CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Kuda

[Copy link]
Post time 25-1-2009 12:18 AM | Show all posts

Reply #18 eco_internet's post

last time .. aku ingat dalam tahun 2000 .. tanya dengan bebudak turf club .. ngan bebudak dbkl yg jaga kuda .. roughly .. perkuda .. perhari .. kene spend dalam rm 50 ringgit ... ni standard ... regardless ko guna kuda import atau domestic - kuda paddy ... kuda padi mungkin lagi murah arr .. sbb ko x perlu sangat bagi makanan yg giler2 import ... cam chaf, hay and stuff termasuk minerals ..
tu baru makan .. tak termasuk lagi dengan grooming ... polish ...
kalau kuda (atas dari 15 hands dikira sebagai kuda .. kalau below 15 hands kira sebagai kuda padi .. atau pony)
yg penting bila korang terfikir nak bela apa2 bende hidup .. pk arr korang leh continously tabur duit untuk makanan diorang ke tak... kalau x sanggup .. jangan
kang aniaya haiwan aje laa ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2009 11:15 AM | Show all posts
Kejohanan Kuda Lasak Di Melaka 11-12 April

MELAKA, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan Melaka akan menganjurkan kejohanan sirkit kuda lasak, Melaka Grand Invitational Endurance Ride pada 11 dan 12 April depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kejohanan kali kedua selepas kejohanan pertama tahun lepas, akan berlangsung di Krubong dekat sini iaitu kawasan sama penganjuran tahun lalu.

Kejohanan itu melibatkan laluan sejauh 120 Km bermula di Stadium Hang Jebat dekat sini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenan untuk menyertai kejohanan itu.

Katanya selain peserta tempatan, kejohanan itu akan turut disertai peserta dari luar negara.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 12:13 PM | Show all posts
Bincang kebaikan tunggang kuda
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Rap
SEAWAL jam 7 pagi, kru program Al-Hidayah terbitan TV3 sudah bertolak ke pusat pemeliharan kuda lumba milik keluarga jaguh ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil di 3Q Equestrian di Sungai Kuang, Rawang. Ini kerana seperti manusia, kuda juga mempunyai ‘angin’. Kuda yang diimport daripada luar negara termasuk dari Timur Tengah dan Argentina itu memerlukan penjagaan teliti.

Awal pagi kuda diberi sarapan dan makan sekali lagi sekitar jam 11 pagi, dua kali pada waktu petang serta malam. Jika terlewat diberi makan, kuda cepat naik angin dan buat perangai.

Kuda juga tidak tahan panas. Oleh itu bagi memastikan penggambaran program agama itu berjalan lancar, kru Al-Hidayah perlu sampai di sana sebelum mentari muncul di ufuk timur.

Mengawal kuda tidak semudah seperti kita beri arahan kepada manusia. Mereka boleh mengerti tetapi pada masa sama sangat sensitif. Haiwan kesayangan Rasulullah itu perlu dibelai dan dimanja persis anak dara sunti yang memerlukan perhatian orang tua.

Persekitaran ekuestrian yang juga menjadi tempat latihan lumba kuda itu begitu indah dan dikelilingi kehijauan alam semula jadi yang sejuk mata memandang. Perjalanan agak jauh dari ibu kota sedikit pun tidak memenatkan tambahan layanan mesra Qabil yang turut sama pagi itu.

Dia dan jurulatihnya memberi tunjuk ajar kepada pengacara program, Nazrah Noor Rahmat, 25, untuk menunggang kuda lumba yang hampir sama tinggi dengannya.

Awalnya terasa kekok dan gayat kerana sebelum ini Nazrah hanya pernah menunggang kuda khusus untuk pelancong. Kuda itu pun kecil dan menunggang di 3Q Equestrian tentu memberi cabaran lebih besar kepadanya. Atas nama tugas, Nazrah gagahkan diri, namun gayat kembali menyelubungi diri apabila hendak turun kerana silap gaya boleh ditendangnya.

Penggambaran Al-Hidayah dibuat di ekuestrian itu bagi memenuhi segmen Hayati yang akan memperkatakan mengenai kebaikan beriadah dan menunggang kuda adalah sunnah Rasulullah selain memanah serta berenang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 06:16 AM | Show all posts
Kuda betina alah pada rumput



MUKA dan sebahagian badan Pandora yang
alah pada rumput dibalut dengan kain poliester.




BUCKINGHAMSHIRE - Seekor kuda betina bernama Pandora di sini alah pada rumput menyebabkan muka dan sebahagian tubuhnya dibalut dengan kain poliester, lapor sebuah akhbar semalam.




Kuda berusia lima tahun milik seorang wanita Britain, Emily Pearce (gambar kecil) itu akan tercungap-cungap manakala bintil-bintil besar akan timbul pada badannya jika terkena rumput.

Pandora turut memakai topeng muka bagi melindungi matanya dan haiwan itu diberi makan campuran lobak bit serta kacang soya bersama-sama 15 tablet ubat alahan setiap hari.

"Ia (Pandora) nampak kelakar tetapi pakaian itu dapat melindunginya," kata wanita tersebut.

Pearce, 24, yang bekerja sebagai jururawat veterinar membeli kuda setinggi 1.5 meter itu dengan harga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2009 12:06 PM | Show all posts
07 April, 2009 19:37 PM

Agong Sertai Kejohanan Kuda Lasak Di Melaka Jumaat Ini

MELAKA, 7 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Kuda Lasak Jemputan Antarabangsa Melaka 2009 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini, di Stadium Hang Jebat, Krubong dekat sini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata lebih 130 peserta, termasuk 10 peserta luar negara, akan bersaing dalam kategori 40 kilometer, 80 kilometer dan 120 kilometer.

"Pertandingan ini akan meletakkan Melaka sebagai tempat pertandingan kuda lasak yang ternama di peta dunia," katanya kepada pemberita selepas melawat persiapan kejohanan itu di Stadium Hang Jebat, Selasa.

Ia merupakan kejohanan kali kedua diadakan di Melaka, selepas kejohanan pertama anjuran kerajaan negeri itu berlangsung di sini April tahun lepas.

Sementara itu merujuk kepada persiapan untuk Sukan Malaysia (Sukma Ke-13) tahun depan yang menyaksikan Melaka sebagai tuan rumah, Mohd Ali berkata beliau sudah mengarahkan kontraktor yang dilantik bagi membina beberapa venue pertandingan seperti kolam renang, gelanggang boling padang dan perahu layar; supaya menyiapkan pembinaan mengikut jadual yang ditetapkan.

Katanya hasil lawatannya ke beberapa venue yang sedang dalam pembinaan, beliau mendapati ada kontraktor yang tidak mematuhi peratus projek siap yang ditetapkan mengikut tempoh tertentu.

Temasya sukan itu yang berlangsung dari 28 Mei hingga 6 Jun 2010 nanti akan disertai kira-kira 7,000 atlet, menampilkan 18 sukan wajib dan tujuh sukan pilihan.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 01:16 AM | Show all posts
aku dh lama minat dgn kuda ni.
nk membela pun tak mampu lagik la, rumah sndiri pun blum ade kan, mane la nk meletak nye tu nnti.

tp aku sgt berminat nk blajar menunggang kuda, i mean nk jadikan hobi la.
anybody yg bley bg info tak, tmpt2 yg berpatutan utk blajar berkuda ni, ye la, biasa org kata ni sukan utk orang2 kaya aje. tp aku rsa mesti ade tmpt yg offer kelas utk org2 yg kurang mampu cam aku ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2009 05:28 PM | Show all posts
aku dh lama minat dgn kuda ni.
nk membela pun tak mampu lagik la, rumah sndiri pun blum ade kan, mane la nk meletak nye tu nnti.

tp aku sgt berminat nk blajar menunggang kuda, i mean nk jadikan ho ...
th3_3nDLess Post at 9-6-2009 01:16


I pernah letak infor kat MYB forum pasal kelas menunggang. I paste kt sini.

Lama x pergi kelas...rindu plak, tapi mengenang poket yg dah tinggal habuk, simpan je lah rindu tu .

http://www.malaysianbabes.net/forum/Horse-Riding-t19319.html

RSPC (Royal Selang Polo Club) - RM950 for 26 classes (+ RM350registration fee). Class conducted daily. Weekends charge extra RM15.If u interested in Polo, these is the best place to learn. You couldcall this number TEL : 603-4256 4531 or 603-4257 0508 and inquiry abtthe classes. They will refer you to Lorna or Ali.I wanted to join herebut Lorna told me her schedule are full (becoz she's doing HorseWhispers - the class for disable people). So other trainers areavailable on weekdays which not convinence for me. So had to find otherstable tho.

UNITEN, Putrajaya - Class charge RM450 x 10 classes.Rm65 per hr each class for horse rent (unless ur a horse owner, thenits different price). I used to have Zul as trainer but I heard he leftthe stable already. You could try ask for Din.

STC (Selangor Turf Club) - Never tried this place. But you could google them for number.

3QStables - Quite a famous stables as this is where all the stars ofequistrian practice field (Ambak family owns this place). Class hereare not cheap but do expect professional conduct them. Not just a horsetrainer. Try to call their number @ 012 2880515 or 03 78041822

ElminaStables - Located at Sg Buloh, near to Hospital Sg Buloh. Alwaysrefererred by other rider's, 'Altantunya' Saujana (coz its near toPuncak Alam aka Altatunya kena bom). I just started goin there. I dunhv their number but if u walk in, look for Hasri. He's a very friendlychap

Maybe,after awhile u decide to own a horse, then u can take up a HorseKeeping / Trainer Class at Titiwangsa Equin. Sorry, they don't have anyhorse riding class. But they'll be more than happy to refer you to STC:]

Like Scuba Diving, you will need to invest in some goodappearels & equipment esp. the boots & jodphurs (pants). Theprice range starts from RM150 and above. If you looking for good dealsopt the shop at Pertama Complex leather shops. At least u can nego forgood boots. If u want to buy straight from a hobby shop then BukitKiara is the best (pricey too!).
Classess wise, I wouldn'trecommended Bukit Kiara because it mean for horse owners, not forhobbiest. And I heard alot about the animal abuse there. Its really sadfor a place tht you pay so much for a class / horse keeping & tofind ur horse not handle properly.

If you think my offer is good, then pm me. It will be fun to have more than a person going for horse riding

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 12:09 AM | Show all posts
kuda padii sedap naek.pendek je dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2009 11:14 AM | Show all posts
Melatih mahir tunggang kuda

Oleh ABD. RAZAK OSMAN
utusanpenang@utusan.com.my


ZULKIFLI Sholid (kanan) dan Shurizal Abu Bakar di Andalusia Riding Center, di Pulau Pinang, semalam.

TASEK GELUGOR 4 Dis. - Berbekalkan minat yang mendalam, mendorong Zulkifli Shohid, 30, membuka sebuah pusat menunggang kuda yang diberi nama Andalusia Riding Centre terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pokok Sena di sini.

Pusat berkenaan yang dibuka pada 15 September lalu adalah yang pertama seumpamanya diusahakan oleh individu persendirian di daerah Seberang Perai Utara (SPU), di negeri ini.

Beliau yang amat meminati filem koboi membuka pusat itu bersama seorang rakan kongsi, Shurizal Abu Bakar, 39 tahun.

"Saya juga amat meminati sukan ekuestrian dan akhirnya membuka tempat khas bagi melatih orang ramai termasuk murid sekolah tentang cara-cara menunggang kuda," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Zulkifli, beliau menyewa tanah seluas 2.8 hektar milik seorang penduduk bagi membuka pusat berkenaan.

Ketika ini, katanya, terdapat lapan ekor kuda ditempatkan di tapak latihan bersaiz 30 meter x 70 meter itu iaitu dari jenis X Race, Polo dan Pony.

"Saya sedang berusaha untuk menambah dua ekor kuda lagi bagi menjadikan 10 ekor semuanya sebelum akhir bulan ini," katanya sambil menambah tempat berkenaan mampu menampung maksimum 16 ekor kuda.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti latihan menunggang kuda boleh berkunjung ke situ.Memandangkan sambutan amat baik, latihan bakal dibuat pada sebelah malam mulai pertengahan bulan ini.

"Pada kebiasaannya, kita mengenakan bayaran RM390 untuk kursus menunggang kuda, sama ada untuk kanak-kanak atau orang dewasa. Kalau ditempat lain, bayaran lebih mahal," katanya.

Beliau memberitahu, sekiranya seseorang itu sanggup menjalani latihan agak kerap, mereka pasti jadi mahir cara-cara menunggang kuda dalam masa dua minggu.

Menurutnya, selesai membuat pendaftaran bagi mengikuti kursus itu, peserta boleh memilih sendiri hari bersesuaian bagi latihan masing-masing.

"Pada musim cuti sekolah sekarang ini, kita menyedia pakej khas untuk kanak-kanak dengan bayaran RM300 sahaja," kata Zulkifli.

Beliau menambah, bagi menjayakan pusat latihan itu, tiga orang pakar berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang ekuestrian berkhidmat sepenuh masa di situ.

Menurutnya, mereka diiktiraf oleh Majlis Ekuestrian Malaysia dan pernah bernaung di bawah Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Mengulas rancangan pada masa akan datang, Zulkifli berkata, beliau mahu membuka sebuah kafe bagi kemudahan pengunjung merehatkan minda apabila berada di kawasan tersebut.

Selain itu katanya, bagi memanfaatkan lagi pusat berkenaan, beliau akan menawarkan pakej untuk mengadakan majlis perkahwinan di situ.

"Sebenarnya pusat menunggang kuda juga boleh menjadi tempat menarik serta ceria jika kita pandai mengurusnya,'' katanya.

Sesiapa berminat untuk menjalani latihan di pusat berkenaan boleh menghubungi talian 012-4990857.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2009 09:38 AM | Show all posts
Thumbelina - Kuda Terkecil Di Dunia


Thumbelina (kiri) bersaiz kerdil berbanding kuda yang lain. -Foto thatsweird.net

IA mungkin bersaiz kecil. Ia hanya berketinggian 17 inci (0.4318 meter) dan seberat 60 paun (22.39 kilogram).

Bagaimanapun, ia tetap seekor kuda kerdil yang cantik.

Thumbelina diiktiraf secara rasmi sebagai kuda terkecil di dunia oleh Guinness Book of Records pada tahun 2006 ketika ia berumur lima tahun.

Thumbelina tidak mungkin mampu menjadi juara kuda lompat kerana ia terlalu kecil hingga sukar melompat melepasi sebuah baldi.

Kuda terkecil ini dilahirkan di sebuah ladang ternakan dan kacukan 'kuda kerdil' di St. Louis, Amerika Syarikat. Ia dimiliki sepasang suami isteri.

Pada kebiasaannya, kuda kerdil sedemikian mencapai berat 250 lb (113.4 kilogram) dan tinggi 34 inci (0.8636 meter) apabila besar nanti.

Sejak Thumbelina dilahirkan, jelas sekali ia tidak dapat mencapai ukuran berat dan tinggi sebegitu.

Ketika dilahirkan, ia baru seberat 8 lb (3.629 kg). Akhirnya apabila ia besar, ia cuma seberat 60 lb (27.22 kg).

Thumbelina suka bermain dengan anjing-anjing spesis cockel spaneil berbanding dengan kuda-kuda lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:51 PM | Show all posts
thumbelina!! my fav katon lahh. lupa plax.
nnti kalau beli another pet nk letak dat name. wee!

cute nye. mmg ada minat tapi x brani lahh. price tuh, woo.
dpt jmpa kuda pon jd lahh, dpt naik pon time kcik2
nk nek time mcm ni segan ahh org tgk.
mcm budak2. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 05:03 PM | Show all posts
sebelum bela kuda, kena tau apa tujuannya.

1. Recreation.
Selalunya untuk joyride, dan kuda selalunya dibela di rumah atau ladang/kebun, di kawasan kampung atau umah brhampiran pantai. digunakan utk brsiar2 dan dibela sebagai pet.

2. Sports.
ada 2 kategori, equestrian and racing.
-equestrian
melibatkan 3 disiplin utama seperti dressage, show jumping dan jugak cross country.. ini kategori yg sangat mnguntungkan kuda sebab kuda2 dilatih dgn sepenuh kasih sayang dan perhatian, dan baka yg digunakan adalah jenis yg bagus dan mahal2... selain tu ada jugak yg guna utk fox hunting, tp kt sini xde kot...
-racing
ni kuda juga dari baka yg bagus dan trpilih... tp ni lebih kepada memanipulasi binatang dan prjudian yg aku x suka 100%... kuda2 ni dilatih untuk speed and stamina, tapi jugak dgn bantuan dadah/steroid...

dulu ada bela jugak kuda pencen (ex-race), aku beli RM1000 je, umur dia dlm 8 tahun, tapi dipencenkan sebab dia terpelecok masa training and dah x fit utk racing lg... tapi sekadar utk berrekreasi tu bleh lagi la...

sekarang susah nk dapat harga mcm ni... kalau ada pun rm4k-5k utk kuda pencen nih... dedulu dlm 10 tahun lepas bleh beli dlm 600 - 800 je...

nak beli anak atau steed, uishhh besar blanja tu...

tapi maintenen kuda ni bleh tahan tinggi la, bukan setakat makan je, tapi jugak kos perubatan dan supplements... dan kuda ni kene groom selalu, kene bagi lepas slalu, kene mandikan, kene regularly check tanda2 pnyakit supaya x melarat... tu belum tukar ladam lg... kene pnggil tukang buat.. penah nk buat sndiri tp susah la..

nak senang jaga, kuda padi... tapi susah skit nak train dia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 11:02 AM | Show all posts
Last edited by boocik04 on 15-8-2012 08:00 AM

bau kuda juga sedap dibau, bau yang susah nak di gambarkan
kalau ader rezeki lebih memang nak sangat bela kuda
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 09:54 AM | Show all posts
sama la... haku dari kecik teringin sgt nak bela kuda.. ada kawan aku yg bela kuda kat Kulim sana... syok jugak tgk anak2 dia naik kuda..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 01:45 PM | Show all posts
Aku up balik page ni.
Saja nak update details kalau ada yang kat KL ni nak belajar naik kuda, atau jaga kuda..

Ada satu tempat kat Gombak (ye GOMBAK).. nama dia RUBINGA HERITAGE -- aka PASUB
https://rekreasisunnahberkuda.wordpress.com/pasub/

kalau kelas intro dalam rm40 sorang (dewasa).

Ada kelas memanah jugak.

Aku tak kerja kat sini, tapi pernah hantar anak aku belajar kuda sini. Tak strict mcm sesetengah tempah nak suh beli gear memahal. Ni nak suh ko belajar dulu sampai pandai. Belajat pun pakai kasut Pua Chu Kang tu je, tak yah nak beli boot kuda lagi. Caj pun dalam kira affordable dan reasonable.

Sapa nak belajar leh contact Azah 013 604 4870 / Firdaus 019 2232 427.



Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh call 01155032686..boleh dapat kuda murah dan jimat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik kuda teringin nk tunggang tp takut tiba naik minyak
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.077112 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list