CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 23418|Reply: 50

Jentayu si Phoenix

[Copy link]
Post time 4-11-2008 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.

Dalam pada masyarakat gemar berbincang tentang burung Cenderawasih yang dikaitkan dengan pelbagai lagenda dan kelebihan ,umum seolah-olah lupa untuk membincangkan tentang satu lagi spesis yg lebih berkaliganda lagenda malah sudah mencapai tahap mitos iaitu spesis Jentayu.
       Di masa  bangkai burung Cenderawasih  menjadi kebanggaan peniga-peniaga ubat tradisional ,wujud taman burung yg menepis pelbagai tanggapan salah tentang spesis cenderawasih dengan memelihara burung yg masih hidup yg tidak perlu minum di awan.Berbalik semula kita dengan burung jentayu yang menjadi lagenda dan mitos dalam cerita dan hikayat pelbagai bangsa didunia ini.Burung ini cukup terkenal dalam cerita-cerita dahulukala di China.Di Negara kita pula cerita burung ini wujud dalam Hikayat tentang negeri Kedah.Bagaimana pertempuran sengit diantara Jentayu dengan Burung Geroda telah berlaku di Pulau Langkawi.

Kepada pengkaji-pengkaji lagenda dan Mitos semua.Marilah kita sama-sama membincangkan tentang burung Jentayu atau lebih dikenali dengan nama Pheonix di peringkat antarabangsa.Jentayu patah sayap bertongkat paruh,Patah paruh bertongkat siku.

[ Last edited by  amazed at 9-11-2008 08:35 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 02:38 PM | Show all posts
betul..
even dalam citer harry potter pun ada watak pheonix ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:24 PM | Show all posts
pheonix bangkit dari abu...-m.nasir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2008 04:35 PM | Show all posts
Dalam lagenda negara Jepun burung ini dipanggil burung abadi kalau tak silap saya.Abadi adalah paggilan yg telah ditranslete.Panggilan burung tu adalah Abadi(kekal) dalam bahasa Jepun.Panggilan dalam bahasa Jepun saya dah lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 03:11 AM | Show all posts
jentayu sama dgn phoenix? jadi mcmana dia lawan garuda yg besar tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 08:49 AM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 5-11-2008 03:11 AM
jentayu sama dgn phoenix? jadi mcmana dia lawan garuda yg besar tu?


sebab dia ada api kot... jentayu = phoenix, dalam lagenda cina dan jepun, naga, phoenix, kura-kura, unicorn... lagipun kalo mengikut lagendanya tentulah dia boleh lawan garuda sebab dia gerenti takkan mati, kalo mati pun boleh hidup balik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-11-2008 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by tinbeskut at 5-11-2008 08:49 AM


sebab dia ada api kot... jentayu = phoenix, dalam lagenda cina dan jepun, naga, phoenix, kura-kura, unicorn... lagipun kalo mengikut lagendanya tentulah dia boleh lawan garuda sebab dia geren ...


Mungkin juga sebab tu dia boleh bertarung dengan Garuda.Dalam lagenda melayu pula wujud haiwan-haiwan seperti Naga,garuda,jentayu(pheonix),ular cintamani dan Kuda semberani(unicorn @chimaera).Manakala cenderawasih dan kerbau landau sudah tidak menjadi lagenda.Cuma ia tidak banyak ditemui kerana faktor kepupusan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 07:56 PM | Show all posts
Originally posted by tinbeskut at 5-11-2008 08:49 AM


sebab dia ada api kot... jentayu = phoenix, dalam lagenda cina dan jepun, naga, phoenix, kura-kura, unicorn... lagipun kalo mengikut lagendanya tentulah dia boleh lawan garuda sebab dia geren ...


jentayu bukan unsur api .. jentayu = air

garuda yg berunsurkan api ..

kalau ikutkan daripada hikayat, burung jentayu ni warna putih kebiruan
ekor dia panjang .. macam burung merak ..
kat kepala dia ada jambul yg bentuk macam mahkota 'yg bersinar2' ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 10:57 PM | Show all posts

Balas #8 naen\ catat

bunyi cam Lugia jer..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 11:02 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 5-11-2008 10:57 PM

bunyi cam Lugia jer..


lugia?

kalau berdasarkan daripada rupa & origin,
mungkin jentayu lebih mirip kepada ARTICUNO
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 11:26 PM | Show all posts
apa benda lugia dan articuno? ke korang saja mengarut?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 12:49 AM | Show all posts

Reply #11 sekngucing's post

lugia ngan articuno tu .. pokemon

heh, jangan gelak or kata ngarut dulu .. sebab ..
kebanyakan daripada manga/anime/game dari jepun, memang ada origin,
dan banyak merujuk kepada sejarah, mitos & lagenda ..

pasal lugia & articuno .. dan kaitannya ngan tajuk thread ni
secara peribadi, aku rasa mungkin jentayu ada sedikit persamaan dgn articuno

kalau rujuk kepada hikayat merong mahawangsa, ada ceritakan tentang jentayu vs garuda
dimana, rupa garuda & jentayu ni ada didescribe sikit dalam hikayat tu ..

berdasarkan ciri2 yg disebutkan, jentayu = sejenis phoenix yg berunsurkan air
berwarna putih/kebiruan .. ada ekor yg panjang seperti burung merak
dan ada jambul yg berbentuk seperti mahkota ..

ciri2 rupa tu ada pada 'articuno' (legendary pokemon) ..
articuno ni pokemon yg berunsurkan ICE .. rupa dia memang berunsurkan phoenix
dan ada persamaan ngan mitos arab - Anka (boleh cuba surf pasal ni kalau tak tau)

ni articuno -




pasal 'lugia' yg kroit cakap tu -
dalam pokemon, lugia tu kiranya .. 'guardian of the sea' ..
rupa dia berasaskan "ryujin" ('dewa naga' jepun), dan dicedok daripada beberapa dinosaur
ada gak yg kata, origin lugia ni ada persamaan dgn raksasa kat tasik lochness tu ..
tapi bezanya - lugia ni kat laut aa, bukan kat tasik

ni rupa lugia -




tapi cambiasa aa kan .. nama pun watak dalam manga/anime/game ..
mungkin semata2 rekaan game designer tu .. tapi ..
ntah aa .. mungkin bleh dibuat rujukan skit aa ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 02:02 AM | Show all posts

Reply #12 naen's post

cis pokemon rupanya! tapi ada satu digimon yg bernama garudamon (aku perasan kat tv) betul ke garudamon? org jepun pun percaya jugak dgn garuda ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:12 AM | Show all posts

Reply #13 sekngucing's post

tak minat digimon .. tapi garudamon tu memang ada ..
kalau tengok digivolution dia, birdamon lebih berbentuk 'burung',
banding garudamon = burung + orang ..

orang jepun nye karya (manga/anime/games) memang banyak masukkan bebenda camni
elemen, budaya, sejarah, mitos, lagenda .. kekadang makhluk pepelik dlm manga/anime/games
derang pun ada yg based on 'makhluk khas' dalam 'kepercayaan' bangsa/budaya lain

marilah membaca manga, menonton anime & bermain games
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:39 AM | Show all posts
jadinya adakah jentayu tu phoenix ? sebab setau aku phoenix memang berunsurkan api.. dan kalo kita peratikan setiap legenda dan mitos sesuatu bangsa mesti ada kaitan atau persamaannya.. hmm... agak menarik untuk difikirkan....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 10:49 AM | Show all posts

Reply #15 tinbeskut's post

mungkin boleh rujuk sikit kat sini - petikan hikayat merong mahawangsa ..

Diriwayatkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa, di suatu masa, dunia ini didiami oleh ratusan jutaan burung-burung dari pelbagai jenis dan juga warna. Sering alam dan juga dada langit berubah-ubah warnanya apabila kumpulan burung-burung yang berjumlah berjuta-juta itu terbang ke sana dan ke mari. Sebentar berwarna kuning, sebentar lagi berwarna kemerahan dan juga kehitaman dan begitulah silih berganti, alam bertukar dalam kesukacitaan dunia ketika itu.

Adapun burung-burung ini berpenghulukan dua ekor burung yang teramat besar. Seekor Burung Jentayu dan seekor Burung Garuda. Dikatakan Burung Jentayu dan Burung Garuda ini sudah mengaku bersaudara. Beramat kasih akan satu sama lain.

Burung Jentayu ini seekor burung kesaktian yang cantik dan membawa unsur air. Bulunya berwarna Putih kebiruan dan ekornya laksana ekor burung merak. Di atas kepalanya terdapat jambul seperti sebuah mahkota yang bersinar-sinar seperti intan. Manakala Burung Garuda pula seekor burung kesaktian yang hebat. Membawa unsur api dengan bentuk seperti helang. Berbulu kuning keemasan dengan tanduk di kepala yang menyala seperti api.

Kedua-dua ekor burung ini tugasnya menerima amanah Allah mengatur kehidupan burung-burung lain. Mereka sering dilihat berputar-putar mengitari alam membawa dua hawa sejuk dan panas. Adapun di dalam erat persaudaraan itu terserlah perbezaan keperibadian kedua-dua ekor burung ini. Jentayu amat merendah diri. Manis tutur kata, perlakuan dan juga berdikari. Manakala Garuda pula panas baran dan amat cintakan kekayaan dunia.

Di dalam kerajaan manusia pula, dunia pada ketika itu terbahagi kepada 3 kerajaan yang besar. Kerajaan Rom di Barat yang meliputi Benua Eropah dan Asia Utara. Kerajaan Raja Sulaiman di tengah-tengah meliputi Afrika, Timur Tengah, Asia Tengah, India dan Nusantara. Kerajaan China di Timur yang meliputi Indo-China, China dan juga Timur Jauh.

Tersebut pada suatu hari, sedang Jentayu dan Garuda berbual-bual, timbullah satu hal musabab. Garuda amat berbangga dengan kehebatan dirinya dan ingin mengaut segala kekayaan dunia untuk dirinya. Jentayu kemudian mengingatkan Garuda bahawa tugas mereka adalah memenuhi amanah Allah sebagai Penguasa Mergastua di muka bumi ini dan setiap diri makhluk itu punya banyak kelemahan. Nasihat Jentayu itu rupa-rupanya menimbulkan kemarahan dalam hati Garuda. Lantas dengan ketika itu juga Garuda memerangi Jentayu dengan segala kesaktian. Jentayu tidak mahu mencetuskan huru-hara.

"Abang Garuda, maafkan hamba" kata Jentayu.

"Sudah. Mulai saat ini, Putus sudah persaudaraan kita. Aku tidak ingin lagi melihat wajahmu. Nyah kamu dari pandangan mataku atau engkau akan kubunuh"

"Sampainya hati Abang Garuda berkata demikian. Sudah lupakah Abang Garuda pada sumpah persaudaraan kita. Sudah lupakah Abang?" Jentayu cuba menjernihkan suasana.

Namun Garuda sudah tidak lagi menerima sebarang kata kemaafan. Hancur sebuah persaudaraan. Jentayu berduka lara lantas terbang jauh ke kaki langit. Dalam perjalanan itu, Jentayu singgah di Kerajaan Rom dan bertemu dengan Raja Merong Mahawangsa, sepupu Maharaja Rom yang menyelamatkannya daripada Racun Buah Megabayu. Sebagai tanda terima kasih itu, Jentayu mengubah dirinya menjadi sebilah anak panah sakti dan mengingatkan Raja Merong Mahawangsa agar melepaskan anak panah itu di saat Raja itu dalam bahaya.

Setelah bertahun-tahun pemergian Jentayu, tidak sedetik pun di dalam hati Garuda terkenangkan saudaranya Jentayu itu. Tiba-tiba pecah berita, Maharaja Rom ingin mengahwinkan puteranya dengan puteri Maharaja China. Mendengar berita itu, Raja Sulaiman menjadi hairan bagaimana Allah mengatur jodoh manusia sekalipun kedua-dua mempelai berasal dari negara yang jauh jaraknya antara satu sama lain.

"Ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya".

Garuda yang ketika itu berada di Balai Penghadapan itu terdengar madah Raja Sulaiman itu.

"Ampun, Tuanku. Patik percaya, dengan kesaktian patik ini, patik berupaya menghentikan majlis pernikahan tersebut. Putera Rom itu tidak akan sama sekali mengahwini Puteri China. Jika patik gagal, patik akan mengurung diri patik di dalam kawah gunung berapi" kata nekad Garuda.

"Jangan Garuda. Kita makhluk Allah terlalu banyak kelemahan. Jangan menyombong diri" nasihat Raja Sulaiman.

Garuda langsung tidak memperdulikan nasihat Raja Sulaiman. Dia bertekad menghalang perkahwinan itu kerana dia berkuasa berbuat demikian. Langkah pertamanya ialah menyerang istana Maharaja China. Terlalu ramai bala tentera China yang terkorban dalam usaha menghalang tindakan Garuda itu. Garuda mematahkan tingkat atas pagoda istana, memasukkan puteri Maharaja di dalamnya dan terus dibawa terbang ke Pulau Langkawi.

Rombongan mempelai putera Rom sudah memasuki Tanjong Pengharapan diketuai oleh Raja Merong Mahawangsa sebagai paman kepada putera Maharaja Rom. Burung Rajawali yang sedang berlegar di angkasa terbang ke Pulau Langkawi mengkhabarkan kepada Garuda bahawa rombongan mempelai Kerajaan Rom sudah sampai di Teluk Benggala.

Di Teluk Benggala itu, Garuda melancarkan segala kesaktian untuk memusnahkan Jong Bahtera Rom yang berjumlah 100 buah lengkap bersenjata. Anak panah umpama hujan menuju ke arah Garuda namun sedikit pun tidak berupaya melukakannya. Garuda memuntahkan api dari paruhnya menyebabkan habis sekelian bahtera hangus terbakar. Putera Maharaja Rom jatuh ke laut lalu terkapai-kapai hilang dari pandangan.

Di saat yang genting itu, Raja Merong Mahawangsa melepaskan anak panah kesaktiannya. Anak panah itu meluncur laju ke udara umpama kilat putih membelah langit, berputar-putar menjelma menjadi Jentayu berhadapan dengan sahabat lamanya, Garuda.

Jentayu....!!!

Peperangan sengit sudah tidak dapat dielak lagi. Satu pertarungan hidup dan mati. Setitis airmata Jentayu jatuh ke bumi. Pertempuran bermula. Kedua-dua pihak mengerah segenap kesaktian yang ada. Halilintar sabung menyabung di langit tinggi. Ombak beralun tujuh hasta manakala Nusantara sudah gempa dengan api lahar naik membuak-buak akibat tekanan dari tenaga kesaktian yang dikeluarkan.

Pertarungan itu amat memeranjatkan Garuda. Kekuatan Jentayu rupanya seimbang dengan dirinya. Tidak pernah diketahuinya sebelum ini. Sedikit kemegahannya tercalar.

Di dalam azamat pertempuran itu, Jentayu dan Garuda masih sempat berhubung secara laduni.

"Bersungguh benar Abang Garuda ingin menghapuskan kita. Sampai hati Abang"

"Aku akan hapuskan sesiapa sahaja yang menghalangi rancangan aku, termasuk dirimu, Jentayu!!" mata Garuda sudah menyorot ganas.

Mereka bertembung. Mereka bertembung di dalam kesaktian yang teramat hebat.

"Jadi benarlah Abang Garuda ini ingin melenyapkanku" fikir Jentayu.

Jentayu sengaja membuka ruang. Tikaman susuh kiri Garuda terbenam ke ulu jantung Jentayu. Jentayu kehilangan nyawanya di tangan saudaranya sendiri. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, setitis airmatanya jatuh ke laut disambut Sang Tiram dan disimpan menjadi mutiara sebagai tanda kenangan dari Jentayu. Begitulah asalnya mutiara, konon-kononnya. Jasad Jentayu jatuh ke dalam Laut Khalzum. Di dasarnyalah Jentayu bersemadi.

Garuda bersorak riang. Terbang mengitari alam mengkhabarkan berita kejayaannya. Raja Sulaiman mendapat ilham bahawa putera Maharaja Rom hanyut terdampar di Selat Melaka dan bertemu dengan Puteri Maharaja China di Pulau Langkawi. Raja Sulaiman menitahkan agar dibawa pagoda itu ke istana baginda.

Sebaik sahaja dibuka pintu pagoda itu, keluarlah Putera Maharaja Rom bersama Puteri Maharaja China mengadap Raja Sulaiman. Garuda merasa amat malu sekali lantas menghumbankan dirinya ke dalam sebuah kawah gunung berapi di Lautan Pasifik.

Wallahua'lam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 12:10 PM | Show all posts
peliknya cerita ni.. huhu... orang zaman dulu2 memang pandai buat cerita kan...


kira burung jentayu dengan geruda ni wujud ke tak? lagenda jek kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 02:26 PM | Show all posts

Balas #16 naen\ catat

Encik Naen dah translete ke bahasa biasa ke dari bahasa klasik?.Sebab ada tulis lautan fasifik.Kalau dari hikayat yang saya baca,panah yang dilepaskan oleh Merung Mahawangsa ialah panah berapi yg akhirnya bertukar menjadi Jentayu.Jadi disini ada dua pendapat samaada Jentayu berasaskan air atau api.Atau mungkin jentayu mempunyai dua jenis iaitu dari api dan dari air atau mempunyai kedua-duanya.Pernah saya baca dari satu kitab bahawa setiap binatang dijadikan dari unsur air seperti manusia dari tanah dan jin dari api.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2008 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by elle_april at 6-11-2008 12:10 PM
peliknya cerita ni.. huhu... orang zaman dulu2 memang pandai buat cerita kan...


kira burung jentayu dengan geruda ni wujud ke tak? lagenda jek kan


Walaupun hanya berstatus lagenda dan mitos, kehadiran jentayu dalam hikayat pelabagai bangsa didunia ini agak menarik sama seperti wujudnya mitos naga,garuda,duyung,semberani dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 02:47 PM | Show all posts
Istilah Binatang itu mungkin digunakan untuk mengambar kekuatan Sebuah Armada Perang zaman dahulu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.504036 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list