CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayapghaib

Jentayu si Phoenix

[Copy link]
 Author| Post time 6-11-2008 03:04 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 6-11-2008 02:47 PM
Istilah Binatang itu mungkin digunakan untuk mengambar kekuatan Sebuah Armada Perang zaman dahulu..


Yang tu adalah pendapat pakar penafsir hikayat terkini dan memang boleh dianggap paling logik.Garuda adalah bahtera induk angkatan Raja Chola dari benua ****** yg menyerang Kedah yg menjadi pelabuhan terkaya empayar Sriwijaya.Manakala Jentayu pula adalah bahtera kenaikan Merung Mahawangsa.Diceritakan lagi semasa baginda tiba di tanah besar Kedah, kemusnahan akibat serangan Chola masih jelas kelihatan.Baginda disambut oleh Tun Perkasa dan Tun Dermadewa yg kemudian melantik baginda menjadi raja baru negeri Kedah bagi menggantikan raja asal yg dibunuh oleh raja Chola.Keturunan bagindalah yg memerintah Kedah sehingga kini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 05:06 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 6-11-2008 02:26 PM

Encik Naen dah translete kebahasa biasa ke dari bahasa klasik?.Sebab ada tulis lautanfasifik.Kalau dari hikayat yang saya baca,panah yang dilepaskan olehMerung Mahawangsa ialah panah berapi yg akhirnya bertukar menjadiJentayu.Jadi disini ada dua pendapat samaada Jentayu berasaskan airatau api.Atau mungkin jentayu mempunyai dua jenis iaitu dari api dandari air atau mempunyai kedua-duanya.Pernah saya baca dari satu kitabbahawa setiap binatang dijadikan dari unsur air seperti manusia daritanah dan jin dari api.


tak translate apape & tak ubah apape .. sama 100% spt yg dipinjam dari source

mungkin empunya source tu pun pinjam 100% dari source yg lain - itu kita tak tahu

hanya berkongsi ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 05:10 PM | Show all posts

Reply #18 sayapghaib's post

kalau baca dari banyak sumber .. jentayu adalah burung yg berunsurkan air
tapi kat sini persoalannya - adakah jentayu = phoenix?
sbb ikut pada pengetahuan ramai, phoenix = burung api ..
dan garuda adalah salah satu daripada jenis phoenix

mungkin .. kalau benar nak mengkaji jentayu = 'burung'?,
kena aa check & buat perbandingan ngan hikayat/mitos daripada negara lain
mungkin ada antara banyak2 hikayat/mitos yg menyebut tentang 'burung air'

apapun, tak tolak kemungkinan - ia hanya 'bahasa kiasan'
macam yg hangpc kata tu aa .. tak mustahil jugak kalau yg 'benar' adalah begitu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 05:19 PM | Show all posts
lagi .. mungkin sayapghaib boleh rujuk thread ni :

http://eforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=204204

kat dalam thread tu ada memperkatakan pasal burung garuda & burung jentayu

nak share gak apa yg pernah didengar & dibaca dulu .. tentang garuda ..

ciri2 garuda : sangat besar .. kalau terbang kat langit, kita 'takkan nampak' matahari
kalau ada seorang manusia yg menyorok kat bulu dia, pun kita takkan nampak
ada sayap yg sangat besar & kuat; kalau dia mengepak, kesannya seperti taufan
lagi satu - ada yg mengatakan, garuda ni ada kebolehan utk 'menjelma' jadi manusia

lagi satu pasal jentayu pulak - kalau rujuk pada encyclopedia mythica
(http://www.pantheon.org/areas/mythology/other/articles.html)
ada definisi jentayu, iaitu - The Jentayu is the Malay water bird. (by Micha F. Lindemans)
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 06:54 PM | Show all posts
burung cenderawasih tu burung phoenix ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by Narutah at 6-11-2008 06:54 PM

burung cenderawasih tu burung phoenix ke?


wahhh

kawan kawan! jom ikut narutah!

sorry, TERiklan jap .. burung cenderawasih, bleh check kat sini :

http://eforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=316238 (dari board history)
http://eforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=132791 (dari board paranormal)
http://eforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=376978 (dari board animal lover)
http://eforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=211612 (dari board m & m)

ada banyak gak gambar & cerita kat dalam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2008 09:08 PM | Show all posts

Balas #12 naen\ catat

ohh rupa burung articuno ni sebijik macam burung phoenix yg pernah sy mimpi tak lama dulu, tapi dlm mimpi warnanya merah ada jambul macam mahkota berekor panjang berjuntai.

Kalau menigut mitos lagenda silam tamadun Maya/Aztec via lagenda of Mu@lemuria,ada menyebut pasal Ciboala@7 cities of gold yang dibina sewaktu tamadun Lemuria.Menngikut lagenda masyarakat pre-columbia nih,nak pergi ke Ciboala kena ikut burung phoenix nih tak ingat apa ke namanyer dlm bahasa Maya/Aztec.Kalau ikut kan habita mergastua ,cenderawasih atau phoenix hanya terdapat di daerah nusantara.So ciboala atau 7 cities of Gold Lemuria memang terbenam bawah pentas sunda.Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 09:19 PM | Show all posts
ada lagi ke burung ni?cam besh ajer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2008 10:29 AM | Show all posts
Dari segi unsur dikatakan berbeza.Dari segi rupa yg digambarkan iaitu seperti merak atau kuang, Jentayu dan Pheonix adalah sama.Kalau tak silap saya ada sebuah replika burung Jentayu di Pulau Langkawi.Cenderawasih pula semestinya bukan burung Jentayu dan Pheonix.Ini kerana dalam hikayat-hikayat lama seperti Hikayat Panji Semirang contohnya, Cenderawasih hanyalah burung kemanjaan Puteri Raden Galoh Cendera Kirana yg selalu dicemburui oleh Raden Galoh Adjeng adinda tirinya.Sedangkan Pheonix dan Jentayu pula ialah sejenis burung lasak yg terlibat didalam pertempuran seperti yg dikisahkan didalam hikayat-hikayat lama.

[ Last edited by  sayapghaib at 8-11-2008 10:37 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by magneta at 7-11-2008 09:08 PM
ohh rupa burung articuno ni sebijik macam burung phoenix yg pernah sy mimpi tak lama dulu, tapi dlm mimpi warnanya merah ada jambul macam mahkota berekor panjang berjuntai.

Kalau menigut mitos ...



mcm mana nak mimpikan burng phoenix?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 05:28 PM | Show all posts

Balas #30 alyana\ catat

Macam mana? .Sy pun x tau.Tp lepas dpt mimpi memang impian selama diidam2 kan tercapai dan murah rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 07:27 PM | Show all posts
yeah .. terjumpa gambar ni masa surf tadi ..


Sculpture depicting the battle between Jentayu, the mythical bird of water and Geruda (phoenix)

ni kat .. taman lagenda, langkawi ..
mungkin kalau ada sesapa yg pernah pegi & ada terambik gambar kawasan ni,
bleh aa share

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 09:06 PM | Show all posts
menarik juga kisah ni benarlah kata orang cerita menarik tu tak perlu benar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 01:29 PM | Show all posts

Balas #30 alyana\ catat

nak mimpi, boleh belajar buat astral travel.Dulu ada sorang Pakcik kat Johor yang pakar astral travel.Kalau dapat belajar dan praktik ilmu ni nanti kita akan jadi asyik dengannya.Kira tak perlu nak tonton tv lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 03:12 PM | Show all posts
Originally posted by sayapghaib at 16-11-2008 01:29 PM
nak mimpi, boleh belajar buat astral travel.Dulu ada sorang Pakcik kat Johor yang pakar astral travel.Kalau dapat belajar dan praktik ilmu ni nanti kita akan jadi asyik dengannya.Kira tak perlu n ...



As'kum sayap ghaib. Ko ader kenal sesaper yang buleh turunkan amalan untuk meraga sukma (astral travel) nier tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2008 01:15 PM | Show all posts

Balas #35 tarabas1976\ catat

alaikum salam.Kau cari dulu apa yg dikatakan doa Nurun Nubuwwah.Pastu kau hafal dan amal.Hati-hati dalam mencari.Ada yang telah diubah suai.pastu kau cari pula doa kalimah.Kalau kau dah dapat doa ni kau dah boleh cuba wat astral taravel.Kalau cuma dapat Nurun Nubuwwah maybe hanya boleh dapat mimpi Indah.Belum lagi capai Astral Travel.Ada Astral Travel yg tak payah guna doa-doa.Tapi astral travel tu banyak yg melalut dan berkecamuk.Astral travel yg bagus adalah yang mempunyai hubungan dengan minda.Yaitu semasa bermimpi minda berjalan seolaholah kita sedar.Sekian wassalam.Berbalik kita ke topik burung Pheonix ni.

[ Last edited by  sayapghaib at 17-11-2008 01:26 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 11:53 AM | Show all posts
BUMP..............
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 12:12 PM | Show all posts

Garuda dan Jentayu


Gambar Hiasan

Pada zaman Nabi Sulaiman, terdapat sebuah kisah mengenai pertarungan di antara dua ekor burung sakti yang melibatkan tiga buah negara.maharaja Rom telah meminta Merong Mahawangsa ,yang berasal dari Parsi yang juga dipercayai menjadi Raja Kedah yang pertama ,menjadi dutanya dan mengetuai rombongan perkahwinan di antara tuan puteri Maharaja China dengan putera baginda.Maka Merong Mahawangsa pun melengkapkan sebuah angkatan bahtera untuk dinaiki anakanda Maharaja Rom itu bersama sekalian panglima, hulubalang dan pengiringnya ,lalu berangkatlah mereka ke negeri China.
Apabila terdengar akan perjodohan tersebut,maka burung sakti Garuda berhasrat menyekat perkahwinan mereka itu,kerana pada pendapatnya,gabungan Rom dan China akan menggugatkan kedudukan alam semesta ini.Maka Garuda bersumpahdi hadapan Nabi Sulaiman bahawa jika ia gagal,nescaya ia akan berundur dari bawah langit dan dari atas bumi yang didiami oleh segala manusia.Maka Garuda pun menculiklah Puteri China dan menyembunyikannya di Gua Cherita.
Maka tersebut pula kisah di mana burung sakti Garuda telah mencuba berkali-kali untuk memusnahkan angkatan Putera Rom itu.Dengan menggunakan kuasanya,ia menurunkan angin ribut beserta guruh dan petir dengan kilat sabung-menyambung.Seketika itu Merong Mahawangsa pun melepaskan anak panah saktinya yang bergelar Pusar Sempani Gembira, maka bergempita dan bergemuruhlah bunyi bahannya,lalu menjelmalah seekor burung sakti bernama Jentayu.Jentayu adalah burung pengawal laut .Oleh yang demikian ,pertarungan dahsyat pun bermulalah di antara kedua-dua burung sakti tersebut.kilat memancar,guruh berdentum dan langit kelihatan kelam.Boleh di lihat juga api keluar bertalu-talu dari mulut garuda itu yang akhirnya membakar Jentayu.
Sementara itu,bahtera Merong Mahawangsa singgah di sebuah pulau untuk mengambil bekalan air,lalu dengan segera meneruskan perjalanan merekan menuju ke arah Pulau Langkapuri. Tiba-tiba datang Garuda dengan pantasnya ,lalu terus menyambar dan membinasakan bahtera putera itu. Garuda menyangkakan bahawa Putera Rom itu sudah mati akibat lemas di bawa arus.Tetapi baginda sempet berpaut pada sekeping papan lalu hanyut terumbang-ambing di lautan seorang diri.Ahkirnay baginda di pukul ombak lalu terdampar di pinggiran pantai.
Puteri China yang di culik oleh Garuda dan kemudiannya disembunyikan di dalam Gua Cherita telah dapat melarikan diri.Beliau berlegar-legar didalam hutan seorang diri sehinggalah beliau sampai ke tepian pantai. Maka disitulah Putera RAm dan Puteri CHina bertemu ,lalu berkahwin.Maka seperti yang di janjikan,kegagalan Garuda menyekat perkahwinan tersebut bererti ia akan lenyap dari dunia ini menuju ke lautan/tasik Kalzum yang tidak pernah didatangi manusia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 11:43 PM | Show all posts
Hikayat Merong Mahawangsa = bullshit

Empayar Rom belum wujud di zaman Nabi Sulaiman

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2013 01:15 AM | Show all posts
menarik cerita ni. cuma sahih atau tak...entahlah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.075757 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list