CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28835|Reply: 36

Kuda

[Copy link]
Post time 29-10-2008 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Tukang rias kuku kuda    Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my               

     Ladam panas untuk dipasang dengan teknik hot shoe.

                   Kuda perlu dipakaikan ladam sebaik berusia empat tahun dan pada usia itu kebanyakan memakai ladam bersaiz 00

SENI meladam kuda bukanlah baru di Malaysia. Sejak zamankolonial lagi, seni itu sudah diperkenalkan, tetapi kebanyakan tukangladam membabitkan warga asing. Mereka datang sesekali ke kelab lumbakuda untuk memasang ladam dan memeriksa kesihatan tapak kaki kuda.

Berikutan kerumitan menggunakan khidmat tukang ladam asing,akhirnya Majlis Ekuine Malaysia dengan kerjasama Institut TAFEBrisbane, Australia melatih anak Malaysia sebagai tukang ladam.
        
    Sarjan Zulfakar Mohd Derus, 42, antara perintis awaltukang ladam dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dia yangberkhidmat di Unit Berkuda DBKL, menjadi tukang ladam sejak 1990.

   
Lulusan Institut Kemahiran Mara (IKM) ini mendapat latihanmeladam kuda di Perth, Australia selain kursus singkat yangdikendalikan tukang ladam (master farrier) dari Australia.

Namun, anak kelahiran Port Dickson ini dengan merendah diriberkata, dia masih belum boleh diiktiraf sebagai tukang ladam yangmahir. Setakat ini, kedudukannya hanya pada tahap ketiga manakala untukmenjadi atau bergelar ‘master farrier’, seorang tukang ladam mestiberada pada tahap lima.


                          
Sebelum ladam dipasang, kuku kuda diasah terlebih dahulu.

                        Zulfakar berkata, seni meladam kuda adalah mudah jika mempunyai minatdan kesungguhan. Walaupun tidak ramai yang tahu mengenai kerjayasebagai tukang ladam, minat terhadap kuda yang semakin bercambah dikalangan rakyat negara ini yang tidak seiring dengan jumlah tukangladam mahir, memungkinkan ia menjadi satu perniagaan yang menguntungkanjika bijak mengambil peluang.

“Tukang ladam adalah kemahiran yang istimewa. Mungkin awakkata ia seni, tapi pada saya ia kemahiran. Ia membabitkan kerjamerapikan kuku kuda, memastikan keseimbangan kakinya, membuat danmemastikan kuda memakai ladam yang betul malah dalam kes tertentumungkin memulihkan kaki kuda yang cedera atau terkena penyakit,”katanya.

Beliau berkata, kuda perlu dipakaikan ladam sebaik berusiaempat tahun. Pada usia itu kebanyakan kuda memakai ladam bersaiz 00.Namun, seiring peningkatan usia, ladam akan berubah saiz mungkinmencecah saiz enam atau tujuh. Malah, ada juga kuda yang memerlukanladam bersaiz sembilan.

“Kalau saiz biasa, kebanyakan ladam dibeli dari Itali. Tapikalau sudah sampai saiz sembilan, sebagai tukang ladam saya akanmembuatnya sendiri,” katanya.
                        
Memakai ladam dibuat dengan teliti bagi mengelak terpaku isi.
                        Sebagai tukang ladam terlatih, Zulfakar boleh mengagak saiz ladam yangdiperlukan dengan sekali imbasan. Dengan penukul dan penyepit, besipanjang akan dibakar dan diketuk membulat membentuk huruf U.

  Ladam yang panas akan ditekap ke tapak kaki kuda. Bau terbakar dan bau asap bersatu, mengapung di udara.

Zulfakar berkata, untuk memasang ladam, ia memerlukan tukangladam yang mahir untuk membuatnya bagi memastikan kuda tidak berasasakit.

Seperti manusia memerlukan kasut, kuda memerlukan ladamsebagai perlindungan. Apatah lagi kuku kuda tumbuh sekitar suku incisetiap bulan dan perlu dirapi bagi mengelak ia patah.

Zulfakar berkata, ladam biasanya dibuat daripada besicampuran kerana ia lebih lembut. Namun, ada juga ladam yang diperbuatdaripada besi dan aluminium.

Selalunya ladam besi diperlukan untuk kuda yang terbabitdengan sukan polo dan ‘show jumping’ manakala ladam aluminium yanglebih ringan digunakan dalam sukan lumba kuda.

Ladam dapat mengelakkan kuku kuda pecah atau retak, iaitumasalah biasa yang akan terjadi kerana kerap berjalan dan membawabeban. Ladam juga boleh mengelakkan luka pada tapak kakinya. Kuku kudayang tidak rapi penjagaan boleh menjejaskan kesihatan kakinya sekaligus menyebabkan pergerakannya terbatas dan mungkin menjadi tempang.

“Kuda di Unit Berkuda DBKL misalnya bukan saja membuatrondaan sebaliknya turut melakukan aktiviti pertunjukan. Oleh itu kukukakinya mesti dilindungi. Ladam juga membantu kuda berjalan denganlenggang lenggok,” katanya.

Ada kalanya, kuda mengalami masalah kuku dan ladam diperlukanbagi membantu ia kembali berjalan dengan betul. Malah, kebanyakanmasalah kaki kuda boleh dirawat dengan memakai ladam khas yangdinamakan ‘ladam pembetulan’.

Zulfakar berkata, seperti juga kuku manusia, kuku kuda perludirapikan sebulan sekali. Ketika itu, keadaan ladam akan diperiksa danditukar jika perlu. Kuda yang melakukan banyak aktiviti, ladamnya perlukerap ditukarkan.

Menukar ladam sebulan sekali juga dapat memastikan kedudukankuku kuda itu betul dan mengelak ia tumbuh panjang dan tidak seimbangsekali gus menjejaskan pergerakan.

Namun, bukan semua kuda memerlukan ladam. Kuda liar misalnyatidak berladam kerana tidak membawa beban. Kuda yang tidak bekerja jugatidak memerlukan ladam, tetapi kukunya perlu dirapikan. Ladam tidakdiperlukan jika kuda tidak berjalan atas permukaan seperti jalan rayaatau lain permukaan keras buatan manusia.

“Penjagaan kuku dan luka pada kaki kuda amat penting. Iamesti dijaga rapi oleh doktor haiwan dan tukang ladam. Jika dibiarkania mungkin sukar dipulihkan,” katanya.

Beliau berkata, ada juga kuda yang tidak mahu ladam dipasangdi kakinya. Biasanya, jika kakinya diangkat, kuda itu akan menekankakinya ke bawah.

“Kuda seperti itu biasanya kuda muda, dalam lingkungan usiaempat atau lima tahun. Kuda ini biasanya ‘manja’ dan ‘nakal’. Pujukbaik-baik, gosok sikit, ia akan beri kerjasama,” katanya.

Zulfakar berkata, untuk memasang ladam kuda, perlu berani danyakin kerana kuda biasanya boleh tahu jika tukang ladam takut. Kudaakan bertindak ‘membuli’ tukang ladam sehingga menyukarkan ladamdipasang.

Di Unit Berkuda DBKL, ada 53 ekor kuda yang digunakan untukmeronda taman rekreasi sekitar Kuala Lumpur dan sukan endurance. Dalamsehari, seekor atau dua ekor kuda saja memerlukan pembaikan pada ladamatau dipasangkan ladam.

Bagaimanapun, jumlah kuda yang perlukan perhatian tukangladam akan bertambah menjadi enam hingga tujuh ekor sehari menjelangsambutan Hari Kemerdekaan atau sambutan hari-hari keraian lain.Justeru, jadual harian Zulfakar dan tiga lagi tukang ladam DBKLbertambah sibuk.

Namun, berdasarkan kemahiran yang diperoleh selama hampir 19tahun, Zulfakar boleh memasang empat ladam dalam masa 45 minit saja.Malah, dalam pertandingan ‘eagle eye’ (pertandingan membuat ladamdengan hanya sekali imbasan yang sering diselitkan dalam pertunjukankuda antarabangsa) Zulfakar mampu menyiapkannya dalam masa kurang 30minit.

Sejarah Tukang ladam

Sejarah awal mengenai ladam kuda ditemui di Britain. Artifakitu menunjukkan orang Roman melindungi tapak kaki kuda mereka denganbalutan kulit dan besi yang dinamakan ‘hipposandals’. Dari situ, ladammengalami evolusinya sendiri.

Dalam kebanyakan budaya Eropah, ladam kuda dilihat sebagaitanda bernasib baik. Justeru bentuk, kedudukannya dititikberatkan.Selalunya ladam digantung di pintu seperti huruf U, kononnya untukmengamit nasib baik. Jika ia digantung seperti huruf n, nasib kurangbaik pula yang datang.

Apapun kepercayaan, ladam sebenarnya memang membantu kuda daripada mengalami keretakan atau kerosakan lain pada kaki.

Namun, kerana budaya berkuda bukan sebahagian kehidupan awalorang Malaysia, tiada mitos mengenai ladam kuda yang diketahui ramai.Seni meladam kuda diperkenalkan di Malaysia oleh British 100 tahunlalu.

Ketika itu, kebanyakan tukang ladam adalah warga asing.Malah, sebelum 1996, tiada tukang ladam yang terdidik di Malaysia.Kebanyakan yang bekerja di kelab lumba kuda membabitkan warga asing danselalunya kemahiran mereka diwarisi daripada bapa kepada anak.

Namun, kerana minat masyarakat Malaysia terhadap kuda yangsemakin bercambah, peranan tukang ladam sangat besar. Tanpa ladam dankemahiran yang betul, sukan berkuda tidak mungkin berkembang diMalaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2008 09:52 AM | Show all posts
artikel nih dari bharian, ahad lepas.

mmg tingin gak nak tahu pasal kuda

yelah...

kekadang tu tiap2 ari dok lalu depan istana negara tu, tnampak lah kuda dan tuan nye...tekun je tegak berdiri kat sana..mcm mana dorang train eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2008 09:53 AM | Show all posts
Info

Tukang ladam

# Tukang ladam mula berada di Tanah Melayu sejak zaman penjajahan British.

# Namun, kebanyakan tukang ladam berasal dari Eropah

# Kebanyakan ladam yang digunakan untuk kuda yang membuat rondaan adalah ladam daripada jenis besi campur

# Ladam besi digunakan untuk kuda yang terlibat dengan sukan polo dan 'show jumping'.

# Ladam aluminium yang lebih ringan digunakan dalam sukan lumba kuda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2008 09:54 AM | Show all posts
Panduan merapi kuku kuda sama seperti manicure
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my


Ladam yang siap dipasang.

JIKA ladam dipasang dengan betul ia tidak akan menyakitkan kaki kuda kerana bahagian yang dirapikan dan dipasang ladam adalah bahagian yang tidak memiliki sensasi, yang mana konsepnya sama seperti manicure.

Sebelum ladam baru dipasang, tukang ladam akan menanggalkan ladam lama. Ladam yang ditukar biasanya sudah putus atau nipis. Selepas itu, kuku kuda dirapikan dengan pengasah kuku. Ini bagi memastikan kuku itu pendek dan bersih. Jika kuku yang panjang tidak dibuang, ia akan memberi tekanan kepada kaki kuda.

Ladam dipasang dengan dua cara, hot shoe atau cold shoe. Ladam yang dipasang dengan cara hot shoe akan dibakar sebelum ditekap di kuku kuda dan dibengkokkan mengikut bentuk yang diperlukan.

Ladam yang dipasang dengan cara hot shoe, masih bersaiz biasa dan tidak perlu ditempah. Ia hanya perlu disesuaikan mengikut bentuk kuku. Mungkin lebih bengkok atau lebih besar bukaan U yang diperlukan.

Memasang ladam dengan cold shoe, biasanya ladam dibengkokkan mengikut ukuran kuku kuda tanpa memanaskannya terlebih dulu.

Hot shoe mengambil masa untuk membakar dan mengetuknya mengikut bentuk yang sepatutnya. Namun, ia memberi keselesaan pada kuda kerana saiz yang benar-benar sepadan.



Ladam pembetulan untuk kuda yang mengalami radang pada kaki.

Selepas ladam dipasang, ia akan dipakukan dengan paku khas. Paku itu bagaimanapun mempunyai penanda tersendiri. Tukang ladam hanya perlu memakunya ke dalam ladam mengikut petunjuk itu, bagi memastikan paku tidak terkena isi.

Kuda biasanya akan mengangkat kakinya jika paku terkena isi dan tukang ladam perlu berhenti-hati untuk membuat pemeriksaan. Paku ladam yang tidak dipasangkan dengan betul akan mendatangkan kesakitan dan menjejaskan pergerakan kuda.

Paku yang dipasang dengan betul akan menembusi kuku kuda dan menjadi pengikat antara ladam serta kuku manakala lebihan paku akan dibuang dengan pemotong kuku khas.

Ada kalanya jika kuda tidak berdiri dengan betul, tukang ladam sukar memasangkan ladam dengan tepat. Misalnya paku termasuk bahagian yang terlalu hampir dengan isi atau kuku terkopek. Ladam atau paku yang tersalah pasang juga akan membuatkan kuda tertendang kaki belakang atau lutut sendiri.

Jika ladam yang dipasangkan terlalu kecil, ia akan menjejaskan pergerakan kuda dan merosakkan kuku kuda kerana dipotong terlalu pendek.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2008 09:57 AM | Show all posts
antara jenis2 kuda


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2008 10:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-10-2008 10:03 AM | Show all posts
yang nih mcm gagah perkasa gitu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2008 10:04 AM | Show all posts
heheh comey nye si pony


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2008 10:06 AM | Show all posts
Icelandid horse

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2008 10:07 AM | Show all posts
kuda orang bajau @ Sabah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2008 03:48 PM | Show all posts
adik ku bgambar ngan kuda kenit @ Lahti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 09:48 AM | Show all posts
aku tgh feed kuda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 02:44 PM | Show all posts

Reply #12 nafham's post

jangan la bagi makan roti,nanti sakit perut dier....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 02:11 PM | Show all posts
ni gambar ms sya ngn anak naik kuda di tmn tasik titiwangsa...nak bela sdr blom berkemampuan la...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 02:59 AM | Show all posts
mahal ke harga kuda nie eh??? nk bela kne ada lesen x??
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 05:46 PM | Show all posts
sabtu lepas sahira gi kuala perlis..kat situ ade kereta kuda
time tu ade sekor kuda hitam,sahira rasa kuda tu dah penat sangat2 dah sampai air liur kuda tu terkeluar2 dr mulutnya..kuda tu dah x larat nak jln dah tapi tuan dia paksa kuda tu jln..
kesian & sayu hati sahira tengok kuda tu..
rasanye derang cuma fikir duit je tanpa fikir perasaan haiwan yg bernyawa tu...
bukan apa,kang kuda tu terlalu penat sampai mengamuk kan bahaya everybody.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 04:20 PM | Show all posts




kat kampung,mampu naik kuda padi jeeee

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 12:26 AM | Show all posts
aku pun teringin nak bela kuda ni..nak gak tau kos2 or harga2 kuda yg di jual kat mesia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 07:26 PM | Show all posts
Kuda masuk pawagam


SEEKOR kuda memasuki bangunan panggung wayang
di Boldon, South Tyneside.



LONDON - Para penonton sebuah panggung wayang di Britain terkejut selepas seekor kuda tiba-tiba memasuki bangunan berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu dipercayai terlepas dari sebuah ladang berhampiran sebelum tiba di hadapan pawagam itu di Boldon, South Tyneside pada 19 Disember tahun lalu.

Seorang saksi berkata, haiwan itu pada mulanya berlegar-legar di luar sebelum berlari masuk ke dalam lobi premis tersebut selepas seorang kanak-kanak meletupkan belon.

Kuda itu berlari di koridor sebelum berpatah balik dan keluar melalui sebuah pintu kecemasan.

"Walaupun kejadian itu berlaku tidak sampai 20 saat, tetapi orang ramai terkejut kerana tidak menduga seekor kuda boleh berada di lobi sebuah pawagam," kata seorang saksi.

Kejadian itu yang dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) turut disiarkan di laman web YouTube sebelum ditarik balik baru-baru ini. - Agensi




   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 29-10-2008 09:57 AM
antara jenis2 kuda


http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/20/WC07b.JPG/636px-WC07b.JPG


cunnyer kude nih..

lagi cun kalo pmpuan naik...

tjumpe 1 laman web pasal assesories2.. http://vetprime.fotopages.com
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.075098 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list