View: 2352|Reply: 0
|
BURKINA FASO: 66 Mati; bas langgar truck
[Copy link]
|
|
66 terbunuh bas bertembung dengan trak
| PASUKAN penyelamat berusaha mengeluarkan mayat yang rentung dalam kemalangan yang membabitkan bas dan trak di Boromo, Burkina Faso, semalam. - AFP
|
BOROMO, Burkina Faso 16 Nov. - Sebanyak 66 orang terbunuh, kebanyakannya penumpang sebuah bas, apabila kenderaan berkenaan bertembung dengan sebuah trak lalu terbakar, dekat sini semalam.
Menteri Pengangkutan Burkina Faso, Gilbert Noel Ouedraogo berkata, 55 daripada yang maut itu didapati rentung, manakala 30 lagi cedera dan dimasukkan ke hospital.
Menurutnya, pihak berkuasa menghadapi masalah bagi mengenal identiti yang mati dalam kejadian itu.
"Terdapat penumpang dari Ivory Coast, di samping rakyat Burkina Faso sendiri. Setakat ini, kita hanya dapat mengenal pasti identiti 11 mangsa, manakala 55 mangsa lagi rentung menyebabkan mayat mereka sukar dikenal pasti," katanya.
Siasatan awal menunjukkan pemandu trak yang membawa gula itu dikatakan tertidur semasa memandu.
Sementara itu, seorang pendakwa raya mahkamah, Maiza Compaore memberitahu AFP melalui telefon bahawa kejadian itu berlaku berdekatan Boromo, 167 kilometer ke barat ibu negara, Ouagadougou dengan kedua-dua kenderaan yang terlibat terbakar dalam kemalangan itu.
" Pemandu bas berkenaan dikatakan mempunyai senarai nama penumpang tetapi dia masih dalam keadaan terkejut untuk diambil keterangannya," kata Compaore.
Bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke Pelabuhan San Pedro di tenggara Ivory Coast, rantau pengeluar utama koko yang menjadi tumpuan pekerjaan bagi kebanyakan rakyat Burkina.
Menteri Tindakan Sosiol Burkina Faso, Pascaline Tamini menyampaikan ucapan takziah yang dikirim oleh Presiden Blaise Compaore dan Perdana Menteri Tertius Zongo.
Kebanyakan jalan raya di negara-negara Afrika Barat disifatkan sebagai berbahaya terutama jika memandu pada waktu malam.
- AFP
aku pernah baca sampai 22 worang ajer mati bila bas accident nih.... ni 66 worang... lebih dari gempa bumi lagaknya.... sedey lak aku baca pasai nih... ajal depa ... burkina faso ni LEDC..mcm ghana zambia sana.... rakyat depend pada bas nak transport ke ulu ke hiliq.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|