CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 27759|Reply: 60

sejarah Daerah Pontian - penghujung Benua Asia

[Copy link]
Post time 9-11-2008 11:59 PM | Show all posts |Read mode
Daerah yang kini dikenali sebagai Pontian dahulunya adalah dikenali sebagai Kukup atau Kukub dengan pusat pentadbirannya terletak di Kukup Laut berhampiran pelabuhan Kukup yang ada sekarang.

Pada zaman dahulu kawasan pantai barat Johor dari Kukup hingga Benut adalah kawasan persinggahan dan perhentian perompak-perompak lanun yang berpangkalan di Selat Kukup. Mereka singgah dan berhenti di kuala Sungai Perhentian Besar dan Sungai Perhentian Kecil yang kemudiakenali sebagai Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil.

Memetik kata-kata dari Abdullah Munsyi dari hikayatnya: Selat Kukup masa itu adlah seperti suatu bilik. Kalau berapa besar angin pun di situ teduh juga. Maka oleh sebab orang hendak berlindungkan angin lalu masukkan ke dalam jalan Selat Kukup itu. Maka di situlah tempatnya ditangkap perompak, sebab ia boleh kelihatan orang, orang tidak boleh melihat dia. Maka sebab itulah kuat. Orang tersetempak didapatnya dengan senangnya.

Pada 1 Januari 1866, Tanjung Puteri telah ditukar namanya menjadi Johor Bahru dan dijadikan pusat pemerintah negeri Johor yang baru. Negeri Johor mula dibangun. Beberapa penempatan telah diteroka dan dibuka. Kawasan pantai barat Johor diletakkan di bawah jagaan Datuk Penggawa Barat Abdul Saad bin Ibrahim yang berpusat di Tanjung Kupang. Sementerara itu bahagian Johor Timur pula di Mersing dan Kuala Sedili dijaga Datuk Penggawa Timur yang berpusat di Tanjung Surat.

Pada tahun 1878 Tuan Syed Muhamad Alsagoff atau Nong Chik, seorang saudagar dan hartawan Arab dari Singapura telah memohon kepada Sultan Abu Bakar Johor untuk membuka satu kawasan pertanian. Sultan Abu Bakar telah memperkenankan permohonan ini dan menyerahkan kepada Syed Muhamad Alsagoff untuk memilih kawasan yang diingininya.

Akhirnya pada tahun 1878, Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah belayar dari Teluk Belanga, Singapura menghala ke bara daya Johor di perairan Kukup dan Pontian untuk mencari kawasan yang sesuai bagi pertanian. Beliau telah memilih Kukup kerana Kukup pada masa itu cuma sebuah kampung nelayan yang didiami oleh orang-orang Melayu dari Melaka belum diteroka dan dibuka secara meluas. Beliau mengemukakan permohonannya keada pentadbir pantai barat Johor iaitu Datuk Penggawa Barat Abdul Saad bin Ibrahim yang ketitka itu berpusat di Tanjung Kupang.

Kawasan Kukup yang dikurniakan oleh Sultan Abu Bakar ini meliputi kawasan-kawasan Sungai Permas, Sungai Pontian Kecil, Sungai Pontian Besar dan Sungai Jerqam Batu.

Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah meneroka dan membuka kawasan Kukup ini dengan membawa buruh-buruh dari Jawa. Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah membuka ladang besr atau estet di Kukup dengan tanaman getah, sagu, kelapa, kopi, nenas dan nilam. Beliau menamakan estetnya itu Constantinople Estate. Hasil-hasil dari Kukup Ini dibawa ke Singapura dengan kapal melalui pelabuhan Kukup kerana masa itu jalan darat mengubugkan Kukup dengan Singapura belum ada.

Selain dari mengusahakan ladangnya sendiri, Tuan Syed Muhamad Alsagoff juga menyewakan tananhnay kepada pengusaha=pengisaha lain seperti Hevea Rubber Company dan Peneiro Planting Syndicaste dengan syarat syarikat-syarikat ini membayar cukai sebayak 2.5% dri hasil yang dikeluarkannya.

Selain dari itu, beliau juga memberikan penempatan kepada buruh-buruhnya berupa kebun-kebun kecil secara sistem pajak dengan cukai 1/10 dari hasil yang didapatnya. Beliau juga memberikan hak membuka kebun epada orang-orang perseorangan. Ramai orang-orang Jawa telaqh diberikan hak meneroka dan membuka kebun di kawasan tanah kurnia kepunyaan Tuan Syed Muhamad Alsagoff ini.

Lebih dari itu, Tuan Syed Muhamad Alsagoff juga mengeluarkan matawang sendiri yang digunakan untuk kegunaan buruh-buruh dan pekerja-pekerja di tanah kurnia atau konsesi Kukup ini. Sekiranya anda berminat untuk mengetahu lebih dalam dalam matawang yang dikeluarkan oleh Tuan Syed Muhamad Alsagoff, sila kunjungi Laman Web Kukup Net.

Dengan cara itu, Kukup yang dahulunya hutan rimba dan paya menjadi terbuka dan ramai orang mula berhijrah membuat kebun dan kampung halaman. Pelabuhan Kukup terus membesar.

Pada tahun 1906, apabila Tuan Syed Muhamad Alsagoff meninggal dunia maka urusan tanah konsesi Kukup di bawah kelolaan anaknya iaitu Tuan Syed Omar Alsagoff. Pada tahun 1914 apabila Johor mula menerima Penasihat British, beberapa perubahan cuba dilaksanakan oleh Inggeris. Ini termasuklah perubahan dalam pentadbiran tanah konsesi Kukup.

Pada tahun 1921, Kerajaan Johor dengan nasihat Inggeris telah melantik seorang pegawai Inggeris menjadi Wakil Penerima yang dikenali sebagai Receiver Alsagoff Consession bagi urusan tanah-tanah konsesi Alsagoff di Kukup itu. Wakil Penerima yang pertama untuk Kukup ialah Tuan B.R. Whitehouse. (Nama ini diabadikan menjadi nama sebatang jalan di bandar Pontian yang mulai tahun 1984 diubah namanya menjadi Jalan Dato' Ali Haji Ahmad.)

Pada tahun 1921 hingga 1926, ada 6 orang Wakil Penerima (RAC) untuk Kukup, mereka ialah:
1.        B.R. Whitehouse        1921 - 1923
2.        F.K. Wilson        1923 - 1924
3.        Sheehan        Jun 1924 - Julai 1924
4.        Sbden        Julai 1924 - November 1924
5.        Miller        1 Disember 1924 - 31 Disember 1924
6.        J. Huggin        1924 - 1926
Selepas tahun 1926, tanah-tanah konsesi Kukup diambil semula oleh Kerajaan Johor secra membeli dengan harga 1 juta Ringgit. Dengan ini Kukup ditadbir oleh Pegawai Pemungut Hasil Tanah bagi menggantikan Receiver Alsagoff Conession (RAC) dulu itu. Pegawai Pemungut Hasil Tanah yang pertama untuk Kukup ini ialah Encik Wan Hussein bin Endut. Nama ini kini diabadikan menjadi nama sebatang jalan disebelah Balai Polis Pontian menghala ke Jalan Parit Mesjid.

Pada tahun 1921, juga usaha-usaha telah dibuat bagi membina jalanraya dari pelabuhan Kukup ke Pontian bagi memesatkan lagi pembangunan Daerah Kukup.

Di sepanjang jalanraya yang jauh 12 batu (20 Kilomiter) ini juga terdapt pekan-pekan dan kampung-kampung seperti Permas, Penerok, Teluk Kerang, Rambah, Rimba Terjun dan Pontian Kecil serta Pontian Besr. Kampung-kampung baru terus dibuka oleh pendatang-pendatang dari Jawa, Sulawesi dan Sumatera.

Dengan ramainya penduduk-penduduk di daerah yang baru terbuka ini, Kerajaan merasakan perlu adanya sebuah mahkamah bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Dengan itu sebuah balai polis dan sebuah mahkamah telah dibuka di Kukup pada tahun 1924. Majistret pertama mahkamah ini ialah Tuan J.I. Miller yang juga menjadi Receiver Alsagoff Concession Daerah ini selama sebulan. Kemudian Engku Abdul Rahman pula menjadi majistretnya.

Untuk memudahkan perjalanan darat ke Johor Bahru, maka dibina pula jalanraya dari Pontian ke Johor Bahru. Dengan siapnya jalan ini pada tahun 1929, pekan Pontian Kecil berkembang pesat dan menjadi bandar utama Daerah Kukup. Ini disebabkan kedudukannya yang strategik di pertengahan dan persimpangan jalanraya dari Johor Bahru dan Kukup ke Baqtu Pahat dan Muar. Ia menjadi tempat persinggahan.

Akhirkany Pontian Kecil terus membesar dan layak menjadi Ibubaqndar untuk Daerah Kukup. Jabatan-jabatan Kerajaan mula dipindahkan ke Pontian Kecil. Akhirnya bandar Pontian Kecil menjadi pusat pentadbiran daerah. Lanjutan dari ini daerah yang mulanya dikenali sebaqgai Daerah Kukup berubah menjadi Daerah Pontian dengan ditadbir oleh Pegaqwai Daerah. Encik Wan Hussein bin Endut yang menjawat jawatan Pemungut Hasil Tanah Kukup meneruskan tugasnya sebagai Pegwai Daerah dan Pemungut Hasil Tanah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2008 12:05 AM | Show all posts
-gambar takde lagi - ...nnt da tau camne nk letak gamba..aku letak banyak2....k, trimas.. -

[ Last edited by  thessailly at 10-11-2008 12:08 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 12:07 AM | Show all posts
intro #2

Daerah Pontian merupakan daerah terkecil dalam Negeri Johor. Nama 'Pontian' dipercayai berasal daripada perkataan `PERHENTIAN' yang bermaksud tempat persinggahan. Kedua-dua muara Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil pada satu masa dahulu merupakan perhentian tempat perahu berlabuh berlindung dari gelombang dan angin ribut. Perkataan 憄erhentian' itu lama kelamaan berubah disebut sebagai Pontian. Daerah pontian dibangunkan oleh saudagar dari Singapura iaitu Syed Alsagoff. Dengan sokongan dari Sultan Abu Bakar, beliau telah membuka perusahaan perladangan yang besar pada tahun 1878.

Kini, daerah Pontian lebih terkenal dengan perusahaan nenas kerana kesesuaian asas tanahnya dengan tanaman tersebut. Sebuah pusat penyelidikan telah didirikan dan menanam hampir lebih dari 100 jenis tanaman nenas di daerah tersebut seperti Josapine (benih nenas dari negeri Johor) dan Nenas Sarawak. Di sini juga terdapat sebuah Muzium Nenas.Pontian mempunyai keistimewaannya iaitu sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Umpamanya, Pengistiharaan Tanjung Piai sebagai Tanah Pengujung Benua Asia yang menjadikan daerah Pontian sebagai tarikan pelancong yang perlu dilawati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 12:09 AM | Show all posts

Tanjung Piai - paling selatan di Benua Asia

Tanjung Piai, terletak di Mukim Serkat, Pontian dan ia nya terletak di bahagian paling selatan mengikut peta Benua Asia. Tanjung Piai menyajikan pemandangan Selat Melaka yang indah. Menangkap ikan masih merupakan aktiviti utama penduduk di daerah ini. Kebanyakan kawasan di sini adalah terdiri daripada paya bakau. Tanjung Piai adalah satu kawasan yang mempunyai fenomena yang "spectacular" dengan kunang-kunang.

Pada tahun lepas, beribu penduduk dari seluruh dunia telah melawat Johor. Sebagai laluan utama ke Malaysia, Johor mempunyai potensi untuk memenuhi percutian dengan penuh bemakna yang dapat diabadikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 12:19 AM | Show all posts
-Beginilah info ringkas menganai tanah di mana aku dilahirkan dan dibesarkan.. walaupun pantai2 di Pontian (Pontian Kechil) kebanyakannya berlumpur, namun, melalui proses evolusi pantai, pantai pontian akan berpasir dalam masa 10-20 tahun lagi... (hopefully : )

honestly, tak banyak tempat2 menarik di pontian, kecuali di Gunung Pulai, (air terjun) Tanjung Piai,(hutan pokok bakau) Kukup (seafood), dan juga kawasan tanaman nanas yang luas macam laut china selatan.. (luas!!!) (insyallah nnt aku pastekan gambarnya)

walaupun daerah pontian tidak se glamer Muar dan Mersing...(rasanya sebab tiada pantai berpasir..) namun ia tetap "spesel" di hatiku...huhu...

k.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 08:21 AM | Show all posts
Nak lebih tepat, Tg Piai tu patutnya dilabelkan 'Penghujung Selatan Tanah Besar Asia'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-11-2008 04:09 PM | Show all posts
(post yg ke 999)

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 08:57 PM | Show all posts
tiba2 aku terkenang seseorang yg berasal dari kg api2 pontian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 12:45 AM | Show all posts
pontian tu port utama gerila/askar indon turun maser konfrantasi kan? KKO..sea devil
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:59 AM | Show all posts
Tepian pantai Pontian (Pulau Pisang di latar belakang)

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 12:55 PM | Show all posts
kg aku tu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 02:44 PM | Show all posts
aku pernah mancing kat tj piai tengah malam buta kat jeti mana tah. Kawan aku orang johor bawak, kita orang naik pi naik motor jer. Time tu kira memang gelap giler lar berlampukan cahaya bintang&bulan masa tengah mancing tu, sambil dengan bangga nye memancing di hujung benua asia tuh walau sekor ikan pun tak dapekkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 12:10 PM | Show all posts
pontian ni tempat aku release tensen masa bergelar pelajar kat johor dulu. time tensen je naik bas pegi pontian. duduk je kat bas stand yang kebetulan terletak kat tepi laut tuh. amik angin laut, tengok ombak. dah boring lepak, balik semula ke skudai.

sambil2 tu suka tengok permandangan kampung2 yang terdapat di sepanjang jalan ke pontian.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 02:04 PM | Show all posts
Jauhnya hang nak melepak.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 02:38 PM | Show all posts
masa tu zaman muda belia, .

sekarang ni tak kuasa dah. dok umah lagi baik
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 11:32 AM | Show all posts
pontian...tiap2 bulan mesti balik situ.. sbb kg kat situ..hehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 04:44 PM | Show all posts
sama la
pontian the great
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 03:26 AM | Show all posts
nak tak tanya....
last year g tg. piai tmpt yg ada globe besar tue ditutup utk renovation...
da siap ke renovation?....
kalo da siap nak la g sana...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:34 PM | Show all posts
tempat permainanku,nanti bila pencen akan kucari rakan yang ku telah kenal 10 tahun dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 03:58 AM | Show all posts
........Pontian....lama dah tak balik sana...rindu kat cendol mamak tepi laut tuh...

tak tau la Ah Seng idup lagi ker tak jual air n rojak buah pakai basikal roda 3.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.066085 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list