View: 3106|Reply: 8
|
Bukan yg pertama -Salina Ibrahim
[Copy link]
|
|
Yasmin Zulaikha Basri, graduan Syariah universiti tempatan kembali ke kampungnya, Desa Sempadan selepas tamat pengajian di Universiti Malaya kerana gagal beroleh kerja di kota. Dia menyertai program homestay yang diusahakan di desa.
Bergelar pengusaha homestay, dia cuba untuk membangunkan ekonomi desa dengan mengambil alih perusahaan kecil makanan kudapan tradisi yang diusahakan oleh ibunya bersama Hasniah seorang ibu tunggal beranak tiga. Tidak sedikit dugaan yang dihadapinya sebagai anak muda yang bekerja di kampung sendiri.
Dia orang muda yang memikul tanggungjawab sebagai usahawan di desa sendiri, bertanggungjawab untuk menjaga ibu yang sudah tua dan harus menjadi contoh teladan yang baik kepada dua adik angkat (yang dibela ibu bapanya sejak mereka kecil, Anis dan Azlan).
Sebagai pengusaha homestay, menuntut dia memahami falsafah di sebalik tugasnya serta tuntutan syarak. Dia cuba memahami tuntutan untuk menjadi tuan rumah yang baik, belajar menjana ekonomi dengan cara sendiri dan cuba menjadi anak muda contoh yang bakal mewarisi kepimpinan desa yang semakin tandus tenaga muda. Dia terpaksa juga berdepan dengan sikap Pak Isa (saudara sendiri) yang tidak gemar dengan penglibatannya dengan projek berkenaan.
Lumrah hidup, tidak sah jika tidak berdepan dengan pelbagai hal peribadi dan urusan kerja.
Yasmin Zulaikha berdepan kerenah Anis, remaja perempuan yang memberontak, yang digantung kolej, lalu langsung meninggalkan pengajian. Balik kampung dan mencetuskan kebimbangan pula pada keluarga di kampung dengan gelagatnya.
Dia juga harus menangani hal Jason, asalnya tetamu di homestaynya tetapi kemudian kembali semula ke desa kerana tertarik untuk memeluk Islam.
Dia juga berdepan kemelut cinta, apabila dilamar Ustaz Mustakim, duda beranak tiga yang dalam diam juga dicintai oleh rakan perniagaannya, Hasniah.
Dugaan menimpa apabila Azlan mati lemas ketika bercuti di kampung. Jason yang memeluk Islam dipaksa oleh bapanya supaya balik ke Kuala Lumpur, atau jika tidak, keluarga Yasmin Zulaikha akan didakwa atas dakwaan mempengaruhi anaknya memeluk Islam.
Dalam konflik rusuh, resah dan kecewa, ada keakraban tercipta antara Yasmin Zulaikha dengan Umar Khalil, kenalan ketika di kampus yang bertugas sebagai wartawan yang banyak membantu mempromosikan program homestay mereka. Tetapi persahabatan itu pula, rupa-rupanya jadi pencetus api fitnah.
Yasmin Zulaikha, wanita muda yang digambarkan bersemangat waja, berani menongkah arus, tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan dan pada masa sama berusaha sedaya upaya untuk terus tekal istiqamah di landasan syarak.
sape yg dah beli n baca,best ke novel nih??? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak beli novel salina ibrahim ni tapi tunggu bulan 12 sbb bulan tu dapat bonus hehehehehehehehhehe karya2 salina ibrahim pun boleh tahan best jugak |
|
|
|
|
|
|
|
novel ini pernah jadi novel bersiri di Utusan Malaysia
selalulah saya mengikutinya..
karya-karya Salina Ibrahim memang tidak menghampakan..
ada unsur-unsur ugama diselitkan
di setiap novelnya.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru beli kat popular, kat popular book of the month dpt 25% off for member. Belum start baca, ramai kawan kata best masa diorang ikuti kat utusan aritu |
|
|
|
|
|
|
|
best sgt ke buku ni?
pada yg dah khatam leh bagi summary x?
tuan tumah ni bg intro ni pnjang sgt ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah beli tapi belum baca.. tebal gila tuh...
Tapi intro dia tak best sgt jadi aku lambat sikit nak baca.. bahasa tak catchy sgt
mcm Faisal Tehrani. Tapi masih dalam kelas sendiri.
Promosi macam best sebab kekononnya lain dari novel chinta fofular... |
|
|
|
|
|
|
|
err.. tuan rumah ni dah baca ke... ke paste je dari web site ...heheheheh
jgn mare ekkk.. gurau2 bulan raya haji |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama habis baca novel ni .Memang menunggu novel ni terbit.
Novel Salina memang best. Penulis selitkan tazkirah didlm cerita ni, kisah keluarga lebih kepada
ciri-ciri islam tidak melalaikan kita dgn jiwang-jiwang.
Ha ha ha menarik beli novel ni dpt paper beg cover novel ni juga cantik.
[ Last edited by qimi08 at 14-11-2008 08:33 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Betul, dapat paper beg warna merah darah dan cover kulit novel tu. (Kat Popular) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|