yang turut menjadikan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy sebagai bukti lelaki paling romantik apabila mencecah usia 50 tahun ke atas, lapor Daily Telegraph.
Tinjauan syarikat Warner Leisure Holidays & Hotels di kalangan 2,000 lelaki berusia 18 hingga 65 tahun di Britain menunjukkan majoriti golongan lelaki melewati usia 53 tahun itu mempamerkan kasih sayang yang melimpah ruah pada tahap maksimum, sehingga jauh mengatasi golongan lelaki muda.
Lebih menarik lagi, lebih tiga perempat atau 75 peratus lelaki berusia 51 dan 53 tahun percaya ungkapan 'Saya Cintakan Kamu' setiap hari sebagai aksi paling romantik.
Tidak cukup dengan itu, lelaki berusia juga didakwa lebih menghargai pasangan dan kepentingan romantik dalam kehidupan seharian, termasuk mengejutkan isteri atau pasangan dengan kejutan menggembirakan.
Malah, aksi romantik mereka terbukti mengatasi sikap dipamerkan lelaki muda, termasuk yang berusia remaja.
Antara kejutan menarik dilakukan lelaki berusia 53 tahun itu termasuk memberi hadiah manakala lebih seorang bagi setiap empat lelaki berusia, menulis sajak untuk pasangan mereka.
Hampir separuh mengejutkan pasangan dengan sejambak bunga, minyak wangi dan manisan berbanding cuma 24 peratus lelaki yang berusia 25 tahun.
Aksi romantik lain termasuk menganjurkan percutian romantik serta membawa pasangan bercuti pada hari biasa.
"Perlu diingat, lelaki yang mencecah usia 53 tahun itu sudah jauh berpengalaman dan lebih matang dalam banyak perkara, termasuk mengenai cara mengambil hati wanita disayanginya," kata jurucakap Warner, Jim Forward.
" Pada usia itu juga, lelaki sudah masak dengan perangai isteri atau pasangan selepas menempuh banyak pertengkaran dan kesilapan pada awal dan pertengahan perkahwinan," katanya. � Agensi
morel of the stori.. mana2 dak pompuan yang nak sangat kawen ngan worang romentik ni.. kawen ajer ngan worang tua lebih dari 53 taon wokey...
morel of the stori 2... motto pompuan la ni... biaq tua... asal romentik...  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 matabelalang's post
|
|
|
|
|
|
|
kajian ni cuma boleh digunapakai di britain aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak buat kajian kat malaysia plak... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba huraikan makna romantik....kekadang aku confuse |
|
|
|
|
|
|
|
makin kurang hormone macho lelaki kots... |
|
|
|
|
|
|
|
tak setuju ah..
lelaki ni kalau dah tua baru romantik..mesti ada udang di balik mee udang..
percayalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah namanya lelaki tu...sama je
tak kira la lelaki briten ke...lelaki aprika ke...lelaki melayu ke
yang membezakan mereka cuma saiz zakar je
 |
|
|
|
|
|
|
|
org pompuan melayu kita duk sembang la org lelaki mat salleh ni romantik tak hengat...tapi kajian depa tak pulak tunjukkan macam tu.
kajian jabatan apa pulak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by faraway1 at 16-10-2008 09:42 AM 
kajian ni cuma boleh digunapakai di britain aje..
yup...agreed |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin ada pompuan yg suka barang antik....
lahirnya romantik dari kerelaan pasangan tersebut... bukan kerna tua atau muda.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 ABAH35's post
bila abah berkata2, lidah aku kelu..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 LostSoul's post
kahkah...  |
|
|
|
|
|
|
| |
|